Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, August 8, 2009

9 Ogos 2009 Tarikh Keramat BN Kedah.....?

Mari kita lihat adakah benar konspirasi yang diwar-warkan oleh PAS Kedah selama hampir 2 tahun ini akan menjadi kenyataan?. Orang tua-tua kata kalau sesuatu perkara itu kerap disebut ia akan menjadi kenyataan. Selalunya perkara yang kita takut berlaku perkara itulah yang akan berlaku.

PAS Kedah sendiri telah hampir 2 tahun hidup dalam ketakutan dan bayangan hitam yang mereka cipta sendiri. PAS Kedah telah hampir 2 tahun berdoa agar peralihan kuasa benar-benar berlaku di Kedah.

Berbeza dengan 16 September Anwar Ibrahim, beliau (Anwar) sendiri yang beriya-iya mengatakan 16 September akan berlaku peralihan kuasa Kerajaan Pusat.

Pada masa itu pihak BN terpingga-pinga kehairanan memikirkan orang bodoh mana yang akan sertai Anwar Ibrahim dan Parti Kepala Rosak (PKR) beliau. BN menafikan spekulasi tersebut dan rakyat Malaysia majoritinya tidak percaya akan berlaku peralihan kuasa Kerajaan Pusat.

Peralihan kuasa kerajaan pusat kepada PR tidak berlaku. Anwar kecewa justeru itu 16 September tidak lagi berani dilafazkan. Angka 16 kini menjadi angka yang memalukan Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Di Kedah lain ceritanya. Sejak setahun lepas PAS Kedah hidup dalam ketakutan, hidup dalam kecelaruan dan tidur dengan mimpi ngeri. PAS Kedah takut berlaku peralihan kuasa. Mereka mula membuat tuduhan melulu, salahkan orang itu, salahkan orang ini, reka cerita sana, reka cerita sini.

Tujuan PAS Kedah hanya satu iaitu untuk menunjukkan cerita mereka benar, tuduhan mereka benar, dan peralihan kuasa akan benar-benar berlaku.

Apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat telah berjaya diyakinkan bahawa satu peralihan kuasa akan berlaku di Kedah maka PAS Kedah akan menganjurkan ceramah dan solat hajat. Pada masa itulah mereka mengambil kesempatan untuk mengutip derma dan sumbangan daripada penyokong mereka yang sedang emosional.

Hasil kutipan pastinya lumayan kerana emosi para penyokong sudah tersentuh.

Kita berdoa semoga hasrat PAS Kedah untuk melihat peralihan kuasa berlaku di Kedah akan menjadi kenyataan.
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. SESEBUAH KERAJAAN, BUKAN CAM POKOK BOLEH NAK TEBANG IKUT SUKA. NAK BAGI TUMBANG. BODOH PUNYA PENULIS

    ReplyDelete
  2. Betoi, Ekeng sokong 99.99%

    Orang tua-tua kata (bukan orang-orang tua no!), sesuatu perkara kalau selalu disebut, selalu diulang, jadi semacam doa. Lambat-laun akan jadi kenyataan. Tambah lagi kalau ramai orang yang menyebutnya. Mungkin ada di kalangan yang ramai itu, masin liurnya.

    Selalu aku dok dengar Ustaz Azizan dan rakan-rakan, dok kata depa cukup seriyau. Tidur malam tak berapa nak lelap. Kot kot bangkit pagi, negeri dah orang lain perintah.

    Tah tah... nak jadi SUNGGUH KA?
    Ekeng selalu juga dok berpantun macam ni:-

    "Yang bawak tu bawaklah,
    yang taruh tetap taruh;
    yang melawak tu melawaklah,
    yang sungguh tetap sungguh."

    ReplyDelete
  3. salam:
    Allah swt tidak pernah memungkirkan janji-janjinya.

    Insyaallah janji allah akan tertunai cuma tunggu ketepatan masa nya saja.

    Insyaallah janji allah kian hampir.

    Tunggu kebenarannya bukan mimpi tapi nyata.allah mampu mengubah apa saja dan segalanya yang kita tidak menduga.

    Jika allah memberi kuasa pada Pas hari tanpa disangka2 oleh sesiapa,begitu juga jika Allah mengambil kembali kuasa dari mereka juga tanpa kita menduganya.

    Allah swt MAHA KAYA.

    Allahuakbar.





    wassallam

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.