Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Kenyataan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Akhbar. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Bob Lokman Pertahan Fucker Patrick.......

"Tidak boleh salahkan Patrick Teoh." Demikian reaksi pelawak dan pelakon, Bob Lokman berhubung kenyataan kontroversi Teoh semalam yang menyinggung umat Islam. - Sinar Harian On-line (16/01/2013)
Kenyataan Patrick Teoh di atas sangat mendukacitakan majoriti umat Islam di Malaysia. Dek kerana marah dengan kerajaan negeri Kedah dengan peraturan yang ketat untuk mengadakan konsert, Patrick tidak dapat mengawal kemarahan sehingga dia menghina agama rasmi negara.

Kenyataan dan huraian Bob Lokman di dalam Sinar Harian On-line bertarikh 16/01/2013 tulisan Raziatul Hanum A. Razak bertajuk "Bob Lokman: 'Tak boleh salahkan Patrick Teoh'" (klik sini) nampak sangat kejahilan beliau memperjuangkan Islam.

~~~~~~~~~~~~~~ SINAR HARIAN ~~~~~~~~~~~~~~~~


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
16 Januari 2013

SHAH ALAM - "Tidak boleh salahkan Patrick Teoh." Demikian reaksi pelawak dan pelakon, Bob Lokman berhubung kenyataan kontroversi Teoh semalam yang menyinggung umat Islam.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata “mereka (orang bukan Islam) tak faham kehendak agama kita. Jadi, mereka tak akan nampak keadilan."

- faham tak faham bukan persoalannya Bob oiiiiiii. Pokok pangkalnya jangan main isu Agama. Hang faham tak maksud "Quran-thumping mother fuckers!!!" yang ditulis pada penghujung ayat Fucker Patrick tu…….?

“Kalau saya kutuk Teoh secara peribadi, ia tak akan selesaikan perkara ini sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian Online.

- perangai hang tak pernah berubah. Kerja mengutuk tu memang dah sebati dengan hang. Tak ada sapa pun yang suruh hang kutuk. Sepatutnya hang dah duduk dalam PAS, bawa la perkara ni ke pimpinan tertinggi PAS. Hangpa juga yang dok bersekongkol dengan DAP.

Beliau menegaskan bahawa pemerintah perlu melakukan sesuatu bagi membendung perkara sama berulang, yang mungkin membawa kepada perpecahan pada masa akan datang.

- bukan ka hangpa dok bela DAP, buat la apa yang patut. Jangan dok kena cucuk hidung saja.

“Satu hari nanti, keadaan akan bertambah teruk. Jika tak dibendung oleh pemerintah, perang antara kaum akan berlaku disebabkan agama.

- ternak la DAP tu lagi…….

“Kita kena bagi penjelasan mengapa (berhubung keputusan Kedah). Apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu ada kebaikannya tetapi kalau nak cerita secara terperinci terlalu panjang,” katanya.

Teoh membuat kenyataan di laman sosial Facebook mempersoalkan garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Dalam pada itu, Bob berkata penjelasan yang diberikan perlu merangkumi aspek positif dan negatif setiap keputusan itu.

“Dalam soal negatif (larangan) itu, kena ada apa yang positifnya. Bukan setakat Teoh, ramai yang tak faham.

“Mereka marah bila kena rogol tetapi dia tak tahu orang bernafsu apabila tengok dia berpakaian seksi,” jelasnya.

- sama la zaman kau dalam kancah artis dulu tu……. Bukan ka “Screen test” paling ko minat dalam office dulu tu……. Ko dah taubat NASUHA dah ka……. Or mungkin Tok Guru dah bagi pengampunan…….?

Sementara itu, Bob juga menyentuh soal kebangkitan umat Islam di Malaysia yang membantah filem Innocence of Muslims beberapa ketika dulu.

“Saya tanya mereka yang pergi mengamuk tentang filem itu. Dah tengok? Mereka jawab belum. Belum tengok pergi mengamuk buat apa?

- mungkin ko juga pun tak tengok, pasal tu ko tak ada persaan untuk membantah. Oh lupa…….hang kan dah dapat tiket ke syurga macam Ebi tu kan……. Syurga dok tunggu dah.


 “Ini memberi kesan yang negatif kepada Islam. Sama juga kalau kita buat tak tahu, tak tampil beri penerangan. Orang Islam akan hilang kredibiliti,” katanya. – Sinar Harian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nasib baik dia membawa syahadah yang sama, nak aku maki mencarut pelik-pelik pada malaun sekoq ni. Malas aku nak komen....... semoga pembaca dapat menilaikannya.......




Print Friendly and PDF

Tuesday, January 18, 2011

PAS Bakal Jadi Korban Politik DAP-PKR - Penganalisis.

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- PAS perlu  melupakan agenda penubuhan negara Islam yang menjadi cita-cita parti Islam itu jika terus bersama pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.

Ini kerana, menurut mereka, PAS sering kali ditentang hebat oleh rakannya iaitu DAP mengenai agendanya dan tiada gunanya PAS terus berada dalam gabungan tersebut jika benar-benar mahu meneruskan agenda negara Islam.

 "PAS tidak perlu bermimpi bahawa DAP akan menerima agenda negara Islam yang diperjuangkannya kerana DAP dari dahulu lagi tetap dengan agenda negara sekular. Adalah lebih baik PAS berjuang sendirian dan keluar daripada pakatan pembangkang bagi mengekalkan survival parti.

 "PKR pun tak ada kenyataan rasmi yang mengatakan mereka menyokong agenda yang dibawa PAS. PAS akan menjadi korban politik mereka (DAP dan Parti Keadilan Rakyat-PKR) jika terus bekerjasama dengan pakatan," kata penganalisis politik Asri Salleh ketika dihubungi Bernama di sini, hari Isnin.

 Pensyarah Sains Politik di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu itu juga berkata sekiranya terus berada dalam gabungan tersebut, agenda PAS untuk menubuhkan negara Islam lebih kepada retorik semata-mata bagi mengekalkan kuasa dan sokongan parti itu.

 Beliau berkata agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS juga terpaksa dibelakangkan kerana perlu mendokong agenda yang dipersetujui bersama DAP dan PKR.

 "Jadi PAS terpaksa berkompromi menggadai dasar perjuangannya demi politik. Pada saya, PAS akan menjadi lebih baik jika berada di luar pakatan pembangkang berbanding berada di dalamnya yang dikhuatiri akan menghancurkan parti itu kelak," katanya.

 Pada 9 Jan lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan akhbar berkata bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

 Namun, Abdul Hadi menerusi blognya keesokannya, menafikan laporan akhbar itu yang disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

 Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin juga berpendapat bahawa PAS perlu keluar dari gabungan DAP dan PKR yang dilihat semakin menghancurkan parti itu.

 Katanya, agenda negara Islam yang disuarakan PAS termasuk baru-baru ini dilihat bertujuan bagi menguji penerimaan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

 "PAS mula dilihat mahu lari dari pakatan itu dan mula membangkitkan mengenai negara Islam. Pada saya ini adalah tanda-tanda PAS nak keluar dari pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Bernama.

 Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata sekiranya pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang, PAS tetap akan menjadi parti yang ketiga dalam gabungan itu ekoran mempunyai bilangan kerusi yang sedikit.

 "Tidak ada ruginya PAS keluar. Nak bincang pasal negara Islam mestilah dengan parti Melayu. PAS jika bersama Barisan Nasional (BN), pasti dia akan mendapat tempat yang lagi bagus. Dalam pakatan tak dapat apa-apa. Jadi elok fikirkan mengenai kerajaan perpaduan demi kepentingan rakyat," katanya.

Dipetik dari -- BERNAMA
Print Friendly and PDF

Monday, January 17, 2011

Sultan Kedah Minta Waspada.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan anugerah Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Datuk Seri Mahawangsa kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kedah ke-83 di Istana Anak Bukit, semalam.
ALOR SETAR 16 Jan. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta rakyat negeri ini agar sentiasa berwaspada dan menolak percubaan pihak tertentu untuk melibatkan baginda dalam apa-apa isu yang berbangkit.

Tuanku Abdul Halim bertitah, peristiwa seperti itu telah berlaku di beberapa tempat lain sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan rakyat.

"Seluruh rakyat diingatkan agar terus memelihara suasana aman damai yang membolehkan kita semua menumpukan usaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing tanpa berasa bimbang dengan ancaman atau gangguan ke atas keselamatan kita," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah-darjah serta bintang-bintang kebesaran di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Pada majlis tersebut baginda berkenan untuk mengurniakan pingat dan darjah kebesaran kepada 83 penerima.

Sultan Kedah bertitah, peristiwa yang berlaku di negara lain hendaklah dijadikan iktibar dan pengajaran oleh rakyat untuk sentiasa memelihara keamanan.

"Beta bersyukur dengan suasana keamanan dan keharmonian antara kaum yang dinikmati di negeri ini.

"Beta yakin ikatan perpaduan yang erat dan kukuh di kalangan penduduk berbilang kaum masa kini dapat menjadi benteng untuk memelihara keamanan," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, baginda ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan perancangan pembangunan sosioekonomi di negeri ini.

"Khasnya kepada Perdana Menteri yang tidak melupai negeri Kedah dalam agenda pembangunan negara.

"Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak seperti pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan, anggota pasukan keselamatan yang membantu semasa banjir besar melanda Kedah pada November lalu," titah baginda.


Ehsan dari : Utusan Malaysia.
Print Friendly and PDF

Monday, November 29, 2010

Pasukan Teresa Menang, Ronnie Kecundang.


Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan (Unity) pimpinan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok memenangi tujuh daripada 15 kerusi.

Manakala Pasukan Pelangi (Rainbow) pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Teresa (kiri) dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.

Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:

1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402



selangor dap convention 281110 teng chang kim meeting delegates

Barisan baru jawatankuasa DAP Selangor itu dilihat menarik kerana wujudnya persoalan sama ada Teresa yang mengetuai kumpulan Perpaduan, boleh diterima pengerusi baru memandangkan beliau berada ditangga ke-11 dengan memperolehi 437 undi.

Di segi senioriti, pilihan yang jelas ialah Teng yang menduduki tangga keempat dengan 504 undi, tetapi agak sukar untuk speaker DUN S'gor dilantik ke jawatan tersebut memandangkan pasukannya - Pelangi - hanya memenangi lima kerusi.

Bagaimanapun, apa yang mungkin berlaku ialah calon 'bebas' akan "dilamar" pasukan yang menang - seperti yang biasanya berlaku - untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Tiga calon yang mendapat undi tertinggi terdiri daripada calon bebas yang tidak menyertai mana-mana pasukan yang berentap dalam pemilihan DAP Selangor hari ini.

Corak pemilihan para perwakilan agak berubah sedikit dengan kecenderungan mereka untuk memilih calon berkecuali - dengan ADUN Teratai Jenice Lee menduduki tempat teratas dengan senarai pemenang.

ADUN Subang Jaya pula, Hannah Yeoh pula ditempat kedua dengan 644 undi, manakala aktivis air yang juga ahli parlimen Klang, Charles Santiago di tempat ketiga dengan memperolehi 596 undi.

Tempat keempat dan kelima pula dimenangi Teng dan rakan sepasukannya Ng Suee Lim dari pasukan Pelangi. Ng mendapat 498 undi.

Manakala tangga keenam hingga ke-12 pula dimenangi anggota pasukan Perpaduan - iaitu Ean Yong Hian Wah (478), Gobind Singh (478), Tony Pua (463), Lau Weng San (459), Teo Nie Ching (452), Teresa Kok (437) dan Tiew Way Keng (428).

Manakala tiga lagi anggota pasukan Pelangi menduduki tangga ke-13 hingga ke-15. Mereka ialah Ramakrishnan Suppiah (405), Lim Soon Hong (403) dan T Kannan (402).

Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka.

Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan.

dap selangor convention 281110 teng chang kim ronnie liu lining up
Paling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu.

Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'.

Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut.

dap selangor convention 281110 ronnie liu teng chang kim m manoharan voting
Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 
12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor.

Dipetik dari: Malaysia Kini.



Print Friendly and PDF

Saturday, November 20, 2010

Ijazah Perjudian Di Kolej Perjudian PDRM.....?

"Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian." - (Bernama)

Wow.....! Dah ada mess..... ada kasino lagi.....! Lengkap dah tuh.....!

Perlu ke ada semua tu untuk benteras jenayah judi.....? Bukankah ada perkara yg lebih mudah dari itu iaitu dengan membatalkan semua lesen2 pusat judi.?

Opps.....! aku silap.....! yang nak ditangani cuma 'JUDI HARAM' tetapi 'JUDI HALAL' dibolehkan.

Kenapa perlu dilatih untuk menjadi pakar judi.....? Judi bukannya macam bidang sukan yg perlukan latihan.....? Apakah akan ada acara judi di sukan olimpik nanti yg memerlukan latihan.....?

Pelik jugak aku.....! Kalau nak banteras judi serbu aja tempat tu..... Apa ada kena mengena dengan nak jadi pakar judi ke tak pakar judi ke......?

Kalau susah sangat panggil jer 'God of Gambler' ajak buat sign kontrak dengan PDRM. Saper lagi kalau bukan Chow Yuen Fatt.....!

Aku tak paham dengan kenyataan "masuk kandang kambing mengembek! masuk kandang harimau, mengaum!. Jika mahukan hasil penyiasatan dan pencegahan yang berkesan, seseorang itu haruslah mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.". "Ibarat ubtuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar TS Ismail.

Kalau inilah yg bakal atau akan diamalkan untuk menangani dan membenteras jenayah, entah-entah kita boleh tengok pula Maktab PDRM akan melatih anggotanya melacur, merompak, menyamun, membunuh, meragut dan lain-lain lagi. Patut la semenjak dua menjak ni, ada anggota polis yang terlibat dengan kes jenayah...... Mungkin dalam latihan kot......?

RM198.000.00 peruntukaan tu kalau digunakan baik pulih pondok polis daerah lagi baguih.

Sepatutnya ini dah dianggap rahsia kerajaan dah nih..... tapi memandangkan rakyat Malaysia ni unik sikit..… mungkin patut dihebohkan kewujudan “mock casino” tersebut..... nanti tak pasal-pasal jadi isu politik.....! Atau mungkin nak cover supaya pihak-pihak tertentu dapat berjudi.....

Nak pi heboh buat apa bab-bab dalam bilik....., sendiri cari penyakit jangan salahkan rakyat.....

Print Friendly and PDF

Wednesday, June 23, 2010

Chee Keong Kasi Penampar Pada Lo' Lo Dan Khalid.....

Tak tahu kalau ada yang sudah membaca berita ini. Tapi berita ini merupakan pukulan K.O pada ahli parlimen Pas yang kononnya sungguh-sungguh perjuangkan Islam. Apakah Islam dalam pengertian sebenar puak Pas ni? Baca berita dibawah.

KUALA LUMPUR 21 Jun - Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram.

Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.

Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.

Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.

Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.

"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.

"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.

Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo.

Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya.



Print Friendly and PDF

Friday, April 30, 2010

ADUN PAS Kurang Ajar.....

Adun PAS yang kurang ajar dan biadap !!
Anak didik Nizar Penderhaka ...

ALOR SETAR 26 April – Tindakan seorang wakil rakyat Pas mengemukakan dua soalan kontroversi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini dilihat sebagai seolah-olah cuba mempertikai kuasa Sultan selaku Ketua Agama Islam di negeri ini.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu:

# Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

# Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Menyedari perkara itu, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail kemudiannya bertindak menarik balik soalan tersebut dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Bagaimanapun, sebelum soalan itu ditarik balik, sidang DUN menjadi kecoh selama 20 minit akibat pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

Ia bermula apabila soalan tersebut disanggah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mencadangkan kepada Abdul Isa supaya membatalkan soalan tersebut.

Ini kerana, menurut Mahdzir, tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN Kedah yang membahaskan tentang sejauh mana kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri ini dan soalan tersebut seolah-olah mempertikaikan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam.

“Kita tidak perlu penjelasan mengenai sejauh mana kuasa Tuanku Sultan dan kita seolah-olah hendak melibatkan Tuanku dalam masalah ini. Oleh itu, saya cadangkan agar soalan ini ditarik balik,” katanya.

Ehsan dari : Utusan.
Print Friendly and PDF

Sunday, April 18, 2010

YB Manikumar Salahkan Parasit Dalam PKR.

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar menyalahkan parasit dalam parti itu sebagai punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR.

Menurutnya, Wei Shu tidak patut dipersalahkan kerana tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.

“Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,” kata ADUN Bukit Selambau itu.

Manikumar berkata, Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri.

“Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” katanya.

Manikumar bagaimanapun menolak ketika diminta mendedahkan siapa parasit yang beliau maksudkan.

“Saya tahu dia kecewa tetapi tindakannya meninggalkan parti juga mengecewakan saya. Ramai kawan-kawan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) juga kecewa dengan apa yang dia lakukan,” katanya.

Wei Shu, bekas anggota Exco Kerajaan Kedah, mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

Beliau digugurkan daripada jawatan Exco dalam rombakan pada 10 Mac lalu, digantikan ADUN Sidam, Tan Chow Kang.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri daripada PKR, Lim Soo Nee turut mengakui wujudnya ‘yes man’ dalam parti itu.

ADUN Kulim itu berkata, memang terdapat segelintir pemimpin PKR Negeri yang cuba mengawal setiap pergerakan dan keputusan ahli parti agar patuh pada arahan mereka untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Bagaimanapun katanya, kewujudan unsur ‘yes man’ sememangnya dialami oleh mana-mana parti di negara ini dan menjelaskan masalah itu masih belum mencapai tahap kritikal di peringkat PKR.

“Saya mengakui terkejut mendengar berita Wei Shu bertindak keluar parti kerana ia memang di luar dugaan saya.

“Keputusan beliau itu mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan unsur ‘yes man’ dalam parti,”katanya.

Soo Nee berkata, beliau pernah cuba memujuk Wei Shu supaya tidak meninggalkan parti, termasuk menerusi kenyataan media terhadap Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut mereka menarik balik kenyataan yang menjatuhkan air muka Wei Shu sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berasa kecewa dengan tindakan drastik Wei Shu keluar parti tanpa merujuk dahulu kepadanya dan ahli-ahli PKR yang lain memandangkan ADUN Bakar Arang itu mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Dalam isu Wei Shu, saya enggan menyalahkan sesiapa kerana bagi saya kedua-dua pihak ada melakukan kesilapan.

“Cuma saya berasa terkilan dengan kenyataan Wei Shu yang tidak menjelaskan, apakah dimaksudkan dengan beliau dipermain-mainkan segelintir pemimpin PKR, memandangkan rakyat dan parti pembangkang akan membuat banyak andaian negatif di sebalik kenyataan itu,”katanya.

Soo Nee turut mendedahkan Wei Shu sebelum ini pernah mengadu beliau mempunyai banyak masalah, bagaimanapun masalah itu bukan masalah peribadi.

“Mungkin masalah dengan parti, mungkin masalah individu dalam parti. Bagaimanapun ia bukan masalah peribadi.

“Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Wei Shu dan berharap agar beliau terus menunaikan janji untuk berkhidmat kepada rakyat,”katanya.

Ehsan Dari : HARIAN SINAR.

Print Friendly and PDF

Friday, April 16, 2010

'Faktor Najib' Taruhan Di Hulu Selangor.

Tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama masyarakat India di Bukit Teratai, Hulu Selangor baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa. Beliau yang berjalan dengan kalungan bunga malai sepanjang lawatan itu, tiba-tiba didakap oleh seorang warga tua berbangsa India yang sungguh terharu, terkejut dan teruja selepas melihat wajah Perdana Menteri secara dekat. Peristiwa seperti ini jarang dapat disaksikan.

Sepanjang lawatan, Najib yang diiringi Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan beberapa pemimpin utama MIC turut meluangkan masa beramah mesra sambil mendengar bisikan hati mereka dengan tenang dari satu destinasi ke destinasi lain.

“Kami dapat melihat keikhlasan dan kejujurannya daripada mata dan wajahnya. Kami amat bertuah kerana dapat berjumpa Perdana Menteri secara bersemuka. Bukan senang berjumpa Perdana Menteri. Ini adalah peristiwa paling bersejarah bagi kami di kawasan ini. Kami amat bertuah,” kata seorang penduduk kepada penulis.

Lawatan Najib ke Bukit Teratai bersama masyarakat India yang diadakan sempena genap setahun dilantik sebagai Perdana Menteri, meninggal kesan mendalam kepada masyarakat India di sana. Yang pasti bagi penduduk Bukit Teratai nama Najib kini sudah mula menjiwai perasaan dan hati mereka.

Gaya kepemimpinan inklusif Najib jelas sekali berjaya menambat hati masyarakat India yang kini sudah melihatnya sebagai ‘pemimpin harapan baru’ untuk memperjuang nasib masyarakat India selaras gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Justeru, ramai juga berpendapat ‘faktor Najib’ dijangka boleh mempengaruhi seramai 12,549 pengundi India pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Masyarakat India di Hulu Selangor juga mahu melihat MIC keluar daripada ‘dilema penafian’ apabila berdepan mereka ketika musim berkempen di Hulu Selangor.

Malah keputusan Perdana Menteri untuk meletakkan calon MIC bertanding, jelas menunjukkan dasar kongsi kuasa bersama parti komponen yang lain, walaupun ada tekanan kuat daripada Umno bahagian di situ. Keputusan meletakkan calon MIC jelas sekali menunjukkan Barisan Nasional (BN) begitu komited memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini.

Kini tumpuan ke arah ‘siapakah bakal calon BN’ yang mewakili MIC. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon BN secara rasmi esok. Malah beliau yang juga Pengarah Jentera BN sudah membayangkan calon BN ialah anak tempatan di situ.

Sudah ada macam-macam spekulasi mengenai nama bakal calon selepas membaca mesej yang tersirat dan tersurat daripada Muhyiddin. Menjelang malam ini, nama bakal calon dijangka diketahui secara tak rasmi. Bukan saja penduduk Hulu Selangor menantikannya, malah seluruh rakyat Malaysia mahu melihat wajah calon MIC yang bakal membawa cabaran BN dan MIC pada 25 April ini.

Seperti diketahui umum, MIC sudah menamakan Palanivel yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor selama empat penggal bermula dari 1990 hingga 2008, sebelum kecundang pada 2008. Beliau yang juga Penyelaras BN Parlimen Hulu Selangor dikatakan cukup sibuk bertemu penduduk Hulu Selangor serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dari pagi hingga lewat malam.

Beliau juga merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya diberikan peluang kedua dan terakhir bagi dirinya membuktikan kemampuannya kali ini. Sudah tentu laluan Palanivel bukan senang sekiranya dicalonkan semula.

Keputusan Pilihan Raya Umum 1990 hingga 2004 yang membabitkan kemenangannya dulu, tidak boleh dijadikan sandaran lagi. Apatah lagi fenomena politik negara sudah berubah dengan drastik selepas BN dikejutkan dengan tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-12.

Namun, di sebalik nama Palanivel, ada beberapa nama lain dikatakan turut menjadi perhatian tingkat empat Putrajaya termasuk Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V Mugilan dan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan. Mugilan yang juga Naib Ketua Pemuda MIC berasal dari Hulu Selangor yang dilahirkan di Ladang Kerling.

Di satu sudut lain pula, semua pihak perlu sedar terhadap calon pilihan rakyat dan cita rasa mereka. Sudah tiba masanya untuk ahli MIC ‘bercakap benar’ mengenai situasi sebenar sekiranya mahu melihat calon mereka menang dengan bergaya. Budaya ampu-mengampu, politik retorik dan politik syok sendiri yang perlu dibuang segera supaya MIC kelihatan sebagai sebuah parti relevan untuk masyarakat India sepanjang masa.

Lupakan pasal calon buat seketika. Jangan terlalu ghairah. Sesiapa saja yang terpilih sebagai calon nanti bakal berdepan tugas dan tanggungjawab besar. Kemenangan menjadi calon bukan segala-galanya dalam politik. Perlu ingat, mereka bukan calon MIC, tetapi calon BN. Calon Satu Malaysia.

Sekiranya Palanivel terpilih, beliau juga perlu berani berdepan isu ditimbulkan rakyat ketika berkempen nanti. Jika calonnya muka baru, seluruh jentera MIC perlu melipatgandakan usaha menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang bakal dilemparkan pembangkang.

Jangan terlalu yakin. Jangan terperangkap dengan strategi PKR. BN perlu lebih bersedia semua aspek sekiranya mahu menumbangkan siapa saja calon PKR nanti. Memang tidak dapat dinafikan sejak PRU 2008, MIC diserang, dikecam dan dikritik hebat. Ramai pemimpin utama tersingkir termasuk Samy Vellu, Palanivel, Ketua Pemuda, Ketua Wanita termasuk juga beberapa muka baru.

Tidak semestinya muka baru boleh menang dengan mudah. Imej parti perlu berubah sekiranya kita mahu mengharapkan sokongan rakyat. - Berita Harian

Oleh B. Anbumani.

Print Friendly and PDF

YB Wei Shu Keluar PKR.

KUALA LUMPUR 15 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini apabila seorang lagi wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar daripada parti itu.

Selepas lapan pemimpinnya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini, hari ini giliran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu (gambar) pula mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Wei Shu berkata, keputusan keluar parti itu diambil disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai ‘kacang lupakan kulit’ yang mempergunakannya untuk kepentingan tertentu.

Tambahnya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pengikutnya untuk menjadi wakil rakyat Bebas selepas tiada permohonan maaf dibuat oleh pemimpin parti ekoran pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

‘Saya dituduh tidak layak dan tidak boleh bekerja, pada hal saya sudah membuktikan rekod kerja saya dalam dua tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga meminta kepimpinan tertinggi parti menunjukkan rekod kerja mereka sebelum menuduhnya tidak layak dan tidak menjalankan tugas untuk parti itu.

“Saya minta mereka tunjukkan rekod kerja mereka. Jika gagal, jangan tuduh saya tidak layak dan tidak bekerja sedangkan saya telah membuktikan bahawa saya telah menunaikan janji-janji sebagai wakil rakyat.

“Maka dengan itu saya mengambil keputusan keluar daripada parti kerana tidak boleh lagi bekerja dengan pemimpin yang enggan mengaku kesalahan sendiri,” katanya.

Keputusan Wei Shu itu menjadikan beliau pemimpin PKR kesembilan mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas.

Selain beliau, pemimpin PKR lain yang mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas sebelum ini ialah Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering), Mohamad Radzhi Salleh ( Lunas) dan Badrul Hisham Abdullah ( Pelabuhan Klang).

Tiga Ahli Parlimen PKR turut berbuat demikian iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Balik Pulau), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Sementara itu, Zulkilfi Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat daripada parti itu.

Ekoran tindakan Wei Shu itu, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil Barisan Nasional (BN), tiga (PKR), satu DAP dan dua Bebas.

Dalam pada itu, Wei Shu menegaskan, pengundurannya tidak ada kena mengena dengan pelucutan jawatannya sebagi Exco kerajaan negeri Kedah.

“Saya tidak ada pilihan selain keluar daripada PKR. Jika saya masih membiarkan diri dipermainkan, bermakna saya turut bersubahat mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Saya tidak mementingkan apa-apa keistimewaan sebaliknya hanya berhasrat membantu rakyat. Lagi pula saya cuma tahu bercakap benar, tidak seperti orang lain yang bermuka dua dan lidah bercabang.

“Saya tidak pandai bercakap bohong, mengampu dan berjanji manis tetapi apa yang saya pandai adalah menyatakan boleh buat atau tidak dan mahu buat atau tidak,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, katanya, setakat ini dia belum memikirkan perkara itu.

Menurutnya, beliau kagum dengan usaha dan teladan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk berbakti kepada rakyat.

“Dulu kerajaan lain, sekarang punya kerajaan Perdana Menteri pun turun padang.

“Saya mahukan pemimpin yang betul-betul untuk rakyat, itu yang penting sekali, bukan soal suka sesiapa. Pemimpin yang boleh jaga rakyat, itu yang saya sokong,” katanya.

Ehsan dari : Utusan Online.

Sungguhka: PR Kedah harus menerima hakikat yang sebenarnya....... Jangan bagi Sungguhka berkokok.
Sekiranya berubahan atau kemajuan Rakyat Kedah tidak diambil kita Sungguhka akan pastikan seorang demi seorang akan membuat tindakan yang sama.....
Kerjaan PR Kedah diambang kejatuhan. Ada 4 orang lagi YB PR Kedah akan membuat tindakan yang sama. AWAS........................


Print Friendly and PDF

Wednesday, September 9, 2009

MB Kedah Sedia Bubar DUN.....?

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau sedia membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika benar ramai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini termakan umpan sama ada untuk 'melompat parti' ataupun mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas.

"Kalau benar berlaku, kita bubar Dewan (Undangan Negeri). Namun sehingga kini, tiada yang menyokong dakwaan itu. Pentadbiran negeri berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang mendakwa akan ada lagi ADUN PKR di Kedah bertukar status menjadi ADUN Bebas.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan itu setelah laporan dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah kelmarin.

"Biarlah polis siasat untuk memastikan tidak ada ADUN yang 'dibeli', diugut ataupun dirasuah pihak tertentu untuk 'melompat parti' ataupun mengisytihar sebagai ADUN Bebas.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk siasat. Anggap sahajalah mereka yang membuat dakwaan itu umpama berangan pada waktu siang hari.

"Mungkin sebelum ini, mereka berjaya umpan seorang dua, tetapi saya yakin, keempat-empat ADUN PKR yang ada sekarang tidak akan berbuat begitu,” katanya selepas majlis sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat, di sini, semalam.

Azizan berkata, strategi pihak lawan yang tidak putus-putus cuba ‘mengumpan’ anggota PR Kedah tidak akan memanfaatkan sesiapa.

“Saya percaya pihak lawan akan umpan mana-mana ADUN PR sampai bila-bila, sehinggalah pada hari Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlaku situasi di mana terdapat ADUN dari Pakatan Rakyat Kedah yang ‘termakan umpan’ dan bertindak lompat parti mahupun menjadi wakil rakyat Bebas, beliau bersedia untuk membubarkan DUN.

Aziz dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin berkata, beliau yakin akan ada lagi ADUN PR di negeri ini yang mengisytihar diri sebagai Wakil Rakyat Bebas daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Sebelum ini, ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, bertindak keluar parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Petikan dari SINAR HARIAN 09/09/09.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.