Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, May 28, 2009

Hasil bumi Kedah (balak) dah ditelan masuk dlm perut sanggup sebuah syarikat milik Pegawai MB Kedah jolok kerongkong ambik balik…..

Relau.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari…..

Apa nak jagi dgn manusia yg bertopengkan PAS sekoq ni. Menjatuhkan maruah saja. Kerja dia tak ada lain kikis harta rakyat yg kononnya apa yg dia buat utk membantu parti PAS.
MB Kedah yg tahu akan perkara ni buat tak tahu saja. Bila ditanya “Saya tak tahu…” itulah jawapan yg selalu dia sebut.

Boleh aku katakan PAS menghalalkan pendapatan dari kerja kotor ini sebagai dana pergerakan parti. Wahai sekelian rakyat Kedah, ketahuilah pembongkaran ini…..

15 September 2008 - Sebuah syarikat “AY TRADING” pengurusnya Aziz bin Ahmad telah membuat permohonan bersurat kepada YAB Tuan Pengarah Perhutanan Kedah atas tajuk “Permohonan untuk mengeluarkan saki baki kayu balak dalam tanah kerajaan lot 1771 dan lot 1805 Bukit Kaci Pelanduk, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman”. Keluasan kawasan yg dipohon lebih kurang 254 ekar.

18 September 2009 – Bayaran memproses permohonan (RM200.00) dan bayaran pertaruhan permohonan (RM10,000.00) telah dibuat kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

19 September 2008 – AY Trading telah membuat perjanjian dgn org perseorangan CH Lim. Perjanjian disedikan oleh Tetuan Sharifah, CP Yeap & Co. Ditanda tangani di hadapan MURSHIDAH MUSTAFA (Peguambela & Pweguamcara).

Antaranya perjanjian itu berbunyi:
  1. Pihak Pertama (AY Trading) adalah sebuah syarikat mempunyai lessen balak kelas B.
  2. Pihak Kedua (CH Lim) akan menggunakan lessen balak kelas B Pihak Pertama utk membuat permohonan membalak.
  3. Pihak Pertama bersetuju member sepenuh kerjasama kepada Pihak Kedua dlm segala urusan berkaitan permohonan tersebut.
  4. Pihak Kedua telah menyediakan RM10,000.00 bayaran atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah sebagai deposit kpd Permohonan Membalak.
  5. Sebagai balasan pengunaan balasan menggunakan lesen pembalak kelas B Pihak Pertama, Pihak Kedua bersetuju membayar kpd Pihak Pertama sebanyak RM25,000.00.
  6. Segala kos memproses permohonan, kos urusan pembalakan urusan pentadbiran, perjalanan perniagaan pembalakan dijalankan sepenuhnya oleh Pihak Kedua.
  7. Pihak Pertama setuju tidak akan membuat sebarang perjanjian, perkiraan atau apa-apa urusan dgn mana-mana pihak ketiga selepas perjanjian ditanda tangani.
  8. Perjanjian dibuat mengikat waris-waris peribadi, wakil-wakil peribadi, waris-waris dan wasi-wasi kedua-dua pihak.
24 Septembar 2008 – Pemungut Hasil Hutan Sarinah binti Said, mengirim surat kpd AY Trading makluman resit bayaran (RM200.00) dan resit pertaruhan (RM10,000.00).

15 Febuari 2009 – Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Kasim bin Osman telah meluluskan permohonan yg dibuat oleh “AY Trading” dgn bayaran yg dikenakan :

Harga premium RM1,454,184.002
Deposit jaminan lesan RM 10,000.00
Bayaran menyediakan lesan RM 100.00
Bayaran menyediakan plan RM 20.00

Tetapi durian rutuh yg bakal dikecapi oleh CH Lim keputusannya amat mengecewakan. Beliau mendapati bahawa AY Trading iaitu Aziz bin Ahmad telah membuat satu lagi perjanjian atas tanah yg sama kpd syarikat “METRO SUNVIEW SDN BHD”. AY Trading telah melanggar perjanjian.

Aku korek punya korek…..
  1. AY Trading diarahkan oleh Metro Sunview (yg tak ada RM yg cukup) mempergunakan RM CH Lim bagi mendapatkan projek pembalakan. Alasannya hasil balak tersebut dapat membayar balik kos yg dikeluarkan oleh CH Lim. Malah lebih lagi apa yg CH Lim keluarkan boleh dibayar balik.
  2. Metro Sunview mengugut AY trading, dgn kuasa yg ada pada beliau boleh membatalkan permohonan tersebut atas alasan PROJEK ALI BABA.
  3. Metro Sunview menegaskan bahawa sedikit hasil balak tersebut dapat disumbangkan kpd PAS Kedah persediaan memperkukuhkan parti.
  4. Siapa DALANG dlm METRO SUNVIEW…..?
Nama syarikat : Metro Sunview
No. syarikat : 828477-V
Alamat berdaftar : No. 66B, Damai Komplex, Kuala Lumpur
Tarikh penubuhan : 8 September 2008
Direktor 1 : Che Had bin Dhali
Direktor 2 : Akashah bin Ismail
Direktor 3 : Roslizan bin Zakaria
Direktor 4 : Jamal Akma bin Ibrahim
Setiausaha : Noorma binti Mohd Zain
Pemegang syer 1 : Zatizam binti Zahari
Pemegang syer 2 : Faridah binti Ghazali

Oooooooooo patut la Metro Sunview kata kuasa ada dlm tangan dia…..

Baru aku tau:

Che Had bin Dali adalah Pegawai Khas Ekonomi MB Kedah
Roslizan bin Zakaria adalah Pegawai Khas Kanan MB Kedah

Patut la dua ekoq ni begitu riak, bangga, besar diri dan bermegah di Wisma Negeri. Selalu menjadi kebanggaan MB Kedah kata depa ni pandai cari duit tak semacam exco Kedah yg lain.
Ini yg kita nampak.

Yg kita tak nampak entah la berapa banyak…..
Patut la Batu 9 Kota Sarang Semut markas utama PAS Kedah berapa puluh tahun tak siap-siap, mai dari hasil yg tak ketahuan punca…..

Dengar kata report polis dah dibuat…..

Aku akan guna kebodohan aku ni utk dapatkan semua dokumen sebagai bukti kalau tak org kata aku cakap kosong…..

TUNGGU……………………AKU AKAN TERJAH……………………
Print Friendly and PDF

Wednesday, May 27, 2009

Strategi PAS Kedah untuk menyingkirkan PKR di Kedah

Sungguhka?...Selepas menang PRU 12 yang lepas, PAS Kedah telah merancang satu strategi yang amat hina dan kotor. Ianya bermula apabila pemimpin tertinggi PAS Kedah dikatakan terkilan dengan desakan dan tekanan daripada beberapa pemimpin PKR Kedah yang mahukan 3 kerusi Exco Kerajaan Negeri diberikan kepada PKR. Atas dendam itu maka perancangan telah dibuat dengan rapi untuk mengeluarkan satu persatu Exco PKR daripada Kerajaan Negeri Kedah. Bermula dengan Arumugam di Bukit Selambau, Radzi Salleh di Lunas dan Tan Wey Zhu di Bakar Arang.

Bagaimana Arumugam dijatuhkan oleh PAS :

Ramai yang menyangka isu Arumugam bersekedudukan perempuan simpanan telah ditimbulkan oleh UMNO tetapi hakikatnya isu tersebut dibuat oleh PAS Kedah dan dibawa oleh Kelab Penyokong PAS Kedah dan beberapa ahli PAS. Apabila memorandum pertama yang diserahkan kepada Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan Kedah tidak memberikan kesan maka arahan telah dikeluarkan oleh PAS Kedah agar memorandum diserahkan terus di Istana Anak Bukit. Stesyen TV swasta telah dimaklumkan tentang penyerahan memorandum tersebut dengan tujuan isu tersebut disiarkan di dalam berita TV. Pihak TV Swasta tersebut tidak menyedari konspirasi ini dan menyangka ini satu peluang yang baik untuk memburukkan imej Kerajaan Kedah yang ditunjangi oleh PAS. Apabila isu tersebut dijadikan berita TV maka ianya menjadi semakin panas dan memberi tekanan kepada Arumugam dan keluarga.

Apabila langkah pertama berjaya langkah kedua diatur. PAS mula mengenalpasti calon untuk diletakkan sebagai calon di Bukit Selambau bagi menggantikan Arumugam yang sememangnya dijangka akan meletakkan jawatan. Pada masa itu Manikumar telah dipilih daripada kalangan Kelab Penyokong PAS Kedah dan diarahkan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PKR secepat mungkin untuk membolehkan dia diletakkan sebagai calon di Bukit Selambau menggantikan Arumugam. Pada masa yang sama satu surat telah dikarang oleh PAS Kedah untuk ditandatangani oleh Arumugam. Surat tersebut menyenaraikan nama-nama ahli PKR yang berkemungkinan dicalonkan oleh PKR Kedah sebagai calon di Bukit Selambau dan nama-nama tersebut dinyatakan sebagai pembelot parti dan agen Barisan Nasional (UMNO).

Arumugam yang sememangnya tertekan telah diberi tekanan berbentuk "ugutan lembut" oleh pegawai-pegawai Menteri Besar Kedah untuk meletakkan jawatan Exco dan wakil rakyat. Arumugam telah ditakutkan kononnya kes beliau merupakan satu kesalahan jenayah dan isteri beliau (yang dikatakan sebagai perempuan simpanan beliau) mungkin didakwa di mahkamah. Arumugam telah terpengaruh dan takut sesuatu yang buruk berlaku kepada beliau dan isteri oleh sebab itu beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN. Beliau kemudiannya telah dibawa untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk memaklumkan keputusannya dan beliau telah menyerahkan surat yang mengandungi senarai nama ahli PKR yang kononnya pembelot parti dan agen BN/UMNO kepda Anwar Ibrahim.

Apabila kerusi DUN Bukit Selambau diisytiharkan kosong maka PKR Kedah mencadangkan nama-nama ahli-ahli PKR daripada kalangan masyarakat India yang aktif dan layak untuk menjadi calon mewakili PKR. Malangnya semua nama yang dicadangkan oleh PKR Kedah telah disenaraihitamkan oleh Arumugam sebagai pengkhianat parti dan agen BN/UMNO. Semua nama yang dicalonkan oleh PKR Kedah telah ditolak oleh pimpinan PKR Pusat. PAS Kedah telah mengambil kesempatan ini dengan mencadangkan Manikumar kepada Pengerusi Perhubungan PKR Kedah yang bersetuju dan membuat cadangan kepada Pimpinan PKR pusat. Manikumar telah diterima walaupun mendapat bantahan keras daripada masyarakat India setempat.

PAS Kedah sejak awal-awal lagi telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil ini. PKR Kedah sendiri agak ketinggalan dalam persediaan mereka. PAS Kedah juga telah menjemput ulamak-ulamak PAS untuk membuat fatwa menghalalkan mengundi orang bukan Islam bagi pengundi Islam. Fatwa ini merupakan pengecualian bagi fatwa asal PAS yang mengharamkan mengundi orang bukan Islam. Manikumar telah menang dengan majoriti yang besar mengalahkan calon-calon bebas dan BN. Ini merupakan kemenangan PAS yang tidak disedari oleh PKR Kedah. Inilah yang dinamakan,"Menang Sorak Kampung Tergadai".

Selepas Arumugam berjaya dijatuhkan maka konspirasi kedua untuk menjatuhkan Radzi Salleh dimulakan. Tidak ramai yang menyedari bahawa salah satu faktor Manikumar dipilih oleh PAS Kedah adalah kerana beliau memiliki kelulusan di dalam bidang pelancongan dan akan diberikankan tanggungjawab untuk memegang potfolio pelancongan menggantikan Radzi Salleh selepas Radzi Salleh berjaya dikeluarkan.

Bagaimana Radzi Salleh akan dikeluarkan daripada Kerajaan Negeri Kedah? Apakah isu-isu yang akan digunakan? Bila PAS menjangkakan pilihanraya kecil Lunas akan akan diadakan? Benarkah jentera pilihanraya PAS Kedah telah diarahkan untuk membuat persediaan menghadapi pilihanraya kecil Lunas? Siapakah yang bakal dicalonkan oleh PAS Kedah sebagai calon "mereka" di Lunas? Siapakah dikalangan pemimpin PKR yang dipergunakan oleh PAS kali ini? Ikuti penjelasan kami seterusnya.

Sungguhka ni? Biaq betoi....
Print Friendly and PDF

Tuesday, May 26, 2009

PAS Kedah Oooo PAS Kedah…..

Relau.

Aku heran yg orang dok kata Kerajaan PK Kedah dipimpin oleh PAS baguih dlm mentadbir negeri. Sampai la ni aku tak nampak lagi apa pun kemajuan yg depa buat. Canang MOU sana MOU sini hakikatnya rakyat kena tipu. Aku kesian tengok rakyat termasuk aku sendiri ditipu.

Aku tak memihak mana2 parti tapi la ni kerajaan PR Kedah bawah PAS yg memerintah, aku akan londeh satu persatu biar rakyat tau apa sebenarnya berlaku. Nasib laaaaa…..

Antara pembongkarang akan aku buat :

1. Hasil bumi Kedah (balak) dah ditelan masuk dlm perut sanggup sebuah syarikat milik Pegawai MB Kedah jolok kerongkong ambik balik…..

2. MOU oh MOU kemana menghilang…..

3. Jom ramai2 buat umrah…..

4. Exco dan Pegawai keluar Negara cari pelabur…..

5. Struktur pentadbiran MB Kedah yg unik…..

6. Apa tu PAS, PKR dan DAP dlm PR Kedah…..

7. Dan berkotak2 lagi…..

Aku malu bangsa aku diperbodohkan oleh bangsa sendiri lebih2 lagi sebuah parti yg memperjuangkan syiar Islam.

Ikutilah pembongkaran ini dari masa kesemasa…..
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.