Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, June 17, 2009

Kongress Nasional Khas 2009 PKR ... Apa Dah Jadi.....?

Menarik dan cukup hebat untuk diperkatakan.. dan berakhirnya Kongress Nasional Khas 2009 PKR tidak dapat tidak untuk kita mengiyakan bahawa angin perubahan telah dan sedang ditiupkan untuk suatu perubahan yang amat besar tentang halatuju dan masa depan parti.

Tidak banyak yang dibicarakan dan diwar-warkan kerana semua yang hadir seolah-olah menerima dengan hati yang terbuka.. patuh... taat dan setia atas kehendak serta keperluan Penasihat Umum PKR.

Hanya dapat dilihat dan dipaparkan ialah majoriti yang menyokong pindaan perlembangaan dan kehadiran lebih 1000 orang perwakilan yang amat-amat berbesar hati sehinggalah direntap sedikit oleh satu golongan yang digelar sebagai “orang-orang” muda.

Orang-orang muda ini adalah yang dikenali sebagai Angkatan Muda KeADILan telah bersifat sedikit “kurang ajar” dan berani mencabar apa yang cuba dan hendak diputuskan semasa persidangan tersebut. Memang berani dan sesuai dengan tahap fizikal dan mental golongan-golongan tersebut. Orang-orang muda yang dimaksudkan ini ialah mereka-mereka yang berumur dibawah 40 tahun.

Kenapa dan mengapa orang-orang muda ini menolak tentang apa yang dicadangkan sebagai penafsiran untuk memimpin Angkatan Muda KeADILan mestilah berumur di bawah 35 tahun berdasarkan beberapa pandangan dan anggapan dari kacamata Penasihat Umum PKR dan juga Jawatankuasa Pindaan Perlembangaan. Adakah ianya adil dan dan waras ? Ataupun adakah terdapat sesuatu yang diselindungkan demi untuk maksud tertentu.

Kita tangguh dahulu kisah-kisah orang muda ini buat seketika kerana adanya keperluan lain yang perlu dibicarakan !!!

a) Malaysiakini :- Zaid Ibrahim masuk PKR
b) Kaedah pengundian
c) Lain-lain

Zaid Ibrahim masuk PKR

Sesuatu yang amat-amat istimewa apabila menyebut sikap, peranan dan keperluan Zaid Ibrahim. Kita seolah-oleh cuba dibutakan mata dan dipekakkan telinga hanya apabila pihak-pihak atasan membuat sesuatu keputusan tanpa mengambil kira hasrat dan pandangan dari ahli-ahli bawahan. Hanya dengan mengisi borang maka serta merta diberikan satu kedudukan ekslusif !! Jangan pisang berbuah dua kali sepertima apa yang berlaku apabila Penasihat Umum PKR ditipu mentah-mentah oleh permainan Datuk Nasa di Perak.

Wahai tuan-tuan yang teramat mulia di atas sana.. sayangilah pejuang-pejuang yang dibawah ini !! Kesihanilah mereka-mereka yang bermandikan simbahan dan pancutan dari water cannon... sanyangilah
mereka-mereka ini yang dibedil bertalu-talu dengan gas pemedih mata... sayangilah mereka-mereka ini yang dipukul dan dibelasah dengan cota-cota FRU... sayangilah mereka-mereka ini yang terpaksa dan hilang pencarian kerana kasihnya kepada Penasihat Umum PKR dan atas kasih sayang mereka-mereka itulah tertubuhnya PKN dan bertukar kepada PKR...

Parti Keadilan Nasional yang jiwa dan semangatnya telah dikuburkan demi untuk percaturan politik baru dan pengurusan yang berbeza.

Tertubuhnya Parti KeADILan Rakyat sedikit sebanyak melukan hati dan mengecewakan segelintir pejuang. Ramai diantara mereka ini tidak diberikan tempat yang sewajarnya !!! dan akhirnya ternokhtah dengan tercatitnya nama si bertuah Zaid Ibrahim !!!

Kaedah Pengundian

Menjadi sesuatu keajaiban bila satu perubahan besar hendak dilakukan.. ianya hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam untuk bersidang !!... adakah ini telah dilupai oleh Penasihat Umum PKR, Presiden, Jawatankuasa Pindaan Perlembangaan dan juga mereka-mereka yang digelar MPT. Apakah yang dimaksudkan dengan ADIL !!... semuanya main tangkap borong ... sekali mengundi keseluruhan diluluskan...

Betulkah undian melalui sistem angkat tangan ?.. adakah keputusan tersebut adalah kerana melihat apabila Penasihat Umum PKR berdiri dan akhirnya hampir keseluruhan perwakilan berdiri.

Keputusan yang diperolehi adakah kerana sayang kepada PKR, hormat kepada PKR ataupun takut kepada Penasihat Umum dan tidak mahu dilihat dan dilabel sebagai pengkhianat parti !!

Lain-lain

Betapa licik dan lunaknya permainan dan wayang yang cuba dipertontonkan kepada ahli-ahli bawahan. Sehinggakan ahli-ahli bawahan ini selayaknya diumpamakan seperti lembu dicucuk hidung..!!

Tunggu dan lihat... ahli-ahli bawahan tidak akan mendapat apa-apa keistimewaan. Gerak kerja “makhluk-makhluk” busuk yang berada dan mendominisi pemikiran dan pergerakan Penasihat Umum sebenarnya sedang melaksanakan satu kaedah terancang yang akhirnya akan membuatkan Parti Keadilan Rakyat akan terkubur dalam masa yang terdekat.

Suara akar umbi sebenarnya tidak diambil kira dan dibakul sampahkan !! Presiden menjadi orang yang tidak berkuasa kerana diwar-warkan Penasihat Umum adalah Raja kepada parti dan penasihat-penasihat
disekelilingnya adalah yang terbijak, terpandai... dan akhirnya akan berulang sejarah Firaun & Hamman... tersebut disitu apa yang tidak dipandang !!! Kerana Hamman lah antara sebabnya Firaun menderhaka kepada Allah swt.. dan itulah jalan yang sedang dirintis !!.

MPT janganlah berlagak terlampau pandai dan bijak !! Kalian semua sedang diperhatikan dan setiap apa yang kalian lakukan akan dicatat sebagai satu sebab untuk menjatuhkan kalian dari menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

Tersirat Antara Tersurat

10 tahun yang lalu orang-muda muda memenuhi jalan dan seluruh pelusuk tanah air untuk bangkit bersama dan memperjuangkan sesuatu yang dinamakan dengan ‘REFORMASI’ yang berteraskan paksi keadilan.

Orang-orang muda tersebut kemungkinan besar ialah berumur antara lingkungan seawal 20 hingga 40 tahun. Mereka-mereka ini jujur, ikhlas, amanah dan berani merintis liku-liku perjuangan.

Hari ini mereka-mereka ini masih orang-orang muda yang mungkin segelingtir berjaya memegang tampuk pentadbiran Angkatan Muda KeADILan. Suara-suara mereka sebenarnya kadangkala tidak lunak untuk didengari dan adakalanya juga tidak seronok untuk difahami tentang konsep dan asas perjuangan yang telah mereka pelajari. Ini sedikit sebanyak menjadi penentang kepada “makhluk-makhluk” busuk yang sentiasa mengelilini dan berdampingan dengan Penasihat Umum PKR.

Kepada orang-orang muda yang masih teguh berdiri diatas landasan perjuangan ... TAHNIAH !!!!

Kecoh Angkatan Muda KeADILan

Betul atau tidak ? Kenapa dan mengapa ? Jawapan yang ikhlas... betul adanya tunjuk perasaan sebagai tanda tidak kepuasan hati terhadap perjalanan persidangan dan usul had umur untuk Angkatan Muda KeADILan dibawah 35 tahun.

Sebelah mata melihat alangkah bagus dan bersemangat... jiwa yang memberontak telah disalurkan sebaik mungkin seperti apa yang telah diajar sebelum ini... demonstrasi ataupun tunjuk perasaan.

Atau adakah mungkin jika dilihat sebelah mata lagi... sebenarnya kekecohan yang ditimbulkan adalah sebagai menutup apa yang perlu dilihat semasa persidangan dan pengundian yang berlaku... !!!


MPT dan Kuasa

Lihat lah sedikit masa lagi... MPT akan mempergunakan segala kuasa dan ruang yang mereka ada... dan disitu.. kita yang bawah tidak akan mempunyai apa-apa kecuali kad keahlian sebagai tanda ahli yang setia !!

Perhubungan Negeri akan ditunggang dengan pelbagai cara dan peringkat bahagian akan terus diperbodohkan.....

Akhirnya Parti KeADILan Rakyat akan berkubur...

Pkrantikusut.....
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.