Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, August 1, 2009

Kes Balak Che Had.

Alhamdulillah akhirnya kes Balak Bukit Kachi telah diberi perhatian sehingga bejaya dibawa ke mahkamah.

Tiada niat pihak Sungguhka nak memburuk atau mencemarkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan PAS seperti yang di tulis di dalam blog Kedahlanie. Hakikatnya kalau dah salah laku dan Sungguhka mempunya bukti yang kukuh, biarlah rakyat tahu betapa telusnya pemerintahan PAS ini.

Sungguhka merasa hairan, yang terlibat dalam kes ini adalah Che Had, Cikgu Zan, Aziz AY Trading, CH Lim dan Ong Choon Seng, tetapi yang menyibuknya adalah Mohamad Sanusi Md Nor (kalau nak tau Sanusi ni adalah Setiausaha Politik kepada MB Kedah). Sepatutnya AY Trading, Metro Vision, Lim dan Seng menyelesaikan masalah ini. Ini terbalik kod pulak. SU Poiltik MB (Sanusi) dan SU Akhbar MB (Helmi) yang lebih sudu dari kuah (membuat sidang akhbar). Persoalannya adakah MB juga terlibat dalam hal ini.....?

Sekali lagi Sungguhka kehairanan, dalam sidang media yang dibuat semalam 31/07/2009 seperti yang disiarka melalui siaran Berita jam 8:00pm TV3, tidak kelihatan pun CH Lim membuat kenyataan. Mengapa ya.....? Teringat aku semasa pengumuman perletakan jawatan Arumugam (Bekas YB Bukit Selambau), hanya MB sahaja yang membuat kenyataan. Di mana Arumugam ketika itu.....? Tektik sama saja.

Sungguhka tak mau komen apa-apa lagi dalam bab ini kerana semuanya telah diserahkan ke mahkamah. Sungguhka ingin menasihati Sanusi supaya jangan cuba mengugut. Biar mahkamah yang selesaikan.

Yang pastinya CH Lim telah terjerat dalam dua keadaan. Kalau dicabar, Sunguhka tidak teragak-agak menghuraikan apa yang berlaku. Kerana kalian semua Dato' Seri Ustaz Azizan panas pungkok..... "Depa gali, depa kambuih la balik..... tak begitu Ustaz.....?".

Print Friendly and PDF

4 comments:

  1. Saya hanya rakyat golongan bawahan, boleh kah saya mendapat penjelasan, bagaimana Metro Sunview mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Lesen Balak? Bukan kah balak di bawah kuasa MB? Kenapa tiba-tiba, keluar syarikat Metro Sunview ini yang menguruskan balak?.. dan juga lain-lain projek perlu melalui Syarikat ini? Pohon penjelasan, kami rakyat bawahan ini pohon penjelasan... dari hal kebajikan... tak perlu lah dipersoal lagi untuk rakyat bawahan ini.. biarlah selagi perut muat untuk masuk seperti setokin... penuhkan lah dulu kocek orang kaya dan golongan atasan... kalau rakyat ditindas tak redha, makanlah hasil tu...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Habis apa kes yang nak bawa ke makamah kononnya tv3 dan blogger2 yang terlibat.Masyaallah puak2 PAS nei.

    Habis cerita ayam dalam econ dah jadi macam mana? Dengarkata exco pertanian dulu yang bijak pembohong dan putaq belit tu dah tukaq portfolio?

    Dah pembohong rayat tukaq oula pi ke portfolio lain pulak...tanaman lumut macammana? sibuk2 ke amerika abok pun tarok pembohong dan putaq belit saja lebih!

    Elok buang saja kopiah atas kepala ganti dengan cawan kopi saja lah....

    dengar cerita usrah tak tentu masa..apa yang depa bincang utunk nak memutak belit rakyat?

    Tak malu ka depa yang bertaraf ustas pembohong dan memutar cakap pada rakyat.

    Tak sampai 100 hari perintah..pembohong..kononnya dah ada berpuluh2 proposal yang diserah untuk depa selidik mana projek yang munasabah last-last projek babi juga menjadi pilihan depa....

    Heran aku bukan kepalang UMNO dulu aku tak pernah jumpa pemimpin dia dok pembohong pada rakyat....tapi dalam PAS..aku dah jumpa inilah rupanya pemimpin yang paling bijak memutaq belit cakap pada rakyat...


    Pada exco-yang bijak dok pembohong dan memutaq belit bertaubatlah...

    ReplyDelete
  3. baca di sini...buat perbandingan

    http://sanusisetpol.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Bab blog Sanusi aku tak tau, tapi macam Sungguhka tulis, pasai pa Sanusi yang sibuk lebih.

    Dia tu takdak kena mengena langsung dalam perkara ni. Sepatutnya Che Had yang jawab.

    Hang makan komisen kot Sanusi oooiii.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.