Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, July 2, 2009

Strategi PAS Kedah Untuk Menyingkirkan PKR Di Kedah Part 2


PAS Kedah telah memulakan perancangan ke 2 untuk mengosongkan satu lagi kerusi PKR di Kedah. Di dalam satu blog milik penuh Pegawai Menteri Besar Kedah (KedahLanie) telah dikeluarkan satu artikel yang mengatakan bahawa kononnya ada perancangan oleh BN untuk menarik wakil rakyat PKR Kedah untuk melompat parti. Tohmahan ini dibuat bertujuan menjatuhkan kredibiliti wakil-wakil rakyat PKR disamping untuk mengalih pandangan umum daripada isu perobohan rumah penyembelihan babi di Alor Setar yang telah membawa kepada DAP mengisytiharkan keluar Pakatan Rakyat.

Teknik yang sama digunakan semasa PAS Kedah memulakan perancangan pertama penyingkiran wakil rakyat PKR Bukit Selambau dulu. Pegawai-pegawai Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memulakan dengan menyebarkan berita yang kononnya ada perancangan lompat parti sedang dirancang sebelum mereka mengeluarkan isu panas terhadap wakil rakyat PKR Bukit Selambau Arumugam. PAS juga akan menyatakan kononnya ada wakil rakyat dari PKR yang terlibat secara langsung dan mengetuai perancangan tersebut bertujuan menjadikan BN dan wakil rakyat PKR sebagai “kambing hitam” bagi mengabui perancangan jahat mereka.

Selepas penyingkiran Arumugam, tiada langsung terdengar tindakan disiplin diambil terhadap mana-mana wakil rakyat PKR yang dituduh merancang lompat parti dan tiada mana-mana wakil rakyat PKR yang dipanggil untuk tunjuk sebab atas tuduhan merancang lompat parti, padahal sebelum ini yakni semasa isu lompat parti sedang panas diperkatakan, pegawai-pegawai Menteri Besar Kedah dan pimpinan PKR Kedah menyatakan ada bukti kukuh perancangan lompat parti oleh wakil-wakil rakyat PKR. Jelas di sini bahawa isu “lompat parti” hanya dimainkan oleh PAS Kedah dan disokong oleh pimpinan PKR Kedah yang naïf untuk dijadikan modal bagi menyingkirkan wakil-wakil rakyat PKR. Tidak terfikir dek akal pimpinan PKR Kedah dengan begitu mudah dipergunakan oleh PAS untuk menghancurkan PKR di Kedah.

Berbalik kepada perancangan yang ke 2 ini, adalah difahamkan selepas ini akan PAS Kedah akan mengeluarkan isu-isu panas yang direka khas untuk merosakkan kredibiliti seorangg wakil rakyat PKR yang telah difokus untuk disingkirkan. Isu tersebut akan dimainkan sehingga memberi tekanan bukan sahaja kepada wakil rakyat tersebut malah keluarga wakil rakyat tersebut. Ini akan member ruang kepada PAS Kedah dan pimpinan PKR Kedah untuk meminta wakil rakyat tersebut meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi DUN yang diwakili wakil rakyat tersebut.

PAS juga akan mengunakan kelab penyokong dan juga penyokong-penyokong mereka untuk memberikan pelbagai tekanan kepada wakil rakyat tersebut dengan tujuan mendesak wakil rakyat tersebut meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi beliau. Pimpinan Tertinggi PKR juga akan memainkan peranan meminta wakil rakyat tersebut meletakkan jawatan.

Sekarang ini rata-rata rakyat Kedah dapat merasakan dan mungkin ada yang nampak bahawa PAS sedang fokus untuk mengosongkan kerusi DUN Lunas. Isu awal telah dimainkan terhadap wakil rakyat tersebut. Selain daripada itu PAS kawasan juga telah diarahkan untuk mengadakan latihan PACA dan latihan pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini. Dimaklumkan bahawa pimpinan tertinggi PKR pusat juga telah memberikan “lampu hijau”. Pengarah Strategik PKR pusat dikatakan telah diarahkan turun ke Lunas untuk membuat pemerhatian, pemantauan dan perancangan startegik bagi persiapan pilihanraya kecil DUN Lunas.

Pengerusi Perhubungan PKR Kedah juga dikatakan telah menangguhkan penggantungan PKR bahagian Padang Serai buat sementara waktu bagi memastikan pilihanraya kecil DUN Lunas dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang isu dalaman atau tentangan dalaman.

PAS Kedah merancang dan menjangkakan pilihanraya kecil DUN Lunas akan diadakan selepas pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Persoalannya sekarang, adakah wakil rakyat Lunas akan akur dengan tekanan PAS dan mengosongkan kerusi DUN Lunas? Ini bergantung kepada kekuatan mental ADUN Lunas sendiri?. Adakah beliau seorang ahli politik yang dah “season” dengan mainan politik atau ahli politik “bidan terjun” yang masih belum mahir mainan dan selok belok politik.

Sebelum ini kita telah lihat bagaimana Arumugam seorang ahli politik “bidan terjun” telah tersungkur dengan mainan politik kotor PAS Kedah. Adakah ini juga akan berlaku kepada ADUN Lunas? Sekiranya berlaku juga pilihanraya kecil DUN Lunas maka hakikatnya adalah wakil-wakil rakyat PKR adalah tidak berkualiti dan hanya calon “tangkap muat”.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah PAS Kedah memang tamak kuasa dan sanggup menikam rakan dalam Pakatan Rakyat semata-mata untuk mentadbir Kedah secara sendirian. Manakala pimpinan PKR Kedah pula amat lemah dalam berpolitik sehingga dipermainkan oleh PAS dengan mudah.



Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. Jadi ka DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Penyokong UMNO jangan seronok lagi. Penyokong PR pun jangan sedih lagi. Parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rapuh ni memang terkenal sebagai pelakon-pelakon drama. PAS cekap dalam Makyong. PKR dengan teater moden yang serba boleh. DAP pula ahli Opera Cina yang terkenal. Telah banyak kali kita tengok lakonan mereka sebelum ini.

    Kenyataan Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah “untuk keluar PR” nampak macam tak berapa nak ikhlas. Memang masa awal DAP berdemontrasi di Pusat Penyembelihan Babi Kampung Berjaya, DAP ingat Menteri Besar akan keluar arahan baru supaya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghentikan operasinya. Tapi MBAS meneruskan juga operasinya dan akhirnya tamatlah sudah riwayat sebuah Pusat Penyembelihan Babi yang penuh kontroversi dan sekian lama menghantui penduduk Alor Setar.

    Kenyataan Ustaz Azizan “kalau depa nak keluar, keluarlah!“ pun tak bersungguh. Ayatnya masih dok lekat kat rengkung. Nadanya macam orang tengah mengkelai dengan bini dan bini ugut nak balik rumah mak dia. Suruh tidak melarang pun tidak. Sayang kat DAP masih ada.

    Isu sebenar DAP Kedah bukan sangat pasai Pusat Penyembelihan Babi yang dirobohkan tu. (Minta maaf – Tak boleh kata Pusat Penyembelihan. Mummy Rokiah kata – sejak bila babi disembelih? Kena kata Pusat Cucuk Babi). Lama dah DAP mengkelan dan dok taram kat Kerajaan PAS Kedah ni. Dah lama dah tapi tak pernah keluar dari mulut. Cara Thomas Su cakap pun kita boleh agak dah.

    Dari segi teknikal aku rasa, DAP Kedah masih belum keluar dari Pakatan Rakyat (PR). Kena tunggu keputusan DAP Pusat dulu.

    Jadi ka DAP Kedah keluar dari PR? Aku payah nak percaya. Aku ada 7 dalil untuk mengatakan 'TAK':-

    Dalil kedua:- seperti kata Ustaz Azizan, DAP Kedah tak rujuk langsung kat DAP Pusat. Jadi DAP Pusat yang akan menentukan.

    Dalil ketiga:- PAS akan pulun sedaya boleh tak mau bagi DAP keluar. Walaupun DAP cuma 1 kerusi dalam DUN Kedah tapi kedudukan PAS macam nyawa di hujung tanduk, pasti telah diambil kira oleh PAS. La ni pulak dok gah macam-macam pasai ada yang nak lompat keluar.

    Dalil keempat:- Isu yang dibawa oleh DAP Kedah, membuktikan kaum Cina tak puas hati kat Kerajaan PAS Kedah. Ini juga satu lagi virus baru yang diakibatkan babi. Virus babi Kampung Berjaya ni berbahaya dan mudah berjangkit kepada orang bukan Islam lain di Kedah. PAS akan guna segala bomoh untuk cegah virus ni.

    Dalil kelima:- Syeikh Anwar Ibrtahim belum masuk campur lagi. Peringkat Tertinggi PR belum buat mesyuarat. Bila Syeikh Anwar buka mulut, habis semua kecut telor, kena ikut.

    Dalil keenam:- Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz belum lagi keluar fatwa.

    Dalil ketujuh:- Kalau DAP Kedah tak rujuk DAP Pusat, dan PAS Kedah pun tak rujuk juga kat PAS Pusat, apa pun keputusan di Kedah tak boleh pakai. Semua kena tunggu Pusat.

    Dan dalil PERTAMA sekali, macam aku sebut awal tadi, semua ni adalah pelakon bangsawan. Agak-agaklah, sapa jadi pengarah depa?

    ReplyDelete
  2. 7 Dalil pasai apa DAP Kedah tak keluar PR.

    Jadi ka DAP Kedah keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Penyokong UMNO jangan seronok lagi. Penyokong PR pun jangan sedih lagi. Parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rapuh ni memang terkenal sebagai pelakon-pelakon drama. PAS cekap dalam Makyong. PKR dengan teater moden yang serba boleh. DAP pula ahli Opera Cina yang terkenal. Telah banyak kali kita tengok lakonan mereka sebelum ini.

    Kenyataan Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah “untuk keluar PR” nampak macam tak berapa nak ikhlas. Memang masa awal DAP berdemontrasi di Pusat Penyembelihan Babi Kampung Berjaya, DAP ingat Menteri Besar akan keluar arahan baru supaya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghentikan operasinya. Tapi MBAS meneruskan juga operasinya dan akhirnya tamatlah sudah riwayat sebuah Pusat Penyembelihan Babi yang penuh kontroversi dan sekian lama menghantui penduduk Alor Setar.

    Kenyataan Ustaz Azizan “kalau depa nak keluar, keluarlah!“ pun tak bersungguh. Ayatnya masih dok lekat kat rengkung. Nadanya macam orang tengah mengkelai dengan bini dan bini ugut nak balik rumah mak dia. Suruh tidak melarang pun tidak. Sayang kat DAP masih ada.

    Isu sebenar DAP Kedah bukan sangat pasai Pusat Penyembelihan Babi yang dirobohkan tu. (Minta maaf – Tak boleh kata Pusat Penyembelihan. Mummy Rokiah kata – sejak bila babi disembelih? Kena kata Pusat Cucuk Babi). Lama dah DAP mengkelan dan dok taram kat Kerajaan PAS Kedah ni. Dah lama dah tapi tak pernah keluar dari mulut. Cara Thomas Su cakap pun kita boleh agak dah.

    Dari segi teknikal aku rasa, DAP Kedah masih belum keluar dari Pakatan Rakyat (PR). Kena tunggu keputusan DAP Pusat dulu.

    Jadi ka DAP Kedah keluar dari PR? Aku payah nak percaya. Aku ada 7 dalil untuk mengatakan 'TAK':-

    Dalil kedua:- seperti kata Ustaz Azizan, DAP Kedah tak rujuk langsung kat DAP Pusat. Jadi DAP Pusat yang akan menentukan.

    Dalil ketiga:- PAS akan pulun sedaya boleh tak mau bagi DAP keluar. Walaupun DAP cuma 1 kerusi dalam DUN Kedah tapi kedudukan PAS macam nyawa di hujung tanduk, pasti telah diambil kira oleh PAS. La ni pulak dok gah macam-macam pasai ada yang nak lompat keluar.

    Dalil keempat:- Isu yang dibawa oleh DAP Kedah, membuktikan kaum Cina tak puas hati kat Kerajaan PAS Kedah. Ini juga satu lagi virus baru yang diakibatkan babi. Virus babi Kampung Berjaya ni berbahaya dan mudah berjangkit kepada orang bukan Islam lain di Kedah. PAS akan guna segala bomoh untuk cegah virus ni.

    Dalil kelima:- Syeikh Anwar Ibrtahim belum masuk campur lagi. Peringkat Tertinggi PR belum buat mesyuarat. Bila Syeikh Anwar buka mulut, habis semua kecut telor, kena ikut.

    Dalil keenam:- Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz belum lagi keluar fatwa.

    Dalil ketujuh:- Kalau DAP Kedah tak rujuk DAP Pusat, dan PAS Kedah pun tak rujuk juga kat PAS Pusat, apa pun keputusan di Kedah tak boleh pakai. Semua kena tunggu Pusat.

    Dan dalil PERTAMA sekali, macam aku sebut awal tadi, semua ni adalah pelakon bangsawan. Agak-agaklah, sapa jadi pengarah depa?

    ReplyDelete
  3. SELOKA BABI.

    Seloka kali ni pasai babi
    kisah terjadi di negeri sendiri
    cerita dah riuh serata negeri
    babi pula menjadi selebriti.

    Dalam surat khabar atau di tv
    berita disiar berulang kali
    dalam internet riuh sekali
    dahsyat lagi di kedai kopi.

    Ada yang kutuk ada yang keji
    ada yang puji ada yang maki
    ada yang meloko berdiam diri
    pasai dah dapat makan free.

    Pasai babi kena ambik peduli
    jangan dok hebat atas kerusi
    silap haribulan tak dapat undi
    kalah pilihanraya teriak balik guri.

    DAP marah anjur demontrasi
    sanggup berjemur di panas matahari
    tenguk FRU mai dengan lori
    depa tak hairan pasai dah mangli.

    Dari pagi sampai tengahari
    DAP dok halang tak bagi jadi
    pekerja MBAS tak ambik peduli
    pasai tak ada arahan MB.

    Arahan Tilong depa patuhi
    pesan Mat Cik Nai jangan lari
    kalau kali ni pun kerja tak jadi
    salah seorang mesti gila babi.

    Jengkaut tak kira kayu dan besi
    Habis disodok menyembah bumi
    Bulldozer tolak himpun ke tepi
    kering nanti boleh cucuh api.

    Tamatlah sudah isu sensasi
    penduduk sekitar senang hati
    masuk tidur semerbak wangi
    bangkit pagi pun tak bau babi.

    Cuma DAP berkecil hati
    ungkit habis perangai MB
    apa diminta semua tak bagi
    buat DAP macam anak tiri.

    PAS buat onar dah banyak kali
    DAP kata tak boleh jadi
    lalu merajuk membawa diri
    keluar pakatan kerana babi.

    DAP sangka MB nak simpati
    rupanya MB cukup keras hati
    macam halau suruh pi lagi
    pasai DAP tak kenang budi.

    Dahsyat jugak isu kali ni
    hebat dari selsema babi
    pemimpin PAS tak sedap hati
    takut hilang lagi satu negeri.

    Azizan kata bergaduh laki bini
    hari ini lari esok balik lagi
    Anwar Berahim tumpang sekaki
    salahkan media bagi publisiti.

    Cerita seloka tak habis di sini
    banyak lagi isu sensasi
    salah silap harap diampuni
    di lain ketika berjumpa lagi.

    Pak Ku Shadat sudah pun mati
    moga rohnya Tuhan rahmati
    Cucu Tok Nadoq jadi pengganti
    seni warisan sama dihargai.


    Dari kepala otak:-

    Ekeng a/l Etong
    Cicit Tok Nadoq

    2 Julai 2009.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.