Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, June 1, 2009

Kes Pecah Amanah Pegawai MB Kedah.....

Belum pun habis kes BALAK, Ustaz Azizan terpaksa bersilat lagi bagi mempertahankan kerajaan beliau yang tak seberapa teguh itu.

Mengikut maklumat yang diperolehi, seorang pegawai khas MB Kedah sedang disiasat polis.Kertas siasatan polis itu berhubung laporan kes pecah amanah Pegawai khas dipejabat MB itu memang dikenali sebagai penasihat utama Ustaz Azizan dan antara yang sangat dipercayai oleh MB Kedah Sejahtera itu.

Mengikut cerita lagi, Pegawai Khas yang paling kanan dari kalangan orang kanan MB, telah mengaut banyak hasil daripada kedudukan beliau selaku orang kepercayaan MB.

Beliau dengan rakus menerokai segala peluang untuk membuat duit bagi mengumpulkan kekayaan.Beliau juga telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah beberapa syarikat GLC.

Memang makan besar kawan kita tu. Dulu setakat jadi pegawai tinggi sebuah syarikat perunding di Alor setar pun tak dapat makan habuan macam sekarang.

Untuk berlaku adil kepada Pegawai Khas MB, kita tunggu sahaja hasil siasatan polis. Tapi, apa pula kata Ustaz Azizan bila benda ni jadi depan batang hidung dia.

Mana janji nak buat keadilan, atau keadilan hanya dicakap tapi tidak dilaksanakan apabila kena kaum kerabat sendiri.

Tapi kalau diajukan soalan ini pada MB, yang pastinya jawabnya "SAYA TAK TAHU".
Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. Dah kalau selalu "SAYA TAK TAHU", apa yang ustaz TAHU? Ka memang buat buat TAK TAHU?

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat itu saja yang dia tak tahu.............Tanyalah apa sekali pun yang terkena batang hidong PAS...Jawaban ringkas yang meloyakan ialah...Tak Tahu !..Tak..Tahu..

    Yang depa tahu..nak masukkan suku sakat mereka untuk memegang jawatan...itu depa tahu...dan macam mana nak bohong Rakyat..itu lagi tahu..dan tak pula malu!!!!

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.