Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Surat Buat.... Show all posts
Showing posts with label Surat Buat.... Show all posts

Monday, April 5, 2010

Perlembagaan Malaysia Berpandukan Islam - Tok Guru Hj Abdullah Bin Sammah.

TAAT PADA PEMIMPIN.

Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran akan diberikan terutama daripada pemimpin... parti politik.

Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang semakin menimpa umat Islam.

Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di tempat yang lebih tinggi.

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Rasulullah bersabda, "Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan 'darurat' disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.

Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.

Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.

Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan 'darurat' yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai 'ejen UMNO'. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.

Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.

Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.


Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa`amah
Pengasas Madrasah Al Najmiah Kota Bharu.


Print Friendly and PDF

Thursday, April 1, 2010

AKU (Asal kan UMNO)…Pandangan Dari Pengundi & Ahli UMNO Hulu Selangor.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlaku sedikit masa lagi apabila kerusi parlimen di istiharkan kosong oleh SPR kerana kematian Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad. Bagi Barisan Nasional, isu pertama yang harus ditangani adalah sama ada calon dari MIC iaitu Dato G. Palanivel dikekalkan sebagai calon BN. Dari segi persefahaman yang telah sedia terjalin dalam BN, kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan kuota yang telah diperuntukan kepada MIC.

Dato’ G Palanivel merupakan calon yang tewas dalam PRU yang lalu kepada Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad. Tanda-tanda di PRU yang lalu jelas memperlihatkan bahawa pengundi-pengundi yang menyokong BN di Hulu Selangor telah menolak Dato G. Palanivel. Masakan tidak, tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon BN tetapi majoriti di peringkat DUN telah berubah menjadi minoriti di peringkat parlimen pula.

Perlu dinyatakan, Dato G Palanivel telah bertanding di Hulu Selangor dan menang beberapa kali sejak tahun 1990. Ini bermakna Dato G Palanivel telah diberikan peluang hampir 20 tahun untuk berbuat sesuatu di HS tapi telah gagal mengekalkan penerimaan pengundi terutama dari kaum India sendiri mahupun dari pengundi Melayu.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pengundi Hulu Selangor telah menolak Dato’ G Palanivel. Hanya dengan sokongan pengundi setia UMNO (terdapat ramai juga ahli UMNO sendiri telah mengundi calon PKR) dan mungkin juga MCA yang membolehkan Dato G. Palanivel tidak hilang wang pertaruhan di PRU 12. Kebanyakan orang India di lihat tidak mengundi calon MIC malahan telah mengundi calon PKR. Meletakkan Dato G Palanivel mahupaun mana-mana calon MIC yang lain akan mengundang bencana bagi BN dalam pilihanraya kecil ini.

Menurut sejarah, Parlimen Hulu Selangor pernah diwakili oleh Puan Halimahton Saadiah dari UMNO pada tahun 1955. Selepas itu kerusi Parlimen HS telah diberikan pula kepada calon-calon dari MCA, Gerakan dan akhir sekali MIC. UMNO merupakan parti terbesar dan orang Melayu merupakan pengundi majoriti di Hulu Selangor tetapi atas dasar setia kepada keputusan pucuk pimpinan parti, ahli-ahli UMNO terpaksa berkorban dan akur memberikan kerusi tersebut kepada lain-lain parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan dan MIC. Tetapi pada PRK kali ini, keadaan telah banyak berubah.

Perubahan kerajaan diperingkat negeri telah membuatkan ramai ahli UMNO merasa begitu tertekan. Tindak tanduk PKR/PAS/DAP dalam Pakatan Rakyat telah banyak menguris hati mereka. Siapa yang boleh melupakan tindakan kerajaan Negeri Selangor mensabotaj projek UiTM di Serendah? Mereka baru sedar bahawa hanya UMNO (dengan segala kelemahan yang ada) sahajalah yang mampu membawa pembangunan untuk rakyat. Ahli-ahli UMNO ini menjadi begitu bersemangat untuk berkerja keras bagi menumbangkan calon Pakatan Pembangkang.

Banyak antara mereka yang telah turun mengundi calon PKR di PRU 12 telah merasa menyesal yang teramat sangat. Mereka mahu UMNO meletakkan calon pada kali ini bagi menandingi calon Melayu dari PKR nanti. Biar buku bertemu ruas. Baru dapat kita ukur jauh mana popularnya calon PKR nanti. Meletakkan calon MIC hanya akan mematikan semangat juang yang sedang melonjak begitu tinggi ini.

Kami, pengundi Melayu Hulu Selangor akan mengundi sesiapa sahaja calon yang akan diletakkan oleh UMNO. UMNO Hulu Selangor mempunyai ramai calon-calon yang berkaliber dan salah seorang dari mereka ini akan diterima dengan tangan dan hati terbuka. Antara calon-calon UMNO yang telah disebut-sebut termasuk Tan Sri Mohamad Mohd Taib, Dato Zainal Abidin Hj. Sakom. Kedua-dua mereka ini merupakan calon vateran yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada pengundi Hulu Selangor.

Bagi muka-muka baru pula calon yang berpotensi termasuk Puan Rosni Sohar (Penolong S/U Pergerakan Wanita UMNO Malaysia), Saudara Nazari Ahmad Dahalan (S/U UMNO Bahagian Hulu Selangor), Saudara Kamsani (AJK Bahagian HS dan Mantan ketua pemuda Bahagian HS), Saudara Khairudin Mohamad (S/U Politik Kanan, Dato Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia) dan juga Dato Adnan Buyong (Naib Ketua UMNO Bahagian HS dan Mantan Bendahari, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor).

Setiap dari nama calon di atas mempunyai kekuatan yang tersendiri dan kami amat percaya bahawa mereka-mereka ini akan dapat memikul tugas sebagai Wakil Parlimen Hulu Selangor dengan baik jika andainya dipilih sebagai calon.

Kami sebagai pengundi dan penyokong BN di Hulu Selangor ingin menyatakan sekali lagi bahawa kami mahu kerusi Parlimen Hulu Selangor dipulangkan kembali kepada UMNO. Kami telah berkorban demi semangat kerjasama Perikatan/BN selama lebih 40 tahun dan sudah sampai masanya calon dari UMNO dinamakan sebagai calon pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan datang ini.

Kami akan bekerja keras untuk memberikan kemenangan besar kepada BN di PRK Hulu Selangor nanti. Janji kami, “gelombang merah” yang akan bertiup dari Hulu Selangor akan mengeggarkan benteng pertahanan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor bahkan Malaysia! Ingat, jangan pisang berbuah dua kali.

Hj. Yaziz Yunus
Print Friendly and PDF

Wednesday, September 9, 2009

Surat Bantahan Penduduk Seksyen 19 Kepada MB Selangor.

Penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam.

29 hb. Ogos 2009.

Yang Amat berhormat,
Tan Sri Dato Abdul Khalid bin Ibrahim,
Menteri Besar Selangor.

Bantahan ungkapan Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat “Tiada Kuil Baru dan Tiada kuil yang diroboh"

Dengan hormatnya kami merujuk perkara diatas.

2. Kami sebahagian penduduk Seksyen 19 Shah Alam telah berusaha begitu lama menuntut kuil haram Seksyen 19 dipindahkan segera. Kami kecewa dengan situasi yang berlaku sekarang pasti akan melambatkan lagi proses itu. Kami semua terkejut apabila kami dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri surat yang ditanda tangani oleh Adun YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil pada 7 Mei 2009. Kami juga sudah melihat tapak cadangan kuil yang hampir dengan padang permainan kanak-kanak dan kawasan perumahan penduduk.

Menurut surat itu pihak kuil bersetuju pindah tetapi meletakkan syarat-syarat. Salah satu daripada syarat itu ialah, kuil di Seksyen 19 masih boleh beroperasi hingga akhir tahun 2010. Kenapa kedua-dua YB tidak berjumpa dengan penduduk Islam Seksyen 19 mengenai perkara ini?

Penduduk sudah beberapa kali menghantar aduan, bantahan dan juga buat perjumpaan mengadu masalah-masalah dikuil itu. YB Khalid Samad sudah berjanji akan menyelesaikan masalah penduduk Islam dalam masa setahun daripada tarikh perjumpaan beliau dengan penduduk pada 9/8/2008.

Sikap YB Adun Batu 3 dan Ahli Parlimen Shah Alam telah menyinggung perasaan penduduk Islam di Seksyen 23 dan di Seksyen 19. Apa yang berlaku kini apabila penduduk Seksyen 23 membantah, pihak kuil kelihatan aktif kembali di Seksyen 19. Kuil telah dicat baru, patung-patung juga semua di cat semula kerana mereka tahu kuil itu tidak akan diroboh walaupun akan dipindahkan ke lokasi baru yang akan mengambil masa satu setengah tahun lagi atau mungkin lebih panjang lagi.

3. Sikap toleransi yang begitu tinggi kedua-dua YB dengan pihak kuil yang menceroboh tanah PKNS selama dua dekad telah menyebabkan penduduk Islam kawasan berhampiran kuil bertambah kecewa. Kuil itu dahulunya digunakan oleh penduduk setinggan yang sudah lama dipindahkan.

Pada tahun 1988 semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini, kuil itu hanya sebesar tandas. TIADA bekalan air dan elektrik. Mereka yang menceroboh tanpa rasa malu mengaku tanah itu tapak mereka walaupun kawasan itu sudah menjadi milik PKNS. Semasa perjumpaan penduduk dengan pihak berkuasa mohon kuil itu dipindahkan, kami sering mendapat maklumat, pihak kuil sentiasa mendapat sokongan pemimpin MIC yang sering campur tangan apabila penguat kuasa mengambil tindakan keatas kuil itu.

Jadi kenapa YB Khalid Samad kritik pemimpin UMNO tidak berbuat apa-apa? Pemimpin UMNO tidak menyalahkan pembangkang apabila penduduk mengadu masalah kuil kepada mereka. Pihak kuil pula lupa jasa-jasa pemimpin MIC yang sentiasa membela mereka hingga dapat bertahan di kuil itu begitu lama walaupun aduan dan bantahan penduduk Islam juga telah dibuat berterusan begitu lama.

Hanya selepas kes kuil di Rimba Jaya dirobohkan dan kerajaan negeri bertukar tangan barulah mereka menyokong Pakatan Rakyat. Menurut YB Khalid Samad hasil perbincangan yang waras mereka sanggup bertolak ansur sanggup berpindah asalkan tidak jauh. Penduduk Islam percaya tanpa desakan penduduk mereka akan terus kekal disitu. Mereka tidak pernah ambil peduli gangguan yang mereka buat telah menyebabkan penduduk terpaksa membuat aduan hingga kepada DYMM Sultan Selangor pada tahun 2006. Tanpa campur tangan NGO Islam pada awal tahun 2009 mereka pasti berjaya membesarkan lagi kuil itu dan gangguan bising terpaksa dihadapi setiap hari seperti apa yang telah berlaku mulai April hingga December 2008.

4. YB Khalid Samad dalam blognya banyak menyalahkan UMNO dan NGO Islam sedangkan kedegilan pihak kuil yang enggan keluar dari kuil haram itu tidak diambil kira langsung. Mereka sudah beberapa kali dapat arahan pindah semasa dibawah BN dahulu tetapi mereka enggan keluar walaupun mereka tahu disitu tapak rumah teres dus tingkat sebanyak 16 unit.

Gangguan bising yang dihadapi semakin teruk selepas March 2008 hinggalah campur tangan NGO yang YB Khalid Samad tuduh sebagai kaki perhangat. Penduduk Islam berhampiran menyalahkan YB Khalid Samad kerana bersikap berat sebelah. Semasa NGO campur tangan membantu penduduk Islam beliau pula menyebelahi Hindu kuil. Sila rujuk dalam blog beliau yang keluar pada 10 dan 12 Januari 2009.

Penduduk Seksyen 19 sudah menjawab surat beliau dan tersiar dalam bebrapa blog. Jadi siapa yang lebih mendera penduduk Islam? Jika UMNO terlepas pandang menyebabkan jumlah kuil melebehi 1000 buah di Selangor, masjid dan surau hanya 380 sahaja, Parti Islam sepatutnya menyedari masalah yang dihadapi penduduk Islam jika kuil terletak berhampiran kediaman penduduk. Mungkin YB Khalid Samad tidak pernah merasakan apa yang telah dilalui oleh penduduk Islam berhampiran kuil di Seksyen 19, jadi YB tidak kesah jika keadaan yang sama berlaku kepada penduduk Islam Seksyen 23 apabila kuil itu dipindahkan kesana.

5. YB Khalid Samad menulis lagi "Dasar Pakatan Rakyat Mudah - tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh." Benarkah tiada kuil baru? Jika bangunan kuil lama dipindahkan mungkin kita boleh panggil pindahkan kuil lama. Tetapi jika kuil itu mengambil masa hingga satu setengah tahun baru siap itu bermakna kuil baru yang sangat besar akan didirikan disitu.

Adakah ungkapan Tiada kuil yang diroboh bermakna kuil lama akan kekal disitu?, jadi apabila mereka dapat kuil baru kuil haram di Seksyen 19 tidak akan di roboh? Jika begitu keadaannya sampai bila pun kuil itu tidak akan berganjak dari situ dan ia akan terus diaktifkan sampai bila-bila. Yang jadi mangsa dan sering diminta bertolak ansur ialah orang Melayu Islam. Masalah gangguan bising berlaku lebih serius apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pada bulan March 2008.

Gangguan bising tanpa kawalan memaksa penduduk mohon campur tangan NGO Islam kerana keadaannya sudah menjadi kronik. Jika dibiarkan kuil itu terus beroperasi hingga akhir tahun 2010, maka kemarahan penduduk Islam akan menjadi lebih kritikal jika mereka buat lagi gangguan bising terutama semasa keramaian bergendang hingga kewaktu tengah malam. Mereka yang meramaikan kuil kebanyakan datang dari luar kawasan Seksyen 19 Shah Alam. Mereka tidak pernah ambil peduli sensitiviti masyarakat Islam. Jelas sekali keadaan itu yang mendera dan mengganggu penduduk Islam.

6. Kami sertakan disini kronologi aduan, info dan maklumat masalah kuil haram Seksyen 19 dari tahun 2000 hingga Ogos 2009, surat terbuka kepada YB Khalid Samad, jemputan sidang media penduduk Islam berhampiran kuil dengan wakil-wakil NGO Islam dan media serta lain-lain dokumen yang berkaitan. Kami sertakan juga gambar-gambar kuil pada tahun 2008 dan tahun 2009. Penduduk Islam akan terus membantah sekiranya kuil yang telah mengganggu kehidupan penduduk Islam berhampiran itu tidak dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Kami sudah berusaha, kuil sudah dimaklumkan pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 selepas aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri (kes 35158), tetapi ditangguhkan kerana pilihanraya.

Jika perpindahan ini diteruskan tidak ada masalah berlaku saperti sekarang ini. Jadi wajarkah penduduk yang dipersalahkan? Pihak yang mengganggu ketenteraman awam terus dibela? Bila penduduk minta bantuan NGO Islam mereka dituduh membuat provokasi. Yang memulakan provokasi terhadap penduduk Islam ialah pihak kuil itu sendiri.

7. Jadi kami mohon agar Yang Amat berhormat Menteri Besar prihatin masalah penduduk Islam. Selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor aduan dan rayuan serta perjumpaan sudah dibuat. Tetapi sikap toleransi pemimpin Islam sendiri menyebabkan usaha penduduk Seksyen 19 terbantut lagi. Kuil yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 bertukar tempat ke Seksyen 23. Lokasi yang dipilih berhampiran kawasan perumahan penduduk Islam, surau dan taman permainan kanak-kanak.

Pihak kuil pernah menolak ditawarkan berpindah ke Seksyen 23 beberapa tahun yang lalu. Menurut bekas Pembantu Khas bekas Adun Batu Tiga, mereka memberi alasan kawasan itu tempat najis kerana berdekatan Loji Indah Water. Apabila kawasan itu sudah dibangunkan menjadi kawasan perumahan majoriti penduduk Islam mereka mahu pula kawasan itu.

Penduduk Seksyen 23 sudah mengumpul maklumat dan menyiasat masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang menghadapi masalah kuil. Mereka membantah kerana mereka tahu pihak yang akan dipindahkan itu telah membawa masalah besar yang telah berlarutan begitu lama kepada penduduk Islam Seksyen 1. Oleh sebab itu mereka berusaha agar masalah itu tidak berlaku kepada mereka pada masa hadapan.

8. Akhir kata kami merayu kuil Seksyen 19 dipindahkan ke lokasi lain yang lebih sesuai. Semoga aduan kami diberi perhatian yang serius oleh kerajaan negeri. Kami mohon maaf kepada YAB MB sekiranya terkasar kata dalam surat ini. Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak YAB Tan Sri dan pihak SUK.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Cucu Tok Selampit: Baca dan faham betul-betul. Ini bukan sahaja masalah penduduk-penduduk Seksyen 23. Ini juga masalah umat Islam di Seksyen 19. Khalid Samad bijak menuturkan kata-kata dan memutar belitkan (spin) situasi. Sebagai orang-orang teraniaya, kami sekadar mampu memohon ke hadrat Allah SWT agar menurunkan pengajaran kepada kedua-dua YB ini agar mereka tidak lagi dapat terus menindas dan mempermainkan orang-orang Islam.


"Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau bukakanlah hati kedua-dua YB ini yang telah hitam dari menerima kebenaranMu. Ya Allah Ya tuhan kami, Engkau kembalikanlah mereka ke jalan yang benar. Ya Allah Ya tuhan kami, semperna bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Engkau kabulkanlah doa kami, doa orang-orang Islam yang teraniaya. Tiada lagi tempat untuk kami memohon melainkan kepadaMu Ya Allah, Ya Rabbul Alamin."
Print Friendly and PDF

Monday, August 10, 2009

Surat Terbuka Kepada Tun Dr Mahathir.

Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.

Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....

Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...








Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH
  1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

  2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

  3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

  4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

  5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

  6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.
  7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

  8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

  9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

  10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

Dicatat oleh kerisTITANIUM
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.