Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

Padang Serai Lagi.....

Pemilihan Ketua Bahagian Padang Serai bertambah hangat disaat-saat akhir ini. Saya ingatkan semua proses pancing undi berjalan dengan lancar tanpa ada unsur-unsur tikam belakang. Sempat saya meronda dan meninjau perkembangan suasana berkempen. Rupanya indah khabar dari rupa.

Suasana berkempen tak pernah berubah. Ada saja yang tak betul dikalangan calon-calon yang bertanding terutamnya pertandingan Ketua Bahagian.

Seperti apa yang tertulis di dalam blog-blog yang menceritakan situasi apa yang berlaku itu, saya begitu bersetuju. Kebenarannya amat nyata.

Saya petik dari blog GMC bertajuk "PELIK LAGI UMNO BAHGIAN PADANG SERAI............. KAH...KAH..KAHH" (klik sini)

Peliknya UMNO Padang Serai bila sessi masyuarat cawangan terpaksa dibatalkan beberapa kali kerana keputusan masyurat tersebut kononnya tidak memihak pada pihak tertentu yang ada kepentingan diri. Pemantau yang dilantik pula merupakan kroni kepada calon Ketua Bahagian.

UMNO Bhg Pdg Serai ada lagi ke.....ingat kot dah lingkup ruyup dah....kot..kot UMNO Pdg Serai hidup bermusim...hidup hanya di musim pemilihan, lepas tu mampuih.....dalam musim PRU UMNO Pdg Serai ada yang jadi PAS, ada yang jadi PKR, ada yang jadi DAP dan ada yang jadi bebas, tak kurang juga ada yang jadi kominis. UMNO Pdg Serai teruja, terseronok sangat bila dapat tahu calon-calonnya kalah dalam PRU......wang peruntukan PRU simpan untuk digunakan semasa kempen pemilihan Cawangan dan Bahagian....inilah kerja UMNO Bhg Pdg Serai..semua yang ada tu lebih dahsyat dari yahudi.../tak tau nak cakap spisis jenis apa yang ada dalam UMNO Bhg Pdg Serai......pikiaqlah......

Team Raman ialah Pemuda dan Puteri termasuk Wati, Chot Bai, cekgu madi, zuber kongkang. La ni depa pecah sama sendiri menjadi dah banyak kumpulan serpihan yang sangat bahaya kepada UMNO dan orang Melayu. depa macama bayi ayam kehilangan induk....bercempera...kadang-kadang lupa diri yang dia tu umno@melayu dok masuk kandang PAS, PKR. puak-puak nilah yang jadi barua N Surendran, usung dalam gelap bagi PKR menang, upah tak seberapa....tapi bangga, kononnya depa hebat...semua yang ada dalam umno bhg pdg serai adalah dari keturunan yahudi dan syiah...smuanya ada P.H.D....umno bhg pdg serai selepas era tok det...macam dok ada la ni.....tapi team 6 jahanan ni kata era depa terbaik.....baik punya dok ada...banguna UMNO depa jual...undi umno depa gadai...calon umno depa sabotaj...

Marlia makin kalut bila sah Dermawati bertandingan Ketua Wanita Padamg Serai.kDermawati adalah calon proksi Zuber.Malia adalah musuh Zuber walapun dulu mereka adalah asal satu geng dalam kumpulan enam jahanam.
Rupanya Malia main wayang.Menurut sunber kini Malia mula ubah strategi dengan menyatakan sokong Halim Bas.Kemudian sokong Ku Eashidi.Lepas itu sokong pula Halim Mohd.Setakat ini itulah wayang Malia.
Macam itulah bila makin lama makin tak popular.

ppAnonymousOctober 6, 2013 at 11:21 AM....betoi 100%...dalam ameno Bhg Pdg Serai mana yang cerdik..semuanya ditahap pecacai, paria yang bodoh tak boleh ajaq, pandai tak boleh buat kawan.. Lihat dalam P3, pada awal penubuhan memang OK hebat, kemudian tu sampai ke lani yang ada hanya hampeh, paling tinggi PMR...dalam Wanita pula yang pun gigi dah tinggal dua tiga batang, mana ada idea nak atoq strategi bila ada pilihan raya, buat kerja mohong adalah...Pemuda pulak tu semuanya kaki kencing macam wahab Non sengau.....yang pemuda boleh buat ialah sabotaj....di peingkat cawangan lagilah teruk, jangan cakaplah, yang ada tu hampir 200% tak tau yang dia tu ahli UMNO...yang paling ramai perangai macam cot uban Naga lilit dan mi Taman angsana..pasai tulah dalam Bhg mana ada AJK yang berkualiti....dahlah tu...ada cerita baru melanda UMNO bhg Pdg Serai..pemuda dengan P3 dah buat taik...dulu cerita Rahman pasai bab belakang...kali ni bab Pemuda dengan P3 pasai bab depan pulak.....masing-masing tu ada anak bini pulak tu....nilah yang dikatakan jatuh ditimpa dosa @ bala...nasiblah ameno Pdg Serai...Tok Det juga yang relax...kah...kah..kah....kah...

Ada ahli UMNO cuba mendapatkan maklum balas dari seorang Dato' di Pejabat UMNO Negeri Kedah tentang salahlaku "PEMANTAU" yang dilantik memantau perjalanan mesyuarat cawangan. SMS yang mereka terima dari Dato' tersebut amat menduka-citakan. Dato' meminta mereka merujuk segala permasalahan itu kepada Timbalan Ketua Bahagian (merangkap Ketua Bahagian). Apa cerita ni.......?

Yang terbaru, saya petik dari blog puterasniper bertajuk "UMNO Padang Serai kemana Peruntukkan Wang sebanyak RM 563,940.00 dalam PRU!3,,,?????" (klik sini).  Sekali lagi saya bersetuju seperti apa yang diceritakkan itu.


Perkara ini perlu diambil tindakan serius oleh Perhubungan UMNO Negeri Kedah kerana ianya melibatkan amanah Parti. Ketika saya membuat siasatan hal ini, saya dapati melebihi RM200,000.00 hilang entah kemana. Perhubungan UMNO Negeri Kedah boleh membuat semakan dari fail yang disimpan. Lebih cantik lagi dilibatkan SPRM.

UMNO Kedah khasnya dan UMNO Pusat amnya jangan memandang ringan dengan kemelut UMNO Padang Serai yang membawa rosak susu sebelanga..UMNO Negeri Kedah pula yang kini dibawah pimpinan Dato' Mukriz harap tidak meneruskan budaya lepas tangan jika UMNO Kedah benar ingin mengekalkan kemenangan dalam PRU14 yang akan datang...jika tidak Parlimen dan DUN Padang Serai bakal menjadi sarang PAS/PKR membiak...

PELIKnya UMNO Padang Serai tidak pernah mahu berubah kearah memperkasakan UMNO tetapi lebih cenderung untuk memperkasakan kantung-kantung pemimpin sendiri...dan lebih selesa berada dibawah Parti pembangkang.......

Print Friendly and PDF

Tuesday, September 10, 2013

Padang Serai Yang Hebat.

Setelah sekian lama saya tak menulis akibat daripada blog saya telah di HACK oleh MACAI haram jadah.

Saya buka cerita kali ini berkisarkan apa yang berlaku di Padang Serai.

Bertapa hebatnya Padang Serai yang penuh dengan keunikan tersendiri. Mungkin apa yang saya akan memperkatakan ini menyinggung sesetengah pihak, perkara ini patut diambil perhatian walaupun kedatangan PRU14 masih jauh lagi.

Padang Serai yang milik sepenuhnya PR (Parlimen - PKR, Dun Lunas - PKR & Dun Merbau Pulas - PAS) selama 2 penggal berturut-turut, UMNO masih tidak sedar diri. Seolah-olah hilang hala tuju.  Tiada siapa yang ambil peduli.

Sikap UMNO Padang Serai tak pernah berubah. Percakaran, pertengkaran, menikam belakang dan ........ berleluasa berlaku. Walaupun nampak manis di hadapan tetapi di belakang ahli-ahli UMNO mahupun masyarakat setempat tahu hal sebenarnya.

Semuanya kerana perebutan untuk menjadi Ketua Bahagian.......

Antara calon-calonnya:

  1. Marlia (YB yang kalah PRU13 di tangan YB Aishah guru Pasti. Marlia dok menangis kat Sharizat tak habis lagi ka.......?).
  2. Ku Rashidi (pendatang baru semasa Rahman melepaskan jawatan).
  3. Halim bas (pengaruh dah hilang walaupun cuba menabur).
  4. Halim Mohamad (berhenti jadi cikgu pasal kemaruk nak bertanding dalam PRU12).
  5. Cikgu Mahadi (masalah.......masalah....... dengar kata orang kuat MB).
  6. Zubair (SU bahagian yang telah dipecat oleh Halim bas).
  7. Bakri (low profile dan tak berduit).
Masa PRU12 pakad berebut nak jadi calon. Sabotaj sana-sini. Bab pemilihan Ketua Bahagian pun sama....... Kalau macam ni la, bukannya PRU14.......sampai bila-bila la Padang Serai milik PR. Tambah calon jawatan Timbalan Ketua Bahagian dengar kata hebat juga.

Tolong la berubah sikit. Jangan dok tergilakan kuasa. Ahli-ahli dah loya, mual,muak dengan perangai kalian. Perjuangan yang lari dari landasan sebenarnya. Patut la Perhubunga Negeri tak mahu ambil peduli.

Bukannya saya nak balun UNMO Padang Serai. Ini sekadar nak menulis agar mereka sedar akan pesanan pucuk pimpinan.


Print Friendly and PDF

Wednesday, May 15, 2013

EXCO Kedah 2013.


Datuk Mukhriz membuat satu percaturan di dalam melantik barisan Exco di bawah pimpinan beliau....... Gabungan lama dan baru.

1
Mohd Rawi Bin Abd Hamid
(DUN Air Hangat)
Agama dan Pelancongan
2
Badrol Hisham Bin Hashim
(DUN Kuala Nerang)
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3
Aminuddin Bin Omar
(DUN Jitra)
Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan
4
Tajul Urus Bin Mat Zain
(Dun Tanjung Dawai)
Pelajaran
5
Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail
(DUN Guar Chempedak)
Industri
6
Suraya Binti Yaacob
(DUN Sungai Tiang)
Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
7
Mohd Tajudin Bin Abdullah
(DUN Belantik)
Pemb. Luar Bandar 
8
Norsabrina Binti Mohd Noor
(DUN Bandar Baharu)
Sains Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi
9
MCA

10
MIC

Senarai potfolio lain tidak diisi dengan sepenuhnya lagi…….

Pada dasarnya apa yang aku perhatikan, apakah strategi sebenarnya Tok Mukhriz membariskan Exco beliau yang nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena. Bukannya hak aku untuk mempertikalkan Exco yang telah dipilih oleh Tok Mukhriz.

Persoalanya adakah Tok Mukhriz benar-benar mengambil kira pandangan mahupun pendapat dari mereka yang lebih arif.......?

Tak terkasar jika aku kata, Tok Mukhriz terlepas pandang seolah-olah tidak menghargai penat lelah wakil rakyat yang berhempas pulas bekerja sewaktu Kedah di bawah pentadbiran PAS bertepuk meja dewan demi memperjuangkan kehendak rakyat.

Bagi aku..... Pemimpin yang bijaksana lagi berhemah adalah pemimpin yang tetap pendirian dan tegas; bukan tunduk dengan desakan individu ketepi pandangan ramai.......

Print Friendly and PDF

Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Apa Dah Jadi.......?


Akhirnya sifat lembut dan akur kepada keputusan atasan telah memakan dirinya sendiri. Inilah  yang terjadi kepada Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah yang juga Pengerusi Perhubungan BN Kedah Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah tidak tersenarai di dalam barisan Exco negeri Kedah.

Aku tidak memihak pada mana-mana individu, janji BN berjaya merampas kembali Kedah cukup. Cuma agak terperanjat juga keadaan ini berlaku, walaupun aku pernah memberi komen pasal Tok Bashah ni.

Sejauh mana pihak-pihak tertentu memandang Tok Bashah entah laaaaaaa....... Selepas mengambil alih tugas sebagai PBPNK beliau dengan 4 kerat bersama teman-teman bertunkus lumus bekerja keras untuk mengambil kembali pemerintahan Kedah daripada PAS.

Usaha gigih beliau membuahkan hasil....... PRU13 Kedah milik BN. Terimakasih Tok Bashah.......

Tetapi usaha dan jasamu tiada siapa yang pandang.......





Print Friendly and PDF

Wednesday, April 3, 2013


Antara point2 utama dalam manifesto Pakatan Rakyat:
  1. Harga Minyak Turun.
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
  3. Tarif Air Turun.
  4. Hapus Tol.
  5. Hapus Monopoli.
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik.
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.
Fikir-fikirkanlah.......
  1. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.
  2. Tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.
  3. Benda yang kat dalam manifesto itu kebanyakannya berkaitan isu2 yang pernah dibangkitkan sejak dulu dan perkara2 yang memang dekat dengan semua orang seperti minyak, tol, kereta, saman, pendidikan, perumahan, pendapatan, Lynas, pemandu teksi dan sebagainya.
  4. Apa yang ditawarkan rasa kalau betul2 dilaksanakan sukar ditolak dan dibantah oleh semua rakyat tak kira la ko tu penyokong PR atau BN. Harga minyak turun, siapa tak suka? Lalu highway tak payah kena tol, siapa yang tak nak.......? Turun harga kereta, ada ke orang sanggup bayar harga sekarang kalau harga kereta dah murah.......? Tawaran memang macam2, tapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya.......? Tawar macam2 tapi tak ke akan menjejaskan ekonomi negara.......? 
  5. Kerajaan telah peruntukkan RM2.6 billion untuk BR1M pada tahun 2012 sahaja, untuk tahun 2013 ni pula diperuntukkan RM3 billion. Ada orang mempersoal kerajaan belanja duit banyak2 untuk BR1M ni ekonomi tak jatuh ke.......? Walau hutang negara mencecah lebih RM547 billion, tapi aku percaya ekonomi takkan jatuh dan negara takkan muflis kerana Tun Mahathir, DS Ahmad Husni dan Tun Daim sendiri dah cakap yang hutang masih terkawal dan kerajaan masih mampu bayar.
Dengan tawaran dari PR, diorang dah buat manifesto dan nak tak nak mereka kena tunaikan manifesto tu kalau berjaya tawan Putrajaya. Macam mana diorang nak laksanakan.......


"Manifesto bukan suatu perjanjian" Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan tersebut berkaitan penduduk2 Selangor yang tinggal di pangsapuri dan kondominium masih belum menikmati subsidi air 20 meter padu percuma bagi atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

So adakah manifesto buku Jingga PR ini bukankah suatu perjanjian.......? Bagi aku mana2 manifesto adalah tawaran dan janji mana2 pihak sekiranya mereka menang pilihanraya.





Print Friendly and PDF

Ikut Suka Aku La....... Hangpa Tau Apa.......

"Ikut suka aku la.......hangpa tau apa......." itulah ungkapan Ustat Jijan MB Kedah kepada setiausaha2 beliau. "Aku MB, aku ada strategi bila aku nak bubar DUN Kedah ni.......".

Tarikh terakhir terbubarnya DUN Kedah adalah pada 2/5/2013. Ustat Jijan tak berani nak komen details pasai bab ni sebab PAS Kedah sendiri masih lagi bercelaru meletakkan calon-calon mereka. Lebih2 lagi Ustat Jijan masih mahu bertahan sebagai MB Kedah seandainya PAS Kedah menang.

Pertengkaran dalaman antara Ustat Jijan dengan Pakrullangsi telah memberi advantage kepada Amiruddin bergerak secara senyap tanpa pengetahuan Pakrullangsi, sedangkan Pakrullangsi mencetus agenda menjatuhkan Ustat Jijan bersama Amiruddin, Dr Mail, Musoduck, Zul Yahya, termasuk juga dari Usop Usin dan Mat Sabun.

"Aku berkuasa, aku ada power. Apa aku nak, pasti aku dapat. Allah......Alah, Aku.......Aku, dulu aku kata No, la aku kata Yes, hangpa rakyat Kedah peduli apa.......Exco pun aku lantik, hangpa patut bersyukur.......".




Print Friendly and PDF

Thursday, September 13, 2012

Amaran Kepada UMNO Padang Serai, Kulim Bandar Baharu, Sungai Petani, Baling Dan Merbok.


Peringatan dari Naib Presiden UMNO ini wajib diambil perhatian. Rata-rata aku lihat sekarang ini, pendokong-pendokong parti sudah mula berpuak-puak meramaikan kroni dan kebanyakkan mereka bergerak secara individu. Ada sesetengah program yang dibuat tidak memaklumkan kepada Perhubungan Bahagian.

Tidak salah kalau nak bergerak bersama puak masing-masing, tetapi setiap program yang diaturkan setidak-tidaknya membawa agenda parti. Bukannya menunding jari. Biarlah masalah parti diselesaikan dalam parti, bukannya di kedai kopi.

Sesungguhnya calon "WINABLE" pilihan PM ada potensi bagi BN/UMNO mengambil kembali Kedah., tetapi sekitanya apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak diberi perhatian, nescaya Kedah Selatan kekal milik PR kecuali Bayu.

Kepada mereka yang tidak dipilih menjadi calon, ubah dan perbetulkan perangai tu dan tambat hati ahli akar umbi parti dan jangan lebih sudu daripada kuahnya.......

Print Friendly and PDF

Thursday, April 26, 2012

KADIR:MENGHARUNGI PERJUANGAN DIRI SENDIRI SELAMA 30 TAHUN

LUAHAN RASA SEORANG BEKAS AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN KULIM /BANDAR BAHARU SEPERTI YANG DINYATAKAN KEPADA CUCU TOK MINAI (CTM)……. 

Sejarah telah membuktikan bahawa Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah seorang pengkhainat kepada ketuanya  dahulu dan kini pengkhainat kepada parti.

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu (KBB) dan Ketua Umno Bahagia itu  kami rakyat dan ahli Umno banyak mempersoalkan kepimpinanya selama ini.

Kalau nak diperinchikan tentang kelemahan dan kepincanganya semasa menjadi Ketua Umno Bahagian itu  dia sendiri  tidak terjawab dalam soal itu, tetapi malangnya rakyat dan ahli Umno diperbodohkan dengan skrip lakonan untuk kepentingan dirinya sendiri untuk mengekalkan  dinastinya.

Bercakap tentang pembangunan di daerah Bandar Baharu tidak ada perubahan yang dibuat selama ini sehinggakan Pekan Bandar Baharu di gelar PEKAN PUAKA (Ghost Town) dan sesuai dijadikan pangkalan ternakan burung walet.

Rakyat  Bandar Baharu sedar bahawa Abdul Kadir takut untuk membangun pekan tersebut disebabkan akan wujudnya golongan cerdik pandai dan akhirnya akan menentangnya nanti perkara ini dia pernah nyatakan kepada salah seorang Pegawai Daerah dan kawan rapatnya pada suatu ketika dahulu.

Secara jelas Abdul Kadir adalah insan yang bertanggung jawab membantutkan perkembangan minda generasi pelapis yang berkebolehan dan berkelayakan memang telah terbukti ramai individu-individu yang dianggap boleh menggugatkan kedudukkanya akan dicantas kerjaya politik seseorang itu.

Abdul Kadir dulu  sering mendabik dada bahawa Kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim ( KULIM HI TECH PARK) (KHTP) hasil dari usahanya semasa menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Namun semua rakyat sudah maklum bahawa KHTP adalah projek kesayangan (Pet Projek) mantan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi kini telah diserabutkan oleh Presidennya yang baru Mohammad Sobri Othman (suku sakat Ostad Azizan) juga menjadi burung tekukur (kuuuu ku kuuu ku) hak  aku, hak ku macam TS Abdul Kadir juga.

Sayugia maklumkam bahawa KHTP dari sudut geografi politiknys adalah terletak dalam  Parlimen Padang Serai. Tidak sedarkah dia untuk membezakan antara Kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu dengan  Padang Serai dan perlu ditegaskan disini bahawa  perancangan pembangunan di KHTP dia TIDAK PERNAH TERLIBAT pun dalam perbincangan tersebut perkara ini disahkan sendiri oleh salah seorang yang menjadi nadi pengerak kepada pembangunan KHTP, rakyat tidak sedungu sebagaimana dia fikirkan dan kepandaianya tidak memandaikan rakyat Kulim/Bandar Baharu.

Polisi TS Abdul Kadir dalam menangani penyokongnya dalam KBB “everbody are bloody-fools” lalu dia mentadbirkan Bahagian seperti bertugas dengan “bloody-fool”lah, Semua ajk Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri termasuk anggota cawangan adalah “bloody-fools”. Inilah brand yang dijenamakan kepada pengundi-pengundi di Parlimen KBB selama 30 tahun dia menjadi Ketua Bahagianya.

Pengundi-pengundi “bloody fools” inilah yang memenangkannya selama 3 dekad lalu dan TS Abdul Kadir adalah Wakil Rakyat yang “Bloody Fool” kerana mewakili pengundi-pengundi yang “bloody-fool”. Inilah anggapan tokoh politik yang kononnya amat berjasa kepada pengundi-pengundinya yang dianggap “bloody-fool”.

Selama 30 tahun menjadi Wakil Rakyat Parlimen KBB sebenarnya Abdul Kadir tidak memperjuangan nasib rakyat KBB dan kini beliau keluar daripada Umno malahan berceramah di atas flatform parti PAS (Parti Ajaran Setan) baru nak memperjuangkan nasib rakyat?

Sudah terlambat dengan usianya yang menjangkau 73 tahun tetapi tidak terlambat lagi untuk dirinya bertaubat dan membuat amal ibadat sebagai bekalan hari mati kekal menjadi kewajaran pada dirinya belajar hukum hakam tentang agama Islam yang mana di haramkan dan yang mana dihalalkan, mungkin Abdul Kadir kurang matang memikirkan selama ini dia memperjuangan jawatan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Kemewahan yang dikecapi dirinya dan keluarganya adalah hasil daripada dia  berkedudukan  dalam UMNO mahupun ketika dalam kabinet, apakah dia akan mendakwa bahawa kemewahan itu datang daripada  harta milik keluarganya berkebolehan dalam bidang bisnes?

 Tidak perlu dinafikan wahai kekandaku T.S K.K.K bahawa itu semua hasil daripada punca mana kalau tidak kerana mempunyai jawatan dalam kabinet dulu.

Rakyat Kulim/Bandar Baharu kini ramai yang bersyukur setelah dia keluar dari  UMNO, semua kebodohan dan ego dirinya selama ini dengan sendirinya tersingkap untuk kita saksikan .

Mungkin  menjadi  satu fobia kepada rakyat KBB kini disebabkan jawatan  Ketua UMNO Bahagian KBB yang kini dipimpin  adiknya menjadi kebimbangan kalau-kalau nasib rakyat KBB akan menerima tahap  sama seperti era kepimpinan Big Brothernya Abdul Kadir.

Mungkinkah isu PISANG BERBUAH DUA KALI akan berulang lagi di KBB? Sungguh malang nasib rakyat KBB jika episod ini akan berulang seolah-olah kepimpinan atasan UMNO sudah ketandusan pemimpin di Kedah ini.

Cuba anda bayangkan jika episod ketika Abdul Kadir yang kini berceramah diatas pentas parti PAS di kawasan parlimen KBB dan adiknya pula selaku Ketua Umno bahagian KBB mempertahankan dasar-dasar kerajaan yg di tunjangi Umno sudah tentu KBB mencipta sejarah politik tanah air yang hebat sebagai calon BN pula.

Namun soalnya bolehkah adiknya menerima hakikat itu? Sudah tentu abang tidak akan mengganggu- gugat kedudukan adiknya disana dan abang masih mempunyai cita-cita dalam politik walaupun pada usia ibarat zaman tua nak ke zaman kanak-kanak pulak tu!

 Menebalkan muka dan berceramah diatas pentas PAS, dan daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Abdul  Kadir cuba menangi hati Presiden PAS DS Hj Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Pas Mohamd Sabu (Al-Jilat) untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding mungkin DUN maka cita-cita nak menjadi Menteri Besar Kedah  sudah ada dalam bayangan pemikiran Abdul Kadir mungkin dia beranggapan pengalaman dirinya melebihi dari calon-calon Pas yang sedia ada sekarang  dan kelak akan menjadi calon pontensi unruk jawatan Menteri Besar Kedah.

Yang jelas sekarang lakonan adiknya dan Abdul Kadir sudah terbina satu skrip yang tersusun yang mana watak yang dimainkan untuk kepentingan diri masing-masing.

Sebagai abang (Abdul Kadir) sudah tentu sayangkan adiknya sebab itu jawatan Ketua  Bahagian KBB diserahkan bulat-bulat kepada adiknya (Abdul Azizi) tanpa perlu bertanding dan berkerja keras untuk mendapatkan jawatan tersebut bak kata orang “cuci kaki berjalan masuk” itulah sifat  murni kekeluargaan yang ada pada Abdul Kadir (bahiya) terhadap adik-adiknya

Isu ini juga telah menafikan kewibawaan orang lain  demi menjaga kedudukan adiknya dengan itu secara sekelip mata berjaya menyandang posisi Ketua Umno Bahagian KBB mengekalkan dinasti Sheikh Fadzir.

Abdul Aziz yang tidak perlu melangkah sebarang hiraki  sudah pasti akan menjaga jawatan tersebut dengan sebaik mungkin demi meneruskan perjuangan dinasti Sheikh Fadzir dalam UMNO KBB.

Saya amat tertarik dengan kenyataan Abdul Kadir baru-baru ini “TAK PERLU GUNAKAN DUIT UNTUK POPULAR DAN MENDAPATKAN JAWATAN” sebenarnya dia tujukan kepada siapa kenyataan tersebut?

Apakah dia telah lupa sandiwara yang dimainkan oleh Abdul Kadir terkena batang hidungnya sendiri, kita sedih dan amat sempati dengan penyakit nyanyuk atau bahasa saintifiknya penyakit ALZHEIMER yang dialami oleh Abdul Kadir disaat usianya 73 tahun itu.

Maka sebagai orang Islam marilah kita sama-sama mendoakan supaya ingatannya kembali sedar seperti sedia kala walaupun pada usia ibarat pokok sudah keguguran daunnya.

Dalam kenyataan yang sama bahawa dia membuat tuduhan yang tidak  berasas langsung dalam isu pengundi Kulim/Bandar Bandar perlu disogok untuk mendapatkan  undi BN dan isu ini mungkin SENGAJA ditimbulkan untuk menarik perhatian pelbagai pihak ketika zaman merudumnya telah tiba itu.

Soalnya sekarang sudah banyak wang dia belanjakan semasa bertanding di parlimen KBB itu dulu selama tujuh penggal? Maka “sudah terang lagi bersuluh” Abdul Kadir lah pengamal rasuah sebenarnya untuk mendapatkan undi BN.

Perlu ditegaskan disini pucuk kepimpinan BN menentang sama sekali mana-mana calon menggunakan wang untuk mendapatkan undi jadi apa yang dia lakukan adalah diatas kehendaknya sendiri BUKAN kehendak parti.

Masih segar dalam ingatan saya ketika dalam satu mesyuarat ajk UMNO bahagian dia mengeluaran kenyataan berbunyi “AKAN BURUK TANGAN I INI KALAU SAYA BAGI UNDI PADA CALON DUN” pada ketika itu calon DUN adalah musuhnya iaitu Datuk  Azimi Daim juga  calon yang bertanding atas tiket BN dikawasan DUN Bandar Baharu pada PRU12 lalu.

Inilah sifat  buruk yang dimiliki Abdul Kadir sehingga sanggup sabotaj parti sendiri demi memastikan musuhnya tewas walaupun bertanding diatas tiket yang sama iaitu BN  untuk kepuasan sendiri.

Lalu dengan nada yang sama dibawa masuk ke peti undi cawangan untuk pastikan calon DUN kalah.

Peranan kerja jahat ini dilaksanakan oleh balaci-balaci yang pendek akal terdiri daripada kalangan ajk bahagian, pemuda, puteri dan wanita .ketika itu.

Sayang kumpulan desperado ini dipergunakan demi kepentingan Abdul Kadir dan ketaatan mereka kepada ketua yang akhirnya ketua itu menjadi pengkhainat kepada parti.

Apa pasti kini dengan kerja keras yang dilakukan oleh  Abdul Aziz sekarang perlu membersihkan saki baki pemikiran yang buruk pada zaman kepimpinan Abdul Kadir yang  masih ada dikalangan ajk UMNO bahagian KBB dan dengan kerja keras yang dilaku Abdul Aziz sekarang semoga beliau mendapat perhatian yang serius dari pucuk kepimpinan parti supaya beliau diberi peluang sekali lagi untuk dicalonkan sebagai calon parlimen apada pru 13 ini, Insyallah.

Memandangkan Abdul Aziz sebagai Pengerusi BN Kulim/Bandar Baharu, dia telah secara terbuka mengumumkan nama-nama calon yang direstui  Bahagian iaitu beliau sendiri, Pengurus Besar Keda Datuk Arpan, Ketua Puteri Bahagian Datin Nor Sabrina Mohd.Noor dan Naib Ketua Bahagian Datuk Osman Md. Aji (calon  kitar semula) seperti Abdul Aziz juga.

Ada juga ramalan menyebut jika nama Abdul Aziz tidak terpilih pucuk pimpinan BN maka Abdul Kadirlah pula yang akan bertanding mungkin atas tiket PAS atau Bebas di kawasan Parlimen KBB dalam usaha mengekalkan dinasti Sheikh Fadzir itu.

Mungkin ini percaturan yang akan dilakukan Abdul Kadir dengan formula “high politic”nya kerana dia masih menjangka dia masib berpengaruh seperti  dulu.
  
Untuk membuktikan bahawa  kononnya pengaruh  Abdul Kadir masih kukuh di KBB saya secara peribadi mencabar Abdul Kadir supaya bertanding sebagai calon PAS atau Bebas  di Parlimen Kulim/ Bandar Baharu pada pru 13 akan datang ini.

Ini sekiranya dia masih beranggapan berpengaruh untuk menang kerana sudah 30 tahun meanbur budi dikawasan parlimen itu walaupun kelak dia akan mendapat undi tetapi undi yang TIDAK MUNGKIN memenangkanya.

Maksudnya mendapat undi dengan jumlah yang tewas,disini tidak dapat kita bayangkan bertapa gamatnya apabila Abdul Kadir berceramah sebagai calon atas tiket pembangkang dan adiknya berceramah sebagai calon diatas tiket BN di Parlimen KBB mungkin boleh mencipa rekod GUINNESS WORLD RECORDS MALAYSIA.
.
Abdul Kadir sedar selama ini telah ramai musuh-musuh politik dalam UMNO KBB dibunuhnya dalam kerjaya politik  mereka, rejim Abdul Kadir tidak akan teragak-agak untuk melaksanakanya demi kepentingan mereka boleh mendapat imbuhan dari Abdul Kadir nanti dari segi projek dll.

Senarai mereka yang terkorban dalam kerjaya politik angkara rejim Abdul Kadir

1.       Alias Samsudin
2.       Hadzir- kini masuk semula
3.       Dato Azimi Daim
4.       Sobri Ahmad
5.       dan ramai lagi tidak dapat disenarai disini mereka-mereka menjadi mangsa politik serakah Abdul Kadir demi mempertahankan kedudukannya supaya tidak tercabar dan selamat.

Namun telalu banyak kemungkaran yang dilakukan oleh Abdul Kadir demi kepentinganya,adalah menjadi harapan supaya Abdul Kadir menyahut cabaran saya untuk BERDEBAT dalam soal kepimpinanya semasa menjadi Ketua Umno bahagian KBB dan ahli parlimen didulu dia boleh mempertimbangkan tarikh yang bersesuaian bagi tujuan tersebut.

Rakyat KBB hanya perlu kenangkan jawatannya sahaja tetapi TIDAK PERLU KENANGKAN JASANYA semasa kepimpinanya ini adalah sebabkan Abdul Kadir sendiri tidak pernah kenangkan jasa UMNO kepadanya selama ini sehinggakan sanggup menjadi pengkhianat mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dengan tujuan memburuk nama baik parti.

Hakikatnya kita sedih dengan lalok yang dialami oleh Abdul Kadir sekarang ini dan merasakan cukup simpati kepada adiknya (Abdul Aziz) Ketua UMNO KBB yang terpaksa berkerja keras untuk memulihkan keadaan diatas perbuatan abangnya sendiri.

Dari sudut hubungan Abdul Kadir dengan orang dan pengundi cukup baik tetapi dari sudut pembangunan serta membela nasib rakyat KBB tidak dilaksanakan disebabkan baginya kedudukkan dan jawatanya adalah segala-galanya dalam hidupnya.

Masalah kepentingan rakyat dia letakkan sebelah hanya dia akan berjumpa apabila dekat nak pilihanraya maka punch linenya adalah standard “APA KHABAQ LAMA TAK JUMPA” soalnya memang orang yang dia tegur itu tidak pernah dia jumpa sebelum itu pun ini bermakna memang dia sendiri akui lama dia tidak berjumpa  dengan pengundi, PR dia pandai tetapi kalau diperhalusi memang PR kurang matang.

Mungkin selepas ini rakyat KBB perlu mempertimbang balik dan mengkaji sebelum memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin  kini dan yang akan datang sebelum kita memberi sokongan kepada mereka dan melihat latar belakang mereka adakah mereka mempunyai misi tersendiri atau untuk rakyat.

Kita tidak mahu lagi memberi sokongan membabi buta yang akhirnya membawa rebah dan rakyat menjadi mangsa serakah mereka, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi kita sebagai  rakyat tetap akan memastikan parti BN terus membela nasib rakyat KBB.

HIDUP BN
HIDUP UMNO
HIDUP UMAT ISLAM……Amin
Print Friendly and PDF

Monday, March 19, 2012

Kes Tutup Atau Katup Masih Berterusan di KHTP.......?


Bagaimana berlakunya kes penutupan di ASetar yang ada kaitannya dengan KHTP.......?. Adakah ini satu fitnah..?. Tapi hakikatnya ialah pengurusan tertinggi syarikat pengurusan iaitu Kulim Technology Park Corpo....rati. Bhd (KTPC) telah menutup operasi sebuah Unit yang dikenali sebagai Digital Village (DV) disebabkan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) mengambil alih bangunan yang selama ini diduduki oleh Digital Village di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

DIGITAL VILLAGE yang diasaskan oleh bekas MB Kedah Sanusi Junid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmatannya mulai 31 Januari 2012. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga ASetar dan sekitarnya. DV memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma, atau pun dikenakan bayaran ‘token’ berjumlah RM20 sahaja. Sambutan dari rakyat amat memuaskan. 

DIGITAL VILLAGE menyediakan 3 orang tenaga pengajar. Kelas diadakan pagi dan petang. DV juga dilengkapi dengan 2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan. Guru-guru mereka amat berkemahiran. Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan, juga pihak polis, bomba, kakitangan kerajaan dan juga isteri-isteri Exco dan ADUN Kerajaan Negeri Kedah. 

Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri. Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri. 

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak-anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui oleh Kerajaan Negeri 

Kita tidak tahu apa sebab sebenarnya ia ditutup begitu sahaja, sedangkan ia adalah projek CSR KTPC yang sekian lama mendapat sokongan Kerajaan Negeri Kedah. 

Adakah sebab ianya projek dari Kerajan BN terdahulu, maka sekarang ianya ditutup.......? 

Ada sumber sahih dari AS melaporkan ianya berpunca dari pergeseran peribadi antara Exco dan Pengerusi KTPC dengan bos INSPIN. Jika ini benar, ianya amatlah sedih kerana yang rugi ialah rakyat Kedah yang tidak dapat menikmati kelas-kelas komputer secara percuma atau pun begitu murah iaitu seminggu hanya RM5 dan sebulan berjumlah RM20. 

Kesian jugak kat semua staf DV yang sekarang terpaksa berulang dari ASetar ke KHTP hanya semata-mata untuk mencari rezeki sesuap nasi bagi menyara keluarga masing-masing. 

Apa pun benda yang mendatangkan faedah dan manfaat tidak sepatutnya ditutup begitu sahaja, tanpa alasan yang kukuh dan konkrit. 

Mungkin ada saudara atau saudari di luar sana yang dapat memberi beberapa klu lagi mengapa operasi DV ini terpaksa ditutup, walau pun hanya sekadar melakukan kerja CSR bagi pihak KTPC, yang juga anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 


RANJIT SINGH
DIGITAL VILLAGE, Alor Setar
Tue Jan 31, 2012 11:01pm
203.82.90.65

DIGITAL VILLAGE yang diasas olih bekas MB Kedah Sanusi Jonid sejak 15 tahun yang lalu kini telah menamat perkhidmat nya mulai 31 Januari 2012. Digital Village adalah anak syarikat Kulim Hi Tech.Ia adalah dibawah Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah. Fungsi Digital Village ialah memberi khidmat masyarakat kepada semua orang warga Alor Setar dan sekitar nya...ia memberi khidmat latihan komputer kepada belia belia dan warga emas untuk belajar komputer secara percuma.

Sambutan dari rakyat amat memuaskan.DIGITAL VILLAGE telah menyediakan 3 orang tenaga pengajar.Kelas diadakan pagi dan petang.2 bilik darjah dengan bilik berhawa dingin serta kelengkapan IT juga disediakan.Guru Guru amat berkemaheran.Mereka bukan saja melatih anak anak muda tetapi ramai pelatih dari warga emas serta pesara kerajaan.
Setiap pelatih yang tamat kursus mengikut modul akan diberi sijil olih Kerajaan Negeri.Sijil ditanda tangani YAB Dato Seri Menteri Besar dan seorang EXCO Kerajaan Negeri.

Khidmat masyarakat DIGITAL VILLAGE ini banyak membantu anak anak muda lepasan sekolah kerana ia mengeluarkan sijil dan ia diakui olih Kerajaan Negeri.Ranjit adalah salah seorang pelatih DIGITAL VILLAGE.Kalau kelas komputer tutup aku terpaksa balik kampong bela lembu lembu pawah Kak Jat dan cuba ngorat Milah janda muda dihujung kampong...

Dipetik dari Forum Gerakan Reformasi.


Apakah peranan dan siapakah Haji Mohamad bin Che Nai, Pengurus Besar INSPIN.......? Apakah Hj Sobri, Presiden KTPC tidak mempunyai kuasa langsung untuk menyelesaikan sebarang masalah atau pergeseran kuasa antara DV dan INSPIN.......? dan Hj Anuar Saffar, VP in charge DV juga tidak mampu berbuat apa-apa.......?, atau pun ini hanya helah dan dendam kesumat THAMS supaya staf DV akhirnya meletak jawatan setelah tidak sanggup berulang jauh dari ASetarr ke KHTP (banyak kena bayar tol & minyak ni).
Peneraju DV, Salman & bosnya THAMS sewaktu masih ceria bersama, sekarang DV hanya tinggal secebis kenangan.
Digital Village (KTPC), Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar, Kedah
Bangunan Digital Village telah diambil alih oleh INSPIN.
3 Haji (Anuar, Sobri and Mohamad Che Nai)
APA SALAHNYA DV DAN INSPIN BEKERJASAMA DAN MELETAKKAN EGO PENGERUSI DAN GM MASING-MASING KE TEPI.......? 
PERALATAN YANG LENGKAP DI DIGITAL VILLAGE KINI TERPAKSA DIANGKUT BALIK KE KULIM, HANYA SEMATA-MATA KERANA PERTELINGKAHAN ANTARA PENGERUSI KTPC DAN GM INSPIN.......?

Print Friendly and PDF

Thursday, February 9, 2012

Geli Padang Serai…….

Seharian aku meronda di Parlimen Padang Serai menjengok perkembangan politik di sana. Bermacam-macam cerita yang aku perolehi, Ada yang baik……. Ada yang buruk……. dan ada yang menggelikan.

Kalau bab politik sorry to say tak banyak yang baiknya. Yang buruk hanya cemohan, tomahan, PHD dan berpuak-puak. Cuma apa yang aku nak komen sikit pasal yang menggelikan.......

Rata-rata aku survey, majoriti pengundi Padang Serai meletakkan pilihan parti adalah pilihan kedua. Bagi mereka, pilihan mereka terletak kepada siapa calon yang dipertandingkan.

“Kami mahukan WAKIL RAKYAT yang mampu membawa suara dan hasrat kami untuk kemajuan tempat kami. Bukannya wakil rakyat seperti yang sudah-sudah. Baik MCA ka, MIC ka, UMNO ka, PAS ka mahupun PKR menang……. Kami duduk seperti kami juga seperti dahulu entah di mana pembangunan pun kami tidak tahu……. YB nak turun padang, jauh sekali. Sedangkan waktu berkempen (10 hari) mereka boleh meredah setiap rumah meraih undi simpati tetapi takala menang, sebulan sekali pun bayang susah nak nampak”. Apa yang aku nampak, mereka inginkan anak tempatan…….

Aku sempat bersama beberapa ahli UMNO  berjawatan dan tidak berjawatan samada cawangan mahupun bahagian. 90 peratus meluahkan isi hati mereka “UMNO PADANG SERAI HANCUR”. Hancur yang dimaksudkan adalah hancur dari segi GILA KUASA dan GILA nak jadi YB. Bagi mereka, mereka tetap akur kepada keptutsan pucuk pimpinan meletakkan siapa bakal calon PRU13 kelak. Cuma yang menggelikan mereka adalah perangai sigila kuasa ini sedang geli untuk dipilih menjadi calon……. Nama-nama yang mereka maksudkan antaranya:

1.      Dato’ Marlia (Mantan YB Merbau Pulas)
2.      Ku Roshidi (timbul bila Rahman bekas KB melepaskan jawatan)
3.      Halim Timbalan Ketua Bahagian.
4.      Cikgu Zubir Setiausaha Bahagian.
5.      Cikgu Asmadi Ketua Pemuda.
6.      Bakri JASA.

Geli mereka dengar pengakuan daripada mereka-mereka ini yang:

1.      nama mereka ada di dalam senarai calon PRU13.
2.      mereka berjumpa dengan PM.
3.      mengaku orang kuat Rosmah.
4.      Tok Bashah dah tunjuk senarai bakal calon untuk PM perkenan.
5.      Tok Bashah dah setuju.

Inilah antara perkataan yang selalu mereka jaja kepada akar umbi UMNO. Malah yang memalukan lagi bilamana perkara sebegini sampai kepada bukan ahli UMNO dan orang atas pagar.  “Awat kemarok sangat ka nak jadi YB…….? Suluh diri tu dulu……. Kami kenai depa tu sapa……. Spesis bermasalah…….”. Kalaulah Tok Bashah buta hati menyenaraikan juga nama-nama tu, NESCAYA PRU13 akan mengalami tsunami lebih teruk dari PRU12. Ada yang sanggup sunat sekali lagi beramai-ramai kalau menang…….

Aku hairan tengok puak-puak UMNO terutama nama-nama yang tersenarai tu. Padang Serai ada 1 Parlimen dan 2 DUN. Ikutan sebelum ini, Parlimen Padang Serai untuk MCA, DUN Lunas untuk MIC dan DUN Merbau Pulas untuk UMNO. Walaupun pemilihan calon untuk kerusi MCA dan kerusi MIC berlaku juga penggeseran tetapi penggeseran dalam UMNO lebih hebat dan diketahui umum bab tikam menikam dan apatah lagi bila PAS dan PKR bubuh jarum sikit…….

Bila aku kaji latar belakang puak-puak ni, INGATAN pada TOK BASHAH……. PRU13 PADANG SERAI BUKAN MILIK BARISAN NASIONAL…….

Cuma apa yang dapat aku ringkaskan, UMNO Padang Serai sebenarnya ketandusan calon yang benar-benar wibawa.

Bab PAS dan PKR nanti aku ulas. Cuma hint sikit……. Lunas PKR calon payung terjun, Merbau Pulas PAS say bye-bye to Ustazah Aishah dan DAP jangan harap nak dapatkan Lunas…….

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.