Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, August 6, 2009

Hassan Ali Bersandiwara Untuk Tutup Kelemahan PAS.

Apakah kita boleh mempercayai tindakan Hassan Ali meminta Ronnie Liu di gugur kan dari Portfolio beliau sekarang sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Bagi saya apa yang dilakukan oleh PAS sentiasa ada sebab sebab tertentu yang mahu menyelamat kan kedudukan parti berkenaan yang nyata telah gagal untuk melunaskan hutang mereka kepada rakyat Selangor.

Janji Hassan Ali sebelum ini mahu menutup kilang arak di Shah Alam sebaik sahaja memerintah negeri Selangor tidak dapat di laksanakan dan jika lihat Selangor sekarang mempunyai banyak tempat tempat berhibur dan kelab kelab maksait tumbuh bagaikan cendawan yang tidak dapat di kawal lagi.

Sekian lama Hassan Ali mendiamkan diri kerana malu untuk menghadapi rakyat setelah beliau menyedari apa yang di janjikan sewaktu kempen pilihan raya tidak dapat di laksanakan dan keadaan menjadi bertambah buruk. Kita lihat sahaja di Gombak , kawasan Hassan Ali sendiri, berapa banyak SPA urut Tradisonal yang sebenarnya menawarkan urutan Ping Pong masih menjalankan kegiatan yang tidak bermoral ini. Di mana Hassan Ali apabila gajah di hadapan mata sendiri sukar untuk dilihat. Ronnie liu adalah sebenarnya satu helah untuk mengelabui mata rakyat yang sudah kecewa dengan Hassan Ali.

Hassan Ali sendiri mungkin kecewa kerana pada satu ketika dahulu , beliau adalah nama yang disebut sebut akan menerajui kerusi Menteri Besar Selangor, malangnya PAS tidak memperolihi kerusi yang banyak berbanding kan PKR di Selangor.

Rakyat sebenarnya bukan menyokong perjuangan PAS, Rakyat hanya memberikan undi Protes kepada PKR. PAS di Selangor tidak lah sehebat mana. Hassan Ali juga pernah di tolak oleh pengundi Sungai Burung.

Selain dari itu , saya juga merasakan tujuan kes Ronnie ini sengaja di perbesar kan bagi mengelak PAS terbabit dalam isu skandal Rasuah DAP. PAS Selangor sudah merasakan bahawa rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada kerajaan PR di Selangor dan Hassan Ali mungkin sudah mencongak bahawa Ronnie pasti akan sangkut dalam kes Rasuah ini.

Sebelum PAS Selangor terbabit dengan isu rasuah Ronnie Liu adalah lebih baik Hassan Ali mendahului rakyat untuk menunjukkan tentangan kepada Ronnie.

Hassan Ali mengharapkan agar keyataan nya dapat menyembunyi kan kelemahan PAS selama ini yang langsung tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan kerajaan Selangor dan mereka hanya lah pelengkap kepada kejayaan PR menawan Selangor.

Malahan Hassan Ali sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memperjuangkan hak rakyat Khususnya pengundi di DUN Gombak.

Hassan Ali kini tidak lebih dari wakil rakyat Boneka yang hanya dapat menelan air liur kerana tidak mempunyai suara bagi menyuara hak rakyat Gombak di bawah Hassan Ali bertambah parah daripada Gombak ketika di kuasai oleh BN, Tidak ada sebarang pembangunan baru, malahan yang ada tidak terjaga dan terbiar. Hassan Ali juga sukar ditemui.

Tidak ada bezanya ketika Dato Ismail Kamus menjadi Wakil Rakyat Pas satu ketika dahulu. Kesimpulan nya kita boleh mengatakan bahawa Hassan Ali gagal dalam tugasan beliau sebagai wakil rakyat Gombak.

Oleh : KPMU
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. SALAM.

    MB KEDAH JUGA APA KURANGNYA MENGALAHKAN PELAKUN SUPER STAR.

    APA JUGA MASALAH BERBANGKIT DIA PUKUI ..SAYA..TAK..TAU..APA.

    DR HASAN ALI LAIN JUGA...TAK ADA LE PULA NAK CAKAP SAYA TAK TAU APA-APA...MACAM ALASAN MB PAS YANG DOK BAGI LA...

    ReplyDelete
  2. seposen pun aku tak caya kat hasan ali dan puak2 PAS...

    ReplyDelete
  3. salam.

    Percaya jauh api dari panggang puak2 ni...cuma Hasan Ali boleh sikit bersuara selain saya..tak tau..apa..apa..! Aku dah meloya mendengaq MB Kedah cara dia beri alasan.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.