Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit pandangan dan meluahkan sedikit kebimbangan akan prestasi dan kemantapan Pakatan Rakyat di Langkawi. Sebagai seorang ahli PAS dan penyokong setia Pakatan Rakyat di Langkawi saya merasakan saya wajar menyuarakan pendapat dan cadangan saya ini untuk kita sama-sama memperbaiki keadaan.
Selama ini saya menjadi pemerhati setia setiap gerak geri kepimpinan Pakatan Rakyat samada dari PAS atau PKR. Sudah lama tergerak untuk menulis demi memberikan saranan ke arah kebaikan bukan mengkritik membabi buta.
Apa yang saya nampak kepimpinan PAS di Langkawi agak lemah dan agak perlahan kerjanya berbanding PKR Langkawi. Namun begitu dari segi lain saya perhatikan kepimpinan PAS lebih mantap dari segi kewibawaan, ketelusan dan daya kepimpinan berbanding PKR Langkawi. Walau pun kerja -kerja yang dijalankan agak perlahan tetapi hasilnya agak baik dan boleh dibanggakan. Saya pernah bertanya kepada beberapa pemimpin PAS Langkawi kenapa mereka nampak agak pasif kebelakangan ini.
Jawapan mereka adalah mereka merasa sedikit terkilan apabila kepimpinan PAS negeri Kedah nampak lebih mementingkan dan mendengar cakap pemimpin PKR Langkawi. Banyak perkara yang mereka tegur yang tidak diterima dan tidak dipersetujui oleh pimpinan PKR Langkawi. Tambah mereka lagi pemimpin PAS Langkawi dan PKR Langkawi tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain
Dalam mesyuarat Majlis daerah misalnya, sebarang cadangan dari ahli Majlis dari PAS sering mendapat kritikan dari ahli Majlis wakil PKR. Tiada kompromi antara wakil PAS dan wakil PKR. Jadi perancangan yang dirancang oleh PAS Langkawi khususnya tidak boleh dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada PKR. Ini adalah antara faktor-faktor yang mengurangkan semangat PAS Langkawi untuk bekerja bersungguh-sungguh demi membangun Langkawi amnya dan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat di Langkawi dan Kedah amnya.
Ada juga saya mendapat luahan rasa tidak puashati tentang kepimpinan PKR Langkawi yang dikatakan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling. Dikatakan ada pemimpin PKR Langkawi sering dilihat minum minuman keras dikhalayak ramai tanpa segan silu, walaupun bukan beragama Islam sepatutnya mereka lebih sensitif kepada pandangan umum.
Ini pastinya menjejaskan kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat di Langkawi. Mungkin tidak salah bagi mereka untuk meminum minuman keras tetapi biarlah tidak ditempat umum. Masyarakat pastinya akan membuat andaian bahawa kaki botol tidak layak untuk menjadi pemimpin mereka. Bagi ahli PAS pula agak sukar bagi kami untuk menyokong sekiranya rakan pakatan kami melakukan kemungkaran dan maksiat.
Bagi saya pastinya saya tidak akan menyokong mereka yang saya tahu terlibat dengan maksiat dan kemungkaran. Walaupun demi kebaikan Pakatan Rakyat saya pasti tidak akan menyokong sebab tiada di dalam mana-mana nas yang menyatakan kita perlu berkompromi dengan pelaku maksiat demi memastikan kesinambungan pemerintahan ulamak atau kepimpinan ulamak. Allah hu 'alam bissawab.
Selain daripada itu saya lihat pemimpin tertinggi PKR Langkawi tidak begitu menyakinkan, kurang wibawa, kurang daya kepimpinan, pentingkan diri sendiri dan mempunyai latarbelakang yang kurang baik. Saya tidak bermaksud mengatakan beliau tidak baik cuma majoriti masyarakat nampak dan dapat menilai bahawa apa yang beliau lakukan lebih kepada untuk mengaut keuntungan peribadi daripada untuk kepentingan masyarakat.
Memang tidak saya nafikan PKR Langkawi agak aktif kebelakangan ini namun umpama ada udang disebalik mee. Beliau juga dikatakan tidak mahu mendengar pandangan orang lain dan sering memenangkan diri sendiri. Selain itu beliau juga dikatakan agak meninggi diri apabila berdepan dengan masyarakat.
Saya merumuskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat ingin mendapat tempat di hati rakyat Langkawi maka perubahan positif perlu dilakukan khususnya di pihak PKR. Sekiranya perlu kepimpinan PKR Langkawi perlu dirombak atau diubah.
Cancer dan virus perlu dibuang. Rakyat sekarang bijak menilai. Saya berharap agar pandangan saya yang baik dapat diterima dan dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan. Saya berpendapat sekiranya tiada tindakan segera agak sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menang di Langkawi pada PRU 13 nanti.
Allah hu'alam bissawab. Jazakallah hu khairan kathira.
Aku betul-betul syok bila membaca teguran berhubung dengan Pakatan Rakyat Langkawi. Selama ini tiada siapaun "berani" membuat teguran terbuka begitu atau kalau boleh ku rumuskan kerana tiada cacat celanya Pakatan Rakyat. Tapi nyata sekarang setelah masing-masing mula tumbuh taring, gambaran ikatan Pakatan Rakyat yang sebenarnya mula menyerlah. Dan aku percaya keresahan ahli-ahli partiPakatan bukan sekadar di Langkawi malahan ia merupakan gambaran sebenarnya bagi seluruh negeri Kedah.Siapa yang cuba menguasai siapa mula dibangkitkan.Dan kalau sampai sudah timbul usaha untuk menggantikan si polan dan si polan, sudah jadi satu petanda kurang sihat dan lambat laun akan menjadibarah. Sayang PR yang baru berusia semuda itu sudah mula menampakkan ruang menuju kehancuran....
ReplyDeleteAssalammualaikum....
ReplyDeleteSalam perpaduan satu malaysia...
Bagi saya sebagai warga belia Langkawi memang kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat negeri Kedah yang diterajui oleh PAS....
Sehingga ke hari ini tidak ada satu pun program dan bantuan yang di buat dan di salurkan untuk pembangunan insan belia....yang kami lihat hanyalah ceramah memburukkan kerja serta kepimpinan orang lain...
Tapi alhamdulillah masih ada yang ada prihatin terhadap belia...kami ucapkan jutaan terima kasih kepada YB ADUN KUAH YB DATO IR HJ NAWAWI AHMAD, yang sentiasa menhambil berat tentang kebajikan belia di Langakwi...
Alhamdulliah pada tahun ini Persatuan Belia Serumpun Bayas memenagi anugerah Persatuan Belia Terbaik peringkat negeri kedah serta mewakili kedah keperingkat kebangsaan dapat mendapat tempat ketujuh terbaik malaysia...dengan hasil sendiri dan keredhaan Allah SWT...
Saya harap PRU13 akan datang biarlah BN memerintah kembali Kedah,rasanya lebih sejahtera daripada sekarang...
Assalammualaikum....
ReplyDeleteSalam perpaduan satu malaysia...
Bagi saya sebagai warga belia Langkawi memang kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat negeri Kedah yang diterajui oleh PAS....
Sehingga ke hari ini tidak ada satu pun program dan bantuan yang di buat dan di salurkan untuk pembangunan insan belia....yang kami lihat hanyalah ceramah memburukkan kerja serta kepimpinan orang lain...
Tapi alhamdulillah masih ada yang ada prihatin terhadap belia...kami ucapkan jutaan terima kasih kepada YB ADUN KUAH YB DATO IR HJ NAWAWI AHMAD, yang sentiasa menhambil berat tentang kebajikan belia di Langakwi...
Alhamdulliah pada tahun ini Persatuan Belia Serumpun Bayas memenagi anugerah Persatuan Belia Terbaik peringkat negeri kedah serta mewakili kedah keperingkat kebangsaan dapat mendapat tempat ketujuh terbaik malaysia...dengan hasil sendiri dan keredhaan Allah SWT...
Saya harap PRU13 akan datang biarlah BN memerintah kembali Kedah,rasanya lebih sejahtera daripada sekarang...
Pertamanya terimalah ucapan tahniah dari aku, kepada kepimpinan dan ahli Persatuan Belia Serumpun Bayas di atas kejayaan cemerlang dan dengan usaha serta kudrat sendiri.
ReplyDeleteKeduanya, aku cukup lega kerana ada persatuan yang berani bersuara pada hak. Bukan menjadi pak turut.
Ketiga, aku juga berasa cukup terharu apabila ada orang-orang seperti saudara yang mula dapat menilai perkara yang baik yang dilakukan seseorang, bukan lagi pakai borong. Pemimpin yang baik dan prihatin kita alu-alukan di samping melafazkan penghargaan, dan bukan berdasarkan fahaman politik.
Keempat, aku betul-betul menghormati saudara kerana berani berterusterang, dan dengan jelas mahukan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang ada sekarang.
Hanya pada pemimpin seperti saudara sahaja Negara mengharapkan. Buatlah kerja mulai sekarang. Insya Allah segala harapan saudara dan teman-teman seperjuangan dalam Persatuan Belia Serumpun Bayas, pasti akan menjadi kenyataan.
Selamat berpersatuan dan selamat meneruskan perjuangan.