Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, May 28, 2009

Hasil bumi Kedah (balak) dah ditelan masuk dlm perut sanggup sebuah syarikat milik Pegawai MB Kedah jolok kerongkong ambik balik…..

Relau.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari…..

Apa nak jagi dgn manusia yg bertopengkan PAS sekoq ni. Menjatuhkan maruah saja. Kerja dia tak ada lain kikis harta rakyat yg kononnya apa yg dia buat utk membantu parti PAS.
MB Kedah yg tahu akan perkara ni buat tak tahu saja. Bila ditanya “Saya tak tahu…” itulah jawapan yg selalu dia sebut.

Boleh aku katakan PAS menghalalkan pendapatan dari kerja kotor ini sebagai dana pergerakan parti. Wahai sekelian rakyat Kedah, ketahuilah pembongkaran ini…..

15 September 2008 - Sebuah syarikat “AY TRADING” pengurusnya Aziz bin Ahmad telah membuat permohonan bersurat kepada YAB Tuan Pengarah Perhutanan Kedah atas tajuk “Permohonan untuk mengeluarkan saki baki kayu balak dalam tanah kerajaan lot 1771 dan lot 1805 Bukit Kaci Pelanduk, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman”. Keluasan kawasan yg dipohon lebih kurang 254 ekar.

18 September 2009 – Bayaran memproses permohonan (RM200.00) dan bayaran pertaruhan permohonan (RM10,000.00) telah dibuat kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

19 September 2008 – AY Trading telah membuat perjanjian dgn org perseorangan CH Lim. Perjanjian disedikan oleh Tetuan Sharifah, CP Yeap & Co. Ditanda tangani di hadapan MURSHIDAH MUSTAFA (Peguambela & Pweguamcara).

Antaranya perjanjian itu berbunyi:
  1. Pihak Pertama (AY Trading) adalah sebuah syarikat mempunyai lessen balak kelas B.
  2. Pihak Kedua (CH Lim) akan menggunakan lessen balak kelas B Pihak Pertama utk membuat permohonan membalak.
  3. Pihak Pertama bersetuju member sepenuh kerjasama kepada Pihak Kedua dlm segala urusan berkaitan permohonan tersebut.
  4. Pihak Kedua telah menyediakan RM10,000.00 bayaran atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah sebagai deposit kpd Permohonan Membalak.
  5. Sebagai balasan pengunaan balasan menggunakan lesen pembalak kelas B Pihak Pertama, Pihak Kedua bersetuju membayar kpd Pihak Pertama sebanyak RM25,000.00.
  6. Segala kos memproses permohonan, kos urusan pembalakan urusan pentadbiran, perjalanan perniagaan pembalakan dijalankan sepenuhnya oleh Pihak Kedua.
  7. Pihak Pertama setuju tidak akan membuat sebarang perjanjian, perkiraan atau apa-apa urusan dgn mana-mana pihak ketiga selepas perjanjian ditanda tangani.
  8. Perjanjian dibuat mengikat waris-waris peribadi, wakil-wakil peribadi, waris-waris dan wasi-wasi kedua-dua pihak.
24 Septembar 2008 – Pemungut Hasil Hutan Sarinah binti Said, mengirim surat kpd AY Trading makluman resit bayaran (RM200.00) dan resit pertaruhan (RM10,000.00).

15 Febuari 2009 – Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Kasim bin Osman telah meluluskan permohonan yg dibuat oleh “AY Trading” dgn bayaran yg dikenakan :

Harga premium RM1,454,184.002
Deposit jaminan lesan RM 10,000.00
Bayaran menyediakan lesan RM 100.00
Bayaran menyediakan plan RM 20.00

Tetapi durian rutuh yg bakal dikecapi oleh CH Lim keputusannya amat mengecewakan. Beliau mendapati bahawa AY Trading iaitu Aziz bin Ahmad telah membuat satu lagi perjanjian atas tanah yg sama kpd syarikat “METRO SUNVIEW SDN BHD”. AY Trading telah melanggar perjanjian.

Aku korek punya korek…..
  1. AY Trading diarahkan oleh Metro Sunview (yg tak ada RM yg cukup) mempergunakan RM CH Lim bagi mendapatkan projek pembalakan. Alasannya hasil balak tersebut dapat membayar balik kos yg dikeluarkan oleh CH Lim. Malah lebih lagi apa yg CH Lim keluarkan boleh dibayar balik.
  2. Metro Sunview mengugut AY trading, dgn kuasa yg ada pada beliau boleh membatalkan permohonan tersebut atas alasan PROJEK ALI BABA.
  3. Metro Sunview menegaskan bahawa sedikit hasil balak tersebut dapat disumbangkan kpd PAS Kedah persediaan memperkukuhkan parti.
  4. Siapa DALANG dlm METRO SUNVIEW…..?
Nama syarikat : Metro Sunview
No. syarikat : 828477-V
Alamat berdaftar : No. 66B, Damai Komplex, Kuala Lumpur
Tarikh penubuhan : 8 September 2008
Direktor 1 : Che Had bin Dhali
Direktor 2 : Akashah bin Ismail
Direktor 3 : Roslizan bin Zakaria
Direktor 4 : Jamal Akma bin Ibrahim
Setiausaha : Noorma binti Mohd Zain
Pemegang syer 1 : Zatizam binti Zahari
Pemegang syer 2 : Faridah binti Ghazali

Oooooooooo patut la Metro Sunview kata kuasa ada dlm tangan dia…..

Baru aku tau:

Che Had bin Dali adalah Pegawai Khas Ekonomi MB Kedah
Roslizan bin Zakaria adalah Pegawai Khas Kanan MB Kedah

Patut la dua ekoq ni begitu riak, bangga, besar diri dan bermegah di Wisma Negeri. Selalu menjadi kebanggaan MB Kedah kata depa ni pandai cari duit tak semacam exco Kedah yg lain.
Ini yg kita nampak.

Yg kita tak nampak entah la berapa banyak…..
Patut la Batu 9 Kota Sarang Semut markas utama PAS Kedah berapa puluh tahun tak siap-siap, mai dari hasil yg tak ketahuan punca…..

Dengar kata report polis dah dibuat…..

Aku akan guna kebodohan aku ni utk dapatkan semua dokumen sebagai bukti kalau tak org kata aku cakap kosong…..

TUNGGU……………………AKU AKAN TERJAH……………………
Print Friendly and PDF

17 comments:

  1. Mungkin ada lagi yang hang tak tau .Aku akan bagi tau....biaq seluruh dunia tau.Inilah jalang politik yang memperguna Agama untuk tembolok.Dan inilah kerajaan yang belindung dibawah perjuangan Agama tetapi lebih terok dari JAHUDI.

    ReplyDelete
  2. PAS hanya parti politik, jadi ahli PAS tak semestinya alim dan warak. Ahli PAS sama macam ahli parti-parti politik yang lain cuma depa pakai kupiah ja (bagi nampak baik).
    Depa pun ada nafsu duniawi gak. Aku rasa tak lama lagi terang bederang la bumi kedah puak PAS pakat ambik balak (cabut uban ja kata MB Kedah)

    Musykil aku macam mana PAS jadi parti Islam...patutnya Parti Aslam Semalaysia

    ReplyDelete
  3. Aku minta penulis berita ni tolong buktikan apa yang dinyatakan. Aku ni orang kuat PR di Langkawi. Kami di Langkawi ni jenuh cari duit nak tanggung perjuangan parti takkan PAS buleh buat lagu tu. PKR di Langkawi ni tak dak sapa sponsor kena cari duit sendiri. Nak sewa pejabat la, nak bayaq duit letrik, ayaq, macam-macam nak kena bayaq. Kalau betoi PAS ambik balak dan makan sorang aku janji akan tentang habis-habisan.
    Kalau tak boleh bukti hampa yang tulis kena pebetul balik jangan fitnah PAS.

    ReplyDelete
  4. Ni aku nak tambah sikit lagi...kawan aku ada mintak kawasan kayu getah sampai la ni dok dingdong lagi. Kalau puak PAS ni tak bagi gak aku akan hinggut biaq hancoq semua.

    ReplyDelete
  5. Salam saudara pemilik blog,

    Tahniah dan syabas. Terasa rugi kerana agak terlambat menemui dan melayarinya.

    Tapi kata orang putih, better late than never.

    Salam sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. Salam bro,

    hang kalau ada bukti yang kukuh kenapa tak lapor pada BPR...tunjukkan kepada 1 malaya sapa mereka nie...berani benar takut kerana salah

    YB Ajak

    Yb Ajak

    ReplyDelete
  7. sungguh ka dengar cerita ada orang Melayu kita kahwin di Siam dengan salah seorang saksinya orang Cina yang kafir dan bukan muslim.
    Sungguhka lelaki tu buat pelari anak dara tu sampai lani dah ada 2 anak dan keluarga mertua di Johor tak mengaku menantu lagi.
    Sungguh no, sapalah dia tu.

    ReplyDelete
  8. salam bro,
    terjah bro,jangan biaq puak ni bermaharajalela...bagi sat saja depa dah kemaruk sangat dah......apa depa ingat menang haritu depa kuat ka apa?...izin untuk link ke blog
    http://www.medanMas-tempursakti.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. dedah, jangan tak dedah. tunjuk pada umat depa yang pemimpin depa pun bukan maksum. ada peluang nak balun duit, depa pun balun.

    ReplyDelete
  10. Haram jadah punya Che Had & the geng. Banyaknya post hangpa. Mentekedarah elaun saja rheja. Patutla hangpa tak ambik peduli nasib anak anak syarikat. Hangpa dah kenyang rupanya. Patutla hangpa dok bergaya sakan hidup lanie. Bangsat punya orang.

    ReplyDelete
  11. macam kenai ja bunyi pas macam yahudi tu..aku pernah dengaq ayat tu masa bekas peguam yang jadi PA YB (B) Aru kantoi pasai dok atoq aru lompat pi BN..lepas kantoi dia buat cerita kat sorang exco yang terclaim banyak katakan pas macam yahudi kerana hantaq samseng kepong pejabat aru dan memunggah barang. La ni dia jadi tukang atoq claim exco tu pula... hairan...hairan...dalam PKR ni orang macam ni pun diterima..kena tarbiyyah lagi ni.. ingatkan dah tinggai UMNO join kita nak tinggai la perangai buruk yang radzi perlis ajaq tu, pi kawan dengan radzi kedah pulakkkk..jahanam

    ReplyDelete
  12. Aku yang reka cerita ni… Nama aku Helmi, budak perlis. Dulu aku lawyer, tapi terpaksa 'gantung raket' sebab terkebas duit kawan, dia bungkuih, aku pun bungkuih. Masa dalam UMNO aku berjaya menjawat AJK Bahagian Kangar, di bawah pimpinan YB Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, bekas Setiausaha Agong UMNO. Dia janji nak lantik aku jadi Pegawai Khas masa dia jadi menteri, tapi tak tunaikan, lalu aku membawa diri. Aku jumpa Saiful Izham, kawan aku yang jadi pimpinan PKR peringkat pusat dan Negeri Kedah untuk mengadu nasib. Bila PR menang di Kedah, aku dipilih oleh Saiful untuk jadi Pegawai Khas Exco YB Arumugam, khas untuk mengawasi tindak tanduknya yang asal-usulnya adalah calon bebas di Bkt Selambau. Aku tak pernah mendaftar sebagai ahli PKR di mana-mama negeri. Mudahnya masuk PKR, jumpa kawan minta kerja, terus dapat, dapat kerja dan dapat kepercayaan.
    Sementara kawan-kawan dok percaya, akupun buatla apa yang patut. Sebagai ahli UMNO, kesetiaan kepada parti tidak berubah, aku hanya ubah tempat cari makan. YB Aru bagi kat aku extra RM1,000 selain gaji aku RM1,200 saja sebulan. Mana cukup RM2,200. Bini aku dua. Akupun berpakat dengan ‘bos’ sebenar aku, R..zi juga namanya. Masa tu kerusi PKR cukup mahal, UMNO Kedah (MK) offer kalau dapat beli 5 orang ni, aku kaya, sekaya yang aku tak pernah jangkakan. Aku janji, paling tidak pun, aku akan bawa Aru lompat. Kalau aru dapat 5 juta, aku dapat 1 juta. Aku mula plan dengan Aru dan Radzi.
    Plan aku punah bila Aru tak jadi lompat dan memilih untuk letak jawatan. Pada malam dia nak menghilangkan diri, 4 Febuari 09, aku hantaq mesej kat dia supaya jangan menaiki mana-mana kereta orang pas kerana depa akan bawa dia pi kurung di satu tempat…padahal aku dah atoq dia untuk jumpa dengan MK yang merancang ‘tekanan’ gila-gila ke atas dia. Malam itu ialah malam untuk deal yang terakhir..berapa juta dan nak pi ke mana… Projek skandal sex tu aku rancang dengan Zamil. Aku yang plan semua tu….tiba-tiba puakpas ‘kidnap’ dia dulu.
    Dua tiga hari lepas tu aku mati kutu, Aru sudah hilang..tup-tup tiga orang kakitangan pejabat MB mai kemas barang-barang Aru pada 8 Febuari 09. Sah! Rancangan aku kena sabotaj pula. Aku telefon Radzi Kedah dan buat cerita ‘Yahudi’ dah punggah barang2 Aru. 17 -18 orang samseng pecah masuk pejabat dan selongkar barang Aru. Puluhan unit amal pula kepung wisma untuk menghalau Aru keluar…. Tapi cerita aku tersangkut kat pengerusi perhubungan pula dah…mat kasim pi cerita kat orang pas tentang cerita rekaan aku tu…kantoi!!
    Aku syak Ismadi (Peg Khas tugas2 Khas MB) yang potong line. Aku pun selak cerita dia dan terjumpa cerita Murshidah yang terlampau, lalu aku buka blog dan tajuk tu jadi first posting aku.
    Masa Polis Caw Jenayah Komersil mai siasat aku pasai surat letak jawatan aru, aku dah cerita semuanya kat depa, siapa sebenarnya aku..aku dengan polis tu dari group yang sama..nak pastikan kerajaan PR tumbang, sekurang-kurangnya tak payah by-election.
    Lepas Bkt Selambau, plan peralihan kuasa melalui lompatan sudah punah sama sekali. Aku pakat dengan Radzi untuk buat Kedah Tourism, cabang kami cari duit. Barua punya manikumar. Dia pi menang pula… dah ramai zamil atoq calon bebas, buleh menang jugakk.
    Aku pening juga bila ada orang bongkar kes claim tu… melepas la aku nak dapat 20% dariclaim yang aku atoq tu…semuanya gagal. Aku sedang pening. Tup-tup dapat cerita Metro ni..aku pun sapu laaa dalam blog. Reka apa yang patut..biaq puak Pas rasa pula apa yang aku rasa..baru fair and square.

    Bersambung…………

    ReplyDelete
  13. Pemuda Pas awat diam saja? Tak lively langsung. Depa ni jenis unit amal ka? Sentiasa beramal sampai terlupa depa pemuda. Awat jadi lagu tu? Macam parti orang tua pulak.

    ReplyDelete
  14. aku ni tak la pandai sgt...
    tp yg aku pham kalau peg kana dan peg khas ni dtg dr PTD..

    so depa nie mmg dah lama la kot buat kerja nie...

    cuba hang cari lagi..sapa yg ikut blakang depa..PAS ka atau...?

    ReplyDelete
  15. Kalaulah cerita ni betoi dan ada bukti kukuh, jangankan orang UMNO, orang PAS dan PKR dan semua yang undi depa akan merasa kecewa. Dan untuk nak bersih nama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan PAS, depa tak boleh tutup mulut, tutup mata. Depa kena bertindak. Semoga Kedah terus Sejahtera!

    ReplyDelete
  16. Aku ikuti isu 'hasil bumi Kedah (balak) dah ditelan masuk dlm perut ...... sejak 28 Mei. Ramai yg komen. Baguih, menunjukkan rakyat Kedah lanie peka. Cuma aku dok tunggu bila lagi nak terus terjah. Buat pa dok simpan lama-lama, nanti basi. Terjah jgn tak terjah.
    Satu lg yg pelik ni, apa pulak kena mengena komen 'tak bernama' (anonymous) menamakan dirinya Helmi pd 1 Jun yg dok cerita pasai komplot beli membeli pulak. Pasai claim Exco Radhi pulak. Dapat persen pulak. Hai macam-macam. Pening pala dengan hangpa ni.Macam ada yg tak kena ja. Yg claim melampau tu, exco Radhi ka? Tukang buat claim tu, Helmi ka? Aduihhh... jgn jd pramugara terlampau da la. Nanti lg syok org baca crita. Pening... pening.

    ReplyDelete
  17. Bangang juga gunungjerai ni... Helmi tu dia cerita dia siapa, perjalanan hidup dia dan kisah kerja buat dia... tujuan dia nak bagi tau kat kita dia tu sanggup buat apa sahaja bila keadaan dia jd lagu tu dah la ni..jadi dia kutip la cerita-cerita dari tempat longgok sampah boh dalam blog dia ni..bagi orang baca..dan dia nak kata orang lain pun macam dia juga..kira berterus terang la tyu..tapi kita mana kenai hilmi ni yang mana satu? Dia saja yang kenai dia tu sapa...kita mana nak kenai orang dok kot wisma tu. Salah satu cara nak cover identiti penulis blog ialah serang diri sendiri...teruk-teruk..jadi orang tak akan sangka yang pemilik blog tu kita sendiri la juga....tak kan kita kata kat diri sendiri kot..tapi orang yang sanggup buat apa saja macam hilmi tu boleh jadi subgguh.. mana kita tau

    Aku ingat hilmi berenti la sat dok buat claim tu..berpada-pada sudahla... pastu beri bukti yang kukuh macam dokumen perjanjian tu..aku pun percaya depa tu buat salah..mana buleh pegawai awam bukla syarikat jadi pengarah..nak berniaga berenti keja la..

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.