Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, June 13, 2009

PERLUKAH HAJI HADI MEMINTA MAAF PADA PKR DAN DAP.

ABG TUAH.

PULAU PINANG, 12 JUN (BERNAMA) -- PRESIDEN PAS DATUK SERI ABDUL HADI AWANG PERLU MEMINTA MAAF KEPADA DAP DAN PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) KERANA MENCADANGKAN PERBINCANGAN ISU KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO KERANA JELAS IA TIDAK JUJUR, KATA PENGERUSI DAP KARPAL SINGH.

"HADI AWANG TELAH MEMALUKAN PAKATAN PEMBANGKANG DAN SELEPAS INI BELIAU KENA BERFIKIR DUA KALI SEBELUM BERCAKAP," KATANYA DALAM SATU KENYATAAN DI SINI, JUMAAT.

KATANYA MENTERI BESAR KELANTAN DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT YANG JUGA MURSYIDUL AM PAS DALAM NADA PENUH EMOSI DAN MARAH DIPETIK SEBAGAI BERKATA BAHAWA PEMIMPIN INI (PEMIMPIN PAS) MAHU MEROSAKKAN PARTI ITU.

"MALAH NIK AZIZ SECARA TERBUKA MENGKRITIK RAKANNYA DALAM PAS KERANA MENYOKONG AGENDA PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO," KATANYA.

KATANYA DAP JUGA TIDAK MEMBIARKAN WALAUPUN ABDUL HADI YANG MENCADANGKAN PERBINCANGAN KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO BARU-BARU INI.


KOMEN PENULIS –

ISH..ISHH..ISHHH..KESIAN HJ HADI..BERSAORANGAN TERPAKSA MENGHARUNG BADAI BAGI MEREALISASIKAN KERAJAAN PERPADUAN YANG DICITAKAN RAMAI PIHAK.

TAPI YANG PROBLEM SIKIT KITA NAK BACK- UP IALAH KERANA HJ HADI NI NAMPAK MACAM DAH MULA TAKUT. LAGI PUN BANYAK PULA SONGELNYA DENGAN BERBAGAI TUNTUTAN YANG DIJADIKAN PRA SYARAT SEBELUM SANGGUP BERBINCANG DENGAN UMNO.

HAJI..BE REALISTIKLAH..USAH TAKUT-TAKUT…REMPUH AJE..HARUNG AJE…

JANGANLAH CEPAT SANGAT MELATAH DAN MENGAKU KALAH…!!!
Print Friendly and PDF

4 comments:

  1. Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Sg. Petani Inn.
    Masa : 8.30 malam.

    Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Dari mula lagi aku jangka tindakan PAS berdamai dan “berikrar sehidup semati” dengan musuh ketat politik dan akidah, DAP dan PKR yang penuh dengan imaginasi dan ide, adalah sesuatu yang kurang tepat.
    Dan sekarang, “perkahwinan tiga penjuru” ini mula membuahkan hasil yang bercelaru. PAS kini terikat dengan parti komponan, Pakatan Rakyat. Apa yang dihajatinya walaupun demi kebaikan bangsa dan agama PAS tak boleh lagi buat pandai sendiri. PAS kena minta kebenaran DAP dan PKR. Dan percayalah keduadua parti ini tidak sekalikali akan bersetuju.
    Satu jalan saja yang pemimpin-pemimpin PAS boleh buat: keluar dari PAKATAN, Lepas tu bebaslah nak buat apapun.
    Tapi yang sedihnya ada pemimpin PAS yang mungkin sudah “termakan” umpan dua parti komponan lagi itu sanggup “menikam” kawan. Dan kawan yang ditikam pula presidennya sendiri, sematamata kerana tak bersetuju dengan usaha “berbaik-baik semula” dengan United MALAYS National Organisation. Aku yang tinggal “di ulu” ni pun tak reti dengan permainan politik cara ni.
    Aku setuju agar TG Hj.Hadi dan teman-teman pimpinan meneruskan hasrat yang murni.itu. Bagi aku dan teman-teman yang duduk di daerah pendalaman ini, politik; politik juga tapi bangsa,dan agama lebih penting.
    Tetapi aku pohon mendapat sedikit maklumat tentang hieraki kepimpinan PAS di peringkat nasional. Siapa yang lebih berkuasa dari segi perlembagaan, atau pun memang tidak ada peraturan. Semua orang berkuasa…..

    ReplyDelete
  3. Dari mula lagi aku jangka tindakan PAS berdamai dan “berikrar sehidup semati” dengan musuh ketat politik dan akidah, DAP dan PKR yang penuh dengan imaginasi dan ide, adalah sesuatu yang kurang tepat.
    Dan sekarang, “perkahwinan tiga penjuru” ini mula membuahkan hasil yang bercelaru. PAS kini terikat dengan parti komponan, Pakatan Rakyat. Apa yang dihajatinya walaupun demi kebaikan bangsa dan agama PAS tak boleh lagi buat pandai sendiri. PAS kena minta kebenaran DAP dan PKR. Dan percayalah keduadua parti ini tidak sekalikali akan bersetuju.
    Satu jalan saja yang pemimpin-pemimpin PAS boleh buat: keluar dari PAKATAN, Lepas tu bebaslah nak buat apapun.
    Tapi yang sedihnya ada pemimpin PAS yang mungkin sudah “termakan” umpan dua parti komponan lagi itu sanggup “menikam” kawan. Dan kawan yang ditikam pula presidennya sendiri, sematamata kerana tak bersetuju dengan usaha “berbaik-baik semula” dengan United MALAYS National Organisation. Aku yang tinggal “di ulu” ni pun tak reti dengan permainan politik cara ni.
    Aku setuju agar TG Hj.Hadi dan teman-teman pimpinan meneruskan hasrat yang murni.itu. Bagi aku dan teman-teman yang duduk di daerah pendalaman ini, politik; politik juga tapi bangsa,dan agama lebih penting.
    Tetapi aku pohon mendapat sedikit maklumat tentang hieraki kepimpinan PAS di peringkat nasional. Siapa yang lebih berkuasa dari segi perlembagaan, atau pun memang tidak ada peraturan. Semua orang berkuasa…..

    ReplyDelete
  4. salam.Duke0fUMO.!

    Harap dapat bagi maklumat yang lengkap untuk mengikuti program ini-eg: Maklumat yang diperlukan.Kos/bayaran,syarat2.Kerana sebelum ini saya tidak dapat maklumat ada perjumpaan bloger wilayah utara.Harap DukeOfUMNO dapat memberi alamat e-mail yang jelas.saya ingin book untuk "2 kerusi" bkn Parlimen @DUN..tapi kerusi untuk perjumpaan.Atau saudara dapat tinggalkan no Tel untuk saya hubungi.Tk.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.