Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 30, 2009

Kalau Babi Tetap Babi.

Sekarang dua tiga lagi sekolah di Lembah Kelang diarahkan tutup sementara kerana Selsema Babi. Kita pun heran mengapa bila ianya melibatkan nama atau sebutan Babi ramai betul yang mahu mengaburkan fakta yang sebenarnya, sehingga Selsema Babi ditukarkan ke nama canggih H1N1.

Bukankah baik kalau nama ini dikekalkan? Mengapa mahu menghormati Babi? Ada apa dengan Babi?

Hakikatnya memang Babi itu telah diterangkan akan kemudaratannya dalam Al-Qur'an dan sekarang pun telah diberitahu betapa kalau direbus dengan suhu 1000 darjah pun belum tentu cacing dalam ususnya boleh mati!!

Sebut sahaja Selsema Babi, supaya kita semua tidak lupa bahayanya Babi. Biar kita tidak dibuaikan dengan segala kata kata manis terutamanya jika melibatkan Babi.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pusat penyembelihan babi yang sedia ada (Kg Berjaya Mergong) akan dirobohkan pada 01/07/2009 dan akan dipindahkan ke satu tapak baru (rujuk sini). Malangnya dikatakan tapak baru tersebut telah direzabkan untuk pembinaan sekolah.

Adakah pusat penyembelihan babi yang baru akan dipindahkan sekali lagi apabila projek pembinaan sekolah dijalankan.....?

Persoalannya sekarang, ke mana pula akan dipindahkan tapak penyembelihan babi tersebut dan kawasan Melayu mana pulak yang akan menjadi mangsa.....?

Kita tunggu dan lihat kesejahteraan Kedah cara PAS seperti dalam manifesto PAS Kedah. dalam PRU12 lepas.
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. Pak malau...

    saya dah masukkan nama tuan dlm list perjumpaan bloggers utara...camana nak contact? nak habaq tempat ni...email tak sampai2 punnn....ermmm...?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.