Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, June 12, 2009

5 Bulan Buat Kerja Percuma…..

“Ring…..ring…..ring…..”
Apa hal la pulak ni…..? Masalah apa la pulak…..? Kena pi kawasan mana la pulak…..? Haru ni…. Takkan nak buat pekak pulak. Tak pi salah pasai tanggungjawab. Kalau pi masalah la pulak. Nak karau kat mana lagi….?

Kalu lagu ni aku tak sanggup dah. Larat ka nak berjihad. Hampir 37 tahun bersama PAS dok berjihad. Kerajaan PAS perintah Kedah pun masih lagi kena berjihad. Bukannya aku nak tuntut, tapi sampai bila nak kena buat kerja free.

Minyak motor nak kena bubuh, bil telefon nak kena bayar, kertas nak kena beli dan perut pun nak kena isi. Dah la kerja tak tentu masa. Mengalah YB lagi.

Aku heran la. Apa nak jadi dgn kerajaan PR di bawah pimpinan PAS. Depa ni tau tak buat kerja atau tak cari duit ka…..?

Tak sepatutnya aku nak buat bising, tapi masalah ni dah berbuih mulut dok bagi tau kat Wisma Darulaman malah Batu 9 lebih arif dlm perkara ni, buta tuli kot. Jawatankuasa Batu 9 pun boleh dapat elaun….. Kami ni KETUA KAMPUNG buat kerja free.

Hangpa ni jenis takdak hati perut kot. Last sekali kami dapat elaun bulan 12,2008. Masa perjumpaan kat Sri Mentaloon majlis Ketua Kampung suruh kami buat buku akaun bank supaya elaun kami boleh masuk otomatik dlm bank. Itu janji MB. Tapi…..

La ni jenis kerajaan buta tuli, mangkok hayun, takdak hati perut….. 5 bulan kami tunggu satu sen pun tak masuk. Lagu ni ka kerajaan pimpinan PAS tadbir…..? Perah kerengat kami buat kerja, hangpa hidup mewah. Rakyat mampus pi, ketua kampong jadi mangsa buat kerja.

Elaun RM300.00 buat kerja mengalah YB yg gaji RM5,000.00. Elaun JKKP lebih banyak dari kami tambah pulak tiap2 bulan dapat. Pi mana habis duik kerajaan….. Kami ada yg mengikat perut demi memberi khidmat pada masyarakat, tapi YB pula hayun sana hayun sini dan ada yg bertambah hebat. Claim lambat dapat, hangpa bising.

Malas aku nak sebut nama YB mahupun SU dan Pegawai khas MB, ada yg pegang dua tiga konsesi balak, ada yg hebat berkereta baru, ada yg mengALIBABAkan projek, ada yg kesana-sini makan angin yg kononnya nak bawa masuk pelaburan. Hakikat dia haram satu pembangunan pun tak nampak lagi la di Kedah ni. Di mana pentadbiran Islam yg hanpa bawa kalu lagu ni. Lebih kurang YAHUDI.

Malah ada 2 YB ni seperti merpati dua sejoli , kalau keluar Negara selalu mesti bersama nak cari pelaburan la konon tapi sampai la bukan kata habuk, bau pun takdak. Depa ni gay pa. Ni dengaq kata nak ke Holland pulak…..tengok cara tanam tomato ka pa entah. Banyak la pulak duit kerajaan. Tak payah pi jauh laaaaa, pi naik Cameron belajaq kat MARDI. Berapa det la sangat. Kalu MARDI tu bawah Persekutuan hangpa tak mau kerjasama, pi Thailand (Negara terbaik pertanian Asia Tenggara) tambah pulak cuaca dan suhu lebikurang sama saja.

Tolong la wahai MB dan pihak berkenaan, jgn buta mata, pekak telinga. Kalau dok ikut jugak apa Batu 9 kata, hancurlah PAS. Bukan aku saja, ramai dah naik meluat dgn pakatan di Batu 9.

Bukan ugutan tapi kenyataan “JANGAN SAMPAI KAMI KETUA KAMPUNG BERARAK PI WISMA DARULAMAN".

Elaun RM300.00.
Ketua Kg seluruh Kedah lebih kurang 2,000 orang (ambil anggaran saja).

RM300.00 x 2,000 org x 5 bulan = RM3,000,000.00.
(hangpa nak karau kat mana.....?)


Luahan Ketua Kampung.
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. Sedih juga dengar rintihan Ketua Kampung Seluruh Kedah yang berjumlah kira-kira 2,000 orang. Dah lebih 5 bulan kerja tapi elaun tak dapat. Nasib baik depa ni tak bergantung sepenuhnya kepada elaun RM300 sebulan tu. Kalau tidak dah tentu keluarga Ketua Kampung kebuluran.
    Pada hal masa nak buat perlantikan dulu macam-macam peraturan dibuat. Hebat-hebat, macam nak beri Ketua Kampung elaun RM3,000 sebulan!
    Bayaran pertama untuk sebulan RM300.00 itu pun dibuat selepas tigabulan. Bayaran untuk bulan Januari, 2009 dan bulan-bulan berikutnya, rupa-rupa belum dibayar.Aku dapat tau. Nak buat kerja apa macam tu. Tanggungjawab berat.
    Takkan lah Kerajaan tak ada duit. Tolong, tolong. Jangan pandang rendah terhadap Kerajaan PR Kedah. Tentu depa ada duit. Depa boleh jadi dok rancang nak bayar sekaligus untuk 6 bulan. Kalau dulu elaun tiga bulan pun hangpa raya sakan. Kalau dapat elaun 6 bulan sekaligus tentulah lebih bermakna. Atau Kerajaan sedang merancang untuk membayar 12 bulan sekaligus. Bermakna bayaran akan dibuat dalam bulan Disember, 2009. Sabarlah sat. Kalau terima elaun untuk 12 bulan sekaligus banyaklah kerja yang boleh dibuat. Dengan elaun berjumlah RM3,600 tentu banyak perkara yang dapat diselesaikan. Masa tu aku percaya hangpa semua tak marah-marah lagi. Hangpa akan puji Dato MB dan EXCO-EXCO habis-habisan. Biasala tu.
    Hangpa kena sedar hangpa dilantik berdasarkan politik. Kalau hangpa bukan ahli parti politik dah tentu hangpa tak diambil pusingpun. Sebagai ahli parti politik hangpa kena banyak berfikir dan berkorban. Tauke hangpa ialah pemimpin-pemimpin parti politik. Hangpa tak patut “lawan” dengan pemimpin. Salah. Akhirnya hangpa mungkin dipecat dari parti atau dipecat daripada menjadi Ketua Kampung.
    Sabar sajala. Sekurang-kurangnya, walaupun lambat hangpa dapat juga. Kerajaan tak akan sanggup nak buat naya. Depa tahu dalam PRU 13 hangpala juga menjadi harapan depa. Pada ketika itu hangpa adalah wira-wira yang akan dilayan sebaik mungkin. Hangpa akan disanjung sebagai “orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu dalam kerja-kerja pilihanraya” Kan hebat pengiktirafan begitu.

    ReplyDelete
  2. Sedih juga dengar rintihan Ketua Kampung Seluruh Kedah yang berjumlah kira-kira 2,000 orang. Dah lebih 5 bulan kerja tapi elaun tak dapat. Nasib baik depa ni tak bergantung sepenuhnya kepada elaun RM300 sebulan tu. Kalau tidak dah tentu keluarga Ketua Kampung kebuluran.
    Pada hal masa nak buat perlantikan dulu macam-macam peraturan dibuat. Hebat-hebat, macam nak beri Ketua Kampung elaun RM3,000 sebulan!
    Bayaran pertama untuk sebulan RM300.00 itu pun dibuat selepas tigabulan. Bayaran untuk bulan Januari, 2009 dan bulan-bulan berikutnya, rupa-rupa belum dibayar. Nak buat kerja apa macam tu. Tanggungjawab berat.
    Takkan lah Kerajaan tak ada duit. Tolong, tolong. Jangan pandang rendah terhadap Kerajaan PR Kedah. Tentu depa ada duit. Depa boleh jadi dok rancang nak bayar sekaligus untuk 6 bulan. Kalau dulu elaun tiga bulan pun hangpa raya sakan. Kalau dapat elaun 6 bulan sekaligus tentulah lebih bermakna. Atau Kerajaan sedang merancang untuk membayar 12 bulan sekaligus. Bermakna bayaran akan dibuat dalam bulan Disember, 2009. Sabarlah sat. Kalau terima elaun untuk 12 bulan sekaligus banyaklah kerja yang boleh diuat. Dengan elaun berjumlah RM3,600 tentu banyak perkara yang dapat diselesaikan. Masa tu aku percaya hangpa semua tak marah-marah lagi. Hangpa akan puji Dato MB dan EXCO-EXCO habis-habisan. Biasala tu.
    Hngpa kena sedar hangpa dilantik berdasarkan politik. Kalau hangpa bukan ahli parti politik dah tentu hangpa tak diambil pusingpun. Sebagai ahli parti politik hangpa kena banya berfikir dan berkorban. Tauke hangpa ialah pemimpin-pemimpin parti politik. Hangpa tak patut “lawan” dengan pemimpin. Salah. Akhirnya hangpa mungkin dipecat dari parti atau dipecat daripada menjadi Ketua Kampung.
    Sabar sajala. Sekurang-kurangnya, walaupun lambat hangpa dapat juga. Kerajaan tak akan sanggup nak buat naya. Depa tahu dalam PRU 13 hangpala juga menjadi harapan depa. Pada ketika itu hangpa adalah wira-wira yang akan dilayan sebaik mungkin. Hangpa akan disanjung sebagai “orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu dalam kerja-kerja pilihanraya” Kan hebat pengiktirafan begitu.

    ReplyDelete
  3. Melayu,tak ada masalah.Janji ada jawatan.Melayu memang gila jawatanLebih2 lagi dah lama gian nak jawatan.Bila Parti menang,sekarang dah ada jawatan.Ketua kampung pula tu!! Hebat!

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.