Kekalahan BN di Permatang Pasir seakan-akan sudah dijangka. Namun kalah dengan undi majoriti 4551 diluar jangkaan termasuk dari pemimpin PAS sendiri. Anwar tetap mempertahankan reputasinya di Permatang Pasir (PP) memandangkan kawasan berkenaan di bawah Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya.
Kekalahan BN di PP bukannya kali pertama. Kali ini sudah masuk yang ke-7. Bak kata, seperti perlawanan bola sepak pusingan piala Dunia, Malaysia tewas kepada pasukan Vietnam, 7-0. Pasukan Vietnam yang 'naik basikal' pun Malaysia boleh kalah.
Sama dengan PAS. Apa yang telah PAS lakukan di sana! UMNO gagal mengupas isu kegagalan Pakatan dan Anwar-Hadhi-Nik Aziz-Lim Guan Eng Berjaya menyembunyi masalah yang wujud di kalangan mereka. Mereka semua menjelma sebagai pejuang walaupun saling berkelahi sesama sendiri dalam sebuah kapal.
Kalau di Permatang Pasir, punca kekalahan dilihat dalam beberapa sebab:
- Kawasan kubu kuat Anwar Ibrahim masih utuh sejak dia menceburi politik. Kalau Anwar dalam BN dahulupun, PAS dan DAP gagal mengambil kawasan berkenaan.
- Undi hantu kira-kira 3ribu orang. Bayangkan satu rumah ada yang tinggal sehingga 30 orang macam rumah setinggan yang dihuni oleh orang Indo dan Myanmar! Kalau kita tolak undi hantu sebanyak 3,000 orang sudah tentu majoriti masih sekitar 1000 lebih. Jadi PAS masih tetap menang walaupun tanpa undi hantu. Satu lagi, undi hantu masih setia pada Anwar.
- Isu yang dibawa oleh Anwar Ibrahim berjaya memikat hati pengundi dan penduduk kampung.
- Isu calon BN yang digelar sebagai perompak oleh PAS.
- Kepimpinan PM, Najib dan TPM, Muhyiddin masih belum banyak membantu walaupun mereka bekerja keras memajukan Negara. Pilihanraya kecil tak sama dengan pilihandaya umum kerana isu negara diambil perhatian. Kalau PAS menang Malaysia tetap diterajui oleh BN an sama juga kalau BN menang di PP, Pulau Pinang tetap diperintah oleh komunis DAP.
- Peranan media masih belum berjaya mempengaruhi minda penduduk di sana.
- Masalah dalaman yang dihadapi oleh MCA mengenai isu PPFZ di Klang diperbesarkan.
Pengundi Cina lebih gemar dengan perjuangan PKR untuk taraf kesamarataan masih menebal. - Pembangunan yang cuba dibawa oleh BN di Permatang Pasir seolah-olah ‘tidak ada pembangunan tak apa’.
- Persepakatan antara Pakatan lebih kelihatan berbanding UMNO dengan MCA, MIC dan Gerakan. Isu perbalahan dan perebutan kuasa antara presiden dalam PPP juga dijadikan isu kerana BN gagal menyelesaikan masalah dalaman.
- BN dan UMNO gagal mengaitkan isu peribadi Anwar Ibrahim termasuklah mengambil Saiful Bukhari berceramah di PP. Pakatan Berjaya mengambil rakan kongsi Rohaizat, iaitu Yusri untuk memburukkannya walaupun saat akhir Yusri membuat kenyataan yang bertentangan dengan membela Rohaizat.
Pada mulanya PAS dan DAP sendiri tidak yakin dapat mempertahankan undi majoriti sebanyak ini. PAS kata kita hendak menang walaupun dengan satu undi. DAP kata, pertandingan ini melibatkan 50:50. Namun, isu peribadi calon BN banyak membantu kemenangan PAS. Lain kali calon BN jangan pakai ambil sauk aje.Lebih baik BN letak calon yang rendah pendidikan seperti Abang Uji di Manik Urai asalkan BN memperolehi kemenangan.
Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil punca kekalahan BN. Kekalahan demi kekalahan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kini pudar. Penyokong pula sudah tidak ada motivasi dan rakyat Malaysia akan melihat kekalahan BN seolah-olah BN akan menjadi pembangkang pada satu hari nanti.
Namun harus diingati, kejayaan meraikan kemenangan pernah dikecapi semasa pemerintahan Pak Lah.
Semasa pilihanraya kecil pada zaman Pak Lah, Pakatan asyik kalah saja, namun apabila pilihanraya umum diadakan, lain jadinya. Pakatan menang besar. Mungkin ini boleh berlaku kerana kejayaan Pakatan akan menyebabkan mereka berada di zon selesa sedangkan pengundi menilai pemimpin mereka lima tahun sekali.
Lagipun isu nasional seperti masalah di Selangor belum mendapat tempat. untuk pengundi PP memangkah BN. Kepincangan di Kedah mengenai isu babi, isu syurga oleh Nik Aziz, rusuhan di ibu Negara baru-baru ini, masalah Kg Buah Pala, isu lompat oleh calon PKR- Radhzi dan lain-lain lagi seolah-olah tidak menyentuh hati pengundi untuk protes dari PAS kepada UMNO dan BN.
‘Aura’ di Manik Urai tidak berlaku di PP. Namun ‘aura’ Manik Urai telah menunjukkan undi orang Melayu beralih dari PAS ke UMNO. Sokongan pada PAS juga 'sedikit merosot'. Bahkan sepanduk UMNO di MU lebih tajam berbanding sepanduk di PP. Kenapa di PP, sepanduk UMNO kelihatan lembik?
Namun BN dan UMNO kira berjaya kerana mengurangkan majoriti dari 5000 lebih kepada 4551. Mungkin itu atas usaha perayu undi yang mengadakan kempen rumah ke rumah.
Pada lain masa, BN perlu agresif dalam ceramah dengan menjemput musuh-musuh Anwar, ulama, tokoh korporat, orang Cina yang berpengaruh dan sebagainya untuk bersaing penonton dengan Pakatan.
Apa salahnya BN menjemput Radhzi berceramah walaupun dia menjadi wakil bebas!!! Apa salahnya menjemput Dr. Redhuan Tee Abdullah untuk menyuruh orang Islam bersatu dan menangkis tomahan terhadap UMNO oleh DAP. Kenapa tidak menjemput Dr Chandra Muzafar dan Ezam untuk memberitahu siapa Anwar sebenarnya?
Ini semua tak dilakukan, jadi inilah hasilnya. Bak kata PM, Najib, kalau hendak menawan semula negeri yang dikuasai oleh Pakatan, kita (BN) perlulah menunjukkan kesungguhan, kalau tak ia jadi angan-angan.
Abe.....
Ya betul cakap nko, setakat ceramah soal pembangunan dan menavur janji tidak bermakna. Ezam dan Dr Chandra mesti turun membongkar siapa Anwar...
ReplyDeleteeXception - Bukan Sekadar Blog Picisan