Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 30, 2009

Kedah..... Dustbin Of The East.

Hangpa percayalah semua janji-janji Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah retorik belaka. Dia kata nak bina depoh minyak di di Gurun bernilai 1 billion ringgit. MB jugak kata “Yang Penting Rakyat Selesa.”

Janganlah kita semua dok telan bulat-bulat ucapan MB tanpa kita selidiki dulu. Siasat tengok apa yang berlaku depan mata. Bukannya jauh pun, rondalah sekitar Bandar raya Alor Setar terbentang depan mata Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak masalah yang kecik pun tak boleh selesai.

Kita tak payah pi sampai Tandop, Jitra atau berhampiran Pokok Sena, sekadar cukup lalu di Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Tunku Abdul Rahman Putra , Jalan Sekerat dan Jalan Seberang Perak, sampah yang tidak dikutip oleh Majlis Bandar raya Alor Setar semakin menjadi-jadi.

Masalah sampah yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa kerajaan berlarutan sudah lama tetapi tidak dapat diatasi oleh pihak kerajaan negeri.

Orang ramai dah lama komplen, tapi apa pihak Exco Perumahan Kerajaan Tempatan, YB Ir Phahrorazi buat? Rakyat di bawah dikutip cukai tapi tahap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak kerajaan langsung tidak memuaskan.

Apa sudah jadi, kenapa kerajaan negeri tidak menghayati konsep kebersihan seperti yang disarankan oleh agama Islam. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada Iman?

Ada mata tengok, ada otak pikiag-pikiag lah. Eloklah negeri Kedah nie digelar orang Alor Setar Bandar Raya sampah, atau kita dengan rasa malunya orang secara sinis gelar negeri ini sebagaiKEDAH DUSTBIN OF THE EAST.”

Print Friendly and PDF

7 comments:

  1. Aduss!!!! Sungguh indah negeriku Jelapang Sampah..

    Mmmm...Sejahteralah rakyat berkat kepimpinan ular Yan semak.

    Hoi!! Nak berjuang Islam apa macamni? Hudud?? Pi ikhtiar jaga kebersihan dulu, ni duk busuk belemoih. Sampah pun tak selesai, dah perasan nak dapatkan Islam yang syumul. Duk sembang deraih tak habih-habih. Malu la sikit.

    Mahfooz, hang tak mau buat demonstrasi ka?? Barua betoi hangpa ni.

    ReplyDelete
  2. saya dah kata..PAS adalah ideologi politik..tidak lebih dari itu..

    sama sahaja dengan parti politik lain..

    ReplyDelete
  3. BETOI... BETOI... BETOI....

    ReplyDelete
  4. dalam umno Kedah pun banyak pemimpin sampah, kalau dibakarpun sampah dalam umno tu boleh mencemarkan alam sekitar yang teruk.
    nak buat macam mana tu pak malau

    ReplyDelete
  5. Sabar sat cek! La ni Ustaz Azizan dok tengah kalut bersih sampah dalam PAS Kedah dulu. Tak dan nak fikir hak lain.

    Lepas ni, baru dia nak ajak rakyat gotong-royong bersih sampah. Dalam PAS banyak kerja yang dibuat tak guna duit, semua Lillahi Taala!

    ReplyDelete
  6. Ekeng ooooiiii, kalau nak bersih PAS Kedah, letak la jawatan MB tu.

    Nak jaga rakyat Kedah ka rakyat PAS?

    Ramai exco PAS lain layak jadi MB.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.