Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Nizar. Show all posts
Showing posts with label Nizar. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Ampun Tuanku….. Lucutkan Segala Kurnia Dan Gelaran Nizar Dan Ngeh.

Kira-kira jam 3.30 petang (2 April 2010) tadi bertempat di depan bangunan UMNO, gerakan anak-anak muda berhimpun sependapat menyatakan kesal terhadap PENDERHAKA yang semakin kurang ajar dan terang-terang MENDERHAKA semasa Sidang Dun Perak Baru-baru ini bila menidakkan Menteri Besar Yang disandang oleh Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak

Menteri Besar yang diperkenan oleh DYMM SULTAN PERAK Dato Seri DrZambry Abdul Kadir begitu teruk dicerca sehingg cuba dipukul dengan Fail oleh adun Pakatan Rakyat terutama Adun kuala Sepetang Adun Kuala Sepetang Tai Sing Ng dan nizar sendiri yang tidak berpuashati terhadap Menteri Besar yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak. Tai Sing Ng begitu kurang ajar yang macam berok menghina Islam sendiri sebagai ugama rasmi dengan duduk sebegitu biadap bila Doa dibacakan membuka dewan yang mulia.

Gelaran Dato’ kepada pelaku sarkis berok berdua memang elok benor di tarik balik, buat apa diberi kepada penderhaka dan pengkhianat bangsa yang terang-terang memohon derhaka kebawah duli, teman ngetor dengor bila ada yang berani menderhaka kepada kedaulatan Raja-Raja Melayu satelah sejarah membultikan penderhakaan dari dulu memang menjadikan rakyat cukup membenci, mana taknya tengok saja dalam Dewan sendiri dibuat macam mak bapak dema punya sendiri, dari memegang negeri sehingga sekarang bukan agenda rakyat yang diperjuangkan malah tuntutan kesenangan peribadi yang diutamakan setiap kali dewan akan bersidang setiap kali itu juga akan kedengaran agenda rakyat tembolok dema yang dituntut, mana taknya sidang yg lepas tuntutan dema ialah kenapa POLIS banyak, kenapa wartawan tak buat coverage utk dema, kenapa tak boleh buat bising sesuka mak pak dema sesuka hati, polis jadi ancaman dema, takut kena tembak polis yang berkompromi dengan BN, dan macam-macamler rungutan dema dan bukan Agenda Rakyat yang dibawa kesidang.

Berbalik kepada perarakan tadi Pemuda BN terdiri dari MIC, MCA, PPP, Gerakan, UMNO, Persatuan-persatuan Belia, KAMI, Perkasa dan banyak lagi bersetuju memohon Kebawah Duli Tuanku Menarik Balik Gelaran yang di Kurniakan kepada Penderhaka yang terang-terang menentang perintah tuanku serta merosakkan sidang Dun untuk memperbahaskan Agenda Rakyat tempohari…..!

Perarakan keistana berakhir denganpenyerahan memorandum di Istana Kinta. kelihatanjuga ramai anggota Polis yang berkawal ketika perhimpunan tersebut bermula. walau bagaimanapun tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, jadi teman nak tanya. Sanggupker komer dan keturunan komer menderhaka kepada bangsa komer sendiri…..?

Ehsan dari SEKUPANG DUA.

AMPUN TUANKU…..!

PATIK SEKUPANG DUA, SUNGGUHKA DAN KETURUNAN PATIK MEMOHON TUANKU MENARIK SEGALA KURNIA TUANKU KEATAS PENDERHAKA DAN PENGKHIANAT BANGSA SI NIZAR DAN NGEH LAKNAT…..!
WALAUPUN PATIK BUKAN ORANG PERAK, PATIK TERASA AMAT TERHINA DI ATAS APA YANG DILAKUKAN OLEH NIZAR DAN NGEH.

DAULAT TUANKU…..!
Print Friendly and PDF

Saturday, July 25, 2009

Nizar Sepatutnya Tidak Hadir Nyalakan Lilin – Dewan Ulama Pas.

Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
Print Friendly and PDF

Nizar SYIRIK – Bekas Mufti.....

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.”Saya bercakap bukan sebab Pas atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam.

Sama ada mereka orang Pas atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.”Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,” katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

“Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,” katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan:”umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.”

“Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang.

Mahmood Zuhdi memberitahu, keadaan tersebut berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, beliau berkata, ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu antara lain:

“Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.”

“Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.”

Nas dalam perkara ini sangat jelas disebut dalam surah Al Kafirun dan Surah al-Ma’idah, ayat 72 yang maksudnya:

“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”
serta Surah an-Nisa’, ayat 48 yang maksudnya:

“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

Namun parti yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan Politik akan mempolitikkan segala-galanya untuk mendapatkan kuasa dengan rakus untuk hajat keduniaan tembolok pemimpin-pemimpin mereka.

Mereka ini akan terus memesongkan akidah umat Islam dan terus bersengkokol dengan musuh-musuh Islam yang akan bertepuk meriah kemenangan setelah aqidah kita umat Islam dipesongkan dari pegangan kita.

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja semata-mata, Akhirat juga tempat kekal abadi selamanya.

Dipetik dari KPMU.
Print Friendly and PDF

Monday, June 1, 2009

Nizar : Pemimpin Berpotensi Tetapi Jauh Menyimpang.....

Semasa menulis article ini, bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Muhammad Nizar sedang bersama-sama rakan-rakan DAP berpuasa "mogok lapar". Dia berharap aksi sedemikian akan dapat menagih simpati orang ramai untuk menyokong tuntutan membubar Dewan Undangan Negeri Perak.

Menurut perkiraan Nizar dan rakan-rakan DAP, mereka yakin akan mudah memenangi pilihanraya umum negeri. Dengan demikian, puasa sunat akhir bulan yang dikatakan Nizar itu bukan ibadat bernawaitu bukan kerana Allah, tetapi intipati nawaitu kerana kuasa politik. Padahal dua Mufti yang bebas dari politik - Mufti Perak Datuk Harussani dan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin - mengatakan 'mogok lapar' salah dari hukum ugama. Masaalahnya ada pula umarak PAS, Dato Nik Aziz kata tak mengapa demi politik.

Episod ini menampakkan sesuatu yang menyedihkan. Semasa mula Nizar dipilih dan kredentialnya yang professional, menguasai pelbagai bahasa, dan mesra rakyat, dia merupakan pemimpin berdarah Melayu yang berpotensi.

Malangnya, oleh kerana kelemahan peribadinya, dia telah tunduk kepada pemimpin-pemimpin DAP dan mengikut kata suruhan mereka. Nizar terlalu pentingkan politik dan retorik hingga mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Islam. Dia akur kepada ketamakan dan kepentingan tertentu kaum Cina. Nizar ikuti telunjuk pemimpin DAP Nger Koo Ham dan Nga Kor Ming. (Baca pendedahan di sini.)

Perkara yang paling ketara adalah pemberiaan tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru Cina. Nizar tunduk kepada kepentingan kaum Cina hingga tidak hiraukan hak dan kepentingan kaum Melayu dan lain-lain kaum. Jika ada pun, ia hanya token seperti pemberiaan tanah untuk sekolah ugama untuk mengaburi mata orang ramai.

Menurut jurublog Pakcik.Net, pemimpin berpotensi Melayu ini sudah jauh menyimpang dari landasan perjuangan dan kelakuan seorang pemimpin.

Semasa permintaannya untuk membubar DUN ditolak Sultan, beliau telah MEMOHON DERHAKA kepada Tuanku Sultan. Ini suatu penghinaan kepada Institusi Raja yang merupakan asas kedaulatan negara. Akhirnya mahkamah kini sudah menunjukkan keputusan Tuanku Sultan itu betul dan mengikut landasan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Kini beliau berdegil mahukan DUN dibubarkan hingga tergamak berkata, "Jika Tuanku tidak perkenan agar DUN perak dibubarkan, akan ada kebangkitan daripada rakyat.

"Kata-kata sedemikian boleh didakwa dan dihukum kerana ia telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut :-
  1. Penghinaan terhadap ketuanan Tuanku Sultan Perak.
  2. Membuat Ugutan terhadap Tuanku Sultan Perak.
  3. Melaga-lagakan Tuanku Sultan dengan Rakyat Perak.
  4. Kata-kata hasutan yang boleh mengugat kestabilan Negara.
  5. Melakukan penderhakaan terhadap tuanku Sultan.
  6. Mencemar keharmonian dalam Negara.
  7. Melemahkan kedudukan ekonomi negeri Perak.
  8. Tidak menghormati undang-undang negeri atau Negara.

Merancang serta melakukan perbuatan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan negeri yang sah dengan cara yang tidak sah dari segi undang-undang.

Kata-kata Nizar yang berniat untuk membawa huru hara kepada negeri hanya akan memudaratkan penyokong-penyokongnya dan orang ramai. Beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab dan memikirkan implikasi kenyataanya. Sebagai pemimpin, beliau tidak boleh terlalu asyik dengan perebutan kuasa tanpa henti untuk dirinya dan rakan-rakan dari DAP tetapi melupakan akibatnya kepada rakyat dan negeri.

Sebagai seorang Islam, Nizar sepatut bersabar dan menerima qada’ dan qadar. Jika inginkan bangkit semula, tunggu pilihanraya ke-13 nanti. Jika Nizar seorang yang benar dan memang ditakdirkan untuk diterima rakyat, tidak lari gunung dikejar.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.