Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, August 8, 2009

Betoi Ka Kerajaan Kedah Akan Ditumbangkan.....?

Panas atau sengaja nak bagi panas? Kalau baca tang ni, memang panas. Aku ulang tanya sekali lagi; Memang panas atau saja-saja nak bagi panas? Benda sejuk kalau nak bagi panas memang mudah. Cucur yang sejuk gedi, kalau nak bagi panas memang boleh. Nasi sejuk pun semacam. Boh saja dalam belanga. Letak atas dapur. Buka api. Jadi panaslah!

Isu yang tak dak, kalau nak bagi ada juga boleh. Isu boleh dicari dan direka. Isu yang sejuk, kalau nak bagi panas juga boleh. Isu yang basi pun, kalau pandai diadun dan diragi semula, boleh jadi 'fresh' atau segar.

Ada orang sengaja mencipta atau mereka-reka isu untuk menghentam pihak lawan bagi menunjukkan dia bijak berkerja dan pandai dalam menyusun strategi. Kadang-kadang ada orang mengorek isu lapuk dan kemudian memanaskannya. Bila ramai yang memberi fokus kepada isu tersebut, sekaligus akan melonjak dirinya jadi popular. Sesetengah orang memang diketahui mempunyai isu tapi pandai mencari isu lain untuk melindungi atau mengalihkan pandangan terhadap dirinya.

Saya tidak tahu untuk mengkategorikan isu yang ditimbulkan dalam KedahLanie dan dalam blog Setpol Menteri Besar Kedah. Tapi beberapa kepelikan berlaku di dalam mengendalikan isu berkenaan.

Kenapa Ketua Whip DUN Kedah, perlu memanggil semua ADUN PR untuk menyatakan solidariti mereka, sedangkan yang dikhabar anginkan untuk melompat hanya beberapa ADUN PKR? Cukup mereka yang terlibat saja dipanggil dan diminta menyatakan pendirian.

Pelik juga jika yang mengatur Sidang Akhbar di Mentalon dan menjemput wartawan juga dilakukan Setpol Menteri Besar dan bukannya Setiausaha atau Pegawai Akhbar MB. Bertambah pelik lagi jika soalan-soalan panduan disediakan oleh Setpol, seolah-olah wartawan yang dijemput tiada kredibiliti langsung.

Perkara yang digah-gahkan ini bukan mustahil berlaku. Tapi lojiknya harus diambil kira. Siapa MK dalam kepimpinan UMNO Kedah kini? MK cuma MT UMNO dan Ketua Bahagian yakni secara otomatis sebagai Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Dengan kapasiti itu kita sedia maklum sejauh mana pengaruh dan bidang kuasanya.

Untuk apa dia berhempas-pulas atau sanggup bermati-matian 'membeli ADUN tertentu' kerana dia sendiri cukup yakin bahawa dirinya (buat masakini) tidak mungkin kembali ke Wisma Darul Aman. Masa dan peluang baginya telah berlalu dan tidak mungkin (dalam isu ini) MK mengorbankan apa segala untuk orang lain.

Dicatat oleh Ekeng A/L Etong.

P/S : Betoi kata kau Ekeng. Hairan ya..... pi mana SU Akhbar En. Helmi kita tu. Bodo buat kerja kot..... atau tak tau buat kerja..... atau Pjb MB tak caya kat dia..... atau nasi tambah saja pasai member rekemen kerja..... atau tongkoi..... atau dan atau dan atau.....

Sedangkan kat SU Akhbar pun Sanusi dan Pjb MB tak pecaya, kat Wartawan pun tak percaya jugak. Tak masuk akai langsung SU Politik (SETPOL) buat soalan untuk Wartawan. Seolah-olah WARTAWAN semuanya BODO BUAT SOALAN.

Sanusi.....Sanusi....Sanusi.... apa nak jadi dengan hang ni.....
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. salam:

    Insyaallah..Allah swt akan tumbangkan PAS kedah Tunggu dan lihat.Allah swt tidak pernah mungkir janji dan berbohong sepertimana Kerajaan yang di beri kemenangan yang tdk termimpin oleh PAS...Lalu mereka berdusta dengan hukum Allah.

    Nasib PAS juga akan mengalami seperti Perak.Tunggu Insyaallah segala-galanya dalam Perancangan Allah swt.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.