Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, August 5, 2009

PAS SELANGOR MINTA DIHARAMKAN ARAK , PAS KEDAH BILA LAGI?

Pas Selangor mengesa Kerajaan PR Selangor mengharamkan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di seluruh Negeri Selangor (Baca di sini).

Apa pula ceritanya dengan PAS di Kedah?. Setelah hampir 2 tahun mentadbir Negeri Kedah, Kerajaan Pakatan Rakyat yang ditunjangi PAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengharamkan penjualan arak di Negeri Kedah. Sekurang-kurangnya di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Di Kedah sehingga kini bukan setakat penjualan arak malah terdapat banyak pusat hiburan yang rata-ratanya menjual arak dan boleh dikunjungi oleh orang-orang Islam. Sebagai contohnya di Langkawi, arak dijual secara terbuka dan dikatakan ramai anak muda melayu terlibat dengan ketagihan arak.

Akhbar harian Sinar juga pernah menyiarkan berita bahawa terdapat banyak iklan arak di kawasan Pantai Chenang Langkawi.

Bagaimana dengan kawasan-kawasan lain seperti Sungai Petani dan Alor Setar?. Tidak kurang juga banyaknya premis-premis menjual arak dan pusat-pusat hiburan yang menjual arak dan orang-orang Islam bebas mengunjungi pusat-pusat hiburan berkenaan.

Adakah PAS menggunakan Islam hanya sebagai modal politik untuk meraih sokongan orang-orang melayu tetapi tidak berani pada hakikatnya untuk melaksanakan hukum Islam.

PAS Kedah yang menunjangi kerajaan PR di Negeri Kedah sewajarnya telah membuat satu garis panduan yang jelas mengenai penjualan arak khususnya di kawasan-kawasan majoriti melayu. Namun sehingga kini masih belum ada sebarang garis panduan berhubung penjualan arak dan pusat hiburan dikeluarkan oleh kerajaan PR Kedah.

Adakah PAS hanya menggunakan Islam sebagai modal politik untuk meraih sokongan orang-orang Melayu?.

Adakah PAS Kedah takut kepada bantahan DAP dan takut kehilangan sokongan orang-orang bukan Melayu di Kedah?.
Print Friendly and PDF

5 comments:

  1. Tarak pasai la PAS nak haramkan arak, judi kat Kedah ni.

    Kan MB Kedah dah bagi tau, Kedah mana sama dgn Kelantan. Kedah serupa bini duk dalam pantang lagi, Kelantan anak depa dah masuk ITM dah.

    Kalau pi tanya kat orang PAS pun, depa buat-buat sakit perut bila dengar soalan ni. Terus tukar topic pasal ISA.

    ReplyDelete
  2. SALAM: Astaqfirullahala'zim.....Bila? nak haram arak dan judi? Jangan buat cerita Lawak gila...

    MB PAS dah bagi awai-awai lagi dah bagi tau kat penyonkong depa.Haram Arak dan Judi bermakna PAS nak korek Kubur sendiri...Sapa nak sokong Depa lagi..Cina,hindu tentu lari..CARI MATI!

    Jadi kesimpulannya jangan dok berangan nak haram judi...nak tambah lagi premis judi mungkin ada lagi...Nak haram judi jangan dok mimpi...

    Kuasa tohan bukan ada lagi...semuanya kerana undi.


    Habis tu...? PAS nak Haram judi..tentulah jawabnya tak haramlah judi....dan arak lagi.

    Tunggulah PAS tersungkur nanti masa tu...PAS kalut nak haram arak dan judi...time tu boleh maki!

    sapa yang perintah negeri!!!!

    ReplyDelete
  3. Kita sokonglah tulisan ini.

    Pada masa yang sama kenapakah pihak UMNO yang mengetuai kerajaan pusat tidak berusaha untuk menutup kilang arak di Selangor serta pusat perjudian terbesar di Genting???

    Kenapakah pihak UMNO tidak meminta atau menasihatkan ahli lembaga pengarah syarikat arak yang terdiri daripada beberapa individu islam menarik diri daripada syarikat tersebut???

    Kenapakah baru sekarang kita bising berkenaan penjualan arak serta berlambaknya pusat hiburan yang merosakkan ramai umat islam sedangkan semasa UMNO/BN menjadi pemerintah di Kedah tidak ada suatu inisiatif pun untuk bertindak???

    Adakah media UMNO/BN boleh memberi liputan yang positif jika kerajaan PAS bertindak menutup pusat judi dan kedai arak????

    Moga ALLAH memberi petunjukNYA kepada semua pemimpin beragama islam di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Salam, Mansor,aku pula nak tanya hang.

    Awat perangai orang PAS bilamana depa sendiri jammed terkedu dgn masalah yg perlu depa tangani diatas amanah yg telah diberi, depa suka divert pula masalah adalah berpunca dari UMNO? PAS bukan pegang kampung oi.., depa dah pegang negeri. Kuasa tak ada ka?? Buatlah apa yg nak buat, nak guna stadium ka.., gunalah. Dulu duk gaduh sangat. La.., takdak sapa nak bantah. Contoh kilang arak kat Selangor. Selangor sapa perintah? Hah! Buatlah apa yg patut. Hangpa nak demo ka.., pi lah ramai-ramai kat depan kilang tu. Tidoq ramai-ramai tengah jalan.. Confirm Umno tak kacau. Kut PAS sendiri kut tak mau buat, pasai takut undi cina hilang. Hang buat-buat tak tau pulak Mansor. Hang pun dah pandai putar alam.

    Hang duk gaduh pulak orang bising pasai arak/judi, dah tu hang persoal pula Umno tak bertindak awai-awai dulu. Ni cek oi.., sapa yg duk hingaq kuat sebelum ni sebelum dapat kuasa? Sapa duk janji syariat Islam? Nak habaq mai, yg mengundi bagi amanah kat hangpa perintah ni orang PAS saja ka? Melayu Umno pun pangkah hangpa pasai duk baik sangka, bagi benda elok. Buat la..Duk kona-kona apa..

    Doa lah sama-sama, jangan duk ada pemimpin munafik, tak kira dia pakai kepiah ka.. serban ka.. Kena peringat diri saja, orang tak tinggai sembahyang pun ada yg masuk neraka..

    Matlamat tak menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  5. Aku perhatikan sejak awal-awal lagi, semua pemimpin Melayu Islam dari UMNO, PAS dan PKR menyedari dan memahami tanggungjawab terhadap Islam dan bangsa Melayu. Mereka rata-rata merasa cukup kecewa kerana gagal menggunakan kedudukan masing-masing bagi menjaga kepentingan agama Islam, khasnya, dan bangsa Melayu.

    Kita yang berada di “luar” inipun kalau diberi peluang untuk memerintah akan terus menghadapi masalah yang sama. Ketidakupayaan melaksanakan pemerintahan mengikut kehendak Islam, lantaran andaian yang mungkin tak tepat.

    Tetapi itu tidak bererti kita terus-terus mencari alasan untuk tidak melaksanakan undang-undang berlandaskan Islam. Sepatutnya pemimpin-pemimpin Melayu Islam berusaha bersungguh-sungguh dan jangan sekali mengambil pendekatan murahan, membuat alasan gampang: “kalau ditutup itu dan ini (kerana mengikut kehendak Islam) nanti hilanglah peluang memerintah………(kerana perbuatan itu nanti akan ditentang orang-orang bukan Islam - juga mungkin hanya andaian semata )

    Jadi kerana takut hilang undi dan kuasa, pemimpin-pemimpin Islam terpaksa “menolak” Islam.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.