Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, June 30, 2009

Dimanakah Kepimpinan Pas Pusat?

Sebuah web Pro-Pas yang bernama BuletinOnline.net. telah mengadakan satu bancian bertajuk "Kepimpinan Pas Pusat 2009 - 2011". Sila rujuk di bawah :-
Keputusan kepada bancian tersebut adalah seperti di bawah:-
Bancian tersebut mendapati bahawa majoriti daripada responden kurang berpuas hati kepada kepimpinan Pas Pusat! Nilai tersebut (42.7%) sangat tinggi dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Apakah bancian tersebut relevan dan apakah maksudnya?
1. Bancian tersebut dilakukan di web Pro-Pas yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong Pas sendiri. Ianya suara-suara kecil yang tidak mungkin akan didengar oleh pihak-pihak tertinggi di dalam parti.
2. Bagaimana pun, peratusan tersebut sebenarnya tidak mengejutkan terutamanya apabila kita mengaitkannya dengan pelbagai isu yang berlaku di dalam Pas sejak kebelakangan ini.
3. Yang paling jelas ialah parti Pas sudah meninggalkan platfom perjuangannya yang mengarah kepada negara Islam, hukum hudud dan sebagainya setelah membuka pintu politik mereka kepada bekas seteru politik mereka, parti DAP. 'Perkahwinan politik' seperti itu pernah gagal semasa pilihanraya umumk tahun 1999. Dan jika dahulu Nik Aziz melabelkan parti DAP sebagai syaitan, hari ini beliau boleh pula bersama-sama parti DAP!Realitinya, parti Pas tidak mungkin akan dapat membangunkan negara Islam jika mereka bersekongkol mesra dengan Karpal Singh dan Lim Kiat Siang. Malah kewujudan sayap penyokong bukan Islam Pas telah menambah kekeliruan ahli-ahli Pas tentang hala tuju parti tersebut. (klik di sini..)

4. Pergolakan dalaman Pas dek pertandingan di peringkat tinggi sudah diramalkan. Walau pun masing-masing tampak berjaya menutup segala kekecewaan, iri hati dan ingin berbalas dendam, kita semua tahu tentang perpecahan sedang wujud. Realitinya, sebagai orang politik, pemimpin-pemimpin tidak dapat lari daripada merasai kekecewaan dan sebagainya. Mereka bukannya mahsum.

5. Perbezaan total yang berlaku di antara Hadi Awang dan Nik Aziz dek konsep kerajaan perpaduan sangat jelas dan masih terngiang-ngiang di dalam fikiran kita. Walau pun ianya sudah berakhir, kesudahannya jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pas masih perlu mendengar kata-kata daripada pemimpin-pemimpin DAP, parti sosialis yang bencikan negara ini dikatakan negara Islam. (klik di sini..)

6. Dato' Mohamed Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat telah mendedahkan kewujudan politik wang atau pun rasuah politik di dalam parti Pas semasa merasmikan mesyuarat di Machang tidak lama dulu. Kenyataan yang diucapkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi Pas itu pastinya berasas dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. (klik di sini..)

7. Tindak tanduk Nik Aziz yang kadang-kalanya melebihi batasan seorang ulama Islam juga dilihat sebagai salah satu sebab kepada kemerosotan sokongan parti Pas. Sikap beliau yang sangat mesra dengan parti DAP 'langkah mayatku dulu sebelum mahu dirikan negara Islam' tapi menafikan sekeras-kerasnya perbincangan sesama Islam juga telah mengelirukan kita semua.Di manakah rasionalnya 'bercumbu dengan musuh Islam tapi menendang orang Islam yang lain?'
Ditulis oleh : Dr Novandri Hasan Basri (novandri.blogspot.)
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.