Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, August 3, 2009

Antara Yang Hak Dan Yang Bathil.

Isu balak di Kedah semakin hangat akhir-akhir ini apabila secara tiba-tiba Setiausaha Politik MB Kedah telah campurtangan. Sungguhka hairan dan terkejut apabila Setiausaha Politik MB Kedah yang tidak ada kaitan dengan isu balak Kedah tiba-tiba melenting dan meluru ke depan dengan membuat penulisan di blog dan membuat kenyataan media.

Sungguhka cuba merungkai apa kaitan Setpol MB Kedah dengan isu balak ini?. Daripada dokumen yang ada pada Sungguhka berkaitan isu balak Kedah ini Sungguhka dapati tiada langsung nama Setpol MB Kedah dikaitkan. Hairan bin Ajaib.

Pelbagai persoalan timbul di fikiran Sungguhka, walaupun hanya hyphotesis tetapi boleh diambilkira untuk kita sama-sama merungkaikan persoalan ini. Mari kita sama-sama lihat kemungkinan-kemungkinan yang ada.

Pertama, ada kemungkinan Setpol MB Kedah ini diarahkan oleh bos beliau untuk membersihkan nama Pejabat Menteri Besar Kedah yang telah sedikit tercemar akibat perbuatan pegawai-pegawai beliau.

Kedua, ada kemungkinan Setpol MB Kedah ini merasakan beliau wajar mempertahankan Che Had Dali yang merupakan bekas bos beliau semasa beliau bekerja dengan firma jurunilai kepunyaan Che Had.

Ketiga, tidak boleh tidak kita menolak kemungkinan bahawa Setpol MB Kedah ini juga mungkin terlibat di belakang tabir dalam isu konsesi balak Kedah ini dan beliau juga “ada bahagian” dalam hasil balak tersebut.

Keempat, adakah campurtangan Setpol MB Kedah ini menunjukkan bahawa syarikat Metro Sunview hanyalah “kenderaan” yang digunakan oleh MB Kedah untuk mengaut keuntungan peribadi atau untuk PAS Kedah?.

Empat hyphotesis yang dinyatakan di atas bukan satu tuduhan tetapi hanya kemungkinan yang perlu semua pembaca renung dan nilai apakah sebab dan musabab campurtangan Setpol MB Kedah dalam kes isu balak ini, bak kata pepatah, “kalau tiada angin masakan pokok bergoyang”?.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka yang terlibat seperti AY Trading, Che Had Dali, Roslizan dan pengarah-pengarah Metro Sunview yang lain langsung tidak ke depan untuk menjawab isu ini. Adakah mereka telah mendapat arahan untuk menutup mulut supaya tidak berlaku percanggahan dalam jawapan yang mereka berikan atau agar fakta-fakta lain yang masih belum diketahui umum tidak terbocor?. Allahu ‘alam bissawab.

Yang peliknya Setpol MB Kedah yang tidak terlibat dalam isu balak ini lebih melenting dan lebih “kalut” akan isu ini?. Pihak yang terlibat langsung tidak bersuara. Nampak macam “lebih sudu daripada kuah”.

Apabila Setpol MB Kedah membuat kenyataan Media melalui saluran TV tempatan baru-baru ini, Sungguhka tertanya-tanya kenapa CH Lim tidak hadir bersama semasa kenyataan media tersebut diadakan?.

Kenyataan media itu hanya untuk membacakan surat CH Lim yang kononnya menafikan penglibatan beliau dalam saman terhadap AY Trading dan Metro Sunview. Adakah dengan hanya kehadiran “surat” CH Lim dapat menyakinkan rakyat Kedah bahawa Metro Sunview tidak terlibat?.

Cara atau strategi yang digunakan oleh Setpol MB Kedah dalam cubaan menangkis isu balak ini menyamai strategi yang digunakan oleh MB Kedah semasa mengumumkan perletakan jawatan bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam dahulu.

Pada masa itu satu sidang media telah dibuat oleh MB Kedah hanya untuk menunjukkan surat perletakan jawatan bekas ADUN tersebut manakala bekas ADUN tersebut sendiri tidak hadir semasa sidang media diadakan. Banyak pihak yang tertanya-tanya kenapa bekas ADUN tersebut tidak hadir semasa sidang media tersebut diadakan, adakah benar ADUN tersebut meletak jawatan dan adakah perletakan jawatan beliau secara sukarela. Bekas ADUN tersebut tidak dapat dikesan sehingga selesai pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau.

Adakah CH Lim juga akan “hilang” selepas ini seperti mana “kehilangan sementara” bekas ADUN Bukit Selambau dulu?. Kita tunggu dan lihat.

Turut hadir semasa sidang media tersebut adalah peguam Mursyidah dan Setiausaha Akhbar MB Kedah (kenapa tidak Setiausaha akhbar MB sahaja yang buat kenyataan?).

Apa yang kita sedia maklum peguam Mursyidah adalah peguam yang menjadi saksi perjanjian antara AY Trading dan Metro Sunview. Adakah seorang peguam yang menjadi saksi kepada sesuatu perjanjian boleh memihak kepada mana-mana pihak dalam perjanjian tersebut semasa isu berkaitan perjanjian tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah?.

Sebagai orang biasa yang tidak mahir berkenaan undang-undang kita merasakan ianya tidak adil bagi satu pihak lagi.

Dalam pada itu sidang media yang diadakan oleh Setpol MB Kedah menimbulkan dua persoalan.

Pertama, adakah surat tersebut benar-benar ditandatangani oleh CH Lim?. Sekiranya benar CH Lim menandatangani surat tersebut adakah surat tersebut ditandatangani secara sukarela oleh CH Lim tanpa sebarang janji atau ugutan oleh mana-mana pihak?.

Kedua, Sekiranya benar CH Lim tidak terlibat dengan saman yang dikemukakan terhadap AY Trading dan Metro Sunview kenapa CH Lim sebagai pihak yang menuntut tidak hadir ke mahkamah pada tarikh kes tersebut dibicarakan untuk menjelaskan kepada hakim dan menarik balik kes tersebut?.

Boleh dirumuskan di sini bahawa tindakan mendapatkan surat daripada CH Lim tidak lebih daripada langkah “terdesak” yang diambil oleh Setpol MB Kedah dalam cubaan untuk menangkis saman terhadap Metro Sunview dan cuba memulihkan imej pejabat MB Kedah yang tercalar.

Namun Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan daun pisang.

Surat CH Lim hanya menafikan beliau terlibat dalam tindakan mahkamah terhadap Metro Sunview tetapi tidak menafikan beliau ada membuat perjanjian dengan AY Trading dan tidak menafikan beliau membuat pembayaran kepada Jabatan Hutan bagi pihak AY Trading sebanyak RM10,000.

Metro Sunview juga tidak menafikan ada membuat perjanjian dengan AY Trading untuk mengeluarkan balak daripada kawasan konsesi balak yang diperolehi oleh AY Trading.

Renung-renungkan.....
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. Pertama, ada kemungkinan Setpol MB Kedah ini diarahkan oleh bos beliau untuk membersihkan nama Pejabat Menteri Besar Kedah yang telah sedikit tercemar akibat perbuatan pegawai-pegawai beliau.

    Kedua, ada kemungkinan Setpol MB Kedah ini merasakan beliau wajar mempertahankan Che Had Dali yang merupakan bekas bos beliau semasa beliau bekerja dengan firma jurunilai kepunyaan Che Had.

    Ketiga, tidak boleh tidak kita menolak kemungkinan bahawa Setpol MB Kedah ini juga mungkin terlibat di belakang tabir dalam isu konsesi balak Kedah ini dan beliau juga “ada bahagian” dalam hasil balak tersebut.

    Keempat, adakah campurtangan Setpol MB Kedah ini menunjukkan bahawa syarikat Metro Sunview hanyalah “kenderaan” yang digunakan oleh MB Kedah untuk mengaut keuntungan peribadi atau untuk PAS Kedah?.

    Kelima, selama ni Setpol yang lebih berkuasa dan mengatur semua kerja MB Kedah. MB cuma tikam turut saja.

    Keenam,

    ReplyDelete
  2. Awat MB Kedah sebelum ni duk jawab,'Saya tak tahu' ?????

    Sungguh ka Che Had ada bagi pinjam Mercedes S-Class kat MB????

    Patut la......Saya dah tahu...

    ReplyDelete
  3. Nak tolong rongkai persoalan momot sat.

    MB kedah nei "saya tak tau " tu dah jadi tred mark dia dah ! nak lari dari tuduhan..terus guna satu Tred Mark yang rakyat melugai dengaq...

    "saya tak tau apa..apa...ada bukti ? mai saya nak tengok...last2 bukti dah ada...dia jawab macam tu juga...saya tak tau pa..pa...!!!

    alahai MB oi...gunalah perkataan lain sama...!

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.