Menurut perkiraan Nizar dan rakan-rakan DAP, mereka yakin akan mudah memenangi pilihanraya umum negeri. Dengan demikian, puasa sunat akhir bulan yang dikatakan Nizar itu bukan ibadat bernawaitu bukan kerana Allah, tetapi intipati nawaitu kerana kuasa politik. Padahal dua Mufti yang bebas dari politik - Mufti Perak Datuk Harussani dan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin - mengatakan 'mogok lapar' salah dari hukum ugama. Masaalahnya ada pula umarak PAS, Dato Nik Aziz kata tak mengapa demi politik.
Malangnya, oleh kerana kelemahan peribadinya, dia telah tunduk kepada pemimpin-pemimpin DAP dan mengikut kata suruhan mereka. Nizar terlalu pentingkan politik dan retorik hingga mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam. Dia akur kepada ketamakan dan kepentingan tertentu kaum Cina. Nizar ikuti telunjuk pemimpin DAP Nger Koo Ham dan Nga Kor Ming. (Baca pendedahan di sini.)
Perkara yang paling ketara adalah pemberiaan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru Cina. Nizar tunduk kepada kepentingan kaum Cina hingga tidak hiraukan hak dan kepentingan kaum Melayu dan lain-lain kaum. Jika ada pun, ia hanya token seperti pemberiaan tanah untuk sekolah ugama untuk mengaburi mata orang ramai.
Menurut jurublog Pakcik.Net, pemimpin berpotensi Melayu ini sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan dan kelakuan seorang pemimpin.
Semasa permintaannya untuk membubar DUN ditolak Sultan, beliau telah MEMOHON DERHAKA kepada Tuanku Sultan. Ini suatu penghinaan kepada Institusi Raja yang merupakan asas kedaulatan negara. Akhirnya mahkamah kini sudah menunjukkan keputusan Tuanku Sultan itu betul dan mengikut landasan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Kini beliau berdegil mahukan DUN dibubarkan hingga tergamak berkata, "Jika Tuanku tidak perkenan agar DUN perak dibubarkan, akan ada kebangkitan daripada rakyat.
- Penghinaan terhadap ketuanan Tuanku Sultan Perak.
- Membuat Ugutan terhadap Tuanku Sultan Perak.
- Melaga-lagakan Tuanku Sultan dengan Rakyat Perak.
- Kata-kata hasutan yang boleh mengugat kestabilan Negara.
- Melakukan penderhakaan terhadap tuanku Sultan.
- Mencemar keharmonian dalam Negara.
- Melemahkan kedudukan ekonomi negeri Perak.
- Tidak menghormati undang-undang negeri atau Negara.
Merancang serta melakukan perbuatan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan negeri yang sah dengan cara yang tidak sah dari segi undang-undang.
Kata-kata Nizar yang berniat untuk membawa huru hara kepada negeri hanya akan memudaratkan penyokong-penyokongnya dan orang ramai. Beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab dan memikirkan implikasi kenyataanya. Sebagai pemimpin, beliau tidak boleh terlalu asyik dengan perebutan kuasa tanpa henti untuk dirinya dan rakan-rakan dari DAP tetapi melupakan akibatnya kepada rakyat dan negeri.
Sebagai seorang Islam, Nizar sepatut bersabar dan menerima qada’ dan qadar. Jika inginkan bangkit semula, tunggu pilihanraya ke-13 nanti. Jika Nizar seorang yang benar dan memang ditakdirkan untuk diterima rakyat, tidak lari gunung dikejar.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.