Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Tahniah. Show all posts
Showing posts with label Tahniah. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Konvensyen Pakatan Berhantu.......


AIDCNews – 25/02/13 – Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar lapor Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,”lapornya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.

Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.

“Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.

“Tapi secara konsensus kita bersama ketiga-tiga parti, perkara besar kita putuskan bersama. Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan..bergantung kepada keputusan,” katanya dalam program soal jawab Maqasid syariah anjuran Antarapos.



Print Friendly and PDF

Tuesday, January 15, 2013

Flip Flop Flip Flop Isu Kalimah Allah Dalam Bible Melayu.

Sumber dipetik dari Cucu Tok Selampit untuk dikongsi bersama.


KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS, DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Flip
Flop

08 Januari 2013

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.


15 Januari 2013

Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa."


KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN PAS, MOHAMMED SABU
Flip
Flop

04 Januari 2013

PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."

15 Januari 2013


"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.


Macam ni la kalau Politik sudah menguasai Agama.......




Print Friendly and PDF

Sunday, January 13, 2013

Antara Berok-Berok #KL122.......


Penggadai Maruah Agama, Bangsa Dan Negara

Pengerusi Majlis - Mahfuz
Ambiga
NGO ANAK - Mazlan Aliman
NGO Kerabat
NGO Lynas
NGO Mama BERSIH
NGO Royalti
NGO Wakil Wanita
NGO Wakil OKU
NGO Wakil Sabah
NGO Wakil Penyanyi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

       



   





Arah kiblat pun tak tahu.......
macam mana nak berjuang bab agama.






Hebat benar perhimpunan kali ini. 


Anak Kecil Main Api...
Print Friendly and PDF

Friday, March 23, 2012

Ayam Berkoko, Ponggong Berbau Najis.......

Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.

Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.

Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.

Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.

Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.

Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.

BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.

Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.

Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.

Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.

Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.

Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.

Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.

Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.

Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.

Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.

Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.

Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.

Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Menteri BeSar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.

Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.

Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.

Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.

Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.

Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.

Print Friendly and PDF

Friday, January 13, 2012

Perisytiharan Harta Exco Kerajaan Negeri Pulai Pinang.......?

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun harta mereka secara terbuka. Perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco. Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

1.      Phee Boon Poh - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar
·         memiliki beberapa rumah
·         memiliki tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta
·         memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000
·         memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund

2.      Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang
·         memiliki simpanan tetap RM298,785
·         memiliki saham amanah berjumlah RM25,989
·         memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000
·         memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom

3.      Datuk Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri I
·         memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000
·         memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819
·         memiliki sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000

4.      P Ramasamy – Timbalan Ketua Menteri II
·         memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan
·         memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000

5.      Chow Kon Yeow – Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas,
·         memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000
·         memiliki serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000
·         memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000
·         memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund

6.      Abdul Malik Abul Kassim – Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
·         tidak mencatatkan sebarang harta miliknya
·         memiliki Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000

7.      Lim Hock Seng – Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,
·         memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh
·         memiliki saham di Kotindak dan Kojadi
·         memiliki beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000

8.      Law Heng Kiang – Exco Pelancongan dan Kebudayaan,
·         memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000
·         memiliki sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000

9.      Law Choo Kiang  -Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air
·         memiliki sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000
·         memiliki beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC

10.  Wong Hon Wai – Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian
·         memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000
·         memiliki sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000

Kepada rakyat Pulau Pinang, dan anda semua umunya selepas meneliti pengistiharaan harta setiap ahli exco dan ketua Menteri Pulau Pinang ni…….?

Menteri-menteri Malaysia dan Kerjaan-Kerajaan Negeri yang lain bila lagi…….? Sudah bersedia untuk berkongsi “info anda” dengan rakyat biasa seperti kami ni…….?

Print Friendly and PDF

Tuesday, June 14, 2011

Usop Sentorian Kedah.......


Aku ingat nak buka cerita Memali tapi sahabat aku DKS membuka kisah Usop Sentorian Kedah ni, biar aku kongsi besama dengan pembaca akan cerita ini dahulu. 

DKS menulis.......:

Aku pi melepak kat air panas Lenggong baru2 ni. Saja nak terjah pasai Memali sikit sebab ada banyak perkara yg berlaku kat sana. Rata2 dok sembang pasai tak puas hati kat PAS. Ini yg buat aku syok nak menerjah.

Tengah dok syok korek maklumat, lain pulak cerita baru yg aku dapat. Jadi aku terpaksa tukar topic la sikit bab Memali ni. Cerita ni pasai SENATOR MOHAMMAD YUSUF BIN HUSIN….. tambahan pulak isu ni memang hangat dan membuatkan ramai dikalangan penyokong PAS di Memali bertambah hangat dan mula membuka pekong salahlaku PAS sedikit demi sedikit.

Kejadian ni berlaku sekitar awal tahun 2011 dan aku dimaklumkan dlm bulan Januari hari cuti umum.

Diceritakan oleh penduduk Kg Charok Putih, Sentorian Usop  Usin ni memang jenis keras kepala dan apa yg dicakap tak ada sapa pun boleh bangkang. Apa saja yg dia buat atau nak buat RM nombor satu. Masuk banyak tapi keluar tu jgn harap dari poket dia.

Pada hari kejadian, penduduk setempat menganggap longgokan batu2 di tepi markas PAS Kg Memali adalah utk membaiki mini tar yg tidak jauh dari situ yg juga jalan menuju masuk ke rumah Sentorian Usop. Penduduk kg merasa seronok dan bangga sebab sepanjang Kerajaan PAS perintah Kedah, inilah kali pertama mereka akan merasa sedikit kemudahan.  Terdapat beberapa kenderaan seperti backhoe, jeep, trak pick-up dan steamroll. Yg uniknya kelihatan tulisan “BINAK” tertera pada kenderaan2 tu.

Tapi sayang sejuta kali sayang. Bagaikan durian luruh menghempap bumi, harapan penduduk kg hanya tinggal harapan saja. Berlinang air mata melihat batu2 tu digunakan utk meratakan kawasan becak di halaman rumah Sentorian Usup. Kalau dilihat pada keadaan batu itu, memang benar dakwaan bahawa pihak BINAK telah melakukan kerja2 yg tak berbaloi dgn kos mereka. Di khabarkan BINAK terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membawa backhoe dan steamroll hamper 100 kilometer dari Bukit Perak daerah Pendang ke Memali daerah Baling. Penduduk merasa amat kecewa.

Timbul beberapa persoalan yg ingin aku ketengahkan buat pembaca berfikir dan bagi komen dan kalau silap tu aku minta maap…..

1.       BINAK biasanya tak terlibat dgn pembinaan mini tar, apa lagi utk kerja2 langskap di mana2 rumah individu.

2.       Adalah tidak munasabah, pihak BINAK secara relahati datang dari jauh pada hari cuti umum semata2 melakukan kerja merata batu di rumah Sentorian Usup yg hanya melibatkan batu satu lori tayar eman. Kerja-kerja begitu, kalau di buat secara royong anak beranaknya pun sudah memadai. Tetapi pihak BINAK terpaksa datang ke rumahnya yg jarak hampir seratus kilometer. Aku difahamkan kerja semuanya selesai dlm masa satu jam saja.

3.       Upah yg BINAK dapat adakah berbalaoi dgn kos yg mereka keluarkan.....?
               i.         Sebuah trailer mengangkat jentera berat.
              ii.         Sebuat steamroll.
            iii.         Sebuah backhoe.
            iv.         Sebuah jeep.
              v.         Sebuah pick-up.
            vi.         Kos pekerja dan Penyelia.

4.       Kalau tak silap aku, biasanya BINAK hanya melakukan  kerja atas kelulusan tender yang dikeluarkan oleh mana2 pihak.

Inilah sebahagian dari apa yg telah Sentorian Usop buat. Kita perlu ingat selain dari jawatan Sentorian Usop selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah dan Senator, dia adalah PENGERUSI kpd Bina Kuari, salah satu anak syarikat di bawah PKNK, iaitu syarikat yg bertanggungjawab membuat jalanraya di Kedah, melakukan kerja2 meratakan batu di hadapan rumahnya di Kg. Memali.

Aku diberitahu bahawa telah banyak kes salahlaku dan salah gunakuasa Sentorian Usop Usin ni telah dibawa ke SPRM, tetapi sampai la senyap saja…..

Insyallah aka aku dedah banyak lagi…..

Kisah Sentorian ni memang banyak terutamanya di dalam isu TABUNG MEMALI. Aku sedang membuat kajian supaya biar apa yang aku tulis di dalam blog ini semuanya mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Bukannya pasal apa....... Zaman sekarang ini cukup popular dengan saman menyaman ni.......
Print Friendly and PDF

Thursday, March 10, 2011

MAJLIS PELANCARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU.



DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
DEWAN TUN HUSSEIN ONN A, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
08/03/2011

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan berkat limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh bermakna ini untuk Majlis Pelancaran Skim Rumah Pertamaku (SRP). Saya amat berbesar hati untuk hadir pada hari ini untuk merasmikan pelancaran SRP ini.          

Pengenalan

Para hadirin sekalian,

1.                  Pada tahun 2010, negara telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus, melebihi sasaran awal iaitu 7.0 peratus. Bagi tahun 2011 pula, Kerajaan akan berusaha supaya sasaran pertumbuhan sebanyak 6 peratus boleh dicapai. Perlaksanaan projek-projek dibawah inisiatif Economic Transformation Programme (ETP) akan dapat merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mencapai kadar pertumbuhan tersebut. Perlaksanaan program dan projek di bawah NKEA akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan yang baru memasuki pasaran kerja, dan meningkatkan pendapatan rakyat. Ini akan membolehkan peningkatan lebih tinggi dalam permintaan domestik seperti rumah kediaman yang mampu dimiliki dan barangan pengguna yang lain. Kesemuanya ini seterusnya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

2.                  Dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengenal pasti betapa pentingnya kenaikan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi. Ini boleh dicapai dengan adanya perumahan mampu milik untuk rakyat.

3.                  Salah satu penunjuk sebuah ekonomi yang berkembang ialah pasaran hartanah yang semakin rancak. Ekonomi yang pesat berkembang serta penghijrahan ke bandar dan peningkatan keseluruhan dalam pendapatan boleh guna boleh mengakibatkan peningkatan harga hartanah, terutamanya di kawasan bandar.   Peningkatan ini boleh menjangkau sebanyak lebih daripada 30 peratus. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan golongan tertentu, terutamanya mereka yang baru berkerja dan berpendapatan lebih rendah terlepas peluang memiliki rumah sendiri.

Para hadirin sekalian,

4.                  Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, kita telah mengambil pendekatan holistik untuk meningkatkan pemilikan rumah di Malaysia serta mempromosikan rangkuman kewangan di kalangan rakyat. Antara langkah-langkah yang pernah diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diuruskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta beberapa program bantuan perumahan di bawah Jabatan Perumahan Negara. Selain itu, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) telah ditubuhkan pada 2008 untuk menyediakan jaminan kepada bank-bank yang memberi pinjaman kepada golongan yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil.

5.                  Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lepas, saya telah menyatakan rancangan Kerajaan untuk melancarkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Rumah Sewa. Satu peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta telah disediakan khususnya untuk membantu pekerja-pekerja estet memiliki rumah di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

6.                  Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat pendapatan rendah, terutamanya mereka di kawasan bandar, Skim Rumah Pertamaku juga telah diumumkan semasa perbentangan Bajet 2011. Skim ini akan memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada 3 ribu ringgit sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Para hadirin sekalian,

7.                  Hari ini merupakan hari yang penting kerana Kerajaan akan melancarkan Skim Rumah Pertamaku. Skim ini merupakan inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Cagamas Berhad dan institusi-institusi kewangan yang terlibat untuk mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia. Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan cepat.

8.                  Di samping itu, skim ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap jati diri dan keinginan di kalangan anak muda, serta mencapai satu daripada objektif berterusan Kerajaan iaitu untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar.


Produk

9.                  Melalui skim ini, individu terutamanya golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada 3 ribu ringgit boleh mendapat pinjaman sebanyak 100 peratus daripada institusi-institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara 100 ribu ringgit sehingga 220 ribu ringgit dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun. Ini bermakna, Kerajaan, melalui Cagamas, akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut. Permohonan pinjaman boleh dibuat secara langsung di cawangan-cawangan perbankan di seluruh negara mulai hari ini.

10.               Sehingga kini, Skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi-institusi kewangan Islam. Dengan sukacitanya, saya ingin mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri supaya inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat boleh dijayakan dengan sepenuhnya.

11.               Diharap skim ini juga akan menggalakkan pihak pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

12.               Untuk pengetahuan lebih lanjut, rakyat boleh melawat laman web skim ini di http://www.srp.com.my/.


Penutup

Para hadirin sekalian,

13.               Sebagai penutup, izinkan saya mengulangi komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga Malaysia dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju. Pelancaran Skim Rumah Pertamaku merupakan salah satu contoh komitmen dan keseriusan kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

14.               Akhir kata dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Skim Rumah Pertamaku.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.