PETIKAN DARI BERNAMA
ALOR SETAR, 27 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Kedah disaran supaya berusaha lebih kuat dalam merancang serta menggerakan kegiatan ekonomi dan keusahawanan di negeri itu yang dilihat bergerak agak perlahan, di samping tidak sekadar berpuas hati dengan apa yang dicapai sebelum ini.
Tokoh usahawan wanita yang berasal dari Kedah, Datuk Maznah Hamid berkata kerajaan negeri perlu giat menjalin kerjasama dengan syarikat korporat antarabangsa dalam menjana sektor ekonominya.
Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, berkata beliau simpati dengan masalah dan kesengsaraan yang dihadapi usahawan di negeri ini, lebih-lebih lagi ketika berlaku kegawatan ekonomi global mulai akhir tahun lepas.
"Kerajaan negeri seharusnya merangka strategi bagi membantu usahawan dan bukan sekadar mengikut arus dengan kegawatan yang berlaku," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Maznah yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Kedah berkata kerajaan negeri wajar menggerakan syarikat-syarikat miliknya termasuk Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri untuk mencari peluang perniagaan yang lebih banyak.
"Syarikat-Syarikat ini wajar menjelajah ke negara-negara Asia Barat untuk menjalin kerjasama dengan badan perniagaan tempatan dan melatih semula golongan usahawan dalam usaha mengatasi kemelut yang dihadapi," tambahnya.
Beliau memberi contoh Langkawi yang menjadi pusat pelancongan menarik sebelum ini kini agak suram kerana tidak banyak aktiviti atau konvensyen bertaraf antarabangsa yang diadakan di pulau itu.
"Banyak usaha boleh dibuat untuk memikat lebih ramai pelancong mengunjungi Langkawi tetapi tidak dilaksanakan. Kerajaan negeri seolah-olah berpuas hati dan selesa dengan perkembangan yang berlaku," katanya.
Tepat sekali kenyataan Iron Lady tu, Kalau siapa perati tengok ekonomi Kedah lanie, makin malap sungguh. Nampak sangat kerajaan negeri tak buat apa-apa yang boleh melonjakkan ekonomi Kedah. Itulah masalahnya apabila menjadikan Kelantan sebagai model pembangunan.
Tak dengan habaq pun dari kerajaan negeri apa cara mereka nak bangunkan negeri. Sampai lanie tak ada pelan apa macam mana nak buat usaha merancakkan ekonomi negeri.
Kalau nak jadi kerajaan setakat cukup makan saja, sapa pun boleh tubuh kerajaan.
Takkan Pegawai Khas yang tak secerdik pandai mana seperti Che Had dan Yusrin tak boleh fikir apa-apa kot.
Tak kan cakap saja pandai, tapi habuk pun tak dak.
Bab melancong makan angin hangpa mau.....
Hangpa nak harap apa kat Yusrain tu? Ex-menantu. Bukannya menantu. Anak Ustaz pun boleh bercerai. Nak bising buat apa pasal 'ustaz' Akhil Hayy.
ReplyDeleteBudak Yusrain tu ada apa? Takat kalau ada teloq 2 bijik + awang yang kesepian. Bila awang dah tak ada teman, ada teloq pun tak guna. Mat blurr tu. Bengong tahap maksimum.
Sapa che Had ni? Dia ni kira che Hulk Pas Kedah ka? Dalam Pas, dia sorang saja ka yang pandai? Ka yang Pas lain memang bodo? Tolong jelaskan.
ReplyDeleteSebenarnya PAS Kedah terutama MBnya serta penasihat2 20% ini seterusnya EXCo2 dan barisan kepimpinan. Semangat ummat itu tidak disalurkan dengan ilmu pengetahuan Islam yang tepat dan jitu.
ReplyDeleteMengikut kajian Sunah Islam(kata Ust bertaraf ulama'PAS) satu ketika dulu orang orang seperti mereka yang dimaksudkan tidak layak memerintah.
Kerana diantara mereka adalah ulama' yang menyimpang dari Al-Quran dan Hadith maka mereka adalah ulama'THOGHUT'.
Kerana bila berjanji pada Allah SWT mereka mungkir..dan bila berbicara pula mereka berdusta dan berbohong pada rakyat.
Jadi tidak hairanlah jika mereka tidak patuh,tunduk kepada peraturan Allah yang ditetapkan ketika itu,Allah tidak pernah menjanji kemenangan kepada mereka.
Hari ini,13/14 bulan PAS memerintah,belaku berbagai bagai kemungkaran yang tidak terlintas dalam fikira kita,boleh terjadi dalam kerajaan yang kononnya melalui Majlis Syura Negeri akan melahirkan NEgeri dibawah pepimpinan Ulama'.
Tetapi pada hakikat apa belaku sebaliknya malah lebih terok dari pemerintahan sebelum ini..Apakah PAS masih tidak mahu mengambil iktibar dari apa yang belaku,ada hubung kaitnya dengan tindakkan mereka sendiri.Menolak hukum Allah dengan alasan UNDI.Waallahualam.
Hehehhe...biasa la bro...PAS memang tak buleh diharap...dok muhong sana-sini...hasilnya rakyat Kedah jugak yang kena tipu...rakyat Kedah jugak yg kecewa bila "harapan" depa tu tak tertunai oleh PAS Kedah ni...
ReplyDeleteAku tak rasa Ustaz Azizan tu teruk sangat...tapi yang lain2 tu...semuanya HAMPEH!!!
Lupa nak habaq...saya dah linkkan blog bro kat blog saya...semoga kita dapat bersama2 berjuang demi kepentingan rakyat melalui saluran parti yang lebih mampu membuat perubahan!
ReplyDeleteTQ...
Kerajaan Kedah setakat cukup Makan?
ReplyDeleteRakyat atau pemimpin? Jika rakyat aku Yakin dan lebih dari yakin bukan secukup makan,mungkin ada yang tak cukup makan.
Jika pemimpin,ia bukan secukup,malah terlebih makan.