Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, August 11, 2009

PAS Semakin Haprak.....?

Semakin lama PAS dalam PR, semakin 'haprak' lah perjuangan Islam yang dibawa PAS.....

Itu sahajakah yang termampu dilakukan oleh PAS Selangor.....? Takkan hanya mampu mendesak je dan akhirnya segala-galanya hampeh. Sudah saya nyatakan banyak kali dalam beberapa artikel sebelum ini di mana bagi saya PAS di dalam Pakatan Rakyat hanya sekadar melukut di tepi gantang.

Kini, seperti yang dijangka, setelah PAS ketandusan jalan dan idea, demi menutup kelemahan dan kemaluan, PAS seperti biasa mengalihkan perhatian umum dengan mengatakan bahawa segala-galanya berpunca dari kegagalan UMNO dan BN. Kononnya kerajaan BN sendiri telah gagal menangani isu arak ini walaupun memerintah negara lebih 52 tahun.

PAS bersama rakan sekutunya dalam PR sepatutnya menggunakan peluang sebagai kerajaan di beberapa buah negeri untuk melaksanakan setiap manifesto parti serta menunaikan setiap janji yang telah ditabur. Umum mengetahui bahawa hala tuju asal PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Jadi sudah sampai masanya untuk PAS memulakan langkah awal melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri yang dikuasai. Sekurang-kurangnya PAS boleh mulakan dengan dasar-dasar yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sebagai contoh, beberapa undang-undang terutama yang berada di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran boleh diselaraskan mengikut hukum dan kaedah Islam.

Tidak perlu pergi lebih jauh, PAS sepatutnya sudah mula menggubal akta pusat hiburan, akta perlesenan, akta perniagaan, undang-undang syariah dan banyak lagi mengikut lunas Islam dan semua ini adalah di bawah hak kerajaan negeri. Jadi tidak ada sebab untuk PAS menyalahkan kerajaan pusat melainkan PAS sememangnya mahu mencari alasan untuk melindungi kegagalan mereka. Rasanya PAS tidak perlu menanti sehingga menjadi kerajaan pusat baru mahu melaksanakan segala manifesto.

Masalahnya sekarang adalah di mana letaknya suara PAS dalam Pakatan Rakyat? Seluruh rakyat Malaysia sedar akan situasi di dalam Pakatan Rakyat di mana 3 buah parti utama yang berbeza hala-tuju, berbeza matlamat, berbeza asas perjuangan telah bergabung demi untuk menjadi sebuah kerajaan alternatif. Ia samalah seperti 3 nakhoda di dalam sebuah kapal.

Apa yang membingungkan sekarang adalah kegagalan PAS untuk menonjol di dalam PR. Tidak dinafikan bahawa individu yang menjadi tonggak dan simbol dalam PR adalah Anwar Ibrahim. Tetapi kuasa yang memonopoli dan mempengaruhi setiap keputusan seta tindakan adalah terdiri di kalangan DAP. Jadi apa fungsi PAS sebenarnya?

PAS sepatutnya sudah mula sedar akan kegagalan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Pendapat sahabat saya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafidz Nordin yang mahu PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat perlu diambil kira dan diberi penekanan khusus. Rakyat sebenarnya sudah mula dapat melihat apa yang bakal berlaku kepada negara sekiranya ditakdirkan PR yang mempunyai 3 nakhoda berkuasa dan menjadi kerajaan pusat.

PAS perlu insaf dan kembali ke landasan asal. Sudah sampai masanya untuk PAS muhasabah diri. PAS selama ini merupakan simbol kepada perjuangan berteraskan Islam malah rakyat Malaysia mengenali PAS yang sinonim dengan agama Islam. Tidak sepatutnya PAS menggadaikan maruah dan menjatuhkan martabat agama Islam hanya untuk bersekongkol dengan PKR dan DAP yang jelas mempunyai objektif yang bertentangan. Melainkan PAS sememangnya sudah kemaruk kuasa dan amat kepingin untuk memerintah hingga sanggup mengenepikan matlamat perjuangan Islam yang asal.
Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. Lim Kit Siang, mana lu sudah pergi? Lu kena halau oleh Azizan tu ke?

    http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newspolitic.php?id=431935

    Kedah Gerakan Youth Wants Kit Siang To Explain Meeting With MB


    ALOR SETAR, Aug 11 (Bernama) -- DAP Parliamentary Leader Lim Kit Siang has been asked to announce the outcome of his meeting with Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak on the Kedah government's requirement for a higher quota of houses to be reserved for bumiputeras in housing schemes.

    Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang said the meeting was concluded over a month ago but Lim had yet to make public the outcome pertaining to the raising of the quota from 30 to 50 per cent.

    He said it was important for Lim, who is also Ipoh Timur Member of Parliament, to explain the outcome to the public instead of making a joint statement with Azizan.

    Six months after helming the Kedah government following the general election last year, Azizan announced a new housing policy which required developers to allocate 50 per cent of the houses in their projects to bumiputeras effective Sept 1 last year.

    The Kedah/Perlis branch of the Real Estate and Housing Developers Association (Rehda), however, protested the idea.

    Recently, Azizan was reported as saying that the quota issue had been finally resolved after he explained the state government's stand to Lim during their meeting in Kuala Lumpur on July 9 this year.

    "The Kedah executive council meeting should have been able to decide on the abolition of the policy within a month after the meeting, but nothing has been forthcoming," Tan said.

    --BERNAMA

    ReplyDelete
  2. salam:

    Haprak boleh tahan lagi...aku takut dah setaraf "PARIA" menjadi talibarut pada bangsa DAP.

    Kerana dalam sejarah...Talibarut ini kerja rasmi orang yang tak ada peganggan, mereka suka kerja2 pecah belah.

    Sebab disitulah mereka dapat mencari peluang menonjol diri sebagai pejuang...

    lagi satu kerja talibarut ini sudah sejiwa dengan melayu.

    faham-fahamlah no sapa talibarut tu..

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.