Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, August 25, 2009

ANTARA PARTI DAN SETIAKAWAN

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pengisytiharan oleh YB ADUN Lunas keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas. Pelbagai komen dan tohmahan kedengaran baik di media massa ataupun di internet, ada yang puji ada yang keji.

Tindakan beliau adalah berdasarkan prinsip dan semangat setiakawan, “You go I go” begitulah lebih kurang apa yang dimaksudkan oleh beliau. Bagi beliau semangat setiakawan adalah lebih penting daripada segala-galanya di dalam politik. Wang ringgit boleh dicari tetapi kawan dan sahabat di masa susah adalah sukar dicari. AJK PKR Padang Serai yang mengisytiharkan keluar parti baru-baru ini merupakan mereka yang telah banyak membantu dan menyokong YB Radzhi Salleh semasa dan selepas PRU 12 yang lepas.

AJK Padang Serai yang meletakkan jawatan merupakan mereka yang tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Badan Perhubungan PKR Kedah. PKR Padang Serai yang tidak mempunyai masalah serius berbanding PKR Baling secara tiba-tiba telah digantung oleh Badan Perhubungan PKR Kedah. Itu yang menimbulkan persoalan kepada mereka. Apa salah mereka?. Kenapa mereka di anak tirikan oleh PKR Kedah?. Kenapa rayuan mereka selama ini agar Padang Serai tidak digantung tidak dipedulikan oleh PKR Kedah?. Adakah PKR Kedah sedang dalam proses PengABIMan dan PenJIMan?

Atas dasar prinsip dan semangat setiakawan itu YB Radzhi Salleh telah bersama-sama keluar PKR dengan AJK PKR Padang Serai.

Pemimpin dan penyokong PKR yang fanatik dan berfikiran katak bawah tempurung telah melancarkan serangan peribadi dan fitnah yang bertali arus yang bertujuan untuk memburukkan YB Radzhi Salleh. Namun masih ada pemimpin PKR yang berfikiran terbuka dan rasional seperti YB Zulkifli Nordin yang memahami apa yang berlaku dan tidak berprasangka buruk. Rata-rata kepimpinan PKR yang lain minda mereka telah beku dan hati mereka mungkin telah bersarang dengan iblis dan syaitan.

Kepada Allah SWT kita berserah. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya Allah SWT yang layak menghukum siapa yang benar dan siapa yang salah. Manakala yang terbaik untuk kita hamba yang lemah ini adalah memaafkan dan bertawakkal, “Ikut rasa binasa, ikut hati mati”.

Allah hu’alam bissawab.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.