Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Alor Setar. Show all posts
Showing posts with label Alor Setar. Show all posts

Friday, April 30, 2010

MB Kedah: Mohd Nasir Tak Perlu Mohon Ampun.....!

Ahli dewan undangan negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa, daripada Pas tidak perlu memohon ampun kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung soalan beliau pada persidangan dewan itu Isnin lalu yang didakwa mempersoalkan kuasa baginda sebagai ketua agama Islam Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata maksud sebenar soalan Mohd Nasir adalah mengenai kuasa raja yang tidak dihormati dan bukannya mempertikaikan kuasa raja sebagai ketua agama.

"Yang timbul isu itu sebab wakil rakyat Barisan Nasionl tak faham," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Star hari ini.

Azizan berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dengan Tuanku Abdul Halim semasa beliau menghadap baginda pada majlis perasmian Merdeka Beach Resort di Pantai Merdeka pagi semalam.

"Tak payah jelaskan kepada Tuanku sebab baginda dah faham dan semalam pun saya hubungi pula setiausaha sulit Tuanku dan depa (beliau) kata, abaikan saja," katanya.

Dua hari lalu, persidangan menjadi panas apabila Mohd Nasir mengajukan soalan yang dianggap oleh Adun Barisan Nasional sebagai mempertikai kuasa Sultan Kedah dan ini memaksa Speaker Datuk Abdul Isa Ismail membuat keputusan dua soalan itu tidak perlu dijawab.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Berikutan itu, Persatuan Kerabat DiRaja Kedah menuntut Mohd Nasir memohon ampun kepada Sultan Kedah dan memintanya menarik balik soalannya itu secara rasmi dalam persidangan Dewan.

Ehsan dari : Bernama.
Print Friendly and PDF

Persatuan Kerabat Diraja Kedah Minta MB Kedah & Adun PAS Mohon Maaf.....

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdu:l Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dituntut memohon ampun daripada Sultan Kedah berikutan soalan berkaitan kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Negeri Kedah.

Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memohon ampun kepada Sultan Kedah berhubung soalan berkaitan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri itu.

Katanya, PKDK menganggap tindakan mempersoalkan bidang kuasa Sultan pada persidangan DUN tidak sepatutnya berlaku berikutan kedudukan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri.

“Tindakan Mohd Nasir dengan sokongan rakan-rakannya meninggalkan satu titik hitam dalam sejarah. Kami menyeru rakyat Kedah memahami kedudukan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama yang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun termasuk wakil rakyat,” katanya pada sidang media di sebuah dewan di Anak Bukit, di sini, semalam.

Tengku Zainol berkata, walaupun soalan lisan bernombor 3(a) dan 3(b) ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, ia masih tidak ditarik balik sepenuhnya daripada rekod dewan.

Ditanya jika tuntutan itu tidak dipenuhi, Tengku Zainol berkata, pihaknya masih tidak memutuskan tindakan susulan namun tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi mempertahankan kedaulatan institusi diraja Kedah.

Print Friendly and PDF

Thursday, April 8, 2010

Azizan Taichi : Rugi Melabur tu biasalah.....!

Pernah saya menulis mengenai kerugian atas pelaburan salah satu GLC Kedah. Pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dikhabarkan telah mengalami kerugian sebanyak RM4 juta di Papua New Guinea. Berikutan itu, Ustaz Azizan Razak sebagai MB Kedah, merangkap Pengerusi KCB telah menafikan bahawa CEO KCB telah meletak jawatan berikutan kerugian itu.

Selain itu, MB Kedah yang "sangat berpengalaman menguruskan ekonomi" itu juga telah melantik sebuah Jawatankuasa GLC untuk membuat siasatan terperinci terhadap GLC-GLC yang bermasalah. MB Kedah itu sedang "menunggu" laporan penyiasatan Jawatankuasa GLC itu untuk menjawab persoalan mengenai kerugian KCB tersebut.

MB Kedah itu menambah...
"Untung rugi dalam sesebuah pelaburan adalah rencah ekonomi dan bukannya sesuatu yang dianggap pelik...Tidak semestinya semua pelaburan itu menguntungkan. Ada yang rugi dan ada yang untung".

Senang je jadi MB & Pengerusi GLC, kan? Untung ke, rugi ke, semua tu letak di belakang. Yang pentingnya, elaun masyuuuukkk tiap-tiap bulan. Melabur ikut suka hati, kalau untung, baguslah...boleh masuk "tabung tin PAS"? Tapi kalau rugi, maka CEO akan dipanggil "mengadap" untuk penjelasan. Lantik Jawatankuasa menyiasat GLC tu. Dapat keputusan, "tembak" mana yang patut. "Aku" tetap MB yang "hebat mentadbir ekonomi", yang bodoh tu bukan "aku". Yang bodoh seleweng sana sini tu CEO aku la kot?

"Aku" sebagai MB Kedah "relax" je. "Aku" tak perlu ambil tahu. "Aku" sebagai Chairman, tunggu je untung syarikat=syarikat GLC ni. Tak perlu risau. CEO-CEO "aku" ada sebagai "scapegoat". Kalau jadi apa-apa yang elok, "aku" letak nama aku yang paling atas. Semuanya kerana "aku hebat urus ekonomi". Kalau GLC tu rugi, "aku" akan suruh siasat & letak nama CEO-CEO tu. Depa salahhh...bukan "aku"! Aku tak payah ambil tahu pun "tak apa".

Paling sadis ialah jawapan MB Kedah mengenai pelaburan, untung & rugi. Memanglah untung rugi bagi suatu pelaburan itu adalah perkara biasa. Tapi, kalaulah pelaburan tu kerajaan BN yang buat & rugi, pastinya ianya diungkit-ungkit dalam ceramah-ceramahnya. Habis diungkit kes-kes 10 - 20 tahun yang lalu. Dikata & dikutuknya BN tak tahu melabur & menguruskan ekonomi. Dicercanya & dihamun BN dihadapan rakyat, kononnya BN seleweng dan sebagainya.

Tapi kalau "dia" yang melabur & rugi, maka akan dikatakan bahawa "itulah risiko melabur, ada untung, ada rugi..kita akan siasat". Senang je. Akan di"taichi" pada CEOnya. Rakyat takkan dengar cerita "kerajaan Azizan tak reti melabur", "kerajaan Azizan bodoh urus ekonomi negeri" & maki hamun yang selama ini dihamburkan pada BN. BN sajalah yang "buruk", Kerajaan Azizan Razak "hebat-hebat" belaka!

Ternyata Azizan Razak dan kepimpinannya bodoh mengurus ekonomi Kedah. Ini bertentangan dengan dakwaannya sebelum ini yang mengatakan "PR bijak urus ekonomi". Bijak ke kalau pelaburan yang dibuat itu rugi? Siapa pengerusinya? Pastinya "Pengerusi"nya itu seorang yang "makan elaun buta". Mungkinkah "pelaburan yang rugi" adalah "biasa" bagi kepimpinan "bijak pandai urus ekonomi" ni...kan?

Ehsan dari : DUKE.
Print Friendly and PDF

Thursday, April 1, 2010

Kerajaan PAS Kedah Kejammmmm.....


ALOR SETAR: Dua jam selepas menerima kunjungan Tim Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, satu keluarga miskin diberi notis 24 jam supaya mengosongkan bilik yang disewa mereka di sebuah bengkel motosikal yang satu blok dengan pusat khidmat ADUN PAS Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh.
Print Friendly and PDF

Tuesday, June 30, 2009

Kedah..... Dustbin Of The East.

Hangpa percayalah semua janji-janji Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah retorik belaka. Dia kata nak bina depoh minyak di di Gurun bernilai 1 billion ringgit. MB jugak kata “Yang Penting Rakyat Selesa.”

Janganlah kita semua dok telan bulat-bulat ucapan MB tanpa kita selidiki dulu. Siasat tengok apa yang berlaku depan mata. Bukannya jauh pun, rondalah sekitar Bandar raya Alor Setar terbentang depan mata Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak masalah yang kecik pun tak boleh selesai.

Kita tak payah pi sampai Tandop, Jitra atau berhampiran Pokok Sena, sekadar cukup lalu di Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Tunku Abdul Rahman Putra , Jalan Sekerat dan Jalan Seberang Perak, sampah yang tidak dikutip oleh Majlis Bandar raya Alor Setar semakin menjadi-jadi.

Masalah sampah yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa kerajaan berlarutan sudah lama tetapi tidak dapat diatasi oleh pihak kerajaan negeri.

Orang ramai dah lama komplen, tapi apa pihak Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, YB Ir Phahrorazi buat? Rakyat di bawah dikutip cukai tapi tahap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kerajaan langsung tidak memuaskan.

Apa sudah jadi, kenapa kerajaan negeri tidak menghayati konsep kebersihan seperti yang disarankan oleh agama Islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada Iman?

Ada mata tengok, ada otak pikiag-pikiag lah. Eloklah negeri Kedah nie digelar orang Alor Setar Bandar Raya sampah, atau kita dengan rasa malunya orang secara sinis gelar negeri ini sebagaiKEDAH DUSTBIN OF THE EAST.”

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.