Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, June 22, 2009

Pena Editor


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog Sungguhka. Terima kasih atas kunjungan semua ke blog Sungguhka yang tidak seberapa ini. Namun bagi kami di Sungguhka apa yang penting adalah fakta yang dimuatkan di dalam blog ini. Sungguhka bukan blog picisan yang bertujuan memburukkan sesiapa atau mengaibkan sesiapa, Sungguhka dicipta untuk menyatakan kebenaran dan segala yang dinyatakan di dalam blog ini dibuat dengan segala fakta benar yang pihak Sungguhka perolehi daripada pelbagai sumber.

Tidak kami nafikan bahawa blog Sungguhka ini kelihatan lebih kepada "menghentam" pihak PAS dan Kerajaan Kedah namun sebenarnya ianya lebih kepada memberikan pengajaran dan teladan khususnya kepada mereka yang "tersesat" dalam keghairahan menikmati kuasa yang dimiliki dalam mentadbir Kerajaan Kedah dan keghairahan mengaut segala kekayaan negeri Kedah pada masa yang sama.

Kuasa dan hartabenda merupakan ujian terbesar yang Allah SWT turunkan kepada hamba-hambaNya. Tiada siapa yang terkecuali daripada ujian ini dan kebanyakan mereka yang diuji dengan kuasa dan kekayaan/hartabenda akan kecundang. Walau seputih mana pun kopiah di atas kepala tidak akan dapat menahan dugaan kuasa dan kekayaan.

Kita sedia maklum kerana kuasa manusia sanggup menfitnah dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan musuh mereka. Dosa tidak lagi difikirkan asalkan mereka dapat menimbulkan kebencian rakyat terhadap musuh mereka bagi mendapat sokongan rakyat untuk membolehkan mereka memerintah. Mereka menuduh tanpa bukti malah lebih teruk lagi apabila direka cerita bagi memburukkan musuh mereka. Golongan yang menganggap mereka ini golongan ulamak terus menerus berceramah memfitnah dan memburuk-burukkan musuh mereka. Rakyat mudah percaya kepada kata-kata mereka kerana mereka berkopiah putih, berjubah, dan bicara mereka dititip dengan ayat-ayat suci Al Quran dan hadis Nabi.

Terlalu banyak fitnah dan tohmahan yang telah disampaikan oleh manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai ulamak ini dari dulu hingga sekarang. Tidak perlu bagi kami di Sungguhka untuk menyatakan satu persatu fitnah tersebut kerana mereka yang melafazkan fitnah tersebut sedar dan tahu akan apa yang telah mereka perkatakan dan sebarkan.

Golongan "ulamak" ini menuduh dan menghukum mengikut kehendak mereka. Apabila ada di kalangan mereka didakwa dengan sesuatu kesalahan dengan pantas golongan "ulamak PAS" ini mengeluarkan nas-nas daripada Al Quran dan Hadis untuk mempertahankan ahli atau orang yang bersekongkol dengan mereka. Contohnya, semasa pertuduhan liwat dibuat terhadap Anwar Ibrahim golongan "ulamak" ini mengatakan bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan liwat tanpa dapat mengemukakan 4 orang saksi perlu dihukum dengan 80 sebatan mengikut hukum Islam tetapi mereka dengan bersahaja menuduh Najib Razak mempunyai hubungan sulit dengan wanita Monggolia tanpa mengemukan 4 orang saksi. Lebih daripada itu mereka mengadakan ceramah-ceramah dan mengeluarkan penerbitan akhbar mereka ke seluruh negara untuk menyebarkan fitnah tersebut tanpa langsung rasa bersalah dan rasa berdosa. Mereka juga tidak melarang pengikut-pengikut mereka daripada terus menyebarkan fitnah tersebut. Adakah ini ciri-ciri seorang ulamak baik?. Allahu 'alam bissawab.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. beza anwar dengan najib ialah anwar saman balik, sampai la mahkamah tak nak bicara, saman khlid jafri,menang, tilam dan bulu yang bawa masuk mahkamah pun hilang entah ke mana, kesalahan anwar akhirnya bukan atas kes liwat, tapi kes ganggu urusan penjawat awam,kena 6 tahun.Kes dengan saiful pula ada laporan 3 pakar perubatan bahawa juburnya tak pernah ditusuk. Rakyat dengan fitrah akal dapat nilai sesuatu cerita tu fitnah ka betoi.

    Nsjib puladah beberapa kali dicabar di parlimen untuk saman orang yang bawa berita ni..sampai la ni tak berani..bila dirunjukkan dalam mahkamah gambaq najib dengan altantunya, hakim pi larang pula... sampai lani diharamkan saja cerita tu disebut dalam ceramah2..kalau dah tak buat sungguh, saman la tengok...tanggungjawab mengemukakan saksi dalam kes najib ialah najib. Puak polis yang dituduh pula tutup muka bertahun lamanya di mahkamah...apalagi yang rakyat jadi bodoh ni,,,,hang lajadi bodoh..lani pula hang dok anggap kopiah, jubah serban tu hina dan memalukan..padahal tu semua sunnah nabi...jangan jadi sampai hina sunnah sudah laa..jatuh shahadah pula nanti...masuk neraka oooo tak dak sapamau masuk neraka. Seorang pemimpin mesti buktikan dia bersih dari segala tuduhan... dalam kes zina/liwat ada nas qit'i tentang bawa 4 saksi , dalam kes bunuh, syarat ni tak ada....diat (maaf oleh waris) ada disebutkan..jadi tanggungjawab menafikan tuduhan ini ada kat najib..hang jangan jadi tukang mengelirukan orang.

    ReplyDelete
  2. Orang Kedah kat MerbokJune 23, 2009 at 4:35 PM

    Dipetik dari Malaysiakini hari ini (dalam bahasa inggeris - tidak faham kenapa Malaysiakini tidak terjemah ke Bahasa Melayu)........betapa ramai orang benci PAS di Kedah!

    Kedah PKR, DAP told to abandon PAS
    Athi Veeranggan | Jun 23, 09 11:01am
    Even as national leaders of Pakatan Rakyat drop the hot potato that the proposed 'unity government' has turned out to be, Kedah Gerakan is checking out the idea at state level.
    MCPX
    Its Youth wing wants the state PKR and DAP to snub PAS and tie up with Barisan Nasional to form a unity state government in Alor Setar.

    Kedah Youth chief Tan Keng Liang alleged that PKR and DAP have many grouses against the leadership of Menteri Besar Azizan Abdul Razak, who is from PAS.

    Moreover, he said, PKR and DAP have more in common with BN component parties such as Gerakan rather than with the Islamic-based PAS

    "Hence, I suggest it would be better for PKR and DAP to snub PAS and join hands with BN to form a unity government in Kedah," Tan (centre in photo) told Malaysiakini today.

    Currently PAS is the largest single party in the state assembly, holding 16 of the 36 seats.

    Umno, which is in the opposition, is second with 12, followed by PKR with five, while DAP, Gerakan and MCA have one each.

    Besides filling the menteri besar's seat, PAS dominates the state executive council with seven members while PKR has three.

    Bumiputera quota hike

    Tan said the state's decision to hike the bumiputera housing quota from 30 percent to 50 percent has become the most controversial issue.

    "It has provoked angry reactions from many quarters, including PKR and DAP," he said.

    Another problem, he said, is the decision to shift a pig abbatoir from its current location in Mergong, Alor Star.

    "Until today the government has yet to identify an alternative site. But it plans to demolish the abattoir by end of this month," he claimed.

    Many Indian Malaysians are said to be unhappy with the state government's lethargic handling of their grievances, especially on land, housing, employment and vernacular education.

    A state government source said senior civil servants have now become more powerful than the exco in deciding, executing and managing affairs.

    Unlike the previous Umno-controlled Kedah government, the PAS-helmed government has failed to tame the overzealous, and at times arrogant, senior public officers, the source said.

    He added that the local municipalities are incompetent and inefficient in performing daily tasks, particularly garbage collection. This has become a major talking point.

    Outdated style

    Several Pakatan leaders are allegedly unhappy that the state government had retained Umno-linked companies as concessionaires in sand excavation projects all over Kedah.

    "Due to this, many residents have resorted to sand theft in several prime areas," said the government officer.

    These contentious issues have been blamed on the PAS-helmed government's lack of conviction to initiate changes.

    Azizan is accused of being reluctant to abandon an orthodox political system, leadership and style of governance.

    According to a Pakatan source, instead of becoming a well-oiled, refined, reformed and pro-active government, the PAS-led government has stuck with the outdated Umno style of administration.

    "It is reluctant to ruffle feathers for fear of antagonising the all- powerful senior civil servants," he said.

    Meanwhile, Tan said the state economy, employment opportunities and business growth have all become stagnant.

    He claimed that a BN-PKR-DAP partnership can safeguard the interests and rights of Kedah citizens and deliver constructive and progressive policies to stimulate growth.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.