Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Friday, June 5, 2009

Belia Langkawi Di Anak Tiri.

Serumpun Bayas.

Assalammualaikum....

Salam perpaduan satu Malaysia...

Bagi saya sebagai warga belia Langkawi memang kecewa dengan kepimpinan pakatan rakyat negeri Kedah yang diterajui oleh PAS....

Sehingga ke hari ini tidak ada satu pun program dan bantuan yang di buat dan di salurkan untuk pembangunan insan belia....yang kami lihat hanyalah ceramah memburukkan kerja serta kepimpinan orang lain...

Tapi Alhamdulillah masih ada yang ada prihatin terhadap belia...

kami ucapkan jutaan terima kasih kepada YB ADUN KUAH YB DATO IR HJ NAWAWI AHMAD, yang sentiasa menhambil berat tentang kebajikan belia di Langakwi...

Alhamdulliah pada tahun ini Persatuan Belia Serumpun Bayas memenagi anugerah Persatuan Belia Terbaik peringkat negeri Kedah serta mewakili kedah keperingkat kebangsaan dapat mendapat tempat ketujuh terbaik Malaysia...

dengan hasil sendiri dan keredhaan Allah SWT...

Saya harap PRU13 akan datang biarlah BN memerintah kembali Kedah,rasanya lebih sejahtera daripada sekarang...

Print Friendly and PDF

Monday, June 1, 2009

Pakatan Rakyat Langkawi perlu perubahan drastik.....

Saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit pandangan dan meluahkan sedikit kebimbangan akan prestasi dan kemantapan Pakatan Rakyat di Langkawi. Sebagai seorang ahli PAS dan penyokong setia Pakatan Rakyat di Langkawi saya merasakan saya wajar menyuarakan pendapat dan cadangan saya ini untuk kita sama-sama memperbaiki keadaan.

Selama ini saya menjadi pemerhati setia setiap gerak geri kepimpinan Pakatan Rakyat samada dari PAS atau PKR. Sudah lama tergerak untuk menulis demi memberikan saranan ke arah kebaikan bukan mengkritik membabi buta.

Apa yang saya nampak kepimpinan PAS di Langkawi agak lemah dan agak perlahan kerjanya berbanding PKR Langkawi. Namun begitu dari segi lain saya perhatikan kepimpinan PAS lebih mantap dari segi kewibawaan, ketelusan dan daya kepimpinan berbanding PKR Langkawi. Walau pun kerja -kerja yang dijalankan agak perlahan tetapi hasilnya agak baik dan boleh dibanggakan. Saya pernah bertanya kepada beberapa pemimpin PAS Langkawi kenapa mereka nampak agak pasif kebelakangan ini.

Jawapan mereka adalah mereka merasa sedikit terkilan apabila kepimpinan PAS negeri Kedah nampak lebih mementingkan dan mendengar cakap pemimpin PKR Langkawi. Banyak perkara yang mereka tegur yang tidak diterima dan tidak dipersetujui oleh pimpinan PKR Langkawi. Tambah mereka lagi pemimpin PAS Langkawi dan PKR Langkawi tidak boleh bekerjasama antara satu sama lain

Dalam mesyuarat Majlis daerah misalnya, sebarang cadangan dari ahli Majlis dari PAS sering mendapat kritikan dari ahli Majlis wakil PKR. Tiada kompromi antara wakil PAS dan wakil PKR. Jadi perancangan yang dirancang oleh PAS Langkawi khususnya tidak boleh dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada PKR. Ini adalah antara faktor-faktor yang mengurangkan semangat PAS Langkawi untuk bekerja bersungguh-sungguh demi membangun Langkawi amnya dan memperkuatkan PAS dan Pakatan Rakyat di Langkawi dan Kedah amnya.

Ada juga saya mendapat luahan rasa tidak puashati tentang kepimpinan PKR Langkawi yang dikatakan tidak sensitif dengan masyarakat sekeliling. Dikatakan ada pemimpin PKR Langkawi sering dilihat minum minuman keras dikhalayak ramai tanpa segan silu, walaupun bukan beragama Islam sepatutnya mereka lebih sensitif kepada pandangan umum.

Ini pastinya menjejaskan kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat di Langkawi. Mungkin tidak salah bagi mereka untuk meminum minuman keras tetapi biarlah tidak ditempat umum. Masyarakat pastinya akan membuat andaian bahawa kaki botol tidak layak untuk menjadi pemimpin mereka. Bagi ahli PAS pula agak sukar bagi kami untuk menyokong sekiranya rakan pakatan kami melakukan kemungkaran dan maksiat.

Bagi saya pastinya saya tidak akan menyokong mereka yang saya tahu terlibat dengan maksiat dan kemungkaran. Walaupun demi kebaikan Pakatan Rakyat saya pasti tidak akan menyokong sebab tiada di dalam mana-mana nas yang menyatakan kita perlu berkompromi dengan pelaku maksiat demi memastikan kesinambungan pemerintahan ulamak atau kepimpinan ulamak. Allah hu 'alam bissawab.

Selain daripada itu saya lihat pemimpin tertinggi PKR Langkawi tidak begitu menyakinkan, kurang wibawa, kurang daya kepimpinan, pentingkan diri sendiri dan mempunyai latarbelakang yang kurang baik. Saya tidak bermaksud mengatakan beliau tidak baik cuma majoriti masyarakat nampak dan dapat menilai bahawa apa yang beliau lakukan lebih kepada untuk mengaut keuntungan peribadi daripada untuk kepentingan masyarakat.

Memang tidak saya nafikan PKR Langkawi agak aktif kebelakangan ini namun umpama ada udang disebalik mee. Beliau juga dikatakan tidak mahu mendengar pandangan orang lain dan sering memenangkan diri sendiri. Selain itu beliau juga dikatakan agak meninggi diri apabila berdepan dengan masyarakat.

Saya merumuskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat ingin mendapat tempat di hati rakyat Langkawi maka perubahan positif perlu dilakukan khususnya di pihak PKR. Sekiranya perlu kepimpinan PKR Langkawi perlu dirombak atau diubah.

Cancer dan virus perlu dibuang. Rakyat sekarang bijak menilai. Saya berharap agar pandangan saya yang baik dapat diterima dan dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan. Saya berpendapat sekiranya tiada tindakan segera agak sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menang di Langkawi pada PRU 13 nanti.

Allah hu'alam bissawab. Jazakallah hu khairan kathira.


Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.