“Dulu lain, sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kahwin,” tentu mereka pencinta lagu ‘evergreen’ Tan Sri S. M. Salim masih segar di minda dengan lirik lagu itu. Dan pastinya ia kini sesuai digandingkan dengan sikap parti yang kononnya mengaku lebih Islam daripada yang lain. Tiada yang Islam melainkan perjuangan mereka sahaja.
Jika dahulu, haram berpakat dan bekerjasama dengan orang bukan Islam di Negara ini dalam urusan politik dan pemerintahan hingga tahap mengkafirkan, mengharamkan memakan ternakan hasil penyembelihan saudara seagama, memulau kematian teman sekampung dan juga enggan berimam bersama.
Adakah mereka yang membuat ‘fatwa’ sendiri itu kini telah taubat dan memperbetulkan kembali penyelewengan itu?
Hingga kini masih ada lagi penyokong-penyokong mereka berpegang kesan daripada amanat Haji Hadi dan juga sebagaimana Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Haji Awang Abu Bakar, ketika berceramah di Gong Duek, Besut, Terengganu, 1 April 1981 dengan mengatakan;
“Dan lagu ni Allah Taala beritahu orang ini sebenarnya orang munafiq.
“Orang munafiq ni lagu mana perangai? Allazina yattakhizuunal kaafiriina auliyaa min duunil mukminiin. Iaitu orang-orang munafiq ini mereka yang mengambil orang-orang kafir buat kawan baik.
“Sehidup semati, sesirih sepinang, sebantal, setelaga setimba, semampus sehidup, semerintah negeri, sedewan. Sama-sama jadi wakil rakyat, sama-sama jadi menteri, sama-sama jadi exco, sama-sama jadi timbalan menteri, sama-sama jadi setiausaha parlimen, sama-sama jadi pegawai kerajaan.
“Siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik, siapa? (orang ramai jawab.. UMNO). Tengok tu. Sekali lagi saya ulang tayang. Siapa saudara-saudara yang mengambil orang kafir buat kawan baik? (penonton jawab.. UMNO). Haa.. UMNO.
“Kalau pandai begitu senanglah dan tahu tanda gak! Buboh tanda ‘molek atas dahi gak ha yalah tu. Apa hukum orang ini? (sama-sama jawab dengan orang ramai) MUNAFIQ.
”Tetapi, kini, bukan sahaja berpakat dan bersekongkol, malah hingga tahap ‘bersatu’ dengan penubuhan kelab penyokong dan terdesak ingin dijadikan sebagai sayap pula.
Mudahnya dahulu mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan parti MCA, MIC, Gerakan dan juga parti bumiputera di Sabah dan Sarawak. Akhirnya mengakui ‘menjilat ludah sendiri’ apabila bersekongkol dengan Dap, parti yang terang-terang memusuhi Islam sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Pengerusinya ‘langkah mayatnya dahulu jika mahu dirikan Negara Islam’.
Kelu lidah pemimpin Pas ketika itu, hinggalah kini, langsung tiada kedengaran tentang Negara Islamnya!
Ke mana agaknya hilang slogan ‘Membangun Bersama Islam dan hududnya?
Diganti pula dengan ‘Pas untuk semua’!
Wujud pula "KELAB PENYOKONG PAS" (untuk bukan Islam). Habis semua mereka kaut, walhal PKR atau DAP ada.
Itu semua demi menjaga hati rakan sekongkolnya sahaja serta sanggup mencabuli prinsip dan dasar parti sendiri demi kepentingan rakan-rakan politiknya, satu bersifat liberal dan satu lagi sosialis.
Akhirnya, mereka mengakui formula yang selama ini dipakai oleh UMNO selama 52 ini adalah formula yang terbaik. Sebagai Negara majmuk, Negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum, perlu ada perkongsian kuasa yang diwakili oleh kaum yang khusus kerana hanya sesuatu kaum sahaja yang tahu kehendak kaumnya.
Ianya kemudian bergabung menjadi satu gabungan yang kukuh, seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN), bukan seperti pembangkang yang berpakat semata-mata untuk menjatuhkan BN, bukan satu gabungan memberi khidmat yang terbaik kepada Negara dan rakyat ini.
Tambahan pula, pakatan mereka jelas satu pakatan yang longgar, terdapat satu sikap saling mencurigai, jika tidak, sudah lama mereka bergabung sebagai satu entiti.
Berbeza dengan UMNO kerana sejak penubuhannya tetap dengan agenda dan usaha untuk memartabatkan agama, bangsa dan Negara serta mempunyai satu gabungan dengan rakan-rakan komponennya dengan amat baik.
Pak Malau,mengalualukan Kedatangan SPRM ke Kedah.Untuk menziarahi EXCo terlampau.Rakyat mahu keadilan,seperti yang terpampang Slogan pada Papan Tanda.Selamat membongkar kemungkaran.
ReplyDeletePenyakit cinta dunia dalam PAS hari ini kian parah merebak dikalangan pemimpin pemimpin hari ini,berbanding kepimpinan terdahulu.Mungkin faktor minority dan wabak hubbul dunia ketika PAS di cap parti pak lebai tidak menular secara drastik seperti hari ini.
ReplyDeleteKerana waktu itu kebanyakkan pemimpin2 Pas terdiri pada mereka yang lebih mementingkan Kebangkitan Islam dari apa yang PAS kejar dan perjuangkan hari ini.
Pas hari ini lebih berjiwa besar tetapi ilmu tidak selaras dengan keupayaan memerintah.Akhirnya PAS menjadi Kambing Hitam pada Anwar dan DAP.Lebih2 lagi dengan kemasukkan pengaruh luar yang ingin menguasi PAS..menjadikan PAS lebih mempejuangkan Nasionalime.
Akhirnya hari ini PAS tidak lagi mejadi Parti yang ada kelainannya dengan UMNO.
Cuma membezakan UMNO dan PAS dari segi retorik Negara Islam dan Hudud yang samasekali tidak terdapat dalam Mnifesto partinya.
Hari ini terbukti PAS menukar agenda Negara Islam kepada Negara Kebajikan atas desakkan sekutu mereka DAP.Lebih lebih lagi pengakuan Angkuh MB Pas Perak Ir Nizar dan MB kedah yang menolak pelaksanaan hukum.Jelas terbukti PAS hari ini sudah berubah hala tuju perjuangan asal mereka.
walaubagaimana pun PAS masih anggkuh dengan Retorik untuk mengujudkan negara Islam dan Hudud,walaupun mereka merestui telunjuk sekutu mereka DAP yang menentang keras retorik PAS.
Hari ini PAS bersama,DAP dan PKR bukan lagi menerus agenda lama.Hudud dan Negara Islam hanya DANA untuk menkaburi mata pengundi2 islam agar terus menyokong PAS,PKR dan DAP.
Agenda mereka Semata mata untuk membunuh politik bangsa sendiri,tidak lebih dari itu.
Pohon maaf. Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain.
ReplyDeleteAku cukup setuju. Tak dak yang tak setuju. Ini pandangan bebas dan ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan. Arwah emak aku telah dipaksa mengundi, dalam satu PRU, PAS kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya. Bagi golongan seusia emak aku Bukan Islam (politik)
lah “hukum” yang wajib dipatuhi Pohon maaf. Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain.
Aku cukup setuju. Tak dak yang tak setuju. Ini pandangan bebas dn ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan. Arwah emak aku telah dipaksa mengundi, dalam satu PRU, PAS, kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya. Bagi golongan seusia emak aku itu
lah “hukum” yang wajib dipatuhi
Kalau mau ke syurga. Sekarang apa dah jadi…..tak “orang lain pun” boleh ke syurga kerana memilih PAS. Bahagia lagi orang yang menjadi penyokong PAS. Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ?
Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam di luar PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari “keluarga” sendiri. Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS “bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu)tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam” dan tak boleh memerintah...
(aku faham macam tu lah maksud “petua” – kalau salah pohon berbanyak maaf)
Aku juga faham PAS dulu lain, PAS sekrang lain. Tapi sayangnya PKR khasnya lambat membaca langkah “taici” PAS. Aku jangka, berdasarkan “perkara-perkarayang berlaku” dan dengan sokongan kut Kelab Penyokong PAS, di Kedah khasnya PAS akan meletakkan calon-calonnya di semua 36 kerusi DUN. Apalah nasin PKR dan DAP pada ma situ. Renung-renungkan lah.
Kalau mau ke syurga. Sekarang apa dah jadi…..tak “orang lain pun” boleh ke syurga kerana memilih PAS. Bahagia lagi orang yang menjadi penyokong PAS. Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ?
Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari “keluarga” sendiri. Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS “bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu)tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam”
Pohon maaf. Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain.
ReplyDeleteAku cukup setuju. Tak dak yang tak setuju. Ini pandangan bebas dn ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan. Arwah emak aku telah dipaksa mengundi PAS, dalam satu PRU, kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya. Bagi golongan seusia emak aku itu, terpahat kuat, “kalau nak masuk syurga, undilah PAS”. Tapi emak aku tak ikut cakap-cakap pemimpin PAS tersebut. Dia tetap undi parti lain.
Sekarang apa dah jadi….. “orang lain pun” boleh ke syurga kerana memilih PAS. Bahagia lagi orang yang menjadi ahli kelab penyokong PAS. Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ?
Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari “keluarga” sendiri. Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS “bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu)tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam” dan tertutup juga peluang untuk menjadi kerajaan.
(aku faham macam tu lah maksud “petua” – kalau salah pohon berbanyak maaf)
Aku juga faham PAS dulu lain, PAS sekarang lain. Tapi sayangnya PKR khasnya lambat membaca langkah “taici” PAS. Aku jangka, berdasarkan “perkara-perkara yang berlaku” dan dengan sokongan kuat Kelab Penyokong PAS, di Kedah khasnya PAS akan meletakkan calon-calonnya di semua 36 kerusi DUN dalam PRU 13. Apalah nasib PKR dan DAP pada masa itu. Renung-renungkan lah.
Betoi ka anakbukit? UNDI PAS teket ke Syurga? Jangan Fitnah PAS.Aku juga penyokong PAS yang dah bekarat sezaman Mat sabu menjaja Kaset kat pasar malam dulu?
ReplyDeleteTanya Mat Sabu? macam mana sambutan PAS masa tu? Aku tak berani nak buat cerita sehebat itu? Walaupun mungkin itu masa dulu2 atau mungkin depa pi pekena di kawasan ulu.Boleh lah buat cerita macam tu?
Masa aku dengan Mat sabu,tak ada lah pula cerita macam tu..