Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Keluar Parti. Show all posts
Showing posts with label Keluar Parti. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Salakan Si Sakit.......

Sebelum ini, N.Gobalakrishnan adalah antara pemimpin India dalam PKR yang popular berbanding mereka yang lain. Selain Gobala, pemimpin berpotensi PKR berketurunan India adalah Michael Jeyakumar (Adun Sri Andalas) dan YB Manickavasagam (MP Kapar).

Kepopularan Gobala dalam politik adalah berkebetulan dengan sikapnya yang sering terkehadapan dalam protes, termasuk di Parlimen. Bagi mencuba nasib dirinya dalam politik ,beliau telah mengambil langkah berani bertarung dalam jawatan Naib Presiden PKR, berkemungkinan mencuri satu kerusi untuk pemimpin India dalam jawatan tertinggi parti.

Walaubagaimanapun, beliau gagal memenangi kerusi tersebut setelah mendapat undi yang sedikit berbanding Nurul Izzah, Mansor Othman, Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Apapun, beliau dilihat masih berharap untuk menjadi Naib Presiden PKR melalui tiga lagi kuota lantikan terhadap jawatan tersebut. Pun begitu, harapannya berkecai apabila lantikan Naib Presiden PKR daripada kalangan orang India diberikan kepada N.Surendran, seorang peguam muda selain Chua Jui Meng dan Baru Bian.

Semenjak itu, beliau seolah-olah menyalak seperti orang yang mabuk kuasa apabila menyerang peribadi Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan N.Surendran itu sendiri. Malah, beliau menggambarkan Anwar sebagai anti Hindu setelah menutup Kuil Sivan di Bukit Gasing, walhal kuil tersebut ditutup kerana masalah struktur tanah oleh MBPJ.

Ternyata, rentak beliau mula dinilai oleh orang ramai, melihat sejauh mana keikhlasan beliau dalam berpolitik. 

Terbaru, beliau menyerang kepimpinan kerajaan Pas Kedah kerana melucutkan jawatan enam ketua kampung PKR tanpa alasan.

Berita ini masih belum ada kepastian,namun ianya mungkin isunya kecil yang diperbesarkan oleh mereka yang seolah meroyan gilakan kuasa. Yang Berhormat, tidak terlantiknya yang berhormat ke kerusi Naib Presiden PKR bukannya bererti PKR anti India atau Hindu, sedangkan N.Surendran juga seorang India.

Adakah dengan perangai yang berhormat sebegini difikirkan layak menjadi Naib Presiden.......? Mirror yourself la.......
Print Friendly and PDF

Sunday, April 25, 2010

Hulu Selangor - Kecewa Dengan PAS.

Kecewa dan tidak yakin lagi perjuangan PAS, Haji Ariff Kamaruddin atau lebih dikenali Pak Tam, keluar PAS bersama 25 lagi ahli-ahli PAS Kuala Kubu Baru untuk bersama-sama dalam perjuangan UMNO.

Apa yang lebih mengecewakan, Pak Tam mendakwa kepimpinan PAS Selangor yang diketuai oleh Datuk Hassan Ali bukan sahaja gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, sebaliknya tunduk kepada tekanan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PKR dan DAP.

“Hari ini cukup bersejarah kepada saya, setelah sekian lama meninggalkan UMNO dan berjuang bersama PAS, tapi hari ini disaksikan Datuk Ahmad Maslan dan saudara-saudara semua, saya istiharkan keluar PAS dan memohon untuk menyertai semula UMNO. Saya dan sahabat-sahabat lain berharap agar UMNO dapat menerima kembali kami ke dalam UMNO, lupakan sengketa dulu sebaliknya berikan kami peluang dan ruang untuk memberikan khidmat kami memperkuatkan dan memperkasa UMNO khususnya di Kuala Kubu Bharu ini,” ujarnya sambil memotong kad keahlian PAS.

Pak Tam turut mengakui sentuhan peribadi Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan serta jentera-jentera UMNO menyebabkan pintu hatinya kembali terbuka untuk bersama-sama berjuang bersama UMNO.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berjanji akan memastikan dan menghantar permohonan Pak Tam serta 25 ahli lain ke ibu pejabat UMNO untuk diterima sebagai ahli UMNO.

“Dua tiga hari ini, ramai ahli-ahli PKR yang keluar parti tetapi hari ini, Pak Tam menjadi individu pertama meninggalkan PAS. Kita harap dengan penyertaan Pak Tam ke dalam UMNO, lebih ramai lagi penyokong dan ahli-ahli Pas sedar sandiwara dan ketidakmampuan mentadbir negeri, apatah lagi di Selangor ini.

Ehsan dari : Sahabat Gunung.
Print Friendly and PDF

Sunday, April 18, 2010

YB Manikumar Salahkan Parasit Dalam PKR.

ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar menyalahkan parasit dalam parti itu sebagai punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR.

Menurutnya, Wei Shu tidak patut dipersalahkan kerana tindakannya adalah untuk mempertahankan diri.

“Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,” kata ADUN Bukit Selambau itu.

Manikumar berkata, Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri.

“Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” katanya.

Manikumar bagaimanapun menolak ketika diminta mendedahkan siapa parasit yang beliau maksudkan.

“Saya tahu dia kecewa tetapi tindakannya meninggalkan parti juga mengecewakan saya. Ramai kawan-kawan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) juga kecewa dengan apa yang dia lakukan,” katanya.

Wei Shu, bekas anggota Exco Kerajaan Kedah, mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

Beliau digugurkan daripada jawatan Exco dalam rombakan pada 10 Mac lalu, digantikan ADUN Sidam, Tan Chow Kang.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri daripada PKR, Lim Soo Nee turut mengakui wujudnya ‘yes man’ dalam parti itu.

ADUN Kulim itu berkata, memang terdapat segelintir pemimpin PKR Negeri yang cuba mengawal setiap pergerakan dan keputusan ahli parti agar patuh pada arahan mereka untuk memenuhi kepentingan peribadi.

Bagaimanapun katanya, kewujudan unsur ‘yes man’ sememangnya dialami oleh mana-mana parti di negara ini dan menjelaskan masalah itu masih belum mencapai tahap kritikal di peringkat PKR.

“Saya mengakui terkejut mendengar berita Wei Shu bertindak keluar parti kerana ia memang di luar dugaan saya.

“Keputusan beliau itu mungkin disebabkan tidak berpuas hati dengan unsur ‘yes man’ dalam parti,”katanya.

Soo Nee berkata, beliau pernah cuba memujuk Wei Shu supaya tidak meninggalkan parti, termasuk menerusi kenyataan media terhadap Pengerusi PKR Negeri, Ahmad Kassim dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menuntut mereka menarik balik kenyataan yang menjatuhkan air muka Wei Shu sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau berasa kecewa dengan tindakan drastik Wei Shu keluar parti tanpa merujuk dahulu kepadanya dan ahli-ahli PKR yang lain memandangkan ADUN Bakar Arang itu mempunyai hubungan rapat dengannya.

“Dalam isu Wei Shu, saya enggan menyalahkan sesiapa kerana bagi saya kedua-dua pihak ada melakukan kesilapan.

“Cuma saya berasa terkilan dengan kenyataan Wei Shu yang tidak menjelaskan, apakah dimaksudkan dengan beliau dipermain-mainkan segelintir pemimpin PKR, memandangkan rakyat dan parti pembangkang akan membuat banyak andaian negatif di sebalik kenyataan itu,”katanya.

Soo Nee turut mendedahkan Wei Shu sebelum ini pernah mengadu beliau mempunyai banyak masalah, bagaimanapun masalah itu bukan masalah peribadi.

“Mungkin masalah dengan parti, mungkin masalah individu dalam parti. Bagaimanapun ia bukan masalah peribadi.

“Apapun, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Wei Shu dan berharap agar beliau terus menunaikan janji untuk berkhidmat kepada rakyat,”katanya.

Ehsan Dari : HARIAN SINAR.

Print Friendly and PDF

Jika Mahu Cerita Tiga Hari Pun Tidak Habis.

Mengapa baru sekarang buat keputusan keluar daripada PKR.....?

WEI SHU: Saya tunggu dan terus tunggu tetapi mereka masih degil. Jadi jika pemimpin begini, bagaimana kita mahu bekerja bersama? Kita tidak boleh ikut sesuka hati kerana kita datang daripada rakyat dan kita bukan nak rebut kuasa atau pangkat.

Kedudukan sekarang.....?

WEI SHU: Bebas. Saya bergerak sebagai ADUN Bebas. Akan menyertai atau ditawarkan menyertai mana-mana parti?

WEI SHU: Itu saya tidak fikir lagi. Saya masih tidak bersedia. Belum ada keputusan tentang perkara itu. Saya berharap rakyat akan memahami perkara ini.

Menyokong BN.....?

WEI SHU: Bebas, saya ADUN Bebas. Tapi saya harap kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat boleh membantu. Ini perlu kerana rakyat adalah hasil kerajaan, mereka membayar cukai dan mereka tidak boleh (apabila) melihat saya beralih kepada Bebas dan mereka (kerajaan negeri) buat diam sahaja. Tengoklah, saya akan buat sesuatu.

Sokong parti mana.....?

WEI SHU: Yang mana betul saya akan sokong, yang tidak betul saya tidak sokong. Saya seorang yang berpegang kepada janji.

Pandangan pengundi.....?

WEI SHU: Itu bukan masalah. Saya sudah berbincang. Jika menjatuhkan maruah saya, ia juga menjatuhkan maruah mereka. Ini menganiaya saya. Parti apa ini.....?

Tuduhan-tuduhan dilemparkan kepada YB? Adakah ada tujuan tertentu.....?

WEI SHU: Ada setengah yang tidak mengaku. Ada yang minta maaf dan ada yang tidak. Kita tidak boleh beri 'monyet-monyet' dalam parti untuk rosakkan parti. Ini tidak betul. Kita datang daripada rakyat bukan pemimpin. Saya tidak suka. Saya tidak suka kena kawal dan hanya perkara yang adil untuk rakyat sahaja akan saya suarakan. Tidak kiralah Melayu, Cina dan India, saya sokong jika betul.

Siapa monyet dimaksudkan.....?

WEI SHU: Kalau saya sebut monyet memang mereka tahu. Yang pandai main-main, yang pandai mainkan orang.

Di peringkat negeri atau di pusat.....?

WEI SHU: Di mana-mana. Kalau nak marah orang pun tak elok sebab saya tidak suka marah tapi apabila sudah marah kita gelarkan monyet pun orang mungkin tidak kisah.

Sebab utama keluar parti.....?

WEI SHU: Saya memang tidak terfikir untuk keluar parti tetapi ia sudah melibatkan maruah saya di kawasan saya.

Maksud dipergunakan.....?

WEI SHU: Macam-macam dipergunakan. Dulu tidak berpelajaran pun boleh asalkan ada orang. Kini mahu orang yang berkualiti dan ada standard namun orang yang sebegini bukan tahu buat kerja. Walaupun saya tidak berpelajaran tinggi tapi saya rasa profesor dan doktor pun tak mampu buat seperti apa saya lakukan selama dua tahun ini. Sebab setiap janji kepada rakyat perlu saya tunaikan.

Sebelum buat keputusan, sudah berbincang dengan pihak atasan.....?

WEI SHU: Saya sudah beritahu mereka, jika mereka minta maaf saya akan maafkan tetapi hal begini sukar untuk berbincang dengan pemimpin atasan. Oleh itu saya akan beritahu mereka terus terang melalui surat saya.

Sudah serahkan surat.....?

WEI SHU: Surat telah siap dan saya akan serahkan kepada mereka.

Akan letak jawatan ADUN.....?

WEI SHU: Tanggungjawab kepada rakyat penting sekali. Jika saya meletakkan jawatan sebagai ADUN, saya samalah seperti seorang yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana dengan kepimpinan PKR.....?

WEI SHU: Apabila melihat Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk bekerja, saya juga sayang Najib. Kerajaan dahulu lain, sekarang pemimpin turun padang dan saya mahu pemimpin yang benar-benar untuk rakyat dan menjaga rakyat. Kita jarang lihat Perdana Menteri yang selalu turun padang. Bagi saya, apa yang penting rakyat boleh terima beliau, maka saya juga akan terima.

Sepanjang bersama PKR, apakah yang paling tidak berpuas hati.....?

WEI SHU: Banyak. Jika mahu cerita tiga malam tiga hari pun tidak habis. Saya mahu lihat apa yang akan dibangkitkan. Macam sarang tebuan, kita tengok macam mana ia dijolok.

Apa yang dapat dikatakan sekarang buat Anwar adalah : Yang dikejar bakal tak dapat dan yang tengah dikendong jatuh berciciran.....!
Print Friendly and PDF

Friday, April 16, 2010

PULAK DAHHHH !!! Wee Choo Keong isytihar "bebas",,.....?

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menyarung jersi PKR ketika Pilihan Raya Umum ke-12, dijangka mengikut jejak ADUN Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu untuk keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.

Sumber dalaman PKR memberitahu MerdekaReview bahawa Wee Choo Keong (gambar kanan) dijangka keluar dari PKR dan mengisytihar dirinya "bebas", mencetus ledakan "keluar parti" seterusnya.

Semakin ramai yang sayang kan Anwar...semakin ramai pulak dah yang lari dan lompat parti...

Syabas !! Choo Keong jika benar apa yang di kata !! (
Baca sini)
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.