Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, June 13, 2009

Mesin Judi Dan Kuda Bersepah Di Bandar Sungai Petani..... Apa Kerajaan Negeri Buat.....?

CERAMAH DAN TERUS CERAMAH...ASYIK BERPOLITIK MENYEBABKAN KERAJAAN NEGERI PIMPINAN PAS GAGAL MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT, SEKALIGUS MENYAKSIKAN PELBAGAI MASALAH RAKYAT GAGAL DISELESAIKAN TERMASUK MESIN JUDI DAN RUMAH URUT YANG BERTAMBAH MACAM CENDAWAN LEPAS HUJAN.

Saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri Kedah dapat mengawal percambahan kedai Judi Kuda dan Urut yang menjadi-jadi di Sungai Petani terutama di sekitar Sungai Petani Selatan termasuk Taman Sejati.

Walaupun kawasan Sungai Petani adalah kawasan Parti Keadilan, namun Kerajaan Pas perlu bertanggungjawab demi anak-anak kita yang sedikit sebanyak sudah pasti akan membesar mengikut keadaan persekitaran.

Pas dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah adalah lebih besar berbanding Keadilan dan DAP lantas Pas yang membawa imej keagamaan perlu lebih tegas dalam perkara-perkara yang menyalahi akhlak malah semua agama dan bangsa menuntut kemulian akhlak dan pekerti.

Saya amat berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan demi masa depan anak-anak dan generasi muda. - Dari Yan.
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. kerajaan negeri akan kata yang ini semua dah ada dari pemerintahan bn blah blah... salahkan bn, bukan pas.

    atau pun pas akan kata yang inilah cara orang bukan islam beriadah. apa salahnya. islam kan adil untuk semua dan pas is for all. takbir...

    tapi yang sebenarnya, kita pun tahu yang pas ni auta saja. bagi ceramah retorik memang handal. bila kena hidung sendiri, korner kot lain.

    orang pas dah banyak jilat air ludah depa sendiri. tapi bila puasa nanti, jangan jilat air ludah banyak2, makruh nooo.....

    ReplyDelete
  2. NAK KALAH pru13? Try haramkan judi,atau tutup premis judi atau mesin kuda.Bukan di SP saja cuba ke kulim pula? macam mana.......semua serupa?

    Dasar cakap tak serupa bikin.......Poooorah!!!

    ReplyDelete
  3. Aku orang “ulu”. Duduk di kaki gunung. Sempadan dengan Negeri Perak. Tapi bila disebut Sg. Petani dan Kulim banyak pusat judi berdesiu telinga aku.
    Mana ada tempat macam hangpa kata. Mana ada pusat judi macam tu.Hangpa ada buktika? Yang selalu aku nampak kedai-kedai runcit yang pelanggan lebih ramai pada hari-hari tertentu. Masuk, keluar tapi tak ada barang yang dibeli……
    Jangan-jangan hangpa ni memang anti-PAS; tak suka dengan PAS. Jadi apa saja yang berlaku hangpa salahkan PAS.
    PAS sebuah Kerajaan, yang memerintah di sebuah negeri miskin. Duit tak cukup. Hasil tak banyak. Nak bayar gaji pegawai pun kalut. Bukan sikit.
    Hangpa tolonglah bagi pandangan membina, macam mana nak tambah duit negeri. Selagi mana hasil dan duit tak cukup, apa nak buat, duit haram pun sapulah. Yang penting boleh terus memerintah.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.