Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, June 19, 2009

Projek Gajah Putih Ikan Bakar.

Pada tanggal 28hb. May, 2009 terkejut aku lihat begitu ramai org berkumpul di hadapan Balai Polis Jitra. Ingat ka perhimpunan haram ka..... berpiket ka..... atau penyerahan memorandum ka..... Perasaan ingin tahu membuat aku bergegas ke sana kerana ramai sangat org berketayap putih sebab aku pun geng mazhab tu jugak.

Jengok punya jengok, aku nampak org nombor satu Kedah pun ada. Laaaaa Ustaz Azizan buat perasmian Medan Ikan Bakar. Boleh makan free aku celapak jaaaaaa..... Semuanya hidangan ikan bakar.

Semua puji kata sedap. Kalau macam ni punya masakan mesti tempat ni akan menjadi tumpuan ramai punya.

Kehadiran VVIP pun ramai antaranya Mamak Menteri Kedah, Ketua2 Jabatan dan dicelah2 tu begitu ramah dok layan MB adalah Dato' Hjh Che Barni DO Kubang Pasu. Mesra macam adik beradik. Aku mula syak mesti ada yg tak kena sebab PAS ngan UMNO seakrab begini. Tanya punya rupa2nya Dato' DO ni adalah SEPUPU MB kalau lagu ni tak heran la kalau Dato' Hj Mohd Fuad (suami kepada Dato' Barni) dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Mau tak mau demi jawatan berlakon pi la....

Oih... ni dah lari pada tajuk dah ni.....

Teringat akan kesedapan ikan bakar, baru2 ni aku bawa keluarga nak menjamu selera di sana. Pusing punya pusing, medan ikan bakar tu hanya tinggal tapak saja..... Frust sungguh. Apa dah jadi ni.....?

Ni yg membuat aku nak mula korek.... Aku temuramah masyarakat sekeliling.....

Projek ni adalah projek majlis daerah Kubang Pasu dan anggaran perbelanjaan lebih kurang RM400,000.00.

Sungguhka..... Kalau tengok pada fasarananya tak tera mana pun sebab bangunan tu dah sedia ada cuma MDKP hanya perlu membaikpulih dan pengubahsuaian sahaja.

RM400,000.00 buang begitu saja sedangkan Tok2 Ketua Kampung ternganga dok tunggu 5 bulan elaun tak masuk2.

Yang seronoknya, kontraktor kesayangan Dato' DO (terkenal dgn panggilan "E").
Apa nak jadi ni..... takkan nak jadi medan ikan bakar terbengkalai yg kedua. Dulu PAS dok kata kat BN pasai medan ikan bakar di Kubang Rotan.

Ni kena atas batang hidung sendiri..... nak SALAH SAPA pulak.....?

La ni Geng Terjah nak kata sikit....., Utamakan titi patah, longkang pecah, jalan berlopak, bumbung bocor, org susah, sampah berceramok, gerai makan di Jitra macam cendawan dah...... Pikiaq la buat benda yg berfaedah demi kepentingan rakyat.
Print Friendly and PDF

6 comments:

  1. Nak tanya sikit saja tentang kenyataan ini:-

    "Tanya punya rupa2nya Dato' DO ni adalah SEPUPU MB kalau lagu ni tak heran la kalau Dato' Hj Mohd Fuad (suami kepada Dato' Barni) dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Mau tak mau demi jawatan berlakon pi la...."

    Aku dengar orang kot belah Yan kata, yang bersangkut dengan Ustaz Azizan ni Dato' Fuad sendiri. Depa kata emak Dato' Fuad tu adik kepada Mak Ustaz Azizan.

    Sapa boleh confirm?

    ReplyDelete
  2. Ekeng, Memang tepat apa yg kau katakan itu.

    ReplyDelete
  3. Dan pula sapa bos High Tech ganti Dato'Sukri....??

    tolong selidik tengok Ekeng?

    ReplyDelete
  4. Dato Mohd Fuat langkau ramai senior. Sepatutnya ikut susunan lazim Dato PTG lah yang naik jadi Pegawai Kewangan Negeri. Jadi ada wayang jugalah no.

    ReplyDelete
  5. Alahai... Pak Malau nak suruh selidik dengan apa? Aku ni ada lidah dengan telor saja! Bab mengintip mengendap ni... kerja Pak Malau. Pak Malau lagi cekap.

    OK kita balik pada cerita Medan Ikan Bakar kat Jitra yang la ni jadi Gajah Putih. Gajah Putih ni orang Siam kata "Chang Kaw"! Bila dah orang tak pi Medan Ikan bakar tu, dari Gajah Putih akan bertukar jadi Gajah Jatuh pula. Orang Siam kata Gajah Jatuh ni, "Changlon".

    Cuba tanya Majid Wayang Kulit, betul dak makna dia? Aku ni nama saja macam Siam tapi tak reti cakap Siam. Biasa la. Untuk tak mau bagi membazir, lepas ni kita suruh Pak Majid berlatih wayang kulit tang tentu. Nak bagi ramai lagi, panggil Pak On dengan geng Hadrah dia berlatih di situ sama.
    Tidak pun suruh Man Jamal dengan Majlis Kebudayaan dia buat karaoke. Baru meriah.

    Betul dak?

    ReplyDelete
  6. nak tanya...projek nie projek majlis daerah ka projek kerajaan negeri???duit RM400 ribu tu..duit kerjaan negeri ka duit majlis daerah????

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.