Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, July 7, 2009

Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh.....

ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

-- BERNAMA

Aku heran pi mana pun, di mana pun dan masa bila pun aku selalu dengar jawapan atau kenyataan yg MB kata "Saya tak tau". Heran sungguh aku. Kalu jenis pekak badak macam ni baik toksah jadi MB.

Kalau taktau tadbir baik letak jawatan. Ramai lagi tokoh dlm PAS boleh urus. Geng Pemuda PAS yg lantang dan lebih kalibar, geng tua tak boleh terima. Kalau nak bagi geng PKR tadbir mati hidup balik tobat nak bagi.

Aku tengok d pejabat MB geng SU dia yg banyak buat kerja. Tapi banyak kerja masuk poket sendiri. MB Kedah paling hebat rasanya, ada 23 org PA. Buat perabiskan beras aja. Yang pastinya duit simpanan Kerajaan Kedah makin berkurangan. Hampir 40% susut.

Aku dengar puak KCS dah mula bising dan la ni depa terpaksa ambil action sendiri control budget negeri. Duit MBI habis dah. La ni duit SSI pulak jadi mangsa. MB dok pikiaq macam mana nak cairkan duit. Apa tidaknya hampir RM4.5juta utk elaun ketua kampung, gaji pekerja kontrak, hutang2 wisma dan claim2 jabatan.

Nak kata KCS tak cerdik, depa org lama bab pentadbiran Negeri Kedah. Aku dengaq KCS la ni jadi pencacai kpd pejabat MB.

Kepada MB Ustaz Azizan, bagi jawapan biar la waras sikit. Biaq jawapan Dato Seri bohong pun tak pa tapi jgn la dok jawab "Saya Tak Tau". Walaupun YB Dato' Fahkrulrazi ka, YB Dato' Ir Amiruddin dan YB Dato' Taulan dok bohong, tapi kadang2 tu jawapan depa tu boleh masuk akai jugak.
Print Friendly and PDF

5 comments:

  1. Depa dok habaq kat aku, KCS ka, kerani ka, boleh kata semua Pegawai di bawah Pejabat Kerajaan Negeri, la ni banyak yang goyang kaki. Nak buat kerja, kerja tak banyak macam dulu.

    Tambah-tambah hak kerja di UPEN dan di Pejabat-Pejabat Daerah (Bahagian Pembangunan). Start dari ADO Pembangunan, technician dan pegawai lain tak dak kerja. Mana nak ada kerja kalau tak dak projek pembangunan? Yang dok naik semua projek Kerajaan Pusat.

    Tak buat kerja kerana tak dak kerja, tak salah kan kalau makan gaji buta? Bukan tak mau buat kerja tapi kerja tak dakkk!

    So.... goyang kaki, goyang punggung.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong gesaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.
    Siasat samada MB Kedah ataupun DAP yang dok tipu!

    ReplyDelete
  3. saya rasa macam nak gelak....MB Kedah hari itu panggil ketua pemuda gerakan tan keng liang "ketinggalan zaman" kat Malaysia Insider.

    ReplyDelete
  4. Tolong tanya MB Kedah sama ada dia akan tubuh jawatankuasa untuk siasat tuduhan DAP atau akan diam sahaja?

    ReplyDelete
  5. nak siasat apa lagi?
    PAS sudah cium kaki Lim Kit Siang.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.