Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, June 18, 2009

Balak Che Had Part 2.....

Dgn perwatakan bodo aku, dapat juga mengorek beberapa dokumen bagi membuktikan terjahan aku pasai Balak Kedah tempoh lalu adalah benar.

Insyallah..... akan aku londeh bukti2 tu. Pada mereka yg hentam aku kata aku bohong la, saja reka cerita la, cemburu pasai tak dapat projek la, dan lain2 lagi. Aku sabar saja. Hangpa nak kata apa pun, itu hak masing2 nak bersuara. Tapi bagi aku, baik apa pun atau sapa pun kalau tak betoi akan aku terjah berserta bukti yg kukuh. Kita lihat sapa betoi dan sapa pulak yg tak betoi.

Terimakasih pd mereka yg membantu.

Pembongkaran yg aku buat lalu terhenti kat tanda tanya samada report polis dibuat atau tidak......?

Ternyata bahawa report polis telah di buat :
  • Tempat : Balai Polis Jitra.
  • Tarikh : 24/03/2009.
  • Masa : 03:11pm.

Kalu aku tulis lagu ni nanti org kata aku bohong. Buat apa nak aku buang masa. Baca sendiri report di bawah:

Ini adalah report yg dibuat dari wakil CH Lim ke atas AY Trading Aziz Bin Ahmad kerana pelanggaran syarat perjanjian.

Puas hati dah.....?

Ini bukti pertama yg aku dapat. Tunggu pulak bukti:

  1. Surat permohonan.
  2. Surat kelulusan.
  3. Pengesahan Metro Sunview Sdn Bhd milik siapa.....?
  4. Surat perjanjian.

Aku heran..... sejak pemerintahan PR pimpinan PAS cuba tengok di Jeniang perjalanan lori balak kerap bergerak lewat malam dan awal pagi. Mai mana lori2 ni....?

Tu takpa lagi, la ni lori balak pun dah berani lalu pekan Alor Setar. Sejarah aku dok Alor Setar 30 tahun tak besa lagi tengok lori balak masuk pekan ooooo..... Lori balak ada laluan dia tersendiri.

Apa nak jadi ni..... Penguakuasaan takdak ka.....?

Tu tak keluar lagi cerita YB2 yg ada 2...3... konsesi balak.... malah ada dreba .... makan hasil balak. Yg sedih..... kebanyakannya ALIBABA..... Aku akan terjah.....

Print Friendly and PDF

7 comments:

  1. Sungguh ka? tudia haieeeh. gitu no. Hang bubuh. tutuh. depa dok pemohong.
    depa kelentong kita. depapun kencin juga.

    ReplyDelete
  2. A'kum Brother!

    Tahniah kerana dapat tunjuk/buktikan kebenaran dakwaan brother. Inilah yang dikatakan dunia brother. Kalau tak ada bukti, memang susah orang nak percaya. Depa kata tak betul, tohmah atau fitnah.

    Nanti borother jangan hairan atau terkejut kalau masih ada orang yang tak mau percaya. Depa tak pakai orang lain. Depa dengar cakap Tok Guru depa saja. Manusia jenis ni, memang ada sejak dulu sampai sekarang. Zaman Nabi dulu, Nabi letak bulan atas tangan pun depa tak percaya jugak.

    Kalau brother ada bukti pun, depa kalih cakap kot lain pulak. Memang depa tak mau percaya selagi Tok Guru depa bagi petua. Cobaan!

    Korek lagi brother.... korek.... dengan tujuan bukan nak londeh kemaluan sapa-sapa tapi demi menegakkan kebenaran!

    Teruskan brother!

    ReplyDelete
  3. Tahniah bro...keep it up...inilah yg dikatakan "Kedah Sejahtera"! Maka sejahteralah Che Had dan sekutu2 kerajaan Pakatan Rosak di Kedah...yg merananya rakyat jugak yg kena tipu hidup2...

    Bloggers di wilayah utara akan mengadakan sesi perjumpaan kali ke 2 dalam masa yang terdekat. Ramai bloggers utara yang telah mengesahkan kehadirannya seperti "Depakata", "RamliDAP" dan sebagainya. Butirannya adalah seperti yang berikut:

    Tarikh : 4hb Julai 2009 (sabtu).
    Lokasi : Akan diberitahu kepada yg "confirm" hadir sahaja..(untuk beberapa sebab tidak dapat dinyatakan disini).
    Masa : 8.30 malam.

    Kepada sesiapa yg berminat sila "book kerusi" anda di ruangan komen blog saya dengan menunggalkan email address anda atau email ke bloggersutaraunion@yahoo.com sebelum 3hb Julai 2009. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Osstadz Azizan tak kata apa pun no.

    Kalau kat orang Umno osstadz kata 'beruk mat yeh', che had ni jenih apa plak? Siamang??????

    Daje...

    ReplyDelete
  5. Jutaan Tahniah.Bro.Dengan puak2 PAS samada penyokong atau pemimpin PAS kita perlu sediakan bukti sohih.Tidak puak2 putaq alam ini bijak berselindung disebalik jubah dan ketayap.

    Lebih2 lagi yang dah bertaraf EXCO..pembohong dan putaq belit mereka kian menjadi2.Lidah becabang tu sudah resmi.walaupun bertitle pemimpin negeri.

    Selagi Harakah menjadi kitab pada puak2 PAS ni.Pemimpin mereka kian berani berbohong kerana tidak ada lagi kitab selain Harakah yang penyokongnya pecaya..inilah bijaknya PAS memutardan menipu daya.

    Akhirnya..berita pembohong pun depa pecaya.Contohnya komen dari PAS kawasan Jerlun pada pemimpin mereka mana ada tersiar dalam kitab Harakah depa.komennya macam ni…
    “ Telefon EXCO lima enam kali tak diangkat-angkat.Bila angkat pula jawapannya “Saya sibuk” atau Saya “tengah meeting”.Dari nada suara jawab macam tak berapa suka atau macam penalifon mengacau saja”
    Inilah komen penyokong PAS sendiri…Ada tersiar dalam Harakah..???ada? semua yang buruk dan cabuk perangai pemimpin mereka tidak tersiar…dalam harakah!!! Dan lagi satu komen dari penyokong dan penjilat PAS sendiri…begini..
    “ Dengar kata MB dan EXCO makin rajin main Golf dengan Sultan.sultan yang sorang sangat dilayan,rakyat yang ramai nak jumpa pun susah!”-
    (Komen dari PAS Kawasan Jerlun.)

    Apakah yang kita dapat klaskan pemimpin jenis ini? Pemimpin Islam? Pemimpin yang dapat membela agama? Pemimpin yang dapat membela Rakyat?..ini pemimpin Islam??
    Pooooooodah!!!! Pi mampuslah dengan manisfesto.Cakap tidak serupa bikin.

    Inilah sikap2 buruk dan cabuk melebihi UMNO yang pemimpin PAS sendiri miliki! Tetapi berapa ekor penyokong PAS dan rakyat mengetahui pekara sebenar kegiatan dan perangai puak2 yang baru dapat berkuasa ini?? Berapa ekor? Yang banyak hanya bijak menjilat dan membodek..dan membiar diri dan bangsa menjadi kaldai mereka.

    Tetapi mungkin juga bangsa melayu ini..dah memang suka diri mereka diperlembukan dari dulu kala..jadi tidak hairanlah jika hari ini Pemimpin2 PAS yang sah menipu pun penyokong sanggup dilembukan.

    ReplyDelete
  6. aku tak berapa paham sangat tang mana salah che had dalamhal ni..yang aku tau kelulusan permohonan balak dibuat dalam jawatankuasa hasil bumi yang dianggotaioleh MB, SUK, Peg Kewangan, Pengarah Hutan, Pengarah PTG dan Timb SUK sebagai Setiausaha. Takkan Che Had buleh bagi kelulusankat AY Trading kot?? Pemohonan la ni pulak secara tender terbuka..sapa tinngi dia dapat..lagu mana salah kalu yang dapat tu memang harga dia tinggi..JV dengan sapa itu cerita lain.. Yang salahnya ialah kalau dia buat keputusan nak bagi kat sapa, pastu dia suruh buat agremen JV dgn company dia. Tu sah la salah! Tang mana dia nak mencelah mempengaruhi keputusan Jkuasa Hasil Bumi? Yang dok ada dalam tu semua sakan-sakan.. Kalau company dia JV dengan AY Trading..apa salahnya?

    Kawasan lebih kurang 240 hektar, premium 1.4 juta.. 1 hektar lebih kurang 6 ribu harga dia..bukankah tinggi dah harga tu dari zaman BN dulu yang bagi 500-1000 saja sehektar?? Yang salah ialah AY Trading yang melanggar perjanjian dengan CH LIM..bukan lagu tu kaaa..hang tolong bagi jelas sikit..aku pening..

    ReplyDelete
  7. Salam Perjuangan,

    saya sedang membuat artikel manganalisis dan menilai Key Performnce Index(KPI) pembangkang. Pohon iziznkan saya ambil bahan ini untuk artikel saya.

    http://www.anakbukitgantang.blogspot.com

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.