Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, June 5, 2009

Sejahteralah Kedah Bersama BABI..!!!

Kerajaan PAS Negeri Kedah hari ini telah menunjukkan dasar kerajaan yang begitu "baik" sekali.

Bersesuaian dengan slogan "Kedah Sejahtera", selaku Menteri Besar Kedah, Azizan Razak dengan bangganya telah menandatangani surat kelulusan untuk MENANGGUHKAN tindakan pihak berkuasa tempatan supaya MEROBOHKAN PREMIS PENTERNAKAN BABI di Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah.

Syabas diucapkan kepada MB Kedah yang begitu "prihatin" dengan sensitiviti rakyat Kedah, khususnya penduduk Melayu beragama Islam di Kampung Berjaya.

Penduduk Kampung Berjaya "amat berterima kasih" kepada "ihsan" Azizan Razak untuk memberi lebih masa kepada mereka untuk menghirup "udara segar" dari kandang babi berkenaan.

Selain menguntungkan "tauke" babi berkenaan, tindakan YB Sg. Limau itu amat "bertepatan" sekali dengan laungan takbir "Allahu Akbar".

Pujian juga harus diberikan kepada pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah kerana berjaya menangguhkan tindakan merobohkan "rumah" kepada haiwan yang ternyata memberi kesan bahaya kepada manusia baru-baru ini.

Sesungguhnya virus influenza A H1N1 dan JE tidak akan dapat memberi apa-apa kesan kepada rakyat Kedah kerana mereka adalah "kebal" dari virus maut itu!

Selain itu juga, jutaan tahniah kepada Azizan Razak kerana berbesar hati untuk TIDAK MENANGGUHKAN tindakan MEROBOHKAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG TOK BIDAN.

Penduduk Kampung Tok Bidan "amat seronok" melihat rumah mereka dirobohkan sehingga mengalirkan "airmata" gembira!

Mereka "memuji-muji" tindakan MB Kedah itu kerana "tidak sabar-sabar" untuk meruntuhkan kediaman mereka walaupun rayuan terhadap tindakan itu sudah dibuat.


Syabas kepada Azizan kerana begitu prihatin dengan masalah rakyat yang berpendapatan rendah itu, kerana dia juga tahu bahawa penduduk Kampung Tok Bidan juga mengalami kesulitan untuk mendapat penempatan baru.

Begitulah Kerajaan PAS Negeri Kedah yang begitu komited dengan "kesejahteraan" BABI. Rumah babi haruslah ditangguhkan dari dirobohkan. Manakala rumah penduduk-penduduk Kampung Tok Bidan pula haruslah segera dirobohkan demi menyusahkan hidup mereka lagi.

Begitulah dasar "Kedah Sejahtera" pimpinan Azizan Razak! Babi dijaga, penduduk kampung menderita! Eloklah selepas ini dirobohkan pula kampung-kampung di Sg. Limau dengan segera, dan digantikan dengan kandang-kandang babi!

Sesungguhnya babi dan "tauke" babi amat mulia di sisi Azizan, berbanding rakyat Kedah yang dok undi dia dulu!Takbir! Allahu Akbar...Allah Maha Besar..Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya!

From : DukeOfUMNO

Print Friendly and PDF

4 comments:

  1. Aku tak sikitpun rasa sedih dengan tindakan memuliakan babi dan sudah tentulah tauke babi berbanding masnusia-manusia yang aku agak miskin dan papa kedana. Sebenarnya babi lebih banyak mendatangkan hasil. Seekor babi boleh beranak 16 ekor babi setiap kali. (babi betinalah tu) Kalau dicepua-cepua pulangan amat lumayan. Kerajaan tak perlu berhutang untuk bayar gaji pegawai-pegawai kerajaan.

    Manusia-manusia penghuni Kg. Berjaya mengecewakan kerajaan negeri kerana tidak dapat membantu sepertimana kandang-kadang babi di situ.

    Aku Cuma nak perbetulkan sikit. Kerajaan yang memerintah Kedah bukanlah kerajaan PAS, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat. Sama-samalah ahli-ahli PKR dan DAP bertanggungjawab.

    Aku percaya Dato’ Menteri Besar dan PAS saja tak mampu buat keputusan hebat begitu. Tentu mendapat sokongan dan dokongan PKR dan sudah tentulah DAP.

    Tapi aku juga nak tanya betoika cerita dan peristiwa ni……?

    ReplyDelete
  2. Ya lah.Kalau tak sejahtera bersama bABI sapa nak sokong PAS.Kerana sejahtera bersama babilah PAS hari ada peluang memerintah.Semuanya gara2 nak jaga hati orang cina.Dan satu lagi PAS akan cipta pula slogan sejahtera bersama TODI sebab nak jaga pengudi india pula.Pada orang melayu pula PAS cipta pula slogan...Pembohong bersama Ulama Politik.

    ReplyDelete
  3. ko nak sedih pa anakbukithijau, dok dlm bukit. Tapi, aku dok Alor Setar anak jati Mergong tau la. Ko mai turun tengok sendiri.

    Aku setuju memang PR kena ambil tindakan. Tapi majoriti exco PR adalah dari PAS. Lagi pun selalu MB dan exco PAS dok sebut dlm ceramah depa "Kerjaan PR bawah pimpinan PAS".

    Pd exco PAS lebih2 lagi Dato' Taulan dan Dato' Fakrullrazi tolong buka mata sikit.

    ReplyDelete
  4. Allahhuakbar? MARKET MERGONG! sapa yang suruh buka mata? diantara yang hang sebut tu.Dah lama buta,bukan setakat buta mata.Dah BUTA PERUT sekali.Macam mana nak minta depa buka mata.

    Kalau setakat buta mata,tidak mengapa lagi..siap BUTA hati.Inilah diantara yang merencana ternakan BABI bukankah dulu..EXCo pertanian Negeri.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.