Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, June 17, 2009

PKR Kedah Jangan Tersalah Langkah…..

Hangat.. semakin hangat.. El-Nino melanda lagi !! Kala dan tika ini ramai yang mula demam-demam, sakit kepala, sakit sendi, sakit tekak dan bermacam-macam sakit lagi yang mai menjengah ...

Namun segala kesakitan tersebut ada cara dan kaedah untuk dielak... ada ubat untuk merawat dan bermacam-macam doa boleh diamal agar kesejahteraan dalam kehidupan tidak terjejas.

Duk tak duk mai pulak penyakit yang susah nampaknya nak diubat.. penyakit keturunan.. yang digelar PHD .. ramai sungguh yang terseret dan diseret oleh juak-juak yang nak menjadi hero tapi tak sesuai dengan kaedah dan tempat..

Mai la jalan-jalan atau kalau malas sangat hantaq la perisik ke Kedah !! pasang-pasang telinga.. buka mata sikit-sikit pun tak pa... nanti hangpa akan dengaq dan nampak gelagat-gelagat manusia PHD ini...

Dulu sebelum menang... hangpa selalu duk sebut-sebut.. kita lah pejuang.. kita akan bersama-sama menentukan halatuju dan bersama-sama meningkatkan kesajahteraan rakyat... tapi la ni... depa-depa yang duk ataih kerusi empuk .. semakin tak reti bahasa !! lupa daratan... !! lupa asal usul !! dan lupa siapa yang dulu tolong bawak hangpa pi mai pi mai... untuk diperkenalkan kepada rakyat !!

Kedah Sejahtera.... ahli PKR masih teraba-raba !!! masih tercari-cari dimanakah sinar yang mampu dibawa oleh pentadbiran tertinggi peringkat negeri.... masih cuba memahami apa yang dicanang-canangkan dengan maksud “kita adalah kerajaan”.

Apa yang kita dapat hari ini ialah... pentadbiran tertinggi seolah-olah cuba menjadi jaguh dimata Presiden.. semua yang dilaporkan adalah yang terbaik dan segala-galanya adalah atas kepandaian dan kecekapan depa-depa sahaja. Segala-galanya seolah-olah keluar atau terzahir dari otak-otak mereka yang dikatakan orang-orang atasan terpintar dan tercerdik...

Hari ini aku rasa semakin jauh dan tersisih.. suara bawahan hanyalah pencacai yang perlu diketepikan !!! orang-orang bawahan selayaknya menjadi tukang pasang poster, gantung bendera dan selebihnya hanya disuruh jerit kuat-kuat perkataan keramat..... REFORMASI !!!! REFORMASI !!!..

PPN PKR Kedah... hang cuba la tengok sekeliling hang... apa yang hang nampak dan hang rasa ? Layakkah hang duduk dikerusi empuk itu ? Pernahkah hang fikir dan buat penilaian keseluruhan tentang nasib ahli-ahli PKR Kedah ? Hang ikut kepala otak hang atau hang dan dibasuh oleh orang-orang sekeliling hang yang masing-masing ada kepentingan sendiri...

Kita adalah kerajaan... apa yang ahli-ahli PKR Kedah dapat ??... adakah perlu digunakan kanta pembesar untuk mencari dan melihat “debuan-debuan emas” yang ditabur sebagai rahmat !!!

Antara cakap-cakap dan khabar-khabar angin ... adakah ianya satu rahmat ?... :-
  1. Baling – Ketua Bahagian Sah dan Tidak Sah... yang masuk mesyuarat Perhubungan Negeri ialah berstatus penaja (tak tau sah ke tidak)... la ni memegang status Ketua Penerangan PKR Kedah.
  2. Langkawi – Ketua Bahagian hebat... tapi tak tahu la macamana dengan AJK depa... dengau-dengau bercelaru juga. Pak Wan gila jadi calon, gila jadi Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah dan mabuk biak.
  3. Kuala Kedah... – Ketua Bahagian ada lagi tak ? katanya dah berundur.
  4. Padang Serai – Kata-katanya akan digantung... atas perancangan dan strategi tertentu... ada orang bercita-cita nak bertanding sebagai ADUN kalau ADUN sekarang kena di”gugur”kan. Dengaq-dengaq kata “player import” juga.
  5. Perhubungan PKR Kedah dimonopoli oleh mereka-mereka yang bukannya memegang jawatan tertinggi dari PKR Bahagian... hebat-hebat depa-depa ni... orang lain susah-susah dan jaga bahagian .. hangpa bersenang-senang susun strategi dan pegang jawatan besaq-besaq... hampeh... berlagak pandai dan cerdik... tak sedaq diri ...
  6. Pemilihan Ahli Majlis... mana pi keistimewaan Ketua Bahagian untuk membuat keputusan.... dengaq2 kata pasai Kulim Hi-Tech... DSAI 4-5 kali telefon masih hari interview nak pastikan kelayakkan seseorang yang betul-betul layak untuk duduk dikerusi tersebut.. okay la... fair and square... tapi apsal yang terpilih bukan yang disokong dan dipilih oleh PKR Bahagian yang diberi kuota...
  7. Ahli Majlis Perbandaran Kulim.... dengaq-dengaq jugalah... kuota PKR Padang Serai dan dirampas dan diisi oleh makhluk dari Kulim Bandar Bharu... dan juga seorang pejuang wanita yang betul-betul hebat masa PRU12... dan pernah terlibat dalam perancangan untuk menjatuhkan Ketua Bahagian selepas gagal untuk memastikan kekalahan calon-calon PKR di Padang Serai.
  8. Kehebatan PKR Kedah tidak terhenti disitu sahaja... dengan terpilihnya seorang doktor yang sekejap ahli PAS... sekajap PKR... masuk balik PAS dan terbaru adalah AHLI PKR... mai kot mana ? Masa Kulim Bandar Bharu havoc dengan cerita Zulkifli Nordin ... DR ni pi sana... mungkin ada harapan.. kot kalau-kalau lah... then bila Padang Serai hendak dipersetankan... DR ni dengau-dengau kata dah jadi ahli PKR Padang Serai... ishhh kuat sungguh latah mu.... dan yang paling hebat la nieeee.... DR tu Ahli Majlis Perbandaran Kulim... tup-tup dapat pulak satu lagi jawatan Ahli Majlis Kulim Hi-Tech... jadi atas kebijaksanaan dan kepekaan PKR Kedah... maka DR yang benar-benar profesional ini dan menepati segala kelayakkan yang diperincikan oleh DSAI telah terpilih dengan bergaya sambil dibantu oleh hantu-hantu serta jin-jin yang MAHA RAKUS...
  9. Sungai Petani... katanya juga... hebat... yang terpilih sebagai Ahli Majlis... katanya dulu dulu dari sebuah pulau... masa dia keluar dari pulau... geng-geng kat pulau seronok tak terhingga...
  10. Sik.... sama lah malangnya nasib hangpa....
  11. Cikgu Shamsul tu sapa ? wakil bahagian mana ? Ketua Bahagian mana ? Sedangkan beliau Penyelaras Ahli Majlis PKR Negeri Kedah.
  12. Hafiz tu sapa ? Ketua Bahagian mana ?

Kalau tidak ada angin.. masakan pokok boleh bergoyang... takut-takut nanti tak cukup waras untuk menilai... sedaq-sedaq buah nyoq jatuih ataih kepala....

Sebelum terlupa... kepada yang bergelar “DATUK” PKR Kedah... ingat-ingatlah sama... pandai-pandailah menjaga diri... cita-cita lama nak jadik menteri penerangan tuh mungkin boleh dilupakan... kerana nak kasik datuk kat hang lah... pingat-pingat kecil yang dikuotakan kepada PKR Kedah terpaksa digalang ganti !!

La ni .... heboh pasai DATUK BABI..... ishhhhh.................. macam-macam cerita dok mai.. janganlah hangpa-hangpa yang duk kat Perhubungan PKR Negeri Kedah masih nak berkomplot dan hidup berkhayal-khayalan.... sedaq-sedaqlah kepada mereka-mereka yang tak pegang jawatan tertinggi kat PKR Bahagian... keluarlah secara terhormat dari Perhubungan PKR Negeri Kedah...

Akhir kata.... hangpa-hangpa semua.. renung-renung dan fikir-fikir sejenak... adakah hangpa cukup CERDIK dan WARAS !!!

Pkrantikusut ......

Print Friendly and PDF

6 comments:

  1. hARI INI PAS DAN PKR CUKUP PUAS..GOBALA SUDAH MENJADI WAKIL MELAYU DALAM PAS DAN PKR...HANYA DENGAN JUALAN WA MA KARU...SAMBIL BERTEMPIK GEGAR GEMPITALAH KERBAU2 YANG KUDA KAYU....

    ReplyDelete
  2. Walaupun aku bukan ahli PKR, izinkan aku “campurtangan” sama.
    Dari pembacaanku, aku tahu PKR atau pada awalnya PKN telah ditubuhkan 4 April, 1999. Pada ketika itu Saudara Anwar Ibrahim di dalam penjara dan jawatan presiden pertama dan mungkin sampai hari ini, ialah Dr. Wan Azizah Dato Wan Ismail.
    PKN pada ketika itu ditunjangi “darah muda” dan sentiasa membuat FRU tak boleh “rehat”, kerana terpaksa menangani demonstrasi demi demonstrasi yang melaungkan reformasi. Namun pada umumnya perjalanan/pergerakan PKN nampak lebih tersusun dan sederhana. Tumpuan ahli masa itu ialah bagaimana nak “menekan” kerajaan supaya membebaskan Saudara Anwar Ibrahim dari penjara. Sokongan hebat pada masa itu juga kerana kurangnya politicking; ahli-ahli dan reformis hanya mau menegakkan keadilan, kerana pada mereka Saudara Anwar Ibrahim telah dizalimi mental dan fizikal oleh Kerajaan yang memerintah.Tak banyak pergerakan “politik”
    Sekarang keadaan sudah terlalu banyak berubah. Saudara Anwar Ibrahim bukan saja telah dibebaskan malahan sudahpun bergelar Yang Berhormat dan ditabalkan sebagai Ketua Pembangkang, selepas 4 buah negeri yang dikuasai BN, tumbang.
    Lima calon DUN dan 5 calon Parlimen PKR , di kawasan selatan Negeri Kedah menang dengan majority “luarbiasa” Calon-calon yang menang yang pada mulanya “terkejut” dan dalam keadaan “mimpi” . Kemenangan 5 calon DUN rupa-rupanya menjadikan mereka sebahagian daripada Kerajaan yang memerintah. Dua dari 5 orang wakil rakyat PKR dilantik pula sebagai menteri di peringkat negeri.
    Oportunis-oportunis politik PKR Negeri Kedah di semua peringkat, mulai saat itu mula mengubah dan menyusun strategi. Nak naik kena “pijak kepala kawan” Mulalah seluruh kepentingan PKR di Negeri Kedah “dicerobohi” Mulalah berlaku “pergeseran” sesama sahabat baik di peringkat Bahagian dan negeri – matlamatnya jelas “untuk menawarkan diri” untuk membantu rakyat dengan lebih berkesan. Mulalah hilang harga diri; sahabat bertukar menjadi musuh. Calon-calon yang menang pada Mac, 2008 yang belum menjadi Ketua Bahagian mula membuat perbandingan. Mana mungkin seorang YB berada di bawah kuasa Ketua Bahagian yang “bodoh”. Sebagai seorang YB jawatan Ketua Bahagian sepatutnya “aku punya”
    Dan pergerakan inilah sebenarnya membuat PKR Negeri Kedah nampak kalut dan songsang. “Kem-kem” yang diwujudkan mula memecahbelah perpaduan PKR. Moga-moga usia PKR akan panjang.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa selagi pertubuhan itu bergelar politik,baik atas nama Islam sekalipun,yang berpolitik itu orang melayu yang warna kulitnya sawa matang,sikap hasat dengki,tamak,haloba tidak dapat lari dari warna kulitnya.Lebih2 lagi jika banyak bercakap tentang hukum dan hakam.

    ReplyDelete
  4. pak malau ni macam tak mau mati jaaa..atas dunia ni yang paling bernilai ialah hukum hakam.. kita nak masuk syurga ka neraka ka pasai humum hakam ni laaa...biaq ladepa cakapa pasai hukum hakam..kurang-kurangpun bagi kita semua ingat..janganla tuduh yang suka cakap hukum hakam tu tak baik pula..yang tak tau hukum hakam macam hang tu yang paling teruk... takkan hukumhakam yang tuhan buat tu nak suruh peram dalam quran saja kot..kena la sebut bagi orang semua tau...jangan buat yang haram.kena buat yang wajib..digalllan buat yang sunat, tidakdigalakkan buat yang makruh dan buleh buat yang haruss...ni la hukum hakam...yang takbuat yang wajib berdosa..yang buat lain dari yang wajib hukumnya haram..yang kata perkara wajib tu haram batal aqidahnya..yang kata sebaliknya pun sama juga...kalau tak mampu buat lagi, jangan kata tak perlu buatlah, tak sesuaila, kolot la...usahala sikit-sikit..baik pas ka umno ka,sapa pun kena jaga sungguh bab hukum hakam ni...ada hidup lain pula lepas kita mati..di sana, hukum hakam ni la yang tentukan sapa dapat apa, nasib lagu mana, nikmat ka sengsara...jangan main-main...

    ReplyDelete
  5. Astaqfirullahal’azim.Awat chek cakap macam tu! Setiap yang hidup pasti mati.Akhirat jua lah kekal abadi.Kerana nak matilah kita tak bolih katan “biaq pi depa bercakap saja tentang hukum”
    Hukum hak Allah swt.Hukum macam chek katalah penentu ke neraka ka atau ke syurga.Bila dia penentu kita tak boleh “biar depa cakap saja” tapi tak laksana.
    Setakat becakap,dengar,faham,ingat dan tau hukum,tapi tak buat tak jadi chek oiii…hukum kena buat macam chek kata “Wajib” tak buat bedosa.Hal dosa tak boleh pakai “biar pi kat depa” bala yang turun bukan pada depa saja chek oi..tapi mampuih dengan kita2 sekali.
    Ingat Aceh ? “pasai biaq pi kat depa” nak cakap hukumlah yang mungkin bala turun lagu tu..yang mampuih bukan depa saja..sekali dengan yang tak berdosa.
    Hari ni chek mau ka?..chek bercakap hukum hakam siang malam pada anak2 chek tapi chek sendiri dok melanggah todi dan dok main judi? Agak-agak apa pula anak2 chek anggap pada chek? Bukan haipokrit?boleh ka chek nak dakwah anak2 chek lagu tu? Chek sendiri pun celaru dan harubiru.
    Tapi hari ini mungkin lagu tu..kita berdakwah.. suruh anak2 sembahyang kita sendiri tunggang langgang? Sampai ka.. matlamat kita nak ke syurga..atau lebih mudah ke neraka?
    Hari ini semua orang paham dan ingat…tentang haram,halal,wajib,sunat,harus,makruh,neraka,syurga,dosa pahala..tak ada sekor pun yang jahil tentang hukum hakam ni..tapi sekadar cakap..itu tak tepakai..dalam Islam!
    Tau berdosa..tau balasan neraka..tau nak mati..tapi tak buat!!bila tau tak buat..hukumnya apa? Tau pula nak mati..tau pula ada neraka syurga..tapi sekadar cakap..maksudnya”Kita sendiri yang becakap tentang hukum” tapi kita sendiri melanggar macam orang jahil…orang macam ni layak ka nak pimpin kita? Layak?
    Orang macam ni diklaskan sebagai thoghut ulama jahat…inilah orang yang tak perlu bercakap tentang hukum hakam atau nak mengingati kita..! ulama, atau penasihat sepsis ini ada agendanya..boleh merosak kita! Orang macam nilah sekarang yang banyak bercakap tentang hukum hakam…
    layakkah dia bercakap dan menasihati,atau mengingati kita ? tapi jika yang tak bernama..merasa perlu ulama..atau orang sepsis ini bercakap tentang hukum hakam…!!! Kerana itu kita tidak boleh “biar pi kat depa” nak cakap ikut agenda depa.
    Kerana hukum hak Allah swt bukan ciptaan depa boleh cakap ikut suka…kita yang bangang ni pula…”pakai “biar pi kat depa”…

    ReplyDelete
  6. Aku rasa selagi pertubuhan itu bergelar politik,baik atas nama Islam sekalipun,yang berpolitik itu orang melayu yang warna kulitnya sawa matang,sikap hasat dengki,tamak,haloba tidak dapat lari dari warna kulitnya.Lebih2 lagi jika banyak bercakap tentang hukum dan hakam.Ini pak malau tulisss.... pak malau ada prejudis yang tinggi kepada yang dok becakap bab hukum hakam..betoi dak pak malau?

    Pas tu pak malau kata tak leh biaq kat depa, pak malau nak cakap sama ka? Cakap laa,,,sapa dok larang.. pak malau kata tak leh cakap saja, kena buat saya setuju sangat la tu..bagi la peluang kat yang suka cakap tu buat apadepa cakap...bebaskan kelantan untuk laksanakan hudud yang telah diluluskan pada 1992 lagi....pak malau tak tau ka ada halangan perlembagaan persekutuan "mana-mana enekmen atau akta yang bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan akan terbatal..?? Hapuskan seksyen ni...kita tengok macam mana kelantan dan negeri2 lain nak laksanakan, termasuk pahang, johor dan terengganu...UMNO pun nak kat Hudud juga kan?

    Bab hukum hakam ni kena syarahkan, baru orang ramai tau, sebab tu tiap-tiap minggu Allah perintahumat islam dengar 'cakap hukum hakam'dalam khutbah jumaat...jangan dok pi peram dan takut-takutkan orang ramai. Laksana hudud tak leh kerja sebab tangan tak dak..cakap apamacamni...laksanaislam cina kena potong lancau...ni penceramah UMNO dok sebut dulu...awat pak malau tak karan pun??

    Allah perintahkan kita sampaikan daripadaNya walaupun satu ayat..yang ada kebolehan bercakap tentang hukum hakam,silalah beri ingatan kepada orang lain...pak malau jangan fobia dengan hukum hakam pulak.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.