Muktamar PAS yang sedang berlangsung menyaksikan percambahan idea-idea menarik dari setiap delegasi yang memberi ucapan. Macam UMNO le jugak, bercakap mengenai perkembangan-perkembangan terkini, tapi yang di akar umbi...tetap ternanti-nanti. Ucapan dasar yang dibahas, tapi suara dari bawah, kadang-kadang kita terlupa.
Walaubagaimanapun, idea paling hebat diperdengarkan pada muktamar kali ini oleh Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi adalah, PAS menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 jika pakatan pembangkang terpilih sebagai kerajaan pemerintah.
Mungkin agak optimistik, tapi tidak pada realiti yang berlaku sekarang. PAS sedang terpinggir di dalam Pakatan Pembangkang. PAS cuma menjadi expendable aset dalam Pakatan Pembangkang. Ada.....tapi macam tak ada.
Di Kedah cuma PAS tampak bergaya dengan Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar, di Kelantan, semua sudah sedia maklum bagaimana performance PAS di sana...di Pulau Pinang, alahai, lagi teruk, pandang muka pun diorang tak mahu, apatah lagi nak bagi jawatan, di Perak, terjerumus dan terperangkap dengan kehebatan DAP, di Selangor, PKR berjaya membentuk satu tembok ilusi bagi PAS untuk bersuara.
Antara delegasi PAS yang hadir, telah ada yang terjaga dari mimpi basah gabungan ketiga-tiga parti ini. Ada yang terasa seperti tunggul atau selayaknya secara terhormat, kita katakan sebagai dikudakan oleh teman mereka sendiri. Di Penanti sahaja baru-baru ini masih ada ahli-ahli PAS yang tidak keluar megundi, malah menutup pintu dan tingkap taktala perayu-perayu undi ini datang ke rumah mereka. Mereka yang dahulunya bertungkus lumus bekerja di Penanti pada PRK Permatang Pauh dan PRU12, telah merasakan diri mereka sebagai terabai tanpa sebarang kuasa portfolio diberikan.
Kemudianya mereka cuba mengejutkan Pemuda mereka yang seolah-olah masih dibuai mimpi agar bertindak sebagai pendesak untuk Pakatan Pembangkang. Idea nie cilok Pemuda UMNO jugak!
PAS kini mula terasa madu yang pahit daripada perkahwinan ketiga-ketiga parti ini. PAS cuba menongkah keluar dari kandang kuda yang telah "dibina" secara tidak langsung oleh kedua rakan parti mereka tanpa mereka sedari dahulu.
Untuk memikul tanggungjawab kepimpinan dan perubahan dalam negara? PAS perlu tegas dalam bersuaran di dalam gabungan Pembangkang. Jika dengan prestasi sekarang sebagai kebanyakannya Pak Turut di beberapa negeri...hmmm, ghentikan le angan-angan tuh!

No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.