Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Rakyat Derita Akibat PR Seleweng Isu Air.

Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda menjelang tahun 2014. Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna. 

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor. 

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya. 

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029. Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini? 

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat. Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019. 

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang. 

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak. 

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat. 

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik. Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang. 

Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar. 

Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3). 

Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan. Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor. 

Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014. Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta. 

Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang? Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas. 

Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). 

Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas. Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas. 

Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Fungsi utama Syabas hanyalah sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat. Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN. 

Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat. Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago. Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2. 

Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014. Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014. 

Untuk menyelamatkan keadaan, kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas. Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air. Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus. 

Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi. Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan. Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan. 

Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air. Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2? 

Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang. Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang. Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014. 

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja! 

Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN. 

Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender. 

Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor. Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak. 

Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat. Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat. Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab: 
  1. Kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah. 
  2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi. 
Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari. 

Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor. Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari. Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja. 

Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari. 

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi. 

Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. 

Inilah keperluan sebenar pengguna. Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna. Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini. 

Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan. 

Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya. 

Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.

Print Friendly and PDF

Wednesday, March 21, 2012

Khalid Ibrahim Mengkhianati Rakyat Selangor.......?

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa - Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air.

Jika ini bukan bukti mentaliti dijajah yang masih membelenggu fikiran pemimpin-pemimpin PR, maka bukti bahawa PR mempunyai agenda tersembunyi dan dengan sengaja menolak mentah-mentah penyelesaian yang boleh dicapai yang ditawarkan oleh kerajaan pusat tetapi meminta ‘nasihat’ pakar asing bagi mengatasi masalah ini.

Pakar asing tersebut dikatakan bersedia berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model kerajaan Negeri bukan saja cekap dan berkesan malah boleh dibekalkan pada tarif yang munasabah.

Logiknya, tidak mungkin mereka tidak ‘bersedia’ untuk apa saja jika ia bermakna membawa keuntungan kepada syarikat mereka.

Tindakan Khalid ini bukan sahaja menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor tetapi ia juga dilihat sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana beliau secara terang-terangan menggambarkan kepada pakar luar tersebut bahawa kerajaan pusat bersikap tidak telus dan syarikat pengurusan air yang ada di negara ini tidak mahir belaka.

Malah beliau dengan ‘khianatnya’ berkata “kes di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal."

Pakar-pakar tempatan telah membentangkan masalah air yang bakal melanda Selangor jauh lebih awal sebelum ini. Lanjutan dari itu, kerajaan pusat telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani masalah ini.

Untuk tujuan itu, fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Kerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM5.7 bilion?

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor dan syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Tetapi, ini pasti bermakna tariff air akan meningkat dengan drastik sekali. Tidak mungkin kerajaan negeri dapat membekalkan air dengan murah setelah menghabiskan RM20 billion untuk tujuan itu?

Kerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.

Kerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor tetapi masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor.

Khianatnya kerajaan negeri Selangor ini sehingga mereka sanggup mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.

Kerana ingin mengaut keuntungan licik, sama ada melalui perlantikan pakar asing atau apa saja, Khalid sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita sedangkan beliau tahu yang bekalan air akan terus susut sehingga 13.4% jika penyelesaian tidak dilakukan dengan segera iaitu menyiapkan projek kerajaan pusat tersebut sebelum Jun 2014.

Justeru, tidak ada cara lain untuk rakyat Selangor menyelamatkan diri dari terus dikhianati oleh Menteri Besar sendiri. Caranya ialah mengembalikan Selangor ini kepada kerajaan pusat melalui pilihanraya nanti.

Mungkin ada yang menganggap artikel ini sebagai bahan kempen pilihanraya namun, sama ada ia bahan kempen atau tidak, ia hanya membawa fakta kebenaran semata-mata. Sesungguhnya nasib rakyat Selangor berada di tangan sendiri.

Print Friendly and PDF

Monday, February 14, 2011

Bangsar Oh Bangsar.......


Percaya atau tidak.......? Terdapat sebuah restoran di ibu negara iaitu di Bangsar yang menawarkan tayangan perempuan bogel dan separuh bogel beraksi di dalam kolam renang berhampiran dengan meja makan. Malah restoran ini turut menawarkan khidmat seks untuk para pengunjung restoran tersebut. Sambil mengenyangkan perut, pengunjung restoran ini turut berpeluang mengenyangkan bawah perut. Selepas makan nasi makan orang pulak kah... kah... kah.... (ijin GMC)

Restoran ni yang sudah beroperasi lebih setahun lalu menjadi tumpuan lelaki-lelaki hidung belang di ibu kota. Pelayan-pelayan di restoran ini hanya mengenakan bikini dan rela bikini mereka disingkapkan sekiranya diminta berbuat demikian.


Salah seorang pengunjung yang mengongsikan gambar ini berkata "Restoran ini ibarat syurga dunia, jadi tempat kami release tension ".

Malah ada di antara pengunjung yang berpeluang untuk membawa balik perempuan yang diminati dari kolam renang tersebut.

Di bawah ini pula gambar salah seorang pengunjung yang sempat bergambar sebagai kenangan mengunjungi restoran syaitan tersebut. Wajah individu tersebut terpaksa dikaburkan, lelaki yang memeluk jalang itu adalah MELAYU.......


Apa dah jadi ni.......
Print Friendly and PDF

Saturday, October 3, 2009

KECELARUAN Pakatan Rosak SELANGOR.

Jangan lah rakyat di Bagan Pinang tertipu dengan Pakatan Rakyat yang idak boleh berpakat lagi. Semuanya penipu dan janji janji yang diabur semuanya janji janji kosong. Mereka tidak boleh bermimpi perkara yang sama walaupun tidur se bantal. Semuanya memikirkan kuasa dan hak peribadi masing masing. Tiada pakatan dalam pakatan rakyat, Kini merka sudah bercelaru.


PETIKAN KECELARUAN PR SELANGOR.

Isu kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti menjadi penghalang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung soal pentadbiran dalam kerajaan negeri Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid, yang sebelum ini meminta exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor meletakkan jawatan berkata beliau berhak menegur Hasan kerana beliau berhak untuk mengeluarkan pandangan sebegitu dan ianya bukanlah satu perbuatan yang mengingkari arahan pemimpin.

Hasan sebelum ini telah meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan.

Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.

“Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam blognya [http://www.khalidsamad.com/] hari ini.

“Teguran dan ingkaran merupakan perkara berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti,” katanya lagi.

Khalid turut berkata, tindakannya menggesa Dr Hasan meletakkan jawatan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan Negeri pada petang Ahad lalu.

‘Jadi sasaran’

“…memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ (setia) kepada pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan yang dipertua kawasan.
“Dalam persoalan ini saya sememangnyalah telah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.

Khalid turut membangkitkan hasil mesyuarat Konvensyen Pakatan Rakyat di Petaling Jaya pada awal bulan lalu yang merumuskan pemimpin-pemimpin Pakatan tidak akan mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan yang “saling menyerang satu sama lain”.

“Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri,” kata Khalid yang juga merupakan pengerusi lajnah politik PAS.

Jelasnya lagi, tindakan Hasan “amat tidak wajar” dalam memberikan pandangan berhubung pendekatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dalam mengadakan pendengaran awam.

Menurut Khalid lagi, Hasan tidak sepatutnya mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil pendirian tunggal berhubung isu berkenaan.

“Yang menjadi masalah ialah apabila (Hasan) membuat kenyataan mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini,” kata Khalid lagi.

Pendekatan soal siasat

“Saya menyatakan, tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?,” soal Khalid.

“Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang,” katanya lagi.

Khalid berkata, pandangan Hasan tersebut dibuat tanpa mengambil kira tanggungjawab dan haknya sebagai anggota exco.

“Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan.

“Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian.

Sesi pendengaran terbuka

“Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuan pelucutan jawatan saya sebagai timbalan pesuruhjaya) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menggesa Hasan keluar daripada PAS mahupun Pakatan Rakyat, tetapi hanya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai exco dan penyokong kerajaan negeri di dalam DUN.

Khalid turut menjelaskan, sesi pendengaran oleh SELCAT perlu diadakan secara terbuka kerana kaedah berkenaan lebih berkesan untuk mendapatkan pendedahakan dari pegawai kerajaan sendiri.

“Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat.

“Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’,” katanya lagi.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.