Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label YB Azmin Ali. Show all posts
Showing posts with label YB Azmin Ali. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Wajah Nuar vs Min vs Jah vs Dar.

Diluah mati bapa

Ditelan mati emak

Dikebam.......

Gambar dahulu - ketika pertuduhan kes liwat.......

Gambar terbaharu - Pertuduhan Kes BERSIH 3.0.......
  
Suka Sama Suka.......

Terserah pada pembaca untuk mentafsirkannya.

Print Friendly and PDF

Tuesday, May 15, 2012

Bubar Parlimen: Lawak Tak Sedar Diri Dari Azmin Ali.......?

Wah.......! Bukan main gah bunyinya apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak segera membubarkan parlimen untuk membolehkan pilihanraya umum dijalankan sesegera mungkin.

Menurut kata Azmin Ali lagi, "Kalau dia (Najib) kata sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh, saya cabar dia umum tarikh pilihan raya esok (hari ini).

Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU 13". Katanya lagi PM tak berani bubar parlimen kerana UMNO banyak masalah.

Biar betul.......? Siapa sebenarnya yang sedang bermasalah dengan segala skandal moral, masalah janji dimungkiri dan aiskrim dijilat licin.......? Antara sedar atau tidak, Azmin sebenarnya sedang menunjukkan kebodohannya sendiri. Ego tak kena tempat, baghal melampau-lampau.

Baru saja dua tiga bulan lepas, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pernah melontarkan idea mahu mengadakan pilihanraya berasingan dengan parlimen.

Malah mentor Azmin yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga berkongsi pandangan sama. Itu baru betul namanya takut berhadapan dengan sokongan rakyat, kerisauan melampau bakal kehilangan kuasa. 

Kalau betul pakatan pembangkang khususnya PKR dan PAS dah tak sabar sangat hendak mengharungi musim pilihanraya,... nah... bubarkan sekarang juga DUN Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan, tak payah tunggu parlimen bubar.

Ada berani.......? Takkan cakap berdegar-degar kokok berderai-derai alih-alih tahi yang terpalit pada ekor rupanya tahi sendiri. Bikin malu saja.

Print Friendly and PDF

Thursday, June 24, 2010

Tanda Protes Kepada MB Selangor, Azmin Ali Letak Jawatan.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Ia dipercayai sebagai tanda protes atas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memecat ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politiknya. Semalam, jawatan setiausaha politik tersebut diisi oleh Faekah Hussin bermula bulan depan.

Sebelum ini, Faekah Hussin berkhidmat dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Azmin telah mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai Pengarah PKNS di Pejabat Menteri Besar Selangor tengahari semalam. Ramai pihak masih menanti pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh Khalid Ibrahim hari ini.

Antara sebab utama perletakan jawatan itu dikatakan sikap kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Khalid kerana sering kali tidak berbincang mengenai apa-apa keputusan yang melibatkan parti.

Print Friendly and PDF

Friday, April 16, 2010

Kisah Pujuk Rayu Anwar dan Azmin .....

Nampaknya, musim pilihanraya kecil adalah juga ‘musim rajuk dan ugut’ kebanyakan ahli politik kita. Tak kiralah kerajaan ke pembangkang. Sama sahaja. Ada sahaja kalangan mereka yang menganggap mereka ‘indispensable’ dan terlalu menyumbang kepada parti. Kononnya tanpa mereka, parti bungkus dan pimpinan melarat. Dalam konteks Hulu Selangor, ada dua kes yang cukup nyata bahawa politik rajuk dan ugut ini menjadi ‘modal politik’ kepada sesetengah pihak.

Semalam Azmin dipanggil ke Segambut. Dah dekat tengah malam. Sepanjang hari, Pak Sheikh cuba bercakap dengan Azmin – tetapi gagal. Maka, Pak Sheikh tahu ’soft spot’ Azmin adalah Izzah. Betul Izzah dah berumahtangga, tapi Izzah besar depan mata Azmin. Azmin anggap Izzah jelmaan Kak Wan. Lembut, cantik dan intelligent. Azmin dah lama mempunyai hubungan yang rapat dengan Izzah. So, Anwar pun tahu – Izzah akan mampu memanggil Azmin datang.

Azmin cuba berlagak seperti biasa. Seperti tidak ada apa-apa. Padahal, Anwar tahu bahawa Azmin sudah melahirkan rasa kecewa kepada Dr Halili dan sekumpulan penyokongnya di Hulu Selangor. Azmin kecewa kerana dia tidak mahu Zaid di Selangor. Ini petaka politik kepadanya. Apatah lagi, apabila Tian Chua dan Gobalakrishnan mengatakan Zaid sebagai ‘Presiden PKR’ to be. Berdesing telinga Azmin. Dia tak boleh terima.

Anwar beritahu kepada Azmin bahawa Zaid adalah pilihan yang lebih baik berbanding Dr Halili. Azmin diam. Azmin tidak menjawab satu patah pun. Inilah baiknya Azmin, kalau Pak Sheikh bercakap – dia tidak akan lawan. Diam sahaja.‘Now, you highlight your concern’, kata Anwar.

Azmin hanya menyatakan beberapa perkara umum. Akar umbi (ayat politik biasa) sedikit sangsi dengan proses penentuan kepimpinan selepas ini. ‘Your case is still on Sir’, tegas Azmin. What’s next? Are you considering Zaid as successor?’, tegas Azmin.

‘Not at all’. Kata Pak Sheikh. You’ll always be my harapan. Zaid is there to make him visible in Parliament. We need a stronger man to handle constitutional matters. Things are getting more delicate in Parliament – kata Pak Sheikh.

Are you with me Min? tanya Pak Sheikh.

Yes….but. Saya tidak mahu diberikan peranan utama. Saya membantu, yes. Tapi let the ‘big man’ handle (Khalid Gagap). I don’t want to get involved. Selain daripada itu, mereka bercakap soal lain. Soal – bagaimana Najib beria nak berjumpa Obama di States. Ada ketika, settle masalah bunyinya.
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.