Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, July 21, 2009

Warta Darul Aman Lidah Rasmi PAS Kedah....?

Warta Darul Aman yang diterbitkan oleh Unit Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dikatakan mirip kepada menjadi akhbar rasmi Parti PAS Kedah dan bukannya bulletin Kerajaan Negeri Kedah. Di kalangan ahli-ahli PAS sendiri mereka menggelar Warta Darul Aman sebagai “Harakah” edisi Kedah.

Daripada penilaian yang dibuat didapati penulisan berita, artikel dan rencana di dalam Warta Darul Aman lebih kepada propaganda PAS Kedah dan dan bukannya memberikan berita dan maklumat yang adil dan menyeluruh berkenaan Negeri Kedah. Warta Darul Aman juga lebih menumpukan kepada berita –berita berkaitan wakil-wakil rakyat PAS dan aktiviti PAS di Kedah.

Ada juga kedengaran rungutan daripada orang ramai yang tidak berpuashati apabila Warta Darul Aman lebih mengutamakan berita berkaitan Menteri Besar Kedah berbanding berita berkenaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Ramai yang merasakan adalah tidak wajar berita – berita berkenaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah diletakkan di halaman dalam berbanding berita Menteri Besar yang diletakkan di muka hadapan.

Ini menunjukkan sifat tidak prihatin pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah terhadap protokol dan keutamaan yang sepatutnya diikuti.

Kerajaan Negeri Kedah juga dikatakan sekarang ini telah berhutang lebih RM100 ribu dengan syarikat percetakan yang mencetak Warta Darul Aman. Persoalannya sekarang adalah kenapa perlu berhutang memandangkan jumlahnya tidak besar berbanding elaun Ketua Kampung yang masih tertunggak yang telah mencecah jutaan ringgit…..?.

Difahamkan pengedaran Warta Darul Aman juga tidak menyeluruh ke seluruh negeri Kedah dan pada setiap kali penerbitan terdapat lebihan yang dilonggokkan di pejabat Unit Penerangan Negeri Kedah. Bukankah itu membazir namanya…..?. Tidak adakah pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mengedarkan Warta Darul Aman…..?. Atau pencetakan dibuat hanya setakat yang diperlukan sahaja berdasarkan pengedaran yang telah dibuat pada penerbitan sebelum ini…..?.

Baru-baru ini Unit Penerbitan Negeri Kedah telah diberikan 2 buah van untuk kegunaan unit tersebut tetapi dikatakan van tersebut telah digunakan oleh beberapa kakitangan Unit Penerbitan Kerajaan Negeri Kedah untuk ke Manek Urai semasa kempen pilihanraya kecil Manek Urai. Adakah kempen pilihanraya Manek Urai merupakan berita Negeri Kedah yang perlu dimuatkan ke dalam Warta Darul Aman…..?. Dikatakan juga Van tersebut telah dipandu sendiri oleh kakitangan tersebut tanpa menggunakan pemandu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Ada kalanya van ini disimpan rumah.

Pejabat Unit penerbitan juga telah dipasang karpet baru dan dikatakan bilik pegawai-pegawai Unit Penerbitan lebih hebat dan canggih daripada bilik exco Kerajaan Negeri , siap dengan TV Plasma. Adakah bilik pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS) juga ada TV Plasma…..?.

Apa kelebihan Unit Penerangan Negeri Kedah sehinggakan mereka diberikan kemudahan sedemikian rupa…..?.

Apa yang lebih menarik, dikatakan beberapa Pegawai Unit Penerbitan Negeri Kedah ini tidak mempunyai kelulusan yang setara dengan jawatan yang disandang mereka. Dikatakan ada pegawai yang memegang jawatan pada Gred N44 dan N41 dengan hanya memiliki SPM atau STPM.

Adakah kakitangan Unit Penerbitan Negeri Kedah ini lantikan politik atau termasuk ketegori kakitangan awam Negeri Kedah…..?. Kalau lantikan politik sebagai pegawai MB mungkin boleh dibuat atas lantikan politik tetapi sebagai kakitangan awam negeri Kedah perlantikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu termasuk kelulusan yang setara dengan jawatan.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan sekiranya perkara yang dimaklumkan kepada pihak Sungguhka ini benar-benar berlaku di dalam Unit Penerbitan Negeri Kedah. Sungguhka…..? Sungguhka…..? Sungguhka…..?.

Dalam hal ini siapakah yang wajar dipersalahkan…..? Adakah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah atau Exco-Exco atau Menteri Besar Kedah sendiri yang patut dipersalahkan…..?
Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. Pada pendapat aku la SUK tak salah. Exco tak salah dan MB lagi tak salah.

    Orang yang bertanggungjawab menerbitkan Warta Darul Aman, patut dipersalahkan.

    Dan pihak lain yang juga mesti bertanggungjawab ialah pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat.

    Aku dengar cerita dua petugas (orang PKR) di Unit Penerangan telah ditamatkan perkhidmatan atas kehendak Pengerusi dan Setiausaha Perhubungan PKR Negeri. Pengarah Unit Penerangan tak boleh buat apa-apa……sungguhka ?

    Kalau sungguh inilah antara sebabnya.

    ReplyDelete
  2. Tahniah.

    Kerajaan Kedah Sejahtera Nikmat untuk PAS la.Kerana tidak menyambung semula jawatan Pegawai Penerangan yang berkhidmat la..Dengan alasan yang Allah s.wt paling suka...kononnya atas sebab mereka tidak bersolat Jemaah saja.

    Syabas Ust Azizan Razak dan Mat Kasim.Tapi sayangnya lain-lain kemungkaran yang belaku Ust Azizan razak pejam mata macam “BUTA”…lebih-lebih lagi bila EXCO sendiri berbohong mengalahkan yahudi !! terus Ust Azizan Razak berdiam diri Syabas Utz Azizan pemimpin yang memiliki ilmu agama yang tinggi bersikap mengalahkan “YAHUDI”.

    Sedarkah Ust Azizan yang ada ilmu agama tinggi telah menganiaya bangsa sendiri..? dan sedarkah Ust Azizan dalam jemaah kepimpinan PAS tertinggi ada yang menerima duit haram banyak lagi….mengapa tak terajang saja depa keluar dari PAS hari ini?
    Mengapa EXCO yang berbohong mengalah yahudi dibiar memerintah negeri? Mengapa Ust Azizan sendiri yang menolak Hukum Haram judi tidak mau mengundur diri?

    Harap Ust Azizan Razak sedaq semua ini, dia juga ada kelemahan diri…jangan pula MB sendiri nak jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan betoi tapi diri sendiri tempang dan cepoh!

    Sedaqkah Ust Azizan berdakwah dan menyebut “BABI” pada anak buah sendiri itu cukup “keji”! inikah cara Ust Azizan Razak berdakwah sesama anak buah sendiri?

    Sepatutnya Usz Azizan Razak kembalikan anak buahnya yang KAPIAQ dalam UMNO terlebih dahulu kepangkuan PAS…jangan biarkan dia terus mejadi kapiaq! Atau terus menjadi kucing yang menyangak wang rakyat! Penyingkiran yang dibuat oleh PAS pada pegawai penerangannya tidak lain dan tidak bukan atas dasar “BUSUKnya HATI PAS KEDAH” terimalah hakikat ini.

    Jangan PAS berdolak dalih lagi…inikah tahab ilmu agama ust Azizan ? menganiaya bangsa dan anak buah sendiri?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.