Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, June 6, 2009

PAS Lain Laaa....

Anak Bukit.

Pohon maaf. Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain.Aku cukup setuju.

Tak dak yang tak setuju. Ini pandangan bebas dan ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan.

Arwah emak aku telah dipaksa mengundi, dalam satu PRU, PAS kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya.

Bagi golongan seusia emak aku Bukan Islam (politik)lah "hukum" yang wajib dipatuhi Pohon maaf.

Aku minta tumpang sekaki. Benar, PAS dulu lain, PAS sekarang lain. Aku cukup setuju. Tak dak yang tak setuju.

Ini pandangan bebas dn ikhlas. Betul, beberapa ketika dulu di tempat aku pun berlaku binatang sembelihan orang yang berkawan dengan orang agama lain, telah dibuang ke sungai, tak boleh makan.

Arwah emak aku telah dipaksa mengundi, dalam satu PRU, PAS, kerana PAS adalah tiket ke syurga. Kalau yang lagi satu masuk nerakalah padahnya.

Bagi golongan seusia emak aku itulah "hukum" yang wajib dipatuhi Kalau mau ke syurga. Sekarang apa dah jadi…..tak "orang lain pun" boleh ke syurga kerana memilih PAS.
Bahagia lagi orang yang menjadi penyokong PAS.

Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ? Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam di luar PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari "keluarga" sendiri.

Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS "bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu)tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam" dan tak boleh memerintah... (aku faham macam tu lah maksud "petua" – kalau salah pohon berbanyak maaf)

Aku juga faham PAS dulu lain, PAS sekrang lain. Tapi sayangnya PKR khasnya lambat membaca langkah "taici" PAS.
Aku jangka, berdasarkan "perkara-perkarayang berlaku" dan dengan sokongan kut Kelab Penyokong PAS, di Kedah khasnya PAS akan meletakkan calon-calonnya di semua 36 kerusi DUN.

Apalah nasib PKR dan DAP pada masa tu.

Renung-renungkan lah. Kalau mau ke syurga. Sekarang apa dah jadi…..tak "orang lain pun" boleh ke syurga kerana memilih PAS.

Bahagia lagi orang yang menjadi penyokong PAS.
Dalam pilihan raya dah tentu menang dan dapat pula ke syurga. Apa main-main ka ? Kadang-kadang sebagai seorang Islam, aku pun hairan dan kecewa, gagasan Negara Islam yang dicanangkan buat beberapa ketika yang kadang-kadang orang Islam PAS turut tumpang berasa bangga, tiba-tiba direntikan kerana adanya bantahan dari "keluarga" sendiri.

Dan yang paling menyayatkan hati bila aku terbaca pendapat seorang pemimpin atas-atasan PAS "bahawa judi (dan lain-lain jugalah tu) tidak dapat diambil apa-apa tindakan kerana kalau tutup tempat judi PAS tak akan dapat sokongan orang Bukan Islam".
Print Friendly and PDF

6 comments:

  1. salam ziarah......

    Ya la setuju sangat2 pendapat sunguh ka.PAS la ni dah lain demi cita2 politik sangup buat apa saja tak kira la nak kawan dengan sapa pun dulu UMNO kawan dengan MCA dok kata kafir la ni aku tak tau la pula apa jadi dengan PAS yang dok kawan dengan DAP yang terang2 dok tolak negara islam ....PAS la ni jadi kuda tungangan DAP dan PKR.....

    ReplyDelete
  2. Anakbukit!!!! PAS tak Rela ditunggang UMNO.Tapi lebih rela Ditunggang oleh DAP dan Makal Sakti.Akhirnya Anwar pun tumpang sekaki Menunggang PAS.

    Apa komen anakbukit? Rupanya Husam ni anggap UMNO lebih terok dari DAP dan Makal Sakthi?

    Anakbukit? UMNO ni..Makhluk mana..Hai Kerajaan Angkasa ka UMNO ni? Tuhan UMNO, yang mana satu,Yang anaknya al masih ke atau yang anaknya Uzair? kalau UMNO masih bertuhankan yang tauhid yang esa,Tuhan yang tidak diperanakkan dan diperanakkan...Jadi Yang mana satu pula Tuhan atau Alllah pada PAS?
    Tapi Allah swt dalam islam,tidak sama dengan Agama lain?

    Komen sikit anakbukit hijau?Pandangan Husam tak nak menjadi tunggangan UMNO.

    Masakan Tuhan DAP dan Makkal sakti dan PAS sama? Tidak masakan PAS sanggup ditunggang DAP dan Makal Sakthi dari menjadi tunggangan UMNO?

    Bukankah baru2 ini,agama lain menuntut untuk mengguna perkataan Allah?

    Inilah "Centre Poin" yang masih tertutup litup.Iaitu Islam Liberal.Yang sebahagian besar Bangsa Melayu belum sedar sedang di promote dicelah2 kecelaruan politik hari ini.

    Ingat Bar Council atau persidangan Peguam di KL? Ingat apa kata Irene Fernandez? agak2 siapa tetamu kehormat dalam majlis itu.

    GAP tolong shoot You Tube ucapan Irene dan Persidangan Bar Council?
    di KL dulu...Kalau boleh le GAP atau kalau ada dalam simpanan.

    ReplyDelete
  3. Yang aku tau, PAS dah mula jadi tukang karut dah. Ceramah pandai, implementation totally out. Janji tak ditepati, sah munafik. Manifesto elok tampal belakang pintu saja, tak pun kat batang pokok.

    Hai..silap sungguh undi PAS kali tu..

    ReplyDelete
  4. Aku.Pasbuih&SiamangJune 10, 2009 at 5:29 PM

    Orang UMNO yang rasa terlalu banyak dosa,dan dah tak ada apa2 lagi jawatan dan peluang dalam UMNO elok masuk PAS cuci dosa.

    ReplyDelete
  5. Aku.Pasbuih&SiamangJune 10, 2009 at 6:01 PM

    Salam.Anakbukithijau.Bila sebut saja PAS,teringat aku satu cerpin Azizi Hj Abdullah.Bertajuk "BEROK".

    Bagaimana seekor berok dapat membantu seorang pelajar yang miskin.

    Akhirnya berok ini,dibunuh.Kerana untuk menyelamat seorang guru yang mencelanya disekolah.

    Hari ini,Politik PAS bagai politik SIAMANG.Tapi bukan Politik "BEROK" jika PAS berpolitik BEROK sudah tentu PAS dapat membantu dan membalas jasa rakyat dan penyokong yang mengundinya.

    Tetapi bila Politik PAS sepeti POLITIk "SIAMANG" ia lebih banyak menyalak dari berkerja.Hujan masih dilangit Si Siamang sudah menyalak gila..bising dan memekakkan kita.

    Bunyi salakan nya lebih hebat dari ngauman seekor Singa,yang berbunyi sekali sekala.

    Tapi Sang Siamang ini,Salakkannya tidak tentu masa,matahari mula berlabuh tirai Siamang mula bersuara...menjerit sesama mereka.

    Siamang bukan haiwan yang boleh dipelihara,dan tidak mampu kita mengajar dan menegur dia,tidak seperti BEROK yang boleh mendegar kata.Dan mampu menolong kita.

    Siamang cuma Haiwan riba..tidak mampu dipelihara.Ia hanya hidup bersama kumpulannya saja.Kaki dan tangan hampir serupa...panjang sedepa.

    Politik PAS ibarat dia,Siamang haiwan Rimba...Ramai pengikut dan penyokongnya tapi hanya ibarat Buih-buih saja..diakhir zaman saja.

    Hari ini Pas bagai kilang2 buih,yang dipimpin oleh sekumpulan Siamang.

    Hari ini Aku.Pasbuih dan Siamang akan mendedahkan kemungkaran dan sikap kehaiwan segelintir mereka bila di beri kuasa memerintah kita.

    ReplyDelete
  6. 'SIAMANG'???? Satu analogi yang amat tepat & menarik!

    Depa kata Umno serupa kucing. Kira okay la. Kucing kan binatang kesayangan Rasullullah.

    Siamang ni ada ka orang nak bela?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.