Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, October 13, 2009

Bukan Saja PAS Kalah Di Bagan Pinang Tetapi Anwar Juga Ditolak.....

Kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Bagan Pinang dengan majoriti yang agak besar semalam iaitu 5,435 undi menimbulkan tanda tanya.

Adakah jentera Komplot Pembangkang yang mendapat bantuan kelas pertama iaitu risikan,kewangan dan sebagainya daripada agensi Amerika tidak mampu untuk menewaskan jentera BN yang kekuatannya agak sederhana dan masih menggunakan cara lama?

Anwar di dalam twitternya memberi komen mudah di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang seperti di bawah :

"Keputusan Bagan Pinang harus mendorong kita bekerja lebih keras. Teliti karenah SPR, ugutan dan budaya samseng pemuda umno. Kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat".

Kumbang tertarik dengan perkataan 'kaji juga kelemahan Pakatan Rakyat' kerana di sini sebenarnya sebab utama kenapa tersungkurnya komplot Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim.

Apa yang Kumbang katakan ini ada asasnya apabila Kumbang turun sendiri untuk bertanya kepada ahli PAS Bagan Pinang mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada jentera PAS yang begitu longlai di Bagan Pinang.

Menurut beliau ahli PAS di kawasan DUN Bagan Pinang sebenarnya tidak berpuas hati dengan campur tangan Anwar Ibrahim dalam memilih calon mereka untuk PRK Bagan Pinang. Menurut beliau lagi Anwar Ibrahim dikatakan memilih Zulkefly kerana Zulkefly berada di dalam team Erdogan dan Anwar menurut beliau tidak mahu pemimpin yang terlalu alim dan pro Ulamak untuk dicalonkan mungkin untuk mengambil hati kaum bukan melayu.

Hal ini yang menyebabkan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan warga Bagan Pinang tidak dicalonkan, sedangkan Ustaz Kassim Tahir sendiri memberi jaminan beliau mampu memenangkan PAS kerana popular dan disayangi oleh pengundi Bagan Pinang.

Malangnya jaminan Ustaz Kassim Tahir ini tidak dapat mengubah keputusan campur tangan Anwar Ibrahim ini dan ditambahkan lagi dengan khabar angin bahawa Komplot Pembangkang mencalonkan Zulkefly kerana ingin menjadikan Zulkefly, Menteri Besar dalam satu rancangan peralihan kuasa ala 16 September di Negeri Sembilan bila-bila masa dari sekarang.

Disebabkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan calon inilah yang menyebabkan jentera PAS di Bagan Pinang tawar hati dan tidak bersungguh-sungguh di dalam berkempen. Para blogger Komplot Pembangkang turut mengalami keadaan sama apabila tidak lagi bersungguh-sungguh menulis artikel dan menjawab hujah blogger anti Anwar dalam tempoh kempen serta ada juga yang memainkan isu lain.

Keadaan inilah yang menyebabkan PAS langsung tidak dapat memberikan tentangan terhadap jentera Barisan Nasional.

Kesan kepada permasalahan Komplot Pembangkang ini jelas ternyata apabila ceramah Anwar Ibrahim hanya dihadiri kurang daripada 300 orang, ini bermakna jika difikirkan jumlah penyokong dan jentera PAS di Permatang Pasir sudah mampu menghadirkan angka yang ramai. Tetapi jelas mereka iaitu penyokong dan jentera PAS melakukan protes kepada Anwar Ibrahim dengan tidak menghadiri ceramah dan mendengar retorik penipuan beliau.

Protes paling besar ditunjukkan dengan larinya hampir 3000 undi PAS kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya yang berlangsung semalam sebagai satu manifestasi penolakkan campur tangan Anwar Ibrahim dalam parti PAS.

Kumbang mengucapkan terima kasih dan syabas kepada penyokong dan ahli PAS yang berani melakukan protes. Kumbang kira kekalahan ini sebenarnya pada luaran sahaja milik PAS tetapi sebenarnya kekalahan PAS dan Komplot Pembangkang di Bagan Pinang ini adalah kekalahan sepenuhnya Anwar Ibrahim kerana calon yang dipilih adalah calon pilihan Anwar Ibrahim dan bukan pilihan majoriti rakyat dan penyokong PAS.

Kumbang kira seperti semalam, sudah tiba masanya PAS memikirkan peranan mereka di dalam Komplot Pembangkang dan berani melakukan perubahan untuk keluar daripada pakatan yang merugikan ini. Semalam PAS kalah 5,435 undi, esok lusa mungkin PAS akan lenyap kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Sebelum perkara ini berlaku, Kumbang gesa PAS buatlah apa yang patut.

Apa yang Kumbang tahu kekalahan ini tidak akan merugikan Anwar kerana beliau dapat menghabiskan bacaan 9 buah buku dan beristirehat melawat kawan-kawan di Amerika di saat PAS sibuk berkempen untuk memenangkan calon 'pasti tidak akan menang' pilihan beliau sendiri.

Penyokong, blogger dan ahli PAS teruskan protes. Kita tolak Anwar Ibrahim.....!

Print Friendly and PDF

Anwar Menipu Lagi.

Pada 9 Oktober 2009, ramai yang menerima sms bahawa Anwar Ibrahim akan bersumpah di Masjid Bagan Pinang selepas solat Jumaat ternanti-nanti kehadiran Anwar. Seperti biasa, tidak jadi atau tangguh lagi. Pilihan raya Bagan Pinang pun mahu ditangguhnya. Itulah strategi Anwar. Mungkin Anwar banyak belajar strategi baru untuk tangguh ini daripada Al Gore. Buku "The Assault On Reason" tulisan Al Gore pernah dihadiahkan oleh Al Gore kepada Anwar Ibrahim pada 19 Julai 2007. Tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim memang pandai buat macam macam alasan dan helah. Semuanya sudah dipelajari dari buku Al Gore tersebut.

Sebelum ke Bagan Pinang, Anwar sempat lagi pergi ke Florida untuk melihat mesin mengundi yang mengalahkan godfather nya iaitu Al Gore. Tidak mengejutkan kita, mengapa isu undi pos diguna pakai di Bagan Pinang dan isu e-voting diguna sebagai isu besar dalam pilihan raya kampus. Idea itu datang dari Florida rupanya. Al Gore tidak mahu anak didiknya kalah dalam pilihan raya umum yang akan datang.


Perhatikan pada papan tersebut di University California, Berkeley di atas, bilakah Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia.....? Anwar memang pandai menipu. Pada 10 Oktober 2009, Anwar akan datang berkempen di Bagan Pinang. Kempen Anwar bermula dari Pekan Siliau, Taman Desa Rusa dan berakhir di Markas DAP di Port Dickson. Anwar akan terus menipu rakyat lagi dengan seribu satu alasan yang dipelajarinya dari buku Al Gore. Rakyat harus mencabar Anwar agar bersumpah secara terbuka dalam di atas pentas ceramah. Beranikah Anwar berbuat demikian.....?
Print Friendly and PDF

Tahniah YB Tan Sri Isa Samad.

Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi apabila memperoleh 6,430 undi manakala calon Pas, Ramli Ismail, mendapat 4,097 undi.

Print Friendly and PDF

Saturday, October 3, 2009

KECELARUAN Pakatan Rosak SELANGOR.

Jangan lah rakyat di Bagan Pinang tertipu dengan Pakatan Rakyat yang idak boleh berpakat lagi. Semuanya penipu dan janji janji yang diabur semuanya janji janji kosong. Mereka tidak boleh bermimpi perkara yang sama walaupun tidur se bantal. Semuanya memikirkan kuasa dan hak peribadi masing masing. Tiada pakatan dalam pakatan rakyat, Kini merka sudah bercelaru.


PETIKAN KECELARUAN PR SELANGOR.

Isu kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti menjadi penghalang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung soal pentadbiran dalam kerajaan negeri Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid, yang sebelum ini meminta exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor meletakkan jawatan berkata beliau berhak menegur Hasan kerana beliau berhak untuk mengeluarkan pandangan sebegitu dan ianya bukanlah satu perbuatan yang mengingkari arahan pemimpin.

Hasan sebelum ini telah meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan.

Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.

“Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam blognya [http://www.khalidsamad.com/] hari ini.

“Teguran dan ingkaran merupakan perkara berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti,” katanya lagi.

Khalid turut berkata, tindakannya menggesa Dr Hasan meletakkan jawatan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan Negeri pada petang Ahad lalu.

‘Jadi sasaran’

“…memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ (setia) kepada pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan yang dipertua kawasan.
“Dalam persoalan ini saya sememangnyalah telah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

Khalid turut membangkitkan hasil mesyuarat Konvensyen Pakatan Rakyat di Petaling Jaya pada awal bulan lalu yang merumuskan pemimpin-pemimpin Pakatan tidak akan mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan yang “saling menyerang satu sama lain”.

“Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri,” kata Khalid yang juga merupakan pengerusi lajnah politik PAS.

Jelasnya lagi, tindakan Hasan “amat tidak wajar” dalam memberikan pandangan berhubung pendekatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dalam mengadakan pendengaran awam.

Menurut Khalid lagi, Hasan tidak sepatutnya mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil pendirian tunggal berhubung isu berkenaan.

“Yang menjadi masalah ialah apabila (Hasan) membuat kenyataan mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini,” kata Khalid lagi.

Pendekatan soal siasat

“Saya menyatakan, tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?,” soal Khalid.

“Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang,” katanya lagi.

Khalid berkata, pandangan Hasan tersebut dibuat tanpa mengambil kira tanggungjawab dan haknya sebagai anggota exco.

“Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan.

“Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian.

Sesi pendengaran terbuka

“Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuan pelucutan jawatan saya sebagai timbalan pesuruhjaya) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menggesa Hasan keluar daripada PAS mahupun Pakatan Rakyat, tetapi hanya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai exco dan penyokong kerajaan negeri di dalam DUN.

Khalid turut menjelaskan, sesi pendengaran oleh SELCAT perlu diadakan secara terbuka kerana kaedah berkenaan lebih berkesan untuk mendapatkan pendedahakan dari pegawai kerajaan sendiri.

“Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat.

“Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’,” katanya lagi.
Print Friendly and PDF

Kami Tidak Boleh Lawan Kuasa Allah SWT Yang Memberikan Aura Kepada TS Isa.

Cerita satu - PR TS Isa The Best.

Tidak ada sebab UMNO perlu takut dengan status TS ISA. Tiada undang undang yang menyatakan bahawa TS Isa tidak layak bertanding. TS Isa juga merupakan demand oleh Grass Root di Bagan Pinang. Beliau juga telah menjalankan hukuman kerana kesilapan rasuah, semua orang tahu, Beliau tidak digantung seumur hidup atau di pecat dari parti. Beliau telah menjalankan proses pemulihan dan pembersihan.

Inilah satu kecantikan dan keunikan dalam UMNO yang tiada dalam parti pembangkang. Walaupun PAS menekan isu Rasuah terhadap Ts Isa tetapi PAS terlalu mereka takut dengan TS Isa, Kalau TS Isa menang dalam pilihan raya Bagan Pinang ini nanti bermakna calon PAS tidak layak untuk bertanding dengan calon UMNO yang dikatakan rasuah. Ini bermakna mereka lebih hina dan di tolak oleh rakyat dari calon yang diterima rakyat.

Isu rasuah tidak laku di Bagan Pinang. Lagi banyak PAS mainkan Isu ini lagi popular TS Isa. Inilah keunikan TS Isa Samad. Beliau dikatakan antara ahli Politik yang paling popular dan mempunyai PR yang terhebat. TS Isa dikatakan pandai mengambil hati orang. Kalau tidak tak mungkin ada Mak Mak Puteri yang kagum dengan Isa. Ada satu kesah yang menarik yang mahu saya kongsi dengan pembaca mengenai perangai TS Isa ini. Ini mengenai PR dia dan ini lah yang dikatakan seorang ahli Politik, bukan macam si Tanggang yang sombong dengan rakyat.

TS Isa ini memang bijak. Jika ada kumpulan orang kampung yang datang melawat ke pejabatnya, ketika beliau menjadi MB NS dahulu. Beliau idak akan terus berjumpa dengan mereka. Beliau akan memanggil pegawainya masuk dahulu dan bertanya dan menyelidik mengenai laar belakang ketua rombongan. Bila beliau telah mengetahui latar belakang mengenai ketua rombongan dan apabila mereka semua masuk TS Isa akan menepuk bahu ketua rombongan sambil memanggil nama ketua rombongan, Ha Hassan..... apa khabar, anak macam mana yang dekat Universiti itu. Ok ke pelajaran dia. Ini tahun akhir kan..... Kak Bedah tak datang ke, Beliau akan tanya tentang isteri Ketua rombongan itu, Wal hal TS tidak pun pernah jumpa dan kenal dengan Hassan . Hassan bangga sekali. Orang kampung begitu yakin, Hassan kenal rapat dengan TS Isa lah bisik orang kampung.

Begitulah hebatnya TS Isa. Beliau juga di anugerah kan, petah bercakap dan dalam percakapan beliau sentiasa terselit jenaka yang membuat sesiapa yang mendengar nya tidak akan kering gusi dan tidak akan merasa bosan. Sewaktu beliau digantung, kerana sayang kan UMNO, TS Isa terus menjalankan kewajipan terhadap parti dengan gigih, Saya juga bertemu dengan TS Isa yang urun ke Pengerang hanya untuk menghadiri majlis hari jadi anak angkat kepada si Tanggang.


Cerita 2 - Sukar untuk menandingi keabahan dan ketenangan calon BN Bagan Pinang.

Pernah tak anda semua mendengar sok sek sok sek politik yang menyatakan bahawa Isa di kambing hitamkan dan mangsa keadaan, Jika pernah..... tidak perlu saya ulas kan, jika tidak tanyalah dan pinta lah saya mengulasnya. Itulah sebabnya orang kampung kami tetap mahukan Isa. Bagi kami Isan amat berjasa kepada Negeri Sembilan dan kampung kami. Jika ada perasaan takut mengenai isu rasuah, ini kami mahu jelaskan kepada pembaca. Orang kampung kami tidak takut, entah kenapa kami pun tak tahu tetapi kami yakin kepada TS Isa. Takut apa..... Itu politik lama. Politik 22 tahun yang lalu.

Sekarang zaman moden, kami tidak takut sekiranya pemimpin kami dikatakan rasuah. Bukan kami suka rasuah, kami tidak suka rasuah, tapi kami yakin kepada TS Isa, Ini kuasa Allah SWT dan bukan kami seorang sahaja yang yakin , malahan ramai lagi yang yakin. Jangan salahkan kami. Ini kuasa Allah SWT yang menyakinkan kami kepada beliau. Bukan semua orang diberikan aura sebegini.

Jika Mawi boleh jadi raja SMS kerana auranya, Isa juga boleh jadi raja kepada semua calon kerana auranya. Kini Presiden dan Timbalan juga yakin, kenapa kita tidak yakin pula. Kalau ada seorang dua yang tidak yakin, biarkanlah..... ramai yang yakin. Jangan takut. Ramai juga yang jadi calon pada mulanya bersih dan bila jadi wakil rakyat kemudian menjadi menteri, lupa diri dan menkedarah duit rakyat.

Dugaan ketaban TS Isa adalah pada hari raya, bila dia di hentam oleh Tun, tak ada angin, tak ada salah, kena kaw kaw dengan Tun. Tidak sepatah pun TS jawab. Hak pun tidak hek pun tidak. Semua orang diam saja macam blurr saja bila Tun hentam TS Isa. Macam sokong dan tidak. Bila umum TS jadi calon semua lompat keriangan. Penakut jugak kau yo jang.....

Kecil kecil cili api, walaupun digelar Doremon, jangan main dengan Doremon ini, Cute sangat kata kawan aku. Ini aura juga. Sebenarnya jasa TS Isa Samad sememangnya tidak boleh dilupakan oleh rakyat Negeri Sembilan. Kesabaran, ketenangan menempuh dugaan Allah SWT. No 1 class 1 devision 1, tiada tolok bandingnya. Hebat ketabahan beliau.

Beliau lalui suka dan duka sendiri, ketika iu juga Allayarhamah Puan Seri pulang kerahmatullah, Isteri tersayang dan dalam dan tika TS Isa dalam kejatuhan. TS Isa sabar dan tabah, allahyarhamah adalah wanita di belakang kejayaan beliau, Allahyarhamah pulang ketika TS Isa menghadapi zaman kelam. Kecil kecil TS Isa itu ada juga yang tertarik , maklum lah TS sekarang bujang. Kalau sama padan apa salahnya. Lain kali saja lah kia sambung......

nak tenguk Vedio Bagan Pinang klik sini

Print Friendly and PDF

Tuesday, September 29, 2009

Aik..... Anwar Pi Mana Dah.....?

Hari ini Anwar seolah-olah mahu berselindung disebalik perbuatan terkutuknya dengan menimbulkan berbagai-bagai isu yang dicipta dan direkanya untuk mengabui mata sekelian bangsa.

Apakah Anwar sudah menyedari seandainya terbukti benar perbuatan tersebut dia sudah tidak ada lagi tempat dihati seluruh bangsa Melayu dan politiknya hari ini. Sekaligus meranapkan samasekali politik sekutunya yang turut bersekongkol dengan agendanya selama ini.....

Seperti ranapnya ABIM setelah Anwar kembali ke pangkuan UMNO dulu.

Inilah hakikat yang amat merisaukan dan menghantui fikiran anak kelahiran To’ Kun Bukit Mertajam selama ini.

Bila segala pekong dan cabuknya terungkai dan terburai….. dimanakah maruah seluruh keluarga dan dirinya hendak di dikafankan dan ditongkan.....?

Ini masalah maruah. Bukan lagi rasuah atau wadah perjuangannya lagi.

Hari ini Anwar sedang berhadapan dengan maruah bukan berperang dengan kezaliman atau rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh UMNO lagi yang sama-sama pernah dilakukannya dahulu.

Hari ini maruah diri adalah soal pertama yang perlu dipertahankannya terlebih dadulu berbanding maruah bangsa. Kerana akibatnya akan mengerhanakan seluruh masa depan zuriat keturunannya.

Lihatlah bertapa hebatnya kuasa Allah swt dengan balasannya yang tidak terfikir oleh bangsa selama ini yang Anwar akan lalui. Seandainya perbuatan tersebut benar-benar terungkai dan terburai kebenaranya.

Padah yang bakal Anwar terima nanti walaupun tidak sehebat apa yang terjadi pada Kamal Artartuk tapi kesannya tidak jauh bedzanya.

Lebih-lebih lagi Anwar masih bernafas bilamana aib terhadap dirinya akan terburai dan terungkai didepan mata dan keluarganya serta sekelian bangsa hari ini.

Walaupun tidak sedahsyat aib yang menimpa keatas jasad Atarturk yang sudah mampu bernafas lagi.

Allahuakbar.....! hanya Allah SWT saja yang dapat mengetahui isi hati Anwar dalam pertarungan mempertahankan maruahnya hari ini.

Bayangkan jika perbuatan terkutuk tersebut benar-benar terrungkai dan terburai mampukah Anwar kembali kepangal jalan yang gelap dan gelita atau Anwar akan terus dengan agenda gilanya demi mempertahankan mauahnya.

Hari ini walaupun terpaksa bersekutu dengan DAP dan bermusuh dengan bangsa sendiri.

Maruah terpaksa dilindungi.Ini bukan lagi masanya untuk Anwar membela maruah bangsa,Anwar sudah tersepit dan terkapit dalam dua situasi maruah dirinya dan keluarga.Jika terungkai dan terbarai akan gerhanalah seluruh masa depan zuriat dan keturunannya.

Bukankah Anwar sudah berjanji dan bersumpah “Lawan Tetap Lawan” demi maruah terpaksa dilindungi.

Hari ini Anwar mungkin merasai seandainya ia meneruskan agendanya sekurang-kurangnya jika Allah swt yang maha pemurah lagi penyanyang ,masih dapat memberi ruang dan peluang terakhir padanya….maruah diri dan keluarga dapat diselamatkan buat seketika sebelum ia menutup mata dari terpaksa berhadapan aib didunia ini.

Mungkin Anwar merasai hari ini dia lebih rela berhadapan dengan Allah swt disana nanti.

Berbanding didunia ini jika terlondeh segala pekong dan cabuknya dihadapan 27 juta rakyat jelata yang berbilang bangsa.

Akhirnya pada tanggal 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian Artarturk seperti Firaun dan Namrud.
Dimana Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

Cara kematian Ataturk pula digambarkan begitu hina samada di saat kematiannya maupun selepas kematiannya.

Waktu menghadapi sakaratulmaut,Allah membalas dengan menghodohkan mukanya, perutnya bengkak, ototnya kendur dan sukar untuk bernafas.

Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk terpaksa melekapkan ketulan-ketulan ais .

Pihak bomba juga terlibat untuk memancutkan air ke dinding biliknya. Sepert kata Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.”

Panas yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa berada di istana Dolmabahce. Sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

Ataturk menemui ajal dalam keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi.

Akhirnya mayat Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah timbunan marmar seberat 44 tan,untuk melindungi keaibannya.


Print Friendly and PDF

Syabas MB Kedah.....

"Kekotoran yang amat dasyat di Alor Setar dengan sampah-sampah yang bertimbun sehingga MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan mengakui beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.” Azizan Razak.

Amat tertarik dengan pendedahan Mummy Rokiah dalam blognya melalui kenyataan Azizan Razak merasa malu dan memohon maaf pada orang-orang Kedah, yang pulang berhari raya dengan keadaan sampah sarap yang bertimbun.

Manakala bagi Azizan Razak pula cara berdalih macam biasa..... Menafikan ini [BUKAN] kegagalan kerajaan negeri tetapi masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat.….

Itu biasalah perangai Azizan Razak..… yang aku kenai....! sejak kes bekas YB Arumugam lagi..!

Kenyataan Azizan Razak tersebut adalah kenyataan yang biasa atau sudah “mangli” kata orang kedah..… jika kenyataan tersebut datangnya dari orang yang bernama Azizan Razak..…

Selain dari kenyataannya… "saya tak tau apa.....apa.....pa.....!" "ada bukti bawa mai....." saya belum dimaklumkan.....!" .....dan macam-macam lagilah putaq belitnya.….

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membuat kita meloya dan terasa nak temuntah mendengar alasan pandir darinya.

Isu sampah.....! bukan lagi isu yang brandnew tetapi sudah recond yang telah belarutan dari dulu-dulu sampai hari ini,hampir satu tahun, tiga bulan PAS memerintah..…

Dibawah ini terbukti kebenaran komen PAS Jerlun dulu yang menunjukkan tuduhan penyokong-penyokong PAS sendiri bukan satu fitnah atau tuduhan berniat jahat terhadap kepimpinan ulama yang bernama Azizan Razak.

Tetapi betapa bijak pula si Azizan Razak berdalih dan berhelah pada Rakyat..… dengan alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini seperti yang dimaklumkan lebih awai lagi oleh penyokong PAS sendiri yang mungkin lebih kenai sangat dengan tabiat putaq belinya MB mereka selama ini….. ini komen depa awai-awai dulu..…

“BILAKAH ISU LONGGOKAN SAMPAH YANG TIDAK DIKUTIB DALAM KAWASAN MBAS HENDAK DISELESAI?[ Nota: Rakyat tidak mahu mendengar alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini tetapi rakyat mahu melihat sampah dikutip dengan segera dan kerap!)
-[Komen PAS Kawaan Alor Setar]

Hari ini.... masalah sampah masih macam 7 bulan awai PAS perintah juga..... gagal diatasi walaupun hari ini sudah mencapai dua tahun.

Alasan Azizan Razak macam tu lah juga..… macam slogan UMNO dulu kini sampai mapuih dok macam tu..…

Tapi Azizan Razak mampu lagi memutar belit dan menipu rakyat kedah dengan penuh berhemah kononnya…..

“Beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.”

Sepatutnya Azizan Razak malu pada penyokong-penyokong PAS kerana ..masalah sampah ini bukan masalah baru seperti yang beliau berdalih dan berbohong….kononnya

“masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat”

- Azizan Razak.

Inilah putaq belit Azizan Razak bukan saja pada rakyat tapi pada penyokong PAS sendiri yang sudah belarutan sejak sekian lama…..

Itu masalah sampah!! ..…belum lagi masalah putaq belit hukum Allah ta’ala…..

Begitu juga dengan masalah hukum…jika dengan Allah swt….. Azizan Razak tidak malu….. masakan dia malu dengan makluk seperti dia juga..…?

Apakah ini bukan satu pembohongan dan putaq belit yang menyerupai ciri-ciri orang-orang munafik? Atau belum lagi boleh dikataka munafi sebab dia bertitle Ustaz atau Ulama? Lebih-lebih lagi membimbing manusia ke Syurga..... kononnya.

“SEBELUM MEMERINTAH KITA SELALU CANANG KITA AKAN LAKSANAKAN ISLAM DALAM SEGENAP BIDANG.KITA BAGI CONTOH MADINAH YANG RAKYATNYA MAJMUK BERJAYA MELAKSAN ISLAM. KITA TEGAS KITA [MISTI] MENEGAKKAN MAARUF DAN MENGHAPUS MUNGKAR.”
[ Komen PAS Kawasan Jerlun]

Sepatutnya Azizan Razak malulah dengan Allah swt kerana menolak Hukum dengan menepikan desakan penyokong penyokong PAS sendiri dengan alasan “UNDI” cina dan India memenangkan PAS dalam PRU12.

Sebagai rakyat Kedah, amat teruja bila PAS dapat memerintah Kedah..... dan dapat pula PAS melaksana hukum yang selama ini kita laung-laungkan untuk mencegah mungkar….. disetiap kali ada saja ceramah PAS kita balun UMNO habis-habisan kerana tolak Hukum….. Lupakah Azizan Razak sewaktu kita berceramah dan mendengar sahabat kita membalun dan hentam UMNO dengan ceramah-ceramah pedas..... lagi panas !!

Hari ini setidak-tidaknya PAS dapat menutup satu atau dua buah pusat perjudian secara berperingkat peringkat….. itu pun sudah cukup membanggakan kita sebagai orang Islam.

Atau dapat mengurangkan percambahan premis judi haram yang gagal kononnya dilakukan oleh kerajaan thoghut UMNO sebelum ini dibumi Kedah..... cukuplah sekitar Alor Setar saja….. jangan sampai telajak ke kawasan YB Radzi @ YB Lim Soo Ni yang pernah Azizan Razak lepak untuk berkempen dulu….. mungkin kws tersebut jauh sangat dari celah kangkang dia.

Tetapi amat malang dan mengecewakan sekali bila PAS mengambil alih pemerintahan UMNO di Kedah melalui pemimpin orang bertaraf Ustaz.

Masalah judi haram…tidak termasuk judi halal PAS TIDAK mampu membentasnya..... Azizan Razak pula bagi alasan “UNDI” kapiaq kena ambik kira.

Masyaallah ! apa nei Ustaz Azizan?

Sepatutnya ini yang patut Azizan Razak malu…bukan saja pada Rakyat Kedah tapi pada Allah swt..

Tetapi hari ini Azizan Razak seolah-olah menyambung kesinambungan pemerintahan thonghut UMNO.

Pada apbs apa bezanya pemerintahan kerajaan thoghut UMNO dan PAS dibawah Azizan Razak hari ini….. Cuma berbeza hanya status MBnya saja.

Jika dulu MBnya bukan bertaraf Ustaz atau Ulama….. Tapi kini Kedah dibawah kepimpinan seorang Ustaz atau bertaraf Ulama pulak tu..

Masalah baru atau lama mentadbir itu bukan soal pokok..... atau itu bukan masalah Rakyat Kedah perlu dengar alasan bodohnya….. dan jangan perbodoh rakyat nak bandingkan pula dengan UMNO.

Yang penting rakyat Kedah ingin melihat satu perubahan yang dapat menggantikan pentadbiran yang selama ini PAS mencanangkan UMNO mengamal Islam suku….. politik suku….. yang boleh membawa kepada kekufuran.....!

Tapi andainya….. Azizan Razak masih menyambung kesinambungan politik suku….. Islam..... suku,bermakna Kedah hari ini juga masih berada dalam gebar atau sentong “thoghut” UMNO macam dulu juga.....

Cuma bezanya mungkin UMNO masuk neraka ikut pintu Gerbang, Azizan Razak ikut pintu belakang pasai dia Ustaz @ ulama.

Ini yang sepatutnya Azizan Razak perlu malu dan takut pada Allah ta’ala dan malu pada seluruh umat Islam dibumi Kedah kerana “cakap kita tak serupa bikin”berbanding malu pada Isu Sampah yang sudah belarutan sekian lama.

Isu sampah tersebut seolah-olah memberi gambaran simbolik yang PAS hari ini lebih terok dari kepimpinan thoghut UMNO.

Selain dari segelintir EXCO-Exconya yang bijak menipu dan memutar belit..... jadi tidak ada bezanya lah PAS hari ini dengan UMNO yang di tuduh Thoghut termasuk anak buahnya YB Suraya….. yang gagal Ust Azizan Razak mentarbiyahkannya supaya meninggalkan UMNO yang dituduh kapiaq tu?

Kesian YB Suraya..... yang gagal dikembalikan ke pangkuan Islam sejati PAS oleh Azizan Razak..sia-sialah matinya nanti sebagai kapiaq harbi…..

Pada Azizan Razak renung-renunglah….. kerana kita bukan terus nak menungkat langit.

Jangan sampai satu masa nanti segala perbuatan kita boleh memalu dan mendatang aib pada anak cucu bangsa kita….. lebih-lebih lagi disana nanti.....!!!

Cukup ka..... bila sampai masa nafas kita ter stop.....!

Datang ratusan ribu menyembahyangkan Jenazah kita..... ia dapat menutup dan menghalalkan kemungkaran yang kita buat semasa kita berkuasa seperti hari ini.

Lepas itu….. seluruh rakyat Kedah merasa bangga...…

Waallahualam..!! tu kerja Tuhan melainkan Nik Aziz saja yang tau PAS masuk Syurga atau pi tang mana.....!

Lebih-lebih lagi hari ni bila kita melakukan penganiayaan pada rakyat…..

Cukup..... ka. Dengan seluruh manusia menyendatkan seluruh masid-masjid dan surau di Kedah menyembahyangkan Jenazah kita satu hari nanti… dapat melupuskan penganiayaan dan putaq belit yang kita lakukan hari ini pada rakyat bila kita berkuasa dan mohong pula dengan Hukum Allah Ta’ala?

Fikir-fikirlah Ustaz Azizan Razak …sebelum kita disembahyangkan oleh depa nanti.

Walaupun sebelum ini kita pernah membabikan orang yang terlewat bersolat subuh!

Atau Cukup ka bila keranda kita diselimut dengan lambang PAS..??

Kita akan terlepas soal kuboq?

Renung-renunglah Ustaz Azizan..... Islam itu tabliq ingat mengingati satu sama lain..…

Teringat aku Kuliah subuh di perkampungan Derang dulu waktu PAS dianggap Parti Tok Lebai Pondok…..
Print Friendly and PDF

Bila Kapiaq Mengapalai Politik PAS.

Akhirnya selepas PRU12 setelah PAS bersekongkol dengan kapiaq harbi [DAP].

Isu Kafir tidak lagi rasional buat PAS untuk menyerang politik bangsa (UMNO) seperti yang dijelaskan oleh Mat Sabu.

Kerana ditakuti bangsa asing merasai PAS masih bersifat parti perkauman lebih-lebih lagi untuk menjaga hati sekutu mereka iaitu DAP.

Selain daripada itu PAS merasai isu kafir juga tidak lagi sesuai memandangkan kini PAS bersama-sama DAP.

Dan PAS merasai tanpa isu kafir tersebut senjata ampok PAS selama ini berjaya mendekati dan mempengaruhi MCA dan MIC untuk menyokong perjuangan mereka,dan meninggal politik bangsa.Inilah kianatnya politik PAS pada bangsa hari ini.

Sedarkah kita.....?

Lebih-lebih lagi hak Istimewa Orang Melayu yang dijanjikan oleh sekutu politik mereka dapat memikat hati MCA dan MIC meninggalkan politik bangsa (UMNO) yang kononnya banyak melakukan penyelewengan,dan tidak banyak membantu bangsa.

Lebih-lebih lagi Isu liwat oleh al-khahfi mereka[Anwar] sedikit sebanyak menyumbang DANA pada politik mereka meracun fikiran bangsa.

Selain daripada itu Isu membatalkan Negara Islam juga memberi impak yang amat berkesan lagi dapat menarik segala bangsa menyokong perjuangan mereka hari ini.

Situasi ini dijelaskan sendiri oleh Mat sabu dalam seminar Angkatan Muda PKR di Dewan Hotel Sri Malaysia Sungai Petani sebelum PRU12 yang dihadiri oleh MP [DAP] Bukit Mertajam YB Chong Eng yang menentang Dasar Perjuangan PAS selama ini untuk menubuh Negara Islam.

Akhirnya Mat sabu dengan busuk dan cabuk hatinya, secara resmi menggugurkan Negara Islam mengantikannya Dengan Negara Kebajikan seperti yang dipersetujui oleh DAP iaitu MP Bukit Mertajam tersebut.

Tapi sedarkah sekelian tali barut bangsa terutama seglintir pemimpin-pemimpin PAS hari ini segala tipu muslihat Politik mereka akan membelit dan melilit sekelian bangsa Melayu.

Lalu dalam PRU12 yang lepas terbukti PAS telah mengugurkan Negara Islam menggantikan dengan Negara Kebajikan degan persetujuan bersama DAP.

Hari ini PAS merasa mereka lebih selesa berada bersama kapiaq habi menjadi gembala politik mereka dengan menepikan segala arahan ayat-ayat allah ta’ala kepada mereka.

Apakah Pemimpin PAS hari ini sudah melupai ayat-ayat yang dibaca dan dicanang didepan bangsa hari ini telah menikam maruah mereka?

Allahuakbar ! mereka sedang diuji oleh Allah atau sudah dibenci Allah swt diatas putar beli mereka pada hukum Allah ta'ala selama ini?

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin.
Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah."
(QS. an-Nisa' 4: 137-139)

Sedarkah Pemimpin PAS bahawa Dajal itu adalah sesosok manusia.

Nabi saw. Memberi tahu kita bahwa pada akhir zaman akan muncul seorang manusia yang akan menipu kelian manusia.

Dajal akan menguasai dunia.

Maka, orang-orang Islam harus waspada agar hati kita tidak memendam cinta terhadap dunia sehingga mereka sanggup korban aqidah dan kesucian Agama karena semata- dengan rayuan serta janji-janji Dajal.

Jangan setakat bijak berpidatu didepan bangsa...sedangkan kita sendiri masih berada dalam selimut kejahilan diri sendiri hari ini.

Bangsa tidak mampu menegur kita...kerana kita kononnya lebih mulia dari mereka yang menyokong tipu daya kita?

Ingat Kuasa Allah ta'ala masih ada... dapat membuka minda mereka bila-bila masa saja,untuk menerjah kemungkaran didepan mata kita.
Print Friendly and PDF

Friday, September 18, 2009

N.34 - PAS Atau YB RADZI Yang Menjadi Pengkianat.....?

YB RADZI DI COP PENGKIANAT AMANAT RAKYAT. ATAU PENGKIANAT AMANAT PAS.....?

Begitulah bahlolnya yang menjadi pengikut Demontrasi Haram DUN N.34 LUNAS, BERHADAPAN PEJABAT YB RADZI…

Sebanarnya bangsa melayu amnya pengikut-pengikut Demontrasi haram di Paya Besar, Lunas telah diperdayakan dan diperlembukan oleh dalang-dalang talibarut bangsa…kononnya YB Radzi Pengkianat Amanat Rakyat Lunas?

Sedarkah mereka siapa sebenarnya pengkianat? Hanya pengkianat saja yang mengnali siapa pengkianat.

Sebenarnya hari ini YB Radzi telah memerdekakan Rakyat di bumi Lunas dari terus berada dibawah cengkaman dan teluntuk talibarut bangsa.!

Terimalah hakikat ini.Lunas kini sudah bebas dari tipu daya pemimpin-pemimpin yang bijak memutar belit dan pengkianat pada amanat sendiri.

Rakyat Lunas telah bebas dari politik yang hanya sekadar ber-Retorik untuk menegak hukum allah swt. Pada hakikatnya pemimpin mereka sendiri menolak Hukum Allah swt.

Pada mereka “UNDI Cina dan India” penentu kemenangan Islam di bumi Kedah.Dapatkah sekelian bangsa menerima hakikat yang bahlol ini.....?

Apakah mereka lupa Kuasa Allah swt lebih hebat dari suara bangsa di bumi Lunas ini?

Hari ini terbukti Politik PAS telah menipu kita dan bangsa serta pengundi-pengundi di bumi Lunas ini.

Tidak pernah ada dalam perlembagaan PAS maupun Transkrip politik PAS yang menyatakan PAS ingin menegak Hukum Allah swt.

Hari ini terbukti PAS telah mengkianati Amanat Asy-Syahid Ibrahim Libya dalam Tragedi Memali dan juga mengkianati Tragedi Berdarah Lubuk Merbau.

PAS hari ini adalah bertaraf nasi tambah pada politik DAP dan PKR.

PAS tidak mampu bersuara tanpa DAP dan PKR.

PAS diperkuda oleh sekutu-sekutu mereka untuk meraih undi bangsa.
Sedarlah wahai rakyat Lunas jangan kita terus diperlembukan oleh talibarut bangsa.

Hari ini terbukti PAS tidak mampu bersuara untuk kepentingan orang Melayu tanpa mendapat restu DAP dan PKR.
Print Friendly and PDF

Siapakah Yang Layak Melepaskan Jawatan.....?

Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.”
“Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.”
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan…” – HARAKAH DAILY.

MASYAALLAH…. PUTAR BELITNYA LAPORAN AKBAR MEREKA YANG LEBIH THAGHUT DARI YANG DOK ADA.....
.
TEKANAN SEMAKIN HEBAT KEATAS ADUN LUNAS.....?

DARI SIAPA.....?

DARI PENGUNDI-PENGUNDI DUN LUNAS.....?

DARI PENYOKONG-PENYOKONG PKR.....?

DARI TALIBARUT-TALIBARUT BANGSA YANG GILA KUASA.....?

ATAU DARI AZIZAN RAZAK YANG BIJAK BERMUKA-MUKA.....?

Didalam bulan puasa ini janganlah PAS bijak bermuka-muka ingatlah pada Allah ta’ala…itu namanya menipu bangsa.

Sudah lupakah pada dosa dan pahala sejak DAP menjadi gembala,walaupun kopiah dan serban diatas kepala.....?

Siapa Lebih pengkianat jika dibandingkan YB Radzi dan Gobala.
Sudahkah PAS SENARAIKAN kebiadap Gobala berbanding Radzi yang membuat pilihannya sendiri.

Siapa dalam sejarah Politik bangsa baik Mat Sabu atau Mahfus atau pemimpin-pemimpin utama dalam PAS sendiri pernah memukul pihak berkuasa.....?

Apakah selama ini pemimpin-pemimpin PAS “DAYUS” berbanding Pengurusi Kelab Penyokong PAS Gobala.....?

Hari ini adakah PAS lebih reda dengan sikap Gobala semata-mata dia menjadi DANA politik untuk memancing undi pengundi bukan Islam supaya memihak pada PAS.....?

Berbanding YB Radzi yang tidak sanggup bersekongkol dengan tipu daya serta putaq belit pemimpin PAS di Kedah hari ini.

Lalu PAS persembahkan pada Sultan agar dilucutkan jawata EXCOnya kerana tidak memihak pada mereka.Seperi yang dijelaskan oleh Zulkifli Nordin.....?

Bagaimana pula dengan kes bekas YB Bukit selamabau yang melepas jawatan dan hari ini..tapi masih berada dalam selimut PAS dan mampu pula untuk mengurus projek rakyat?

Sedarkah kita mainan politik Azizan Razak hari ini.

Sedangkan ada projek rakyat yang dibawa oleh YB Radzi ditolak mentah-mentah dengan alasan projek kesinambungan UMNO oleh EXCO PAS yang biadap dan KURANG AJAR itu.....?

Beranikah Azizan Razak bersemuka dengan rakyat hari ini diatas kebiadapan dan kurang ajar exconya hari ini?

Apakah ini bukan PENGKIANAT AMANAT RAKYAT.....?

Sedarkah Azizan Razak dengan kebiadapan segelintir EXCOnya yang berlidah biawak itu hari ini.....?

Siapa yang lebih pengkianat pada amanat rakyat hari ini YB Radzi atau segelintir exco-exconya yang lebih busuk dan cabuk hatinya melebihi bangkai.

Atau MB nya sendiri.....?

Sedarkah Azizan Razak yang bertaraf Ust itu tentang pengkianatan PAS hari ini? Atau masih dengan alasan bodoh dan bahlolnya.....”saya tak tau apa-apa.....”

Jika itulah alasannya SELAMA INI.....

Elok sajalah Azizan Razak sendiri berudur dari jawatan yang ada dan gantikan dengan orang lain yang lebih berwiba dari terus menjadi pengkianat pada anak bangsa berbanding YB Radzi yang ada.

INI TEGORAN IKLAS PADA PEMIMPIN PAS YANG DOK ADA. TIDAK ADA SEBARANG AGENDA POLITIK GILA KUASA SEPERTI MEREKA.

PENEGAK KEBENARAN DARI TERUS MEMBIAR RAKYAT DIPERKUDA.
Print Friendly and PDF

Rakyat Lunas Tidak Sebangang Talibarut Bangsa.

Raja Pakau salah seorang perancang yang memainkan peranan utama merancang disabalik mengadakan Demontrasi Haram yang kononnya mendapat arahan dari pihak tertentu,maklumat yang diterima GMC dari salah seorang yang dijemput dalam perjumpaan sulit malam sebelumnya.

Katanya Demontrasi haram yang dirancang lebih awal itu, tidak banyak mendapat sambutan kerana mereka masih merasa ada sesuatu yang tidak kena.

Sebanarnya banyak agenda disebalik Demontrasi haram yang bertemakan “DUN LUNAS PENGKIANAT” yang GMC terima, ekoran dari Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Diantarannya adalah ada usaha-usaha untuk merebut jawatan ketua Bahagian Padang serai yang kini masih kekosongan ekoran pengistiharan Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan,yang mungkin belum disahkan proses pembubarannya.

Selain daripada itu factor demdam kesumat yang belum terbalas oleh Raja Pakau dan kuncu-kuncu mereka dalam pemilihan calun pada PRU12 yang lepas.

Walaupun 5 senarai calun lebih awal diserahkan pada pihak tertentu oleh ketua bahagian yang terdahulu untuk menentukan calun yang akan bertanding di DUN N.34.

Tetapi masih terdapat tentangan dari Raja Pakau dan kuncu-kuncunya di peringkat awal.
Dan apabila YB Radzi mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Inilah peluang dan kesempatan yang ditunggu-tunggu oleh Raja Pakau dan kuncu-kuncu mereka menangguh diair keroh melalui Isu tersebut dengan mengadakan perjumpaan yang agak tergempar dan sulit di Pejabat Gobala pada malam sebelumnya untuk mengadakan satu

Demontrasi Haram yang bertemakan “Radzi Pengkianat”

Lihatlah bertapa bijaknya mereka menipu bangsa dengan menganjurkan demontrasi haram membabit rakyat dan bangsa dengan bertemakan “YB RADZI PENGKIANAT AMANAT RAKYAT”

Inilah hakikat sebenarnya disebalik Demontrasi haram yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu untuk merosak perpaduan yang sedia ada serta untuk memprovokasi politik serta kepimpinan mereka kononnya merekalah penegak keadilan pada rakyat Lunas ini.

Mereka seolah-olah ingin bertindak hero pada rakyat Lunas,tetapi dibaliknya terselit agenda peribadi politik mereka.

Tidak hairan Demontrasi Haram tersebut tidak mendapat sambut selain penglibatan kuncu-kuncu mereka.

Berita yang mengatakan terdapat 300 -400 yang terlibat adalah satu pembohongan ia hanya sekadar Provokasi pihak tertentu.

Berita yang kami terima dari rakyat tempat bilangan anggota FRU dan Polis lebih ramai dari yang terlibat dengan demontrasi tersebut..

Cuma mungkin provokasi pihak-pihak tertentu melibatkan jumlah keseluruhan bilangan penonton dan orang awam yang berdekatan kebetulan berada dikawasan perniagaan menyaksikan kebodohan mereka yang berdemontrasi.

Lihatlah bertapa biadap dan kurang hajarnya mereka membabitkan rakyat melalui agenda politik mereka.

Hakikatnya hari ini siapakah dalang dan talibarut yang kurang hajar disebalik demontrasi haram di Lunas tersebut yang membabitkan nama rakyat Lunas.

Tepok dada tanyalah kepala lutut anda… pasti sudah mendapat jawapannya ..rakyat tidak se bahlol PEMIMPIN-PEMIMPIN mereka yang diperkuda oleh DAP.

Pada pemimpin-pemimpin politik tertentu sedarlah masih ramai lagi rakyat lunas amnya yang mampu berfikir lebih waras dari pemimpin di Kedah hari ini.

Janganlah Kalian menggangap Rakyat Lunas lembu seperti segelintir pemimpin yang ada.

Kerana kami yang melantik kalian dan kami juga mampu menerajang kalian ke longkang bila sampai waktunya. Ingat.....!
Print Friendly and PDF

Agenda Anwar Di Belakang Tabir.....

Pluralisme (agama) dalam konteks pembicaraan ini merujuk faham menyamakan semua agama dalam erti:

a)Kebenaran ada dalam semua agama, dan
b) Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

Anwar terpengaruh idea father L.Esposito mengenai "Islam dan Demokrasi", Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha.

Kepakarannya dalam bidang agama kristian katholik dia kenali sebagai 'Father Esposito' dan pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.

Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti.

Sebab itu di negara-negara Islam, Anwar lebih gemar memilih tajuk berkaitan dengan Islam dan Demokrasi.

Semasa TPM, beliau mengarahkan Universiti Malaya untuk menganjurkan persidangan mengenai dialog peradaban di antara Islam dan Confucianisme.

Anwar tidak sempat menganjurkan dialog peradaban di antara Islam dan Hinduisme kerana di penjara di Sungai Buloh.

“Dunia Islam harus mencontohi Eropah pada abad ke-18 telah memulakan pencerahan dengan membebaskan manusia daripada kepercayaan karut, fanatisisme dan ketaksuban.”- Anwar

Print Friendly and PDF

Arak, Zakat dan Ronnie Liu.

SYABAS Dr. Hassan Ali. Setelah sekian lama menyepi, tak kisah, buat- buat tak nampak, akhirnya Dr. Hassan, bekas pakar motivasi RTM, mula bersuara. Selama ini, mungkin beliau ‘mahu menjaga hati’ rakan-rakan DAPnya.

Tapi kini nampaknya hatinya sendiri sudah dirobek. Atau mungkinkah beliau didesak oleh ahli-ahlinya sendiri yang sudah tidak tertahan dengan gelagat DAP yang mulai bermaharajalela di Selangor ini.

Kasihan orang Shah Alam. Ia adalah bandar Melayu yang kini mula dikuasai puak-puak DAP. Sejak kerajaan pakatan ini memegang tampuk pemerintahan, banyak peristiwa yang tidak terfikir oleh orang Shah Alam telah berlaku. Mana ada dalam sejarah Shah Alam orang berdemo memegang lilin. Ia berlaku apabila salah seorang pemimpin DAP mati terjatuh dari bangunan SPRM dua minggu lalu.

Yang menyedihkan, demo pegang lilin itu berlaku hanya kira-kira 200 meter dari masjid besar berwarna biru yang menjadi mercu tanda kesucian Islam warga Shah Alam. Ikut pandangan ulama (bukan Nik Aziz), demo pegang lilin untuk memperingati orang mati itu adalah haram. Tapi kini ia berlaku di bandar raya kemegahan (satu masa dulu) orang Melayu. Di situlah terletaknya institusi ulung orang Melayu iaitu, UiTM – yang pernah disyorkan oleh kerajaan pakatan semasa mula memerintah Selangor, supaya dibuka kepada semua.

Nampaknya orang Shah Alam yang dulu begitu ghairah memberi undi kepada DAP, PKR dan Pas kini terpinga-pinga. Apa sudah jadi?

Penjual arak kini dibela oleh pemimpin DAP Ronnie Liu untuk diniagakan di sebuah kedai di Jalan Liku, Seksyen 8 Shah Alam. Menurut laporan akhbar semalam, Ronnie sendiri mengakui menggunakan kuasanya sebagai Exco Kerajaan Negeri mengarahkan arak yang dirampas oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipulangkan kembali ke kedai tersebut.

Wahai Ronnie cuba lihat di sekeliling seksyen 8 itu siapa yang menghuni di situ? Saya sendiri ialah warga Shah Alam yang telah tinggal dan belajar di situ sejak 25 tahun lalu. Saya lebih tahu siapa yang paling banyak menghuni di situ. Kira-kira 97 peratus ialah orang-orang Melayu – yang pada pilihan raya umum lalu memberi undi kepada pakatan saudara.

Semua mereka adalah orang Melayu. Jika di Malaysia orang Melayu ialah orang Islam dan orang Islam tidak minum arak kerana arak itu adalah haram seharam-haramnya macam makan babi juga. Apakah Ronnie yang hidup di Malaysia ini tidak faham?

Saya tidak pasti di mana Ronnie atau anggota Exco DAP lain yang kini berada di Shah Alam tinggal sebelum pilihan raya dulu? Apakah mereka ini hidup dikelilingi orang-orang Melayu? Atau hanya dikelilingi oleh bangsa mereka sahaja? Jika saudara hidup dengan orang Melayu, bersekolah Melayu mestilah saudara faham adat resam orang Melayu dan umat Islam.

Saya sedih (dan marah) kerana saudara Ronnie tidak sensitif langsung dengan isu orang Melayu dan umat Islam.

Ronnie juga tidak sensitif apabila ‘turut campur tangan’ dalam operasi arak dan maksiat oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah premis di Bandar Sunway beberapa hari lalu. Kenyataan itu bukan dibuat oleh saya (yang terdedahkan dengan saman), tapi oleh Dr. Hassan sendiri. Mungkin kerana sudah ‘tidak tertahan’ Dr. Hassan mendesak Menteri Besar menarik balik portfolio Ronnie sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Ronnie dikatakan sering saja campur tangan dalam tugas PBT hingga menyukarkan penguatkuasaan dijalankan.

Tahniah sekali lagi Dr. Hassan. Saudara sudah mula bersuara.

Sebagai seorang bapa, saya tidak mahu anak remaja saya didedahkan dengan minuman arak atau mendekatinya. Saya juga tidak mahu anak saya terikut-ikut dengan budaya Kristian memegang lilin apabila ada kematian kelak. Saya tidak kisahlah jika ada orang Melayu lain yang mengikuti fahaman pakatan, tapi saya tidak sangggup melihat Ronnie atau sesiapa pun terus mencemarkan kesucian agama Islam yang saya anuti selama ini.

Selepas isu ‘underworld’ yang dikaitkan dengan kongsi gelap, isu Teoh Beng Hock, satu demi satu isu berat terus berlaku di Selangor. Isu wang zakat yang mahu dikongsikan untuk semua juga timbul dalam masa-masa kekelutan di Selangor sekarang.

Apakah orang Islam Selangor setuju supaya wang zakat (yang kita potong dari kantung gaji kita tiap-tiap bulan itu) dikongsi bersama-sama? Jika bersetuju saya tidak tahulah. Mungkin puak-puak pakatan bersetuju, saya juga tidak tahulah.

Wahai Menteri Besar Selangor yang bijaksana, di mana pertimbangan saudara? Saya hanya mahu wang zakat saya disalurkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan oleh Islam. Saya tidak tahulah jika wang zakat tuan Menteri Besar mahu diagih-agih kepada semua?

Jika Selangor sudah tidak cukup peruntukan seperti yang disebut iaitu kira-kira RM300 hingga RM500 juta setahun carilah dari punca yang lain. Saya syorkan pungutlah dari punca-punca perjudian, rumah-rumah urut, spa, rumah persundalan yang – menurut ketua pembangkang kena gantung Dr. Khir Toyo – tumbuh bercambah-cambah bagai cendawan di Selangor sekarang. Ia boleh ditukar menjadi ‘sin taxes’ (cukai dosa) daripada aktiviti-aktiviti seperti itu. Mengapa singkatnya akal mahu mengambilnya dari wang zakat. Orang Melayu di Selangor kan banyak yang miskin.

Satu lagi syor saya ialah majukanlah Selangor ini seperti yang telah dilakukan oleh menteri-menteri besar yang terdahulu. Apakah baru setahun memerintah, sudah beralah sehinggakan wang zakat pun mahu diambil? Dengar kata saudara ialah bekas CEO yang hebat dulu?

Apa akhirnya akan berlaku kepada negeri yang paling maju di Malaysia ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dan bagi Shah Alam ia sebenarnya sudah mulai dirobek sedikit demi sedikit. Sebagai warganya, saya sudah mula menghidu baunya dan unsur-unsurnya pun sudah kelihatan. Namun yang sedihnya warga Melayu di dalamnya masih belum sedar.

Oleh Zaini Hassan
zaini.hassan@utusan.com.my

Print Friendly and PDF

Jom Kita Ganyang Mereka – Bagan Pinang.

Perangi mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir, Pengkhianat Bangsa perlu , pembelot dan juga perogol maruah bangsa jangan diberikan seinci tanah Bagan Pinang untuk mereka bernafas, Itu Anwar Ibrahim, Ini PAS….. kata penyokong PAS. Apa bezanya Anwar Ibrahim atau PAS. Apa bezanya DAP PAS dan PKR. Apa bezanya Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Nik Aziz mahupun Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Semuanya gila kuasa dan sanggup mengenepikan soal bangsa dan agama.

1. Anwar Ibrahim sanggup menggadai maruah bangsa kerana mahu menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim sanggup menggadai apa saja yang penting dirinya dapat menjadi Perdana Menteri. Jantan tidak bermoral dan tidak bermaruah ini sanggup juga membohongi rakyat hanya kerana cita cita tinggi beliau yang tidak mungkin akan kesampaian.

2. Nik Aziz bertindak sebagai pembersih kepada semua kekotoran dalam PR dam bertindak sebagai nabi yang boleh mengubah fatwa mengikut kehendak dan citarasa parti mereka bagi meghalalkan yang haram dan haramkan yang halal.

3. Karpal Singh, bengali yang murtad kini tidak berserban kini menganggap Islam adalah sebuah agama yang tidak boleh diperjuangkan , Islam tidak boleh menjadi agama rasmi negara Malaysia kerana mereka mengamalkan prinsip Malaysia Malaysian. Karpal Pernah berkata langkah mayat ku dulu sebelum, PAS dapat dijadikan agama rasmi negara Malaysia. Karpal pernah mengeluar kan keyataan agar melangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS dapat bangunkan Islam.

4. Jika DAP salah satu dari badan komponen PAS yang tidak menerima Islam dalam PKR, Bagaimana Pas mahu dirikan Islam dibawah landasan PR. Jika PAS tidak boleh mendirikan negara Islam apakah sebenarnya perjuangan PAS, PAS juga berjuang untuk kuasa. PAS kini menipu rakyat, duduk serumah dengan orang yang bencikan Islam tetpai apabila keluar nercerita mengenai Islam. Pengundi Bagan Pinang perlu faham, kehadiran PAS di Bagan Pinang hanya bertopeng kan Islam tetapi pada zahirnya mereka adalah badut yang mempermain kan Islam.

Mereka ini semuanya kandang apa yang mereka mahu adalah kuasa, bila diberikan kuasa mereka tidak akan berjaya untuk lakukan apa apa kerana mereka tidak pernah memikirkan mengenai pentadbiran tetapi hanya memikirkan mengenai bagaimana mahu mendapat kuasa. Bila dapat kuasa mereka tidak tahu nak buat apa. Hidup mereka penuh dengan khianat, dombaan dan fitnah dan inilah senjata mereka yang meracun rakyat semoga mereka diberikan kuasa, Pengundi Bagan Pinang perlu berhati hati dan perlu bijak membuat pilihan.

Kini PAS dan PKR hanya merupakan badut kepada DAP kerana mereka mahukan sangat DAP menjadi rakan mereka bagi merampas kuasa dari Barisan National. PAS sanggup tutup mata apabila Elizebeth Wong mendedahkan dan memperagakan alat sulitnya yang tidak lagi sulit, Nik Aziz juga mungin sudah tenguk.....!

Lantas Nik Aziz berkata, dia tak salah….dia kangkang macam tuh pun tak salah , yang salah yang ambil gambar, yang benarkan ambil gambar tak salah, macam mana mamat itu masuk jika tidak dibenarkan masuk, macam mana mamat itu, kekasih beliau boleh masuk dalam keadaan beliau tidur sambil mulut bawah menghirup udara nyaman jika bukan beliau yang benarkan.
Print Friendly and PDF

Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 11 Okt, Penamaan Calon 3 Okt.

PUTRAJAYA, 14 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada Isnin dan Selasa.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

“Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di sini Isnin.

Dun Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor yang mewakili Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pada 4 September lalu.

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.

“Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN ke 15888 pada tarikh yang sama,” katanya.

Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa.

“Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

“Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.

“Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.

“Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding,” katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali,” katanya.

Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (MAFREL) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan.

Print Friendly and PDF

Thursday, September 17, 2009

"PAS FOR ALL" Genap 2 Tahun.

11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan.”

Dan 11 september 2009. Hari ini juga Genaplah 23 tahun AMANAT ANWAR pada PAS di Kampung seberang Marang Terengganu pada 14 mach 1986.

Jelas 23 tahun sudah berlalu PAS masih ditakuk lama kerana PAS tidak mempunyai kemampuan, pengalaman dan tidak ada ketokohan melainkan berangan-angan kosong.

Malah hari ini PAS terpaksa menyambung nyawa politiknya melalui DAP.

Sudah dua tahun apakah rancangan yang telah dikemukakan bersama-sama kuncu-kuncu mereka pada Rakyat.....?

Melainkan PAS hanya mampu menabur janji melalui ceramah-ceramah di malam hari..... habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah lagi..menabur janji lagi dimalam-malam berikutnya hinggalah ke hari ini.....

Inilah amanat dan pesanan Anwar pada bangsa Melayu, yang patut bangsa melayu sedar dan tidak lupa tentang Politik pemimpin-pemimpin PAS hari ini.

Begitu juga dengan Amanat Asy-Syahid Ust Ibrahim Libya yang telah menegaskan bahawa PAS hanya memiliki nafsu memerintah yang tidak selaras dengan ilmu pemerintahan tentang Islam yang mereka miliki.

Apakah hari ini kita sanggup mengakui kehebatan NAFSU yang mengatasi ilmu mereka.....?

Pas hari ini tidak ada bezanya dengan PAS 23 tahun yang lampau.....

Malah PAS hari ini lebih paria lagi tarafnya berbanding perjuangan PAS sebelum ini.

Kerana hari ini kahak dan muntah yang diluah pada 23 tahun yang lampau kini PAS dan Anwar berebut menjilatnya serta dihidangkannya kembali pada bangsa hari ini..... sebagai juadah yang sudah berulat dan cabok.

Hari ini masih percayakah kita pada manusia yang lidahnya bercabang sepsis reptilia tersebut.....?

Sudah 23 tahun mereka berdusta, berbohong, menipu seluruh bangsa dengan agenda politik mereka.

Hari ini janganlah dibiarkan talibarut bangsa ini terus menipu anak cucu kita.

Cukuplah tipu daya PAS dan Anwar selama ini pada kita.

Apakah masih tidak cukup lagi segala bukti serta putar belit mereka pada kita hari ini.

Peristiwa Berdarah Lubuk merbau, Peristiwa memali dan Peristiwa Anwar menjilat UMNO, menjadi lebih sudu dari kuah, semuanya kita sudah melaluinya….

Kini sudah cukuplah tipu muslihat PAS yang terserlah hari ini bersama Anwar menjadi talibarut bangsa merosak perpaduan serta membuang masa kita dan anak-anak bangsa.

Sampai bila kita dan setrusnya anak cucu kita harus menjadi “BARUA” pada agenda politik mereka yang keji itu.

Benar kata Anwar cara pemimpin-pemimpin PAS berpakaian lansung tidak mencerminkan tawaduk mereka.

Hari ini dengan mudah mereka berpeluk erat dengan musuh mereka tanpa malu..... dan terasa keji dengan tingkah laku mereka.....

Hari sudah terbukti,kata-kata Anwar..... PAS hanyut dalam tepukan kebodohan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Dan PAS lebih bersedia diperalatkan dan diperlembukan..... oleh sesiapa saja yang dapat membantu mereka.

11 september 2009 terbukti kata-kata Anwar menjadi reality, PAS di Perlembukan oleh DAP..... dan PAS bertaraf “BARUA” pada Pakatan rakyat.

“Datuk Mustafa Ali nampaknya tak selesa dengan kenyataan Lim Kit Siang yang bimbang dengan masa depan pakatan pembangkang berikutan beberapa perkembangan mutakhir ini”

Dari kenyataan Mustafa Ali ini sudah jelas menunjukkan bahawa dimana taraf dan kedudukan PAS hari ini diantara dua Parti.....? Barua atau talibarut bangsa.

Dan di sejauhmana kebenaran kata-kata Anwar yang PAS sanggup diperalatkan.

Apakah Politik bertaraf “alat” atau talibarut ini mampu memperjuangkan kedaulatan Agama dan bangsa.....?
Print Friendly and PDF

UMNO Jangan Jadikan Rakyat Sekadar Raja Kera Sahaja.....

Saya tidak mahu hanya menjaga kepentingan 2,500 perwakilan ini kerana saya mahu menjaga kepentingan 27 juta rakyat Malaysia,” –DATUK SERI NAJIB.

Andainya...lah UMNO mengambil pendekatan Datuk Seri Najib lebih awal sudah tentu UMNO tidak menerima padah seperti hari ini.

Dan seperkara lagi benarkah rakyat adalah raja menentu hayat sesebuah Parti.....? Atau rakyat hanya sekadar raja kera memanjat pokok memasang poster pilihan raya.

Atau rakyat..… hanya raja pakau yang dapat menjana kekayaan dan kedudukkan pada pemenangnya.....?

Janganlah umno menjadikan rakyat sebagai model raya kera atau raja pakau saja untuk meraih undi pilihan raya….. PRU12 sudah cukup mengajar pemimpin umno yang ada.

Apakah hari ini UMNO baru menyedari rakyat adalah raja.… atau sekadar untuk meraih suara.....?

Kerana hari ini masih ada segelintir pemimpin baik dari pusat maupun di peringkat cawangan masih menganggap diri mereka ada lah raja…. dan rakyat pula adalah kerbau mereka.....?

“Dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, rakyat adalah ‘raja’ yang berkuasa menentukan hayat sesebuah parti politik.”

Pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, rakyat telah memberikan isyarat yang jelas kuasa yang ada pada mereka mampu menghilang kuasa BN dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

Hari ini masih ramai lagi dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO tidak merasa kehilangan dua pertiga majority didewan rakyat kerana mereka merasa diri mereka masih raja ditakta.

Dan rakyat masih kerbau mereka yang boleh disogok dengan roti kering dan gula di musim pilihan raya.Bila dah memiliki kuasa wajah bagai gurka gembala buaya.

Hari ini rakyat tidak sebangang zaman dahulu kala. Sedarlah pemimpin-pemimpin umno yang ada. Bisa dan taring anda ada ditangan rakyat jelata.

Sudah ramai menjadi kupang tembaga bila rakyat menolak mereka.

Tanpa rakyat siapalah anda.....? Kerana kalian tidak mampu hidup seperti rakyat biasa kerana segelintir anda adalah talibarut bangsa yang lebih mementingkan diri dari bangsa.
Print Friendly and PDF

Wednesday, September 9, 2009

MB Kedah Sedia Bubar DUN.....?

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika benar ramai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini termakan umpan sama ada untuk 'melompat parti' ataupun mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas.

"Kalau benar berlaku, kita bubar Dewan (Undangan Negeri). Namun sehingga kini, tiada yang menyokong dakwaan itu. Pentadbiran negeri berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang mendakwa akan ada lagi ADUN PKR di Kedah bertukar status menjadi ADUN Bebas.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu setelah laporan dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kelmarin.

"Biarlah polis siasat untuk memastikan tidak ada ADUN yang 'dibeli', diugut ataupun dirasuah pihak tertentu untuk 'melompat parti' ataupun mengisytihar sebagai ADUN Bebas.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat. Anggap sahajalah mereka yang membuat dakwaan itu umpama berangan pada waktu siang hari.

"Mungkin sebelum ini, mereka berjaya umpan seorang dua, tetapi saya yakin, keempat-empat ADUN PKR yang ada sekarang tidak akan berbuat begitu,” katanya selepas majlis sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat, di sini, semalam.

Azizan berkata, strategi pihak lawan yang tidak putus-putus cuba ‘mengumpan’ anggota PR Kedah tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Saya percaya pihak lawan akan umpan mana-mana ADUN PR sampai bila-bila, sehinggalah pada hari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlaku situasi di mana terdapat ADUN dari Pakatan Rakyat Kedah yang ‘termakan umpan’ dan bertindak lompat parti mahupun menjadi wakil rakyat Bebas, beliau bersedia untuk membubarkan DUN.

Aziz dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin berkata, beliau yakin akan ada lagi ADUN PR di negeri ini yang mengisytihar diri sebagai Wakil Rakyat Bebas daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Sebelum ini, ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Petikan dari SINAR HARIAN 09/09/09.

Print Friendly and PDF

Adakah Lojik Kuil Seksyen 19 Berumur 150 Tahun.....?

Terbaca sindiran jurublog satira Husin Lempoyang semalam di sini membuat saya betul-betul terfikir satu fakta pembohongan yang diulang oleh pelbagai pihak, khususnya pihak media tetapi tidak lojik langsung dari segi sejarah.

Perkara ini sudah lama saya terfikir dari mula saya melihat gambar kuil usang ini di laman Minaq Jinggo. Saya tertanya-tanya bolehkah kuil yang dikatakan berumur 150 tahun itu begitu saja rupanya?

Takkan selama 150 tahun, tidak ada usaha untuk menaik tarafkan kuil tersebut? Kalau candi-candi lama dari kerajaan silam yang begitu hebat boleh hilang dimakan zaman, bagaimana sebuah kuil haram yang dibina begitu simple boleh bertahan begitu lama? Sungguh tidak lojik.

Siapa yang cuba mereka-reka fakta bohong ini.....?

Menurut blog The Unspinners yang mula mencurigai fakta yang diterima dengan mudah oleh media, The Malaysian Insiders adalah pihak yang mula mereka-reka fakta ini. Latarbelakang portal berita ini memang mencurigakan.

Kemudian ianya diterima buta-buta oleh pelbagai pihak, khususnya pihak media dan pemimpin-pemimpin politik Pakatan. Mereka ini nampaknya mengulang-ulangkan pembohongan The Malaysian Insiders.

Fakta yang menimbulkan kesangsian blog tersebut timbul dari surat penduduk Seksyen 19 kepada Menteri Besar Selangor.

Dalam surat tersebut, penduduk memberitahu semasa mereka berpindah di kawasan Seksyen 19, kuil haram itu hanya “sebesar tandas” dan kemudiannya membesar dalam masa 20 tahun kepada keadaan yang masih agak usang sekarang.

Untuk membayangkan kuil “sebesar tandas”, lihat kuil kecil yang dibina bawah pokok berdekatan kuil Seksyen 19 tersebut dalam gambar.

Kalau kuil tersebut benar berumur 150 tahun, ianya jauh lebih tua dari kuil Batu Caves yang hanya berumur 119 tahun dan kuil tertua (kemungkinan untuk kuil yang masih digunakan) adalah kuil Sri Mahamariamman di Jalan Bandar Kuala Lumpur yang berumur 136 tahun.

Sebelum ini, kawasan perumahan PKNS ini adalah Ladang Renggam kepunyaan Kumpulan Guthrie. Saya tidak pasti sejarah dan umur Ladang tersebut, namun sejarah penghijrahan kaum India secara besar-besaran untuk mengerjakan estet getah kepunyaan taukeh Inggeris hanyalah pada tahun-tahun 1870an.

Guthrie & Company pun memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit secara estet pada tahun-tahun 1896 ke 1924. Henry Ridley, Pengarah Kebun Bunga Singapura (1888-1911) mula membawa benih getah dari Brazil untuk ditanam secara eksperimen di Kebun Bunga Singapura dan mula ditumbuh sebagai estet pada tahun 1896.

Memang layaklah Husin Lempoyang menyindir kuil tersebut layak di jadikan Tapak Warisan Dunia. Kuil 150 tahun ini sudah wujud sejak 1859 dan adalah lebih awal dari peristiwa-peristiwa penting dalam sejarahyang berkaitan dengan kuil Hindu dan kawasan Seksyen 19 tersebut.

Jelas sekali membuat pembohangan yang dibuat The Malaysian Insiders. Masih lagi Brendan Pereira, bekas pakar spin New Straits Times yang dahulu melemahkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, masih mencucuk jarum menghuru harakan negara.

Print Friendly and PDF

Surat Bantahan Penduduk Seksyen 19 Kepada MB Selangor.

Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam.

29 hb. Ogos 2009.

Yang Amat berhormat,
Tan Sri Dato Abdul Khalid bin Ibrahim,
Menteri Besar Selangor.

Bantahan ungkapan Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat “Tiada Kuil Baru dan Tiada kuil yang diroboh"

Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.

2. Kami sebahagian penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah berusaha begitu lama menuntut kuil haram Seksyen 19 dipindahkan segera. Kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang pasti akan melambatkan lagi proses itu. Kami semua terkejut apabila kami dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri surat yang ditanda tangani oleh Adun YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil pada 7 Mei 2009. Kami juga sudah melihat tapak cadangan kuil yang hampir dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan perumahan penduduk.

Menurut surat itu pihak kuil bersetuju pindah tetapi meletakkan syarat-syarat. Salah satu daripada syarat itu ialah, kuil di Seksyen 19 masih boleh beroperasi hingga akhir tahun 2010. Kenapa kedua-dua YB tidak berjumpa dengan penduduk Islam Seksyen 19 mengenai perkara ini?

Penduduk sudah beberapa kali menghantar aduan, bantahan dan juga buat perjumpaan mengadu masalah-masalah dikuil itu. YB Khalid Samad sudah berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Islam dalam masa setahun daripada tarikh perjumpaan beliau dengan penduduk pada 9/8/2008.

Sikap YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam telah menyinggung perasaan penduduk Islam di Seksyen 23 dan di Seksyen 19. Apa yang berlaku kini apabila penduduk Seksyen 23 membantah, pihak kuil kelihatan aktif kembali di Seksyen 19. Kuil telah dicat baru, patung-patung juga semua di cat semula kerana mereka tahu kuil itu tidak akan diroboh walaupun akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan mengambil masa satu setengah tahun lagi atau mungkin lebih panjang lagi.

3. Sikap toleransi yang begitu tinggi kedua-dua YB dengan pihak kuil yang menceroboh tanah PKNS selama dua dekad telah menyebabkan penduduk Islam kawasan berhampiran kuil bertambah kecewa. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan.

Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS. Semasa perjumpaan penduduk dengan pihak berkuasa mohon kuil itu dipindahkan, kami sering mendapat maklumat, pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguat kuasa mengambil tindakan keatas kuil itu.

Jadi kenapa YB Khalid Samad kritik pemimpin UMNO tidak berbuat apa-apa? Pemimpin UMNO tidak menyalahkan pembangkang apabila penduduk mengadu masalah kuil kepada mereka. Pihak kuil pula lupa jasa-jasa pemimpin MIC yang sentiasa membela mereka hingga dapat bertahan di kuil itu begitu lama walaupun aduan dan bantahan penduduk Islam juga telah dibuat berterusan begitu lama.

Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat. Menurut YB Khalid Samad hasil perbincangan yang waras mereka sanggup bertolak ansur sanggup berpindah asalkan tidak jauh. Penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

4. YB Khalid Samad dalam blognya banyak menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk selepas March 2008 hinggalah campur tangan NGO yang YB Khalid Samad tuduh sebagai kaki perhangat. Penduduk Islam berhampiran menyalahkan YB Khalid Samad kerana bersikap berat sebelah. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam beliau pula menyebelahi Hindu kuil. Sila rujuk dalam blog beliau yang keluar pada 10 dan 12 Januari 2009.

Penduduk Seksyen 19 sudah menjawab surat beliau dan tersiar dalam bebrapa blog. Jadi siapa yang lebih mendera penduduk Islam? Jika UMNO terlepas pandang menyebabkan jumlah kuil melebehi 1000 buah di Selangor, masjid dan surau hanya 380 sahaja, Parti Islam sepatutnya menyedari masalah yang dihadapi penduduk Islam jika kuil terletak berhampiran kediaman penduduk. Mungkin YB Khalid Samad tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui oleh penduduk Islam berhampiran kuil di Seksyen 19, jadi YB tidak kesah jika keadaan yang sama berlaku kepada penduduk Islam Seksyen 23 apabila kuil itu dipindahkan kesana.

5. YB Khalid Samad menulis lagi "Dasar Pakatan Rakyat Mudah - tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh." Benarkah tiada kuil baru? Jika bangunan kuil lama dipindahkan mungkin kita boleh panggil pindahkan kuil lama. Tetapi jika kuil itu mengambil masa hingga satu setengah tahun baru siap itu bermakna kuil baru yang sangat besar akan didirikan disitu.

Adakah ungkapan Tiada kuil yang diroboh bermakna kuil lama akan kekal disitu?, jadi apabila mereka dapat kuil baru kuil haram di Seksyen 19 tidak akan di roboh? Jika begitu keadaannya sampai bila pun kuil itu tidak akan berganjak dari situ dan ia akan terus diaktifkan sampai bila-bila. Yang jadi mangsa dan sering diminta bertolak ansur ialah orang Melayu Islam. Masalah gangguan bising berlaku lebih serius apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan March 2008.

Gangguan bising tanpa kawalan memaksa penduduk mohon campur tangan NGO Islam kerana keadaannya sudah menjadi kronik. Jika dibiarkan kuil itu terus beroperasi hingga akhir tahun 2010, maka kemarahan penduduk Islam akan menjadi lebih kritikal jika mereka buat lagi gangguan bising terutama semasa keramaian bergendang hingga kewaktu tengah malam. Mereka yang meramaikan kuil kebanyakan datang dari luar kawasan Seksyen 19 Shah Alam. Mereka tidak pernah ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Jelas sekali keadaan itu yang mendera dan mengganggu penduduk Islam.

6. Kami sertakan disini kronologi aduan, info dan maklumat masalah kuil haram Seksyen 19 dari tahun 2000 hingga Ogos 2009, surat terbuka kepada YB Khalid Samad, jemputan sidang media penduduk Islam berhampiran kuil dengan wakil-wakil NGO Islam dan media serta lain-lain dokumen yang berkaitan. Kami sertakan juga gambar-gambar kuil pada tahun 2008 dan tahun 2009. Penduduk Islam akan terus membantah sekiranya kuil yang telah mengganggu kehidupan penduduk Islam berhampiran itu tidak dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Kami sudah berusaha, kuil sudah dimaklumkan pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 selepas aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (kes 35158), tetapi ditangguhkan kerana pilihanraya.

Jika perpindahan ini diteruskan tidak ada masalah berlaku saperti sekarang ini. Jadi wajarkah penduduk yang dipersalahkan? Pihak yang mengganggu ketenteraman awam terus dibela? Bila penduduk minta bantuan NGO Islam mereka dituduh membuat provokasi. Yang memulakan provokasi terhadap penduduk Islam ialah pihak kuil itu sendiri.

7. Jadi kami mohon agar Yang Amat berhormat Menteri Besar prihatin masalah penduduk Islam. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor aduan dan rayuan serta perjumpaan sudah dibuat. Tetapi sikap toleransi pemimpin Islam sendiri menyebabkan usaha penduduk Seksyen 19 terbantut lagi. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Menurut bekas Pembantu Khas bekas Adun Batu Tiga, mereka memberi alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Penduduk Seksyen 23 sudah mengumpul maklumat dan menyiasat masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang menghadapi masalah kuil. Mereka membantah kerana mereka tahu pihak yang akan dipindahkan itu telah membawa masalah besar yang telah berlarutan begitu lama kepada penduduk Islam Seksyen 1. Oleh sebab itu mereka berusaha agar masalah itu tidak berlaku kepada mereka pada masa hadapan.

8. Akhir kata kami merayu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Semoga aduan kami diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri. Kami mohon maaf kepada YAB MB sekiranya terkasar kata dalam surat ini. Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak YAB Tan Sri dan pihak SUK.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Cucu Tok Selampit: Baca dan faham betul-betul. Ini bukan sahaja masalah penduduk-penduduk Seksyen 23. Ini juga masalah umat Islam di Seksyen 19. Khalid Samad bijak menuturkan kata-kata dan memutar belitkan (spin) situasi. Sebagai orang-orang teraniaya, kami sekadar mampu memohon ke hadrat Allah SWT agar menurunkan pengajaran kepada kedua-dua YB ini agar mereka tidak lagi dapat terus menindas dan mempermainkan orang-orang Islam.


"Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau bukakanlah hati kedua-dua YB ini yang telah hitam dari menerima kebenaranMu. Ya Allah Ya tuhan kami, Engkau kembalikanlah mereka ke jalan yang benar. Ya Allah Ya tuhan kami, semperna bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Engkau kabulkanlah doa kami, doa orang-orang Islam yang teraniaya. Tiada lagi tempat untuk kami memohon melainkan kepadaMu Ya Allah, Ya Rabbul Alamin."
Print Friendly and PDF

Monday, September 7, 2009

MASIHKAH KAU INGAT?

Dalam kempen pilihanraya tahun 1964 PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa orang-orang UMNO telah menjadi kafir oleh sebab berkongsi kuasa memerintah Negara dengan parti bukan Islam (MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN).

PAS menggunakan ayat 28 surah Ali Imran sebagai hujah mereka. Ayat 28 Surah Ali Imran membawa maksud seperti berikut, ” Janganlah orang-orang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin atau teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman...”

Namun apabila PAS mempunyai kepentingan dan ingin bergabung dengan Kerajaan Perikatan pada tahun 1973 Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan,”Mengenai kerajaan campuran adalah harus dan ditarjih oleh kongres”.

Haji Hadi pula dalam buku Amanat Haji Hadi pada mukasurat 8 menyatakan,”…diharuskan bertahaluf yakni bekerjasama dengan bukan Islam yang bersikap baik”. Tujuan Haji Hadi mengeluarkan amanat ini adalah untuk membolehkan kerjasama PAS dengan ADIL, PRM dan DAP untuk membentuk Barisan Alternatif.

KINI APA YANG KAU BUAT?

Kini PAS lebih menyanjung dan menghormati DAP yang rata-ratanya bukan Islam dan menolak serta mencerca pemimpin-pemimpin UMNO yang semuanya beragama Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Mereka bertakbir apabila pemimpin – pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam membaca ayat-ayat Al Quran yang suci. Mereka menjawab penuh salam yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam DAP dan PKR. Adakah pemimpin – pemimpin bukan Islam DAP dan PKR ikhlas membaca ayat-ayat Al Quran tersebut?. Adakah mereka membaca ayat-ayat Al Quran tersebut kerana mereka menyakini kebenaran agama Islam?. Sekiranya mereka ikhlas dan menyakini agama Islam sudah semestinya mereka sudah memeluk agama Islam tetapi sehingga kini mereka masih menentang pembentukan Negara Islam sepertimana cadangan PAS. Tujuan mereka memetik ayat-ayat Al Quran hanyalah untuk meraih sokongan penyokong-penyokong PAS dan penyokong-penyokong melayu PKR semata-mata.

Kenapa kepimpinan PAS tidak menegur perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam DAP dan PKR daripada terus mempermainkan ayat-ayat Al Quran?. Adakah kerana kuasa kepimpinan PAS sanggup menghalalkan segala-galanya?.

Wajarkah Nik Aziz mengizinkan pemimpin-pemimpin bukan Islam DAP dan PKR menghina Islam atas alasan mereka tidak memahami Islam?. Adakah alasan tidak memahami Islam itu membolehkan Islam dipersendakan?. Kenapa lakaran kartun Rasulullah SAW oleh seorang pelukis barat pada satu masa dahulu menjadi kemarahan umat Islam seluruh dunia, walhal yang melukis itu bukannya seorang Islam dan beliau sendiri tidak tahu berkenaan Islam?. Wajarkah tidak tahu berkenaan Islam boleh dijadikan alasan untuk mempersendakan Islam?.

APA SUDAH JADI DENGAN PERJUANGAN ISLAM PAS SEKARANG?

Baru-baru ini Nik Aziz Nik Mat telah mencadangkan agar PAS membuka keahlian kepada bukan Islam. Adakah selepas ini Muthusamy atau Ah Chong boleh menjadi Presiden PAS?. Adakah PAS ingin membawa Islam liberal dan sekular?. Adakah PAS sudah hilang halatuju perjuangan Islam mereka semata-mata kerana ingin berkuasa?. Apabila PAS membuka keahlian kepada bukan Islam bermakna PAS tidak lagi memperjuangkan Islam.

Kenapa PAS sanggup berkompromi dan bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin bukan Islam demi untuk menghancurkan kepimpinan melayu Islam di Malaysia sekarang ini? Tidakkah PAS terfikir bahawa di dalam Pakatan Rakyat sekarang ini didominasi oleh bukan Islam daripada DAP dan PKR?.

Kemana halatuju melayu Islam di Malaysia sekiranya PAS berterusan memusuhi kepimpinan melayu Islam sedia ada?. Tepuk dada tanya selera, ada akal fikir. Jangan biarkan “kuasa” membutakan hati dan mata kita.
Print Friendly and PDF

Sunday, September 6, 2009

Selangor Selepas Perak ~ Pemimpin PKR Resah Akan Berlaku Lompat Parti.....?

Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat. Najib kerja dalam diam, Najib tidak perlu naikan banner dan Sign Boarg seperti mana Anwar naikan sign board 16 Sept.

Mungkinkah apa yang sedang rancak diperkatakan sekarang sedang rancak pula dirancang. Kita tunggu dan lihat. Beberap nama telahpun diterima dan senarai ADUN yang akan lompat Parti sama ada menjadi bebas dan menyokong Kerajaan BN telah pun di dalam tangan dan pastinya, Khalid tidak akan nyeyak tidur dan Anwar akan terus melompat lompat dengan permainan yang beliau sendiri mainkan dahulu.

Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan seorang dari DAP – bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

“Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya,” kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk ‘merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu. Anwar baru tahu pukulan Najib sememangnya tepat dan tajam, sekali kena terseliuh leher Anwar.

Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti. Senarai nama telah diesarkan dan yang pastinya kesemua yang dihubungi oleh badan tertentu menyatakan hasrat mereka untuk melompat Parti.

Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.

Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya ‘hilang’ sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak – Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Print Friendly and PDF

Siapa Yang Membela Rakyat Kampung Pala Dari Kerajaan Kuku Besi DAP....?

Bila ada anak gadis orang yang terlibat dengan skandal bekas Ketua Menteri Melaka, Guan Eng sanggup masuk penjara kerana membela anak gadis ini. Lin Guan Eng juga sanggup menghafal kata kata Saidina Omar semata mata hanya mahu menipu bangsa Melayu bahawa Lim Guan Eng ini bukan hanya membela bangsa Cina tetap membela bangsa melayu juga.

Anwar sanggup turun ke Penang menyelesaikan isu kaum India ketika menjadi pembangkang, Kini apa bila menjadi kerajaan. LIM GUAN ENG tidak lagi mahu mendengar masalah rakyat, masalah orang India.

Masalah Kampung Pala. Malam tadi kampung Pala bergolak lagi, AJK mereka di tahan polis, Kerajaan Pulau Pinang kini menggunakan kekerasan kepada rakyat dan penduduk kemapung Pala sekarang terpaksa akur kepada kerajaan yang mereka pilih pada pilihan raya yang lalu. Mana Karpal Singh, Apakah benar beliau sedang sakit tenat di rumahnya.

Jika tidak kenapa Karpal terus membisu. Mana Jeff Ooi…. mana Lim Kit Siang, kenapa di biarkan saja Lim Guan Eng menindas rakyat kampung Pala.

Mana Hindraf, kenapa Hindraf tidak membantu kaum India yang ditindas di kampung Pala. Lim Guan Eng kini bertegas akan merampas tanah berkenaan dan projek akan terus dilaksanakan. Ini adalah muktamad.

Tiada lagi perbincangan, suara penduduk kampung pala tidak lagi laku. Keluar atau rugi, itulah kata kata Lim Guan Eng. Siapa yang akan membela mereka, kampung High Cheperal akan menjadi kenangan, Kampung High Chepral akan hanya tinggal sejarah. Semua Orang tidak berani dengan Lim Guan Eng. Inilah dikatakan kerajaan kuku besi.

Setelah arahan dibuat, Semua orang di Pulau Pinag terpaksa tutup mulut.

Govinda juga tutup mulut Mana pemimpin India dalam DAP. Kenapa mulut mereka sudah disuap oleh Lim Guan Eng. Mana Anwar Ibrahim, mana Nik Axiz mana Hj Hadi. Mana Badrul kerbau pendek ketua Angkatan Muda PKR.

Semuanya sudah buncit dan kenyang., Kini yang menderita hanyalah penduduk kampung Pala. Jika hari ini penduduk India di Penang yang menderita, tidak lama lagi penduduk melayu yang tidak beberapa kerat akan menderita pula. Mereka di balik Pulau juga akan diusir.

Terus kan menyokong DAP dan Insya Allah, Pulau Pinang akan menjadi sebuah lagi pulau Singapura di utara. Dan Melayu Pilau Pinang akan menjadi seperti melayu Singapura.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.