Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, July 6, 2009

18 Tahun PAS Perintah Kelantan, Inilah Produknya.....

Majalah "Qiadah: Celebrating Differences" ini diterbitkan khas untuk pengundi Cina oleh PAS ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang. Ianya diberikan secara percuma. Dalam majalah ini dimuatkan cerita tentang PAS Kelantan yang kononnya tidak racist dan membuat monumen yang besar seperti tokong yang tidur, duduk dan berdiri di Kelantan.


Namun segalanya berubah bila datang pilihan raya kecil di Manek Urai. Kedengaran di Kedah, ada usaha untuk merobohkan tokong dan menutup pusat sembelihan babi. Apakah isu ini sengaja dibangkitkan untuk mengambil hati pengundi di Manek Urai? Beranikah PAS memberikan majalah Qiadah ini secara percuma di Manek Urai?

Azizan menuduh DAP sengaja mencetuskan isu tersebut. Masa pililhan raya di Kuala Terengganu, PAS dan DAP sengaja bergaduh tentang isu hudud. Lepas pilihan raya, baik balik. Di Bukit Gantang, PAS langsung tak berani sentuh dan gaduh dengan DAP sebab hendak ambil hati pengundi di Kuala Sepetang dan Taiping yang majoritinya adalah Cina.


Di Manek Urai, PAS sengaja bersandiwara bergaduh dengan DAP tentang isu tokong dan sembelihan babi. Lepas pilihan raya Manek Urai, berpeluk dan berdakap kembalilah DAP dan PAS. Sandiwara gaduh ini sengaja dibuat buat untuk menunjukkan bahawa PAS memang parti yang perjuang Islam.

Inilah produk kerajaan PAS di Kelantan selama 18 tahun mereka menguasai Kelantan. "Sebagaimana difardukan solat, begitulah kewajipan mengukuhkan kerajaan Islam Kelantan agar gagasan Islam tidak pupus dan lupus tidak kira dalam pilihanaraya kecil atau pilihanraya umum," kata Husam Musa ketika berkempen untuk pengundi muda di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi, 4 Julai 2009 (baca sini). Undi PAS bukan fardu ain. Undi PAS boleh kukuhkan kerajaan Islam?

"Bumi yang kita duduk ini, Tuhan buat. Udara yang kita bernyawa (dengannya) yang ada sukatan tertentu, ada oksigen, Tuhan buat... Sayur-sayuran yang kita tanam, kita makan, pun Tuhan buat. Semua benda yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka, tiba-tiba kita tolak Islam. Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala," kata Nik Aziz semalam di hadapan 400 orang ahli Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) di Hotel Vistana. Tokong yang duduk, berdiri dan tidur di Kelantan siapa yang buat? Siapa bagi izin untuk buat? Buat pengundi PAS, sila buka mata dan minda anda.

Bermuhasabalah.
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. Memeningkan kepala saja siPASSS...
    Bila nak mengundi amboi bercakap seolah macam kita orang tak tahu itu semuanya dari ALLAH. macamlah kitax ni bodoh dlm agama kononxnya
    merekalah ahli agama!!!
    Mereka tak sedar bila bercakap dan mengeluar fatwa kononnya jika melihat gambar TGNA DAPAT PAHALA,UNDI PAS MASOK SHURGA,TUHAN MENCARUT,BOLEH FITNA DALAM POLITIK DAN MENGELAR SESAORNG DGN TAK BERMARUAH DAN SERING MAKI HAMUN DGN PERKATAAN BERUNSUR LUCAH.Apakah PAS dapat menjalan amanah dengan sampurna sedangkan memerintah sabuah negeri sudak lintang pukang inikan pula sabuah negara, kalau orang pengsan itu dipanggil tak sedar diri tetapi kalau orang sedar tapi tak sedar diri ini yg payah untok mengubatnya........

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.