Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, June 24, 2009

Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis : Kemaruk Seks, Pukoi Bini.....?

Wednesday, June 24, 2009

Apa kena dengan Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis ni? Sampai begini jadinya hal rumah tangga beliau.

Bukanlah saya hendak "menjaga tepi kain orang", apatah lagi hal "dalam kain orang", tapi atas dasar kemanusiaan dan perilaku golongan-golongan yang mendakwa bahawa mereka "lebih Islamik" berbanding orang lain, isu ini tidak sepatutnya berlaku.

Dilaporkan hari ini mengenai tuntutan fasakh seorang ustazah, Siti Rosmala terhadap suaminya Abd. Rashid Rahman yang merupakan KETUA DEWAN ULAMA' PAS PERLIS!

Ustazah Siti mendakwa hanya menerima sekali sahaja nafkah sebanyak RM300 pada September 1999 sepanjang perkahwinan mereka selama 10 tahun sehingga kini.

Selain itu, Ustazah itu juga mendakwa Abd. Rahman juga selalu memukulnya (termasuk dikepala) dan dirotan atas sebab-sebab yang kecil.

Ustazah yang mengajar di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang itu juga mengaku bahawa Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis itu tidak pernah lupa tentang "nafkah batin".

Menurutnya, kalau boleh, tiap-tiap hari Abd. Rahman "mahu"! Malah jika "dalam pantang" sekalipun terpaksa Ustazah Siti melayan kehendak suaminya. Disebabkan tidak tahan lagi dengan suaminya itu, Ustazah Siti menfailkan tuntuan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar.

Astaghfirullahil "Azimmmm. Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis? Ketua??? Begitukah Islam PAS melindungi wanita yang dinikahinya?

Begitulah layaknya layanan bagi seorang wanita Islam disudut pandangan Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis? Begitukah yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W?

Begitukah sebenarnya "warna" PAS terhadap wanita?Jika kes ini berlaku kepada penyokong bawahan PAS, tidaklah saya hairan.

Tapi kes ini membabitkan seorang individu yang diiktiraf sebagai "ulama" dan mewakili pihak yang sebagai lebih Islam dari orang lain!

Beginikah rupanya ciri-ciri mereka yang "lebih Islamik" berbanding orang lain itu? Jika beginilah caranya, saya cadangkan agar buangkan sahaja gelaran "Ketua" yang ada padanya. Gelaran "ulama" pun dia tak layak!

p/s: Kesian aku tengok Ustazah Siti...hangpa tak kesian ka?

Posted by DukeOfUMNO at 2:47 PM
Print Friendly and PDF

6 comments:

  1. Hehehhe...baguih bro...sebaqkan..

    Bro...aku takleh nak hantaq maklumat Gathering Bloggers Utara kat hang la...pasai email hang tu problem...takleh access...hang buleh email kat aku dulu dak? hehehe...

    ReplyDelete
  2. Ular mamat tu betul betul jenis dalam semak. Aparaa!!! Kuat sex punya serban.

    ReplyDelete
  3. Astaga....
    Buat malu PAS saja wey!!!! Haprak..haprak..

    ReplyDelete
  4. Aku dok kata dah , puak-puak PAS ni bukan warak tara mana sangat. Kalau ulama main politik, maka poltiklah menguasai ilmu agamanya.

    Eeeh, hairan sungguh, pegang jawatan tinggi dalam parti , berserban besaq pula tu TAPI tak reti hormat wanita. Dia pikiaq sa jadi bini, boleh buat macam mana pun takpa ! Duit tak bagi , 'yang tu' mau hari-hari !

    Eloklah bini minta cerai . Minta-minta Mahkamah Syariah di Perlis tu tak lengah-lengah selesai kes ni. Kalau tidak jenuh dok kena paksa layan nafsu buas 'manusia' ni ! Main dengan dia, dia paksa, mampuih !

    Syaitan ! Syaitan !

    ReplyDelete
  5. Stok kunyit rupa nye...
    kihkihkihkihkih 😀🤣

    ReplyDelete
  6. https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.