Kes balak Che Had yang selama ini berlegar di Sungguhka kini telah dapat dilihat di kaca televisyen dan media cetak. Selama ini ramai yang mencurigai apa yang dipaparkan di Sungguhka, kini semua pihak boleh melihat sendiri dan menilai sendiri apa yang telah Sungguhka bongkar. Siapa yang benar, siapa yang salah biarlah mahkamah yang tentukan. Dan sekiranya ianya melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak biarlah pihak yang berwajib yang menjalankan siasatan dan memutuskannya. Sungguhka hanya mengeluarkan berita yang kami perolehi yang berserta dengan dokumen-dokumen nyata tidak lebih daripada itu. Sungguhka juga tidak mengatakan siapa salah siapa betul hanya mengeluarkan berita dan cerita.
Apa yang Sungguhka kesalkan adalah masih ada pihak yang cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan bahawa konsesi balak tersebut diperolehi secara tender terbuka. Disamping itu pihak berkenaan juga mempertahankan beberapa individu yang dikatakan terlibat di dalam skandal tersebut. Ianya umpama menegakkan benang yang basah.
Sungguhka sendiri tidak faham bagaimana yang dikatakan konsesi balak tersebut diberikan secara tender terbuka. Berdasarkan pengamatan Sungguhka akan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Sungguhka, kami tidak nampak di mana yang dikatakan konsesi balak tersebut diberikan secara tender terbuka. Sungguhka juga tidak pernah terjumpa iklan untuk tebder konsesi balak di Kedah yang disiarkan di dalam mana-mana akhbar tempatan mahupun akhbar Harakah ataupun Berita Keadilan. Dalam Warta Darul Aman pun kami tidak pernah jumpa iklan tender balak di Kedah. Mungkin Sungguhka terlepas pandang…
Walau apa pun Sungguhka hanya penyalur berita. Yang benar yang bathil biarlah pihak yang berwajib tentukan. Mungkin selepas ini isu balak Che Had sampai dipenghujung bagi Sungguhka memandangkan perkara ini telah sampai ke Mahkamah dan semua pihak boleh nilai sendiri berdasarkan pemerhatian masing-masing.
Bagi Sungguhka mengakui kesilapan adalah lebih mulia daripada cuba menegakkan benang yang basah.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.