Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Friday, October 14, 2011

UMNO Perlu Ikut Perubahan Zaman.

Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, pelbagai ulasan dan kupasan daripada macam-macam orang mengenainya. Ada cerdik pandai, ada profesional dan ada juga daripada pemimpin pembangkang. Tapi apapun ia kembali kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi.

Panjang lebar DS Najib berucap. Berkajang-kajang teks ucapan TS Muhyiddin bercakap. Semuanya berkisarkan tentang perubahan insaniah yang perlu dibawa oleh ahli-ahli UMNO untuk memertabatkan semula UMNO. Kasi UMNO jadi releven balik. Ikut rentak dan perubahan zaman.

Sudah sampai masanya rakyat terutama golongan muda nak tengok setakat mana janji-janji politik UMNO. Orang dah meluat dengan cakap-cakap kosong. Orang bukan sukapun dengan parti-parti pembangkang ni, cakap je lebih tapi bila tang implementation hampas jugak. Tengok la di Selangor, sebelum menang pilihan raya kata nak tutup kilang arak tapi takat mana ja sekarang ni. Tau payah la nih…….! Ada pak toghut macam Aji Ronnie tu memang la susah.

Masyarakat dah matang. Orang akan tengok kepada komitmen. Kalau betul boleh buat. Orang akan pilih. Di Pulau Pinang, aku dengar angin-angin kata kerajaan negeri tukar status tanah wakaf di pulau kepada tanah komersial. Tapi dia tak ‘kejam’. Guan Eng bagi balik tanah wakaf dengan menrezab balik tanah di Seberang Perai sebagai ganti. Tapi boleh ka macam tu…….? Habis, tanah wakaf di pulau hak siapa, bila dah jadi tanah komersial…….?

Ahli-ahli UMNO jangan sombong sekarang. Tunjuk yang kamu adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Saya tahu ramai yang macam tu di bawah sana cuma segelintir sahaja yang berperangai yang ntah hape-hape. Tolonglah satukan hati. Bulatkan tekad. Asas perjuangan UMNO sangat murni. Alif Mim Nun. Tapi kalau…

alif tendang mim, nun tendang wau, 
jawabnya sarkis

Back to basic lah jawabnya. Kadang-kadang kita terlupa dan tersilap simpang. Hari ini, peluang sudah ada untuk berpatah balik untuk ikut simpang yang betul. Gunalah peluang ini.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya,
dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti satu 
‘bun-ya-nun-marsus’ 
yakni 
bangunan yang tersusun kukuh.” 
- surah as-Saff ayat 4.

Print Friendly and PDF

Monday, March 28, 2011

Orang Melayu Juga Adalah Pendatang.......! - Video.


Malaysia  terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa. Dan inilah yang menjadi asas pembentukan Malaysia semenjak dari 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain pada masa itu. Kita juga sering diingatkan untuk tidak membuat kenyataan berbaur rasis yang akan mengganggu gugat keharmonian, serta tidak mempertikaikan hak-hak penduduk asal yang sudah termaktub sejak sekian lama.

Namun, kenyataan dari Adun DAP Bukit Mertajam, Chong Eng, yang mengatakan bahawa “Melayu juga adalah pendatang“, sedikit sebanyak menggangu emosi sesetengah pihak. Lihat video dibawah:


Kenyataan beliau di atas sememangnya boleh menaikkan api kemarahan kaum Melayu. Lebih-lebih, kenyataannya yang kami kira, adalah kurang bijak dan jumud sama sekali. Mungkin Adun DAP ini kurang membaca sejarah Tanah Melayu, jadi tidak mustahil kenyataannya mengenai Melayu juga adalah pendatang, adalah bukan berdasarkan dari hasil penyelidikan yang teliti.

Adalah Adun DAP ini telah lupa bahawa sejarah tanah Melayu sudah pun bermula dari abad ke 14 lagi melalui kesultanan Melayu Melaka? Atau mungkin juga dia sudah lupa sebelum itu juga, sudah wujud penempatan di tanah yang dikenali Malaysia ini sejak abad ke-2 lagi di Lembah Bujang, Kedah?

Mungkin juga dia sudah lupa, kedatangan kaum Cina dan India di Tanah Melayu adalah berasal dari dasar yang diperkenalkan oleh British? Kami pasti ramai daripada anda lebih pandai dalam menjelaskan ketuanan Melayu ini. Kongsikan pendapat bernas anda.

Dipetik dari : Berita Semasa.
Print Friendly and PDF

Sunday, March 27, 2011

MELAYU HILANG MINAT SERTA MULA HILANG KUASA DALAM POLITIK.

Mac-2011 – Ketika kaum lain begitu ghairah mendapatkan tempat sama ada undi dan kedudukan dalam politik, orang Melayu dilihat hilang semangat serta belum sedar tentang pentingnya kuasa politik di dalam negara ini. Jika dulu dilihat orang Melayu menguasai politik, namun senario itu kini telah berubah walaupun kaum Melayu adalah kaum majoriti dan mempunyai beberapa keistimewaan yg sering dipertikaikan, Orang Melayu perlu sedar dan memahami bahawa hakikatnya dalam kebanyakkan bidang kita orang Melayu telah jauh ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi, kini sudah mula menampakkan kuasa politik seakan-akan hilang dari pegangan orang Melayu.

Saya melihat perkara ini menjadi ketara apabila baru-baru ini pemilihan parti yang ahlinya berbilang kaum di Klang yang dulu pimpinannya diketuai oleh Melayu kini sudah dirampas oleh bukan Melayu, tidak dinafikan juga parti- parti Melayu yang lain bila mengadakan mesyuarat agong atau pemilihan diperingkat bawah kehadirannya adalah amat merumitkan. apakah ini sudah mula menunjukkan kelemahan atau kepincangan kita orang Melayu dalam berpolitik.

Saya melihat trend yang terjadi ini sesuatu yang agak membimbangkan kerana orang Melayu seolah-olah tidak boleh membayangkan apa akan terjadi jika kuasa politik sudah berpindah tangan, lebih-lebih lagi yang amat mengecewakan kepada generasi muda yang tidak mahu ambil tahu yang mana apabila kuasa politik sudah berubah segala keadaan akan berubah. Kenapa semua ini berlaku, apakah kerana orang Melayu sudah meluat dengan kerenah pemimpin-pemimpin Melayu atau pun hilang punca kerana banyak sangat parti yang hendak memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam sehingga wujudnya perpecahan.

Perkasa perlu memainkan peranan untuk menyatukan kembali orang Melayusupaya bersatu dan menolak fahaman anti Melayu, lslam dan Raja-Raja Melayu serta sentiasa memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli untuk menyuarakan pendapat tentang apa juga berkaitan dengan kepentingan bangsa Melayu. Perlu diingatkan kemuncak kita berpolitik ialah pilihanraya, Tiada guna berjawatan hebat dalam parti jika parti tidak memerintah dan tiada guna parti bersama memerintah jika tiada kuasa memeritah. Bangsa Melayu perlu sedar dan insaf dengan apa yang berlaku terhadap Melayu di Pulau Pinang. Semasa kuasa politik dalam pegangan kita pasti nasib orang Melayu terbela walau pun dipertikaikan oleh bukan Melayu, tetapi hasrat mereka sering digagalkan oleh Perkasa dan ngo-ngo Melayu yang lain. Maka itu awal-awal lagi mereka sudah melontarkan tuduhan rasis terhadap Perkasa sehingga terdapat juga segelintir Melayu yang sudah hilang punca turut serta menuduh Perkasa itu rasis.

Kita perlu ingat kaum bukan Melayu juga ada NGO malah NGO-NGO mereka cukup kuat menperjuangkan nasib masa depan bangsa mereka malah melalui NGO lah mereka mengatur langkah untuk menguasai ekonomi mahupun politik. Malah tiadapun orang Melayu sibuk menuduh NGO mereka rasis apatah lagi bangsa mereka, sebenarnya kita tidak boleh  membenci atau memarahi kaum lain yang berjaya di negara ini kerana mereka juga merupakan warganegara dan berhak berjaya kerana mereka bersatu dan menggunakan segala peluang dan kesempatan yang ada untuk membawa bangsanya berjaya.

Saya yakin dan percaya bangsa kita juga boleh berjaya dalam apa bidang sekali pun jika kita bersatu dan saling membantu antara satu sama lain.Bermula dengan Jika kita seorang pemimpin,maka pimpinlah dengan jujur, jika kita seorang pentadbir, tadbirlah dengan amanah, jika kita seorang pejuang, maka berjuanglah dengan ikhlas supaya kita dihormati dan disayangi. Yang paling penting antara pemimpin dengan yang dipimpin janganlah terlalu jauh sangat jarak kemewahan dalam kehidupan.

Hari ini rakyat sudah ramai yang bijak pandai serta berilmu, mereka sudah kenal mana kaca mana permata, lebih lebih lagi generasi muda mereka mudah dipengaruhi dan juga ingin hidup mewah seperti yang dipamerkan oleh segelintir anak anak pemimpin mahupun pentadbir.

Kalau kita rasa kita seorang pemimpin atau pentadbir yang bijak dan pandai itu mungkin kita diberi  berpeluang, tetapi perlu diingat ramai lagi yang bijak dan pandai tapi mereka tidak berpeluang. Mereka juga ada keinginan dan cuba mencari jalan untuk mendapatkan peluang, mereka akan berusaha tidak kira dengan apa cara sekalipun asalkan segala cita cita mereka tercapai, Maka berlakulah berbagai cara sahingga mengundang permasaalahan dan wujudlah perpecahan.

Jika kita tidak mahu bangsa kita diperlekehkan dan dipandang hina janganlah berlengah lagi untuk sama sama sedar dan insaf serta kita rangka  semula bagi mengatur strategi untuk menyatukan parti parti Melayu/islam agar kuasa politik Melayu dapat diperkukuhkan dan taraf ekonomi dapat dipertingkatkan. Maka bangsa Melayu akan dihormati serta disengani  didalam Negara Malaysia yang bertuah ini…


Ps/– Penulis adalah Seorang Ahli Dewan Tertinggi Perkasa,Pengerusi Tugas Tugas Khas Perkasa Selangor dan Pengerusi Perkasa Daerah Kelang.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.