Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, August 3, 2009

Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah (UPKNK) Lengang.


Hari ni aku menjengah ke UPKNK nak dapatkan kalau2 ada naskah Warta Daru Aman keluaran terbaru. Malangnya hampa. Bukan saja warta tak ada, malah staff dia pun ramai hilang. Hati aku berkata mungkin semuanya sibuk buat kerja luar.

Mengendap punya mengendap, UPKNK sekarang ni dah tak terurus, lintang pukang dan banyak masalah dalaman. Antara hasil terjahan yang aku dapat:

  1. Urusan sambung kontrak kerja belum selesai.
  2. Gaji dah 3 bulan tak dapat.
  3. Kenaikan penyelarasan gaji tak selesai.
  4. Nak kenaikan gaji tapi skill grade tak ikut piawaian SPA.
  5. Timbalan Pengarah selalu hilang.
  6. Org yg ada degree mungkin tidak disambung kontrak.

Ini terjahan yang aku dapat. Betul ka tidak ianya terjahan saja. Insyallah akan aku dapatkan buktinya. Tapi bila aku rujuk dekat pejabat YB Dato' Amiruddin selaku exco penerangan, apa pun depa tak buat lagi. Kertas kerja penyelarasan gaji dan pangkat dah kena reject lama dah. UPKNK kena guna pakai skim lama punya kalau semua nak kekal kerja bersama UPKNK.

Cuma UPKNK ni ketegaq sikit, nak fight dan mendesak supaya Kerajaan Negeri guna pakai skim baru seperti yang mereka cadangkan. Tak dapat melalui exco, depa nak desak melalui Dewan Harian PAS.

Lagu ni punya perangai UPKNK, baik semua letak jawatan la..... Patut la sejak kebelakangan ni nak dapatkan Warta Darul Aman cukup susah. Dulu kat pusat khidmat DUN PKR cukup senang dapat tapi la ni hampeh...... Nak kalu pi cari kat pusat khidmat DUN PAS mesti ada punya. Tambah pulak ada setengah kawasan tak dapat langsung. Pejabat daerah dan perbandaran pun ada yang tak dapat. Dengaq kata UPKNK dah dibekalkan 2 buah van baru.

Muhasabahlah diri tu.....

Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. Salam.Hari ini mungkin PAS merasa lega kerana PAS dah berjaya terajang habih kuncu-kuncu PKR yang rapat dengan YB PKR padang serai.

    Lagi pun...masih banyak lagi suku sakat PAS yang belum berkerja.Inilah peluang mengisi suku sakat mereka.

    wassallam

    ReplyDelete
  2. Van tu dah ada dah. Kalau nak tengok, depa parking di blok D.

    ReplyDelete
  3. Tambahan pulak, van tu bukan pi mana pun, hat sebiji tu dah ada barang dalam dia. depa tutup dengan kain. Dengaq kata 'benda' tu PA sistem.
    Hat sebiji lagi depa guna p pameran di Sungai Petani. La ni duk ada di situ.
    Hasil maklumat org yang pegang kunci simpanan, meter van tu tak sampai pun 700km. Hat sebiji tu cuma 500 lebih saja.
    Dengaq kata lagi, rekod menunjukkan van hat 700 km tu depa bawak p kolumpur, bukan p demo tapi pi ambik warta utk program di Sik....
    Ish ish ish , berani depa bawak pi Kolumpur tak pakai drebar protokol.
    Sungguh ka?... sungguh kaa?... sungguh kut....

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.