
DUN Permatang Pasir adalah salah satu daripada tiga DUN yang berada dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Dengan pemergian Allahyarham, Permatang Pauh akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, yang ketiga dalam tempoh satu tahun.
Pada Ogos 2008, pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan ekoran perletakan jawatan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Mei lalu, pilihan raya kecil DUN Penanti, salah satu DUN alam parlimen yang sama diadakan ekoran tindakan PKR mengarahkan ADUNnya yang juga Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, Firus Khiruddin meletakkan jawatan.
Pada pilihan raya umum Mac 2008,Hamdan tewaskan calon BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5433 undi. Pengundi 20,350. PAS memperolehi undi 11,004 dan BN 5,571

SUNGGUHKA YANG AKU TERJUMPA NI...BUAT PENJELASAN SIKIT...
ReplyDelete………………….Sehubungan dengan rancangan jahat ini,saya telah mengarahkan dua pegawai Khas tersebut mengambil mengemukakan tindakan mahkamah (saman fitnah/malu) terhadap pihak-pihak yang terlibat membuat tuduhan fitnah/ menyalahgunakan mahkamah sehingga mendatangkan kesan buruk/mencemarkan nama baik mereka, melibatkan pihak seperti berikut:
1. Peguam yang mendakwa mewakili CH Lim dan mengikrarkan afidavit palsu (En. Zul Azri Bin Abdul Khalil Peguambela & Peguamcara dari Tetuan Malek & Associates). Satu laporan lengkap juga akan dihantar kepada Majlis Peguam untuk mengambil tindakan kepada peguam tidak beretika seperti mereka.
2. Media yang menyiarkan berita/kes fitnah ini - TV3, Sinar Harian, Harian Metro, RTM, Laman Blog "Sungguhkaaa", dan lain-lain.
WASSALLAM